Vous êtes sur la page 1sur 36

Keruntuhan Moral di Malaysia

Disediakan oleh: Siti Wan Aminah Wan Norudin

Definisi Keruntuhan Moral


Keruntuhan moral ialah pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Pembentangan ini akan membincangkan 5 gejala keruntuhan moral di kalangan masyarakat malaysia iaitu mat rempit, pembuangan bayi, homoseksual, sumbang mahram dan penderaan kanak-kanak.

Mat Rempit @ SAMSENG JALANAN

Mat Rempit @ Samseng Jalanan

Perkataan rempit adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (kamus Dewan Bahasa dan Pustaka) Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. 'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah Mat Rempit bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan (Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof).

Mat Rempit @ Samseng Jalanan

Aktiviti Mat Rempit menyediakan hiburan, tempat bagi melepaskan kemarahan, kelakuan bagi mencari tumpuan, menyediakan ruang bagi interaksi sosial antara peserta dan klik yang mana membentuk satu komuniti dengan matlamat, minat dan cara hidup yang sama. Mat Rempit juga menyediakan peluang bagi seseorang itu membuktikan nilai diri, kelelakian dan keseronokan mudah dengan perlumbaan haram lebih-lebih lagi apabila melawan penguatkuasa undang-undang (Rozmi Ismail, 2004). Gejala lumba haram dan merempit sangat sukar dibanteras, bahkan merebak sehingga seluruh pelosok termasuk FELDA dan kampung-kampung.

Aksi-Aksi Mat Rempit


Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan. Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang. Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas. Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman. Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.

Statistik Mat Rempit (2005-2008)


- Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. - Dari tahun 2005-2008, sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Kaum Melayu mendahului jumlah tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51 tangkapan), India (63 tangkapan) dan kaum-kaum lain (tujuh tangkapan). - Golongan mat rempit yang berumur lingkungan 16 - 20 tahun paling ramai ditangkap iaitu 913 orang.

Berita Mat Rempit di Malaysia


Berikut adalah antara petikan suratkhabar mengenai mat rempit (sila klik pada tajuk untuk membuka link)

Lelaki dibunuh samseng jalanan (17/04/2010) 59 ditahan ops samseng jalanan (31/10/2011) Mat rempit berleluasa (5/5/2009) Inspektor trafik cedera dilanggar mat rempit (23/10/2011) Mat rempit lari tinggal mayat rakan (7/3/2011)

Pembuangan Bayi

Pembuangan Bayi

Semua agama sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran. Tempat- tempat pembuangan: di dalam tong sampah, di pasar raya, di belakang pasaraya, di surau, di dalam semak, di dalam tandas, di perhentian bas dan sebagainya. Pembuangan bayi adalah haram "Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar" (surah AnNisa' ayat 93)

Pembuangan Bayi

Mereka yang membuang bayi ini biasanya mereka yang sudah terlanjur melakukan seks bebas. Mereka sanggup membuang bayi dengan harapan mereka diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang baru dan semestinya bagi mengelakkan daripada diejek, dicemuh dan dicaci oleh masyarakat setempat tentang perlakuan mereka.

Statistik Kes Pembuangan Bayi (2000-2010)

Punca-Punca Pembuangan Bayi


Kurang didikan dan fahaman agama Pengaruh rakan sebaya Kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik Sikap masyarakat Sikap ingin mencuba/ ingin tahu remaja

Kesan-Kesan Pembuangan Bayi

Kesan kepada bayi: Menjadi mangsa keadaan Kesan kepada ibu bayi: Masalah kesihatan, e.g., jangkitan kuman kerana melahirkan bayi dengan keadaan yang tidak selesa Masalah emosi e.g., kemurungan akibat rasa bersalah Kesan kepada institusi kekeluargaan: Keruntuhan institusi kekeluargaan, e.g., ibu bapa menanggung rasa malu akibat perbuatan anak Kesan kepada negara: Membantutkan perkembangan ekonomi negara

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pembuangan Bayi

Peranan Ibu Bapa: Memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebihlebih lagi pada peringkat remaja. Peranan Sekolah : Mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah Peranan Masyarakat: Setiap anggota masyarakat perlu memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial yang boleh menjurus kepada zina

Hubungan Sejenis

Homoseksual/

Homoseksual

Hubungan seks yang dijalinkan antara seseorang dengan seseorang yang lain yang masing-masing mempunyai jantina yang sama. Orientasi seksual yang membawa kepada perlakuan tingkah laku, khayalan dan kecenderungan minat terhadap jantina sejenis (Dr. Hatta Sidi). Gay: hubungan yang dilakukan mereka yang berjantina lelaki sahaja. Lesbian:Hubungan yang dilakukan mereka yang berjantina perempuan sahaja.

