Vous êtes sur la page 1sur 2

TEKS JURUACARA SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA 2012 ACARA BUTIRAN PENYAMPAIAN

NYANYIAN LAGU

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikumwarahmatullahi Sejahtera. wabarakatuh dan Salam

Hadirin sekalian, majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sabah Maju Jaya diiringi dengan muzik. Para hadirin diminta bersedia.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

BACAAN PROTOKOL

Yang Berusaha, Puan Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan Ustaz Othman Bin Salleh, YDP PIBG SMK Bongawan Yang dihormati, Dif-dif jemputan, penolong-penolong kanan, Guru-guru, Para Ibu bapa, dan Para Pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadhrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam acara gilang gemilang bersempena SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA. Justeru, pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih terutamanya kepada semua warga SMK Bongawan yang telah hadir pada hari ini.

Senamrobik 1 MURID 1 SUKAN 1Malaysia yang julung-julung kali diadakan pada hari ini bertujuan untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Pelajar yang aktif bersukan bukan sahaja akan dapat melahirkan bangsa sihat 1Malaysia tetapi juga akan meningkatkan imej negara demi mencapai wawasan negara.

BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita di pagi yang berbahagia ini, majlis mempersilakan saudara ____________________ _________ untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PENGETUA / BACAAN PERUTUSAN

Sidang Hadirin Sekalian, seterusnya

pihak majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan Puan Jainah Binti Basir, Pengetua SMK

Bongawan untuk menyampaikan ucapan / membaca perutusan Yang


Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri

YAB TIMBALAN Pelajaran Malaysia. Dipersilakan. PERDANA MENTERI


--------------------

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Puan

Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan atas ucapan / bacaan


perutusan sebentar tadi.

ACARA SENAMROBIK

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan acara Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Untuk itu, Saya serahkan kepada ___________________________ untuk memulakan acara.

Vous aimerez peut-être aussi