Vous êtes sur la page 1sur 11

1.

0 Pengenalan

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain lain. Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Berdasarkan kepada salah laku yang sering dilakukan oleh seseorang guru itu maka satu kajian telah dijalankan terhadap seorang guru di sekolah pengkaji yang merupakan seorang guru yang bermasalah dari aspek pengurusan masa di mana guru tersebut sering mempunyai masalah untuk hadir sebelum waktu persekolahan bermula atau kata lain lewat ke sekolah dan lewat masuk ke dalam kelas.

2.0 Latar belakang responden Berikut adalah latar belakang responden:2.1 Latar belakang peribadi i. ii. iii. Status perkahwinan Pendidikan Keluarga : Bujang : Diploma Pendidikan : Anak bongsu dari 7 adik beradik. (Menetap bersama keluarga) iv. Lokasi Mengajar : Sekolah Luar bandar di dalam Daerah Kuala Pilah

2.2 Latar belakang Kerjaya i. ii. iii. iv. Pengalaman Kerja Jawatan Kalayakan Ikhtisas Subjek yang diajar : 7 Tahun : Guru Akademik biasa :Diploma Pendidikan Malaysia : Muzik

3.0 Masalah yang dikenal pasti Isu yang ingin diketengahkan adalah isu berkenaan kegagalan guru tersebut menguruskan masa bekerja dan penyalahgunaan masa bekerja yang sering dilakukan oleh beliau antaranya:i. Lewat hadir ke sekolah. Pada kebiasaannya beliau akan hadir agak lewat ke sekolah di mana waktu persekolahan bermula pada jam 7.45 pagi tetapi beliau datang kebiasaanya antara pukul 7.50 hingga 8.00 pagi. Kelewatan beliau ini sering berlaku antara dua hingga tiga kali seminggu. ii. Lewat masuk ke kelas atau tidak menepati masa memasuki kelas. Guru tersebut di lihat sering berada di kantin sekolah pada masa tidak mengajara atau tidak mempunyai sesi pengajaran. Guru tersebut akan bersembang dan menghabiskan masa di kantin berkenaan dan adakalanya murid perlu memanggil guru berkenaan untuk memasuki kelas. Di Malaysia secara umumnya, waktu bagi satu sesi persekolahan sebelah pagi adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan masa ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi semua guru untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah seperti berikut:i. guru tidak menepati masa memasuki kelas

ii. iii.

guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian

iv. v.

guru tidak menepati masa keluar daripada kelas guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, berchatting, bergosip, melepak di kantin

vi.

guru melakukan kerja sambilan di malam hari contohnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam dan sebagainya sehingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di siang hari.

Antara isu yang boleh dianggap paling penting adalah isu datang lewat dan balik cepat di mana berdasarkan Perintah Am Bab G 1(5) menyatakan bahawa:Semua penjawat Awam termasuk Ketua Jabatan sendiri hendaklah mematuhi waktu bekerja dan hadir di sekolah atau pejabat dalam masa yang ditetapkan. Seorang Penjawat Awam yang hendak meninggalkan sekolah atau pejabatnya di waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dari Ketua Jabatan yang menjaganya sebelum berbuat demikian Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Etika perguruan Malaysia dibaca dengan nama Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia yang terdapat di bahagian awal Buku Rekod Pengajaran guru-guru. Adalah diingatkan tentang kepentingan guru-guru supaya memartabatkan profesionalisme perguruan dengan cara memahami dan menghayati etika perguruan. Namun begitu, sekiranya guru-guru sendiri tidak mengetahui tentang keujudan etika perguruan ini, ia amat malang bagi dunia profesion perguruan.