Berita Gejala Homoseksual di Malaysia


Berikut adalah senarai berita di suratkhabar berkenaan gejala homoseksual di Malaysia (sila klik pada tajuk)

Parti Lesbian Berleluasa (2/5/2010) Dilema Cinta Kaum Sejenis (17/1/2011) Pesta Seksualiti Merdeka 2011

Faktor-faktor Berlakunya Homoseksual

Kecenderungan ibu bapa yang menginginkan anak perempuan sehingga beliau dilayan seperti imaginasi si ibu dan bapa lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang apabila semakin membesar. Pengalaman lepas dalam perhubungan sosial, contohnya mereka memasuki ke sekolah berasrama yang dididik dengan naluri keinginan kepada berlainan jantina tetapi disebabkan kesukaran atau masalah pergaulan mereka akan mempunyai keghairahan terhadap pasangan sejenis. Mangsa kepada perlakuan songsang pada usia awal remaja,sehingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan.

Langkah-langkah Mengatasi Homoseksual

Khidmat kaunseling kepada individu yang terlibat Penerapan kefahaman dan didikan agama yang mendalam oleh ibu bapa sejak dari kecil

INSES @ Sumbang Mahram

Sumbang Mahram/ Inses

Sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/nasab (keturunan) dengan mangsa, e.g., ayah merogol anak Hukuman di Malaysia: penjara minima 6 tahun dan maksima 20 tahun serta sebatan sehingga 24 kali Ia telah dikenal pasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial kerana ia berpotensi tinggi menghasilkan keturunan yang secara biologinya lemah, baik fizikal mahupun mental (cacat), atau bahkan berbahaya (membawa maut).

Haruan Makan Anak: Inses di Semenanjung Malaysia (Dr. Abdul Hadi, 1996)

Dari tahun 1992 1994, didapati bahawa 30% dari kes rogol yang dilaporkan adalah melibatkan inses. Penceroboh utama jenayah ini ialah bapa kandung (48.8%) dan diikuti oleh bapa tiri (24.4%). Kebanyakan kes sumbang mahram ini berlaku di rumah kediaman mangsa. Kebanyakan kes melibatkan mangsa yang muda. Pada kali pertama inses berlaku, kebanyakan gadis terlibat berada di peringkat awal remaja. 54.9% dari mereka berumur di antara sebelas dan lima belas tahun. Ia lebih banyak berlaku di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Punca-Punca Berlakunya Sumbang Mahram

Kegagalanisterimemenuhikeperluan suami Tahapimanyanglemahdanbahanlucah Bataspergaulan yang tidak terkawal TidakmengamalkankehidupanyangdianjurkanIslam Keruntuhan institusikeluarga/perkahwinan

Statistik Kes Sumbang Mahram di Malaysia (2000-2006)

Statistik Kes Sumbang Mahram di Malaysia (2000-2006)

Kaedah Menangani Sumbang Mahram

Mangsa perlu melaporkan kejadian sumbang mahram Peranan media: Pendedahan media agar mangsa mengetahui caracara yang terbaik atau tempattempat yang sepatutnya mangsa mendapat pembelaan Tindakan hukuman yang lebih berat Pengawalan dan sekatan bahan bacaan Batasi pergaulan antara ahli keluarga mengikut syariat Islam Peranan masyarakat: Perlu prihatin dengan keadaan jiranjiran dan menasihati jiran yang menjurus kepada sumbang mahram Jagaauratdikalanganahlikeluarga dan menitikberatkan didikan agama GalakkanPerkahwinan Susun infrastrukturrumahmengikut syariat

Berita Kes Sumbang Mahram di Malaysia


Berikut adalah berita dari suratkhabar berkenaan jenayah sumbang mahram di Malaysia (sila klik pada tajuk)

Lelaki, anak sumbang mahram lahir 3 anak (20 Jun 2011) 289 kes sumbang mahram (16 Nov 2011)

Penderaan Kanak-kanak

Penderaan Kanak-kanak
Terbahagi kepada 4 jenis (Malaysia 1991):

