Vous êtes sur la page 1sur 4

J -Q A F PEND I D I KAN KHA S

FRIDAY, JANUARY 14, 2011

PENDIDIKAN INKLUSIF

Konsep Inklusif: Peluang pendidikan yang disediakan bagi murid-murid yang mempunyai pelbagai jenis kecacatan( seperti kecacatan pendengaran atau penglihatan) yang belajar di dalam bilik darjah biasa bersama-sama dengan murid-murid yang sebaya dengan mereka. Dengan perkataan lain, palajar khas diintegrasikan dalam pendidikan bersama pelajar normal.Di dalam kelas pendidikan inklusif, murid-murid mengikut kurikulum biasa yang telah diubahsuai oleh ahli-ahli pendidikan.
Pelajar menguasai kemahiran Program Pengayaan Pelajar lambat menguasai kemahiran Program Pemulihan Penilaian semula Menguasai kemahiran Program Pengayaan

Murid-murid dalam kelas pendidikan inklusif dibimbing oleh guru resos yang bekerjasama dengan guru kelas agar mereka dapat memahami konsep yang disampaikan oleh guru kelas dengan lebih efektif.Murid-murid yang mengalami kecacatan dibantu oleh alat sokongan khas.Jika seseorang murid tidak dapat mengikut kurikulum biasa, murid-murid ini akan mengikuti kurikulum pendidikan khas. Objektif Pendidikan Inklusif:

Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak khas bahawa mereka juga sebahagian daripada ahli masyarakat Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang standing dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka Untuk mengelakkan daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Ciri-ciri Dalam Pendididkan Inklusif: Penerapan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran perlu dilaksanakan oleh guru. Pemupukan budaya sains dan teknologi penting dalam pendidikan inklusif Peningkatkan dan pengukuhan Bahasa Melayu diutamakan dalam sebarang program pendidikan inklusif Penekanan diberikan pendidikan berkonsepkan komputer Pelaksanaan Pendidikan Inklusif: Guru mesti menggunakan prinsip pemeringkatan isi Strategi pengajaran dan pembelajaran mesti dapat meningkatkan penglibatan murid melalui kaedah-kaedah dan teknik-teknik bercerita, main peranan, lawatan dan projek Di sekolah rendah, Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Rendah(PKSR) dijalankan, manakala di sekolah menengah Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Menengah(PKSM) dijalankan. Kedua-dua penilaian berasaskan kebolehan murid dan bukan terhad kepada satu kurikulum yang berstruktur. Penilaian yang bersifat formatif boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja dalam kedua-dua bentuk penilaian ini Sebarang penilaian yang dibuat dalam kelas pendidikan inklusif mesti disediakan berdasarkan minat murid. Penilaian ini juga mesti mencabar minda dan pada masa yang sama tidak menyekat kebolehan murid

Penilaian digunakan dalam pendidikan inklusif boleh dibuat dalam bentuk berikut: (a) projek (b) rekod anekdot (c) perlakuan (d) demonstrasi Murid-murid dalam kelas pendidikan inklusif terikat dengan peraturanperaturan bilik darjah yang sama seperti murid-murid yang lain Jenis-jenis Kanak-kanak Istimewa: Kanak-kanak yang ~ bermasalah kerencatan akal/mental ~ bermasalah pencapaian akademik ~ bermasalah tingkah laku ~ bermasalah kecacatan fizikal ~ bermasalah kecacatn penglihatan ~ bermasalah kecacatan pendengaran ~ pintar cerdas Kanak-kanak istimewa yang lain juga boleh dimasukkan dalam kelas pendidikan inklusif jika masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka tidak begitu serius Jika kanak ini bermasalah pembelajaran/kecacatan/tingkah laku yang sangat serius, perlu dimasukkan dalam sekolah berasingan untuk mendapatkan pendidikan khas Peranan Guru Reses dan Guru Biasa Dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif: Dalam sekolah yang tiada program pendidikan khas, guru mesti mengajar kanak-kanak istimewa dangan kanak-kanak normal dalam satu bilik darjah yang sama. Oleh itu, guru reses atau guru biasa perlu menggunakan kaedah koperaktif dan kolaboratif dalam mengendalikan kelas inklusif Guru terpaksa mengelolakan aktiviti pemulihan untuk kanak-kanak istimewa dan aktiviti pengayaan pula disediakan untuk murid-murid yang menunjukkan pencapaian akademik yang baik

Kebanyakan aktiviti dalam kelas pendidikan inklusif berlaku dalam aktiviti kumpulan
POSTED BY LABELS:

AHMAD ZA ILAN IE AR T IKE L

AT

4: 43: 00 AM

NO COMMENTS: POST A COMMENT Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom)
JOM DENGAR AL-QURAN

Vous aimerez peut-être aussi