Kegagalan seseorang guru itu mematuhi etika profesion perguruan akan mencemarkan bukan kepada diri guru tersebut malah yang peling utama adalah kepada profesion perguruan itu sendiri. Ini sudah tentu akan memberi suatu gambaran yang negatif mengenai martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Terdapat pelbagai isu yang melibatkan kes yang berkaitan melanggar etika profesion perguruan antaranya ialah akan membincangkan mengenai isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu etika pengurusan masa. Etika pengurusan masa termasuklah perkara-perkara berikut iaitu: i. ii. iii. iv. v. Waktu hadir ke sekolah Waktu hadir ke kelas Mengajar mengikut Jadual waktu/waktu tidak mengajar (free period) Semak buku latihan murid Memberikan bimbingan

Oleh yang demikian, di pihak guru, mereka harus mempunyai kualiti-kualiti yang boleh melahirkan pelajar-pelajar yang dikehendaki oleh ibu bapa, masyarakat, sektor-sektor pekerjaan dan aspirasi negara secara umumnya. Ini disebabkan sifat-sifat dan kualiti seorang guru akan memberi impak kepada para pelajar, ibu bapa dan rakan-rakan seprofesion. Antara kualiti-kualiti tersebut adalah mempunyai ilmu dan berjaya mempraktikkannya serta mempunyai rasa hormat dan bersikap penyayang terhadap anak-anak muridnya, berperawakan yang baik, bertenaga, bersifat humor, fleksibel dan peka.

Berikut adalah perkembangan permasalahan guru tersebut berdasarkan kronologi:Masalah atau isu guru tersebut gagal menguruskan masa beliau adalah berkaitan dengan jadual atau rutin kehidupan guru tersebut yang mana guru tersebut sering tidur lewat di mana pada sebelah malam guru tersebut gemar melepak bersama-sama rakannya sehingga lewat malam. Rentetan daripada aktiviti tersebut maka guru tersebut lewat tidur dan akibatnya lewat untuk bangun pagi. Ini terbukti melalui buku kedatangan guru pada bulan Mac 2012 di mana pada minggu pertama (27 Februari hingga 2 Mac), terdapat dua hari guru tersebut lewat hadir ke sekolah iaitu pada hari Isnin (hadir pada pukul 8.00 pagi) dan hari rabu (hadir pada pukul 7.55

pagi). Pada minggu kedua ( 5 Mac hingga 9 Mac) terdapat tiga hari guru tersebut lewat hadir ke sekolah. Pada minggu ketiga (19 Mac hingga 23 Mac) guru tersebut telah lewat hadir sebanyak tiga kali kali dan pada minggu keempat ( 26 Mac hingga 30 Mac) guru tersebut telah lewat hadir sebanyak 3 hari. Manakala di sekolah pula, guru berkenaan tidak mempunyai motivasi untuk mengajar di mana ianya diluahkan oleh guru tersebut sendiri kepada rakan-rakan guru yang lain. Guru berkenaan tidak merasakan dirinya minat untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang guru malah beliau menyatakan bahawa pihak pentadbir tidak memberikan penghargaan terhadap tugas yang telah dijalankan dengan baik oleh beliau sebelum ini contohnya sekiranya beliau mengajar dengan baik dan menghasilkan pencapaian atau keputusan yang baik, Pihak pentadbir tidak akan berkata apa-apa tetapi sekiranya keputusan murid berlaku penurunan maka beliau akan dipanggil dan akan dipersalahkan sepenuhnya atas masalah tersebut. Ini menjadikan beliau semakin tidak bermotivasi kerana beliau lebih menyalahkan pihak pentadbir atas segala perubahan yang berlaku terhadap diri beliau.

4.0 Analisis berdasarkan teori

Berdasarkan kepada permasalahan ini, teori pilihan dipilih bagi tujuan menganalisis masalah ini. Rasional mengapa teori pilihan ini dipilih adalah :i. Teori ini menerangkan bagaimana seseorang individu tersebut bertingkah laku dan mengapa mereka bertingkah laku sedemikian berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar dan nilai. ii. Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan termasuklah kita bersedih dan berfikiran negatif. Individu bebas

bertingkah laku berdasarkan kepada motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif. Berdasarkan Glasser (2000), beliau melihat masalah manusia berpunca daripada keperluan asas atau basic needs tidak dipenuhi. Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010), keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang

menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan. Aspek menyayangi dan disayangi ini merangkumi keperluan kasih sayang, rasa intim, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan, majikan dan orang sekeliling. Rasa ingin penghargaan meliputi keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap, mempengaruhi. Manusia yang bermasalah adalah kerana:a. Keinginan tidak dipenuhi iaitu keinginan yang dipengaruhi keperluan psikologi dan fisiologi iaitu menyayangi dan disayangi, penghargaan, kebebasan dan sebagainya. b. Memperoleh sesuatu yang tidak dikehendaki. c. Konflik akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi individu. d. Personaliti gagal terbentuk apabila gagal memenuhi kehendak dengan cara yang bertanggungjawab seperti kecewa dengan kehidupan atau menafikan kegagalan yang dihadapi e. Biasanya akan memilih simptom negatif dan akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak efektif. f. Akan melarikan diri daripada tanggungjawab akibat emosi dan pemikiran terganggu.

Berdasarkan masalah guru tersebut melalui teori ini beberapa kata kunci bagi menganalisis masalah tingkah laku bermasalah guru tersebut antaranya:i. Apakah kehendak kualiti atau quality world Setiap individu mempunyai impian masing-masing. Kehendak tersebut bergantung kepada pengalaman dengan orang lain, benda, kepercayaan, dan situasi yang kita alami. Akibat daripada aspek-aspek tersebut maka ianya menghasilkan satu kehendak dan harapan yang diingini. Berdasarkan masalah guru terbabit oleh kerana impiannya tidak dipenuhi oleh pihak pentadbir sekolah, maka beliau menjadi seorang yang tidak bermotivasi dan ianya memberi kesan kepada tugasnya sebagai seorang guru. ii. Apakah keperluan asas atau basic needs Keinginan banyak ditentukan oleh keperluan asas yang boleh dibahagikan kepada empat keperluan psikologi iaitu:-

a. Menyayangi dan ingin dimiliki b. Inginkan penghargaan c. Inginkan kegembiraan d. Inginkan kebebasan Keperluan fisiologi pula lebih kepada keinginan untuk terus hidup. Berdasarkan keperluan asas seseorang manusia itu, dapat dilihat dengan jelas terdapat beberapa keperluan asas tidak dipenuhi oleh guru tersebut iaitu beliau tidak merasakan sayang terhadap sekolah, murid dan sebagainya. Beliau juga tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya daripada pihak pentadbir walaupun telah melakukan yang terbaik untuk sekolah contohnya beliau melatih pasukan hoki sekolah dan pasukan tersebut telah berjaya menjuarai peringkat daerah dan tempat kedua peringkat negeri. Pada pandangan beliau walaupun beliau telah membawa kejayaan tersebut tetapi ianya tidak dihargai oleh pihak sekolah. Guru tersebut juga tidak berasa gembira dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Ini menjadikan beliau berasa tidak bermotivasi untuk bekerja. iii. Apakah tingkah laku keseluruhan atau total behaviour Tingkah laku keseluruhan meliputi perlakuan, pemikiran, perasaan, dan fisiologi tingkah laku keseluruhan. Ianya boleh mengawal pelakuan dan fikiran sendiri tetapi sukar mengawal perasaan. Berdasarkan tingkah laku guru bermasalah tersebut dapat dilihat dengan jelas bahawa apabila keinginan guru tersebut tidak dipenuhi maka beliau gagal mengawal perasaan tidak puas hatinya dan akhirnya menyebabkan guru tersebut membuat keputusan berkelakuan negatif seperti datang lambat dan lewat masuk ke kelas.

iv. Apakah identiti berjaya dan identiti gagal Identiti berjaya merujuk kepada rasa cinta,dihargai, keperluan psikologikalnya. Manakala identiti gagal pula merupakan tidak rasa dicintai, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Berdasarkan masalah guru terbabit dapat diandaikan bahawa masalah guru tersebut berdasarkan kepada identitinya yang gagal seterusnya menyebabkan beliau berasa tidak

disayangi atau diperlukan di sekolah, personaliti yang tidak seimbang dan cepat berasa putus asa.