Penderaan fizikal: kanak-kanak didera secara fizikal dan terdapat kecederaan yang keterlaluan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh badan kanak-kanak berkenaan akibat penggunaan kekerasan atau agen Penderaan seksual: kanak-kanak didera secara seksual, juga terlibat sama ada mengambil bahagian atau sebagai pemerhati dalam manamana aktiviti yang bersifat seks dengan tujuan eksploitasi seks oleh mana-mana pihak bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain Penderaan kerana diabaikan penjagaan: kegagalan ibu bapa untuk memenuhi keperluan asas anak dan tidak memberi penyeliaan atau pengawalan anak daripada bahaya dan kumpulan jahat atau bahaya moral Penderaan emosi: gangguan yang kerterlaluan yang boleh dilihat pada fungsi emosi kanak kanak yang dibuktikan dengan tingkah laku seperti keresahan, kemurungan, pengasingan diri,agresif atau kerencatan perkembangan

Statistik Kes Penderaan Kanakkanak (2002-2007)

Realiti Kes Penderaan Kanak-kanak di Malaysia


Berikut adalah berita di suratkhabar berkenaan penderaan kanak-kanak (sila klik pada tajuk) :

Kes penderaan kanak-kanak meningkat (29/5/2010) Kanak-kanak disyaki mangsa dera masih dirawat (15/09/2011) Budak tiga tahun mati didera (15/4/2010) Kanak-kanak 6 tahun maut disyaki didera bapa tiri (11/10/2011) Mangsa dera ditemui 4 bulan selepas ditanam (12/11/2011)

Faktor-faktor Berlakunya Penderaan Kanak-kanak

Pengurusan emosi yang tidak stabil: Ibu bapa mendera anak-anak mereka demi melepaskan tekanan yang dihadapi semasa di tempat kerja. Masalah kewangan: Ibu bapa keluarga miskin yang mendapati bahawa mereka tidak mampu menyara keluarga sering mudah naik berang kerana tekanan kewangan. Ibu bapa terlibat dengan penagihan dadah: Kesan dadah menyebabkan kurangnya pertimbangan akal. Pengetahuan/penghayatan ilmu agama yang lemah.

Langkah-langkah Mengatasi Penderaan Kanak-kanak

Peranan Kerajaan: Mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah. Peranan Media: Pendedahan kesan-kesan penderaan kanak-kanak kepada masyarakat supaya dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat di sekeliling. Peranan Masyarakat: perlu mengambil berat terhadap kejadian yang berlaku di sekeliling dan melaporkan kepada polis jika mengetahui terdapat masalah seperti penderaan kanak-kanak timbul.

Sumber Rujukan
Bedu, H., Katip, K., Mohd Sahid, M. F., & Syed Mansor, M. S. (2008). Keruntuhan Akhlak Dan Gejala Sosial Dalam Keluarga; Isu Dan Cabaran. Seminar Kaunseling Keluarga 2008, 51-62.

Cases Of Incest In Malaysia/ Year 2000-2006. Perangkaan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat 2006, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ghazali, M. H. (2010). Masalah Pembuangan Bayi Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Isu Keruntuhan Akhlak Dan Moral Di Kalangan Remaja (Samseng Jalanan, Buli, Seks Bebas). Retrieved December 15, 2011 from http://www.scribd.com/doc/20990974/ISU-KERUNTUHAN-AKHLAK-DANMORAL-DI-KALANGAN-REMAJA-SAMSENG-JALANAN-BULI-SEKSBEBAS

Sumber Rujukan
Keruntuhan Akhlak Remaja Islam. Retrieved December 15, 2011 from http://www.scribd.com/doc/26188578/Keruntuhan-Akhlak-Remaja-Islam

M Sarkawi, F., Sarmadan, S., Mustaffa, M. S., & Mohd Noor, S. S. (2008). Mengenal Pasti Punca-punca Dan Kaedah Menangani Tingkah Laku Sumbang Mahram. Seminar Kaunseling Keluarga 2008, 43-50.

Soon, L. Y. (1998). Punca-punca Berlakunya Penderaan Kanak-kanak Dan Langkah-langkah Mengatasinya. Retrieved December 12, 2011 from http://smkstsp.tripod.com/dera.html

Sekian, Terima Kasih =)

Vous aimerez peut-être aussi