Vous êtes sur la page 1sur 4

Buku Kerja Hubungan Etnik Kumpulan 17 17.

Bincangkan peranan ikon sukan (Cth: Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David) dalam memupuk kesepaduan sosial di Malaysia. Dalam masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, kaum, agama dan bangsa, perpaduan yang erat adalah penting dalam menjamin kesejahteraan masyarakat dalam mengejar kemajuan individu, keluarga dan negara. Kesepaduan sosial merupakan prasyarat kepada perpaduan yang ingin kita capai. Dalam sukan, kesepaduan sosial boleh dirujuk kepada tahap hubungan interpersonal dalam kalangan ahli kumpulan. Contohnya, adanya hubungan kekeluargaan antara pemain dengan pemain yang lain. Pemain akan bekerjasama dengan pemain yang lain atas dasar adanya hubungan kekeluargaan dan hubungan sosial di antara mereka. Ini bermakna kesepaduan sosial akan wujud dengan adanya ikatan kekeluargaan atau hubungan sosial dalam pasukan tersebut. Sukan merupakan satu aspek yang penting dalam usaha memupuk kesepaduan sosial di Malaysia. Sukan bukan sahaja dapat memupuk kesepaduan sosial dalam pasukan sesuatu sukan, malah sukan juga dapat memupuk kesepaduan sosial seluruh masyarakat Malaysia. Hal ini disebabkan oleh isu-isu sukan sering menjadi topik hangat dalam perbincangan setiap lapisan masyarakat tidak kira bangsa, agama, umur dan kepercayaan. Contohnnya, sepanjang Piala Dunia dan Thomas Cup dilangsungkan, setiap peminat dari pelbagai bangsa akan berkumpul bersama-sama untuk menyaksikan perlawanan tersebut dan memberi sokongan. Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi
1

sokongan dan dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat di mana Datuk Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir dan menjadi harapan rakyat untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia. Seperti apa yang diperkatakan, ikon sukan memainkan peranan yang penting dalam memupuk kesepaduan sosial di Malaysia. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia dalam bidang sukan iaitu sukan badminton. Beliau telah menjadi ikon sukan yang dihormati dan disanjungi. Dalam setiap perlawanannya pasti menarik perhatian seluruh rakyat terutamanya perlawanan dalam pertandiangan yang sangat penting seperti Thomas Cup dan All England. Seluruh rakyat akan memberikan perhatian dan membincangkan perkara-perkara yang berkenaan. Dalam keadaan ini, rakyat tidak kira bangsa, agama dan budaya akan berkumpul bersama dan berkomunikasi antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan akan wujudnya persamaan antara satu sama lain termasuklah topik perbincangan yang sama dan pujaan yang sama serta meningkatkan persefahamnan dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung, kesepaduan sosial dapat dipupuk. Ikon sukan juga giat dalam aktiviti kebajikan. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei telah menubuhkan Yayasan Kebajikan Anak Yatim. Hasratnya untk menubuhkan yayasan kebajikan ini adalah untuk golongan yang memerlukan di seluruh negara. Usaha ini akan mendorong rakyat lain juga turut berusaha dalam kegiatan kebajikan untuk membantu orang yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum. Perasaan kasih sayang antara satu sama lain dan kesepaduan sosial dapat dipupuk melalui usaha-usaha ini. Selain daripada Dauk Lee Chong Wei, seorang lagi ikon sukan yang mengharumkan nama negara kita ialah Datuk Nicol Ann David. Beliau telah memenangi banyak kejohanan dalam pertandiangan antarabangsa. Beliau duta United Nation Development Programme
2

(UNDP) Malaysia juga dilantik menjadi jurucakap untuk kempen kesedaran terhadap hak kaum wanita. Kempen ini dilancarkan untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang penderaan terhadap wanita dari segi fizikal, seksual dan psikologi. Sebagai jurucakap, Datuk Nicol Ann David memainkan peranan yang tinggi untuk meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat tentang masalah ini. Beliau dapat mempengaruhi orang ramai tidak kira kaum, agama dan kepercayaan tentang masalah-masalah ini. Beliau juga dapat mendorong orang ramai supaya membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira sesiapa asalkan kita semua yang hidup dalam negara yang sama. Ikon sukan mempunyai pengaruh yang besar untuk membantu memupuk kesepaduan sosial. Selain itu, melalui sukan juga akan berlaku pembentukan pasukan atau team building yang memupuk semangat menyumbang secara kolektif atau berkumpulan. Interaksi sosial yang berlaku semasa pelaksanaan sukan dapat menyemai nilai-nilai murni di samping memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara kaum yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Melalui aktiviti sukan, seseorang itu boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih realistik tanpa memilih darjat, kaum atau agama. Nilai integrasi dan toleransi adalah sangat penting dalam kehidupan masyarakat bagi menjamin wujudnya persefahaman, perasaan hormat menghormati hak dan kebebasan kaum di sesebuah negara. Nilai toleransi merujuk kepada kesediaan individu dalam berkompromi semasa menjalani proses hubungan antara kaum yang berbeza serta kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertikaian dan perselisihan faham demi kesejahteraan. Manakala nilai integrasi merujuk kepada satu keadaan sosio-psikologi di mana rakyat pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada Perlembagaan dan Rukun Negara. Oleh itu,
3

ikon sukan juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk kesepaduan sosial di Malaysia.

Vous aimerez peut-être aussi