v. Individu bertanggungjawab untuk memilih keputusan dalam hidupnya Ianya merangkumi beberapa aspek antaranya:a. Setiap pilihan berdasarkan keperluan asas b. Setiap pilihan mempunyai risiko c. Individu berupaya memilih tingkah laku efektif dan tidak efektif d. Tingkah laku efektif membentuk identiti berjaya e. Tingkah laku tidak efektif membentuk identiti gagal

Berdasarkan kepada kata kunci ini menunjukkan bahawa guru yang bermasalah tersebut sebenarnya telah membuat pilihan dalam hidupnya apabila beliau akan bersikap dan berfikiran negatif dan beliau merasakan bahawa pilihan yang dilakukan merupakan pilihan yang betul. Ini menyebabkan beliau meneruskan kehidupan sehariannya dengan perlakuan yang tidak efektif dan membentuk identiti seorang yang gagal.

5.0 Cadangan Pelan tindakan bagi membantu membentuk semula sikap dan sahsiah guru berkenaan. Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika isu atau permasalahan ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk. Berdasarkan teori pilihan, keperluan asas individu tersebut perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum perkara-perkara lain diambil kira. Oleh itu beberapa aspek boleh diperbaiki antaranya:5.1 pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adalah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah dan mereka perlu memanggil guru berkenaan dan

berbincang berkaitan masalah guru tersebut. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah mereka merujuk guru tersebut kepada kaunselor-kaunselor yang terdapat disetiap Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran di setiap negeri. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru-guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. 5.2 Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Rakan sejawat boleh menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah dengan memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. Sekiranya rakan sejawat tersebut merupakan individu yang dihormati disekolah tersebut maka rekan tersebut boleh memberikan teguran dan pandangan agar guru tersebut bermuhasabah semula dengan tingkah lakunya. Rakan sejawat boleh memberikan contoh yang sesuai berdasarkan pengalaman mereka. Rakan sejawat juga perlu memberikan kata-kata positif kepada guru tersebut dan sekiranya boleh sekiranya guru tersebut melakukan sesuatu yang baik maka penghargaan daripada rakan sejawat perlu diberikan bagi meningkatkan tingkah laku positif.

5.3 Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar mereka akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-sifat atau sikap-sikap yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

6.0 Rumusan

Berdasarkan tingkah laku bermasalah guru tersebut dapat dirumuskan bahawa tingkah laku seseorang itu adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk memilih, melakukan dan juga berubah. Guru yang terlibat dalam tingkah laku bermasalah ini perlu sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa bijak dalam aspek pengurusan masa. Seterusnya, guru tersebut juga perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak tingkah laku yang negatif. Di dalam melaksanakan tugasan dalam profesion perguruan ini, terdapat pelbagai masalah yang sekiranya ianya tidak dapat atau tidak mampu ditangani akan menyebabkan ianya bertambah rumit dan akhirnya menyebabkan seseorang guru itu memilih ke arah tingkah laku yang negatif. Berdasarkan teori pilihan, dapat dilihat dengan jelas bahawa setiap individu diberi hak untuk memilih dan menentukan sendiri arah tuju masing-masing. Akal yang waras yang diberikan memerlukan seseorang manusia itu bertindak dan berfikir mengikut akal an bukan bertindak mengikut nafsu. Teori juga jelas menunjukkan bahawa keupayaan seseorang mengawal emosi akan membantu seseorang individu itu melakukan keputusan atau pilihan yang bijak. Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa.

Rujukan

Asnah Abdul Hamid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jld. 5. 29 40 Foo Say Fooi. 2005. Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Serdang: Penerbit UPM. Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia (Edisi 7). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Mukherjee, G.H. 1978. Sekolah dan Nilai Moral. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia. Jld. 23 (58) April 1978. 28 33.
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, & Wong, K. W (2010).Siri Pendidikan Guru Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar

____________(2011) KKD 2063 Pembangunan Sahsiah, Modul Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Vous aimerez peut-être aussi