Vous êtes sur la page 1sur 18

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

SOALAN

REFORMASI

MELALUI

PROGRAM

INOVASI

BAGI

MENINGKATKAN KUALITI KERJA DI MALAYSIA. 1.0 Pengenalan

Gagasan 1Malaysia merupakan gagasan pembangunan Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang keenamsebaik sahaja beliau dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Gagasan ini merupakan kesinambungan daripada gagasan-gagasan pemimpin negara yang lalu yang dimulakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra dengan Gagasan Kemerdekaan, diikuti oleh Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak Hussien, kemudian muncul pula Tun Dr Mahathir dengan Wawasan 2020 (Mahathir Mohamad,1991) yang menggariskan 9 prinsip asas pembangunan negara sebagai kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baru, dan juga gagasan Pendekatan Islam Hadhari yang menggariskan 10 prinsip kepada pendekatan Islam yang bertamadun oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2005; Abdullah Ahmad Badawi,2007). Persekitaran masa kini yang begitu kompetitif dan cabaran globalisasi memerlukan Perkhidmatan Awam peka dan fokus terhadap inovasi dan kreativiti. Ini adalah usaha dalam memacu agenda transformasi sektor awam dan empat tonggak utama Kerajaan iaitu 1Malaysia, Program Transformasi kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang bakal meningkatkan kualiti taraf hidup rakyat. Agensi-agensi sektor awam dan swasta perlu mengutamakan usaha pengenalan inovasi dalam segala aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan. Perancangan yang teliti dan pelaksanaan yang sistematik akan menyumbang kea rah objektif negara dalam mencapai matlamat ekonomi berpendapatan tinggi dalam masa yang singkat. Agenda transformasi negara yang berpaksikan inovasi dan kreativiti telah ditetapkan oleh kerajaan mengkehendaki Perkhidmatan Awam merancang
1 194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

usaha-usaha bagi memastikan agenda transformasi mampu merentasi semua sektor dalam negara. 2.0 Definisi Reformasi Pentadbiran

Menurut Kamus Oxford, reformasi pentadbiran adalah mengenai semua pembaikan dalam pentadbiran, membaik pulih keseluruhan pentadbiran dalam keadaan yang sukar, pembaikan-pembaikan yang tertentu dalam perkara yang salah di dalam pentadbiran dan sebarang cadangan yang lebih baik untuk kerajaan. (A.A Hussain, 2010) Bagi Maizatul Haizan sebagai Mahbob (2001) menyifatkan pembaharuan atau

pentadbiran

perubahan,

pemodenan,

pembaikan

pembangunan yang membawa maksud peralihan daripada keadaan atau cara lama kepada keadaan atau cara yang lebih baik. Gerald Caiden (1969) menakrifkan pembaharuan pentadbiran sebagai usaha yang dibuat untuk mendorong perubahan pentadbiran yang ditentang. Usaha tersebut merupakan sebahagian reformasi masyarakat dan perlu dibezakan daripada perubahan pentadbiran yang biasa. Yehezkel Dror (1970-1971) menyifatkan reformasi berkaitan dengan usaha yang menyeluruh dan membawa pembaharuan dan bukannya dengan butir-butir tatacara dalam amalan pentadbiran sehari-hari. Manakala Leemans (1976) menyifatkan reformasi pentadbiran sebagai sebarang reformasi jentera pentadbiran pada peringkatan kerajaan negara dan lebih rendah, oleh itu ia difikirkan sebagai tindakan-tindakan yang terarah. Sementara Hahn-Been Lee (1976) menekankan soal pembaharuan dalam takrifnya tentang reformasinya ialah reformasi dilihat sebagai proses generik atau umum melangkau kesemua peringkat pentadbiran. Ianya

194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

pula digarapkan sebagai satu keupayaan yang utama serta dikehendaki untuk mengenal pasti kreativiti dalam matlamat-matlamat pentadbiran . Dalam erti kata lain, reformasi pentadbiran juga boleh didefinisikan sebagai suatu usaha bersepadu untuk membawa perubahan dalam pentadbiran awam demi meningkatkan keupayaan pentadbiran awam dalam mencapai matlamat pembangunan nasional. Berdasarkan definisi yang telah diutarakan, maka pembaharuan

pentadbiran adalah merupakan sesuatu unsur pembangunan yang penting bagi sesebuah negara yang sedang membangun sepertimana pentadbiran organisasi tanpa mengira hala tuju perubahan, masa dan kecepatan. 3.0 Definisi Kualiti

Dato Dr.Hj. Ahamad bin Sipon, Ketua Pengarah KPM menyatakan, "kualiti merupakan sesuatu yang mutu subjektif atau dan sifat ia merujuk kepada Dalam darjahkecemerlangan, keunggulan.

membangunkan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia supaya negara kekal kompetitif di persada antarabangsa maka kualiti perlu dibudayakan dalam sistem pendidikan negara secara berterusan dan menyeluruh". ISO9000 pula mendefinasikan kualiti produk atau ialah cirri-ciri atau sifat-sifat memenuhi keseluruhan sesuatu perkhidmatan dalam

kehendak pelanggan samada yang dinyatakan atau tidak. Peningkatan Kualiti pula bermaksud penambahan reputasi atau dikaitkan dengan piawai yang boleh diterima umum, memenuhi dan menepati selera pengguna atau pelanggan pada keadaan yang dikatakan lebih berkualiti, tahap terbaik yang boleh dicapai, menepati spesifikasi iaitu konsep yang relatif mengikut masa dan keadaan peningkatan di sepanjang masa. Secara istilah konsep kualiti bermaksud reputasi dalam kalangan masyarakat umum terhadap barang atau perkhidmatan yang dianggap berkualiti mendapat status yang tinggi pada kaca mata masyarakat umum. Produk atau perkhidmatan berkualiti mempunyai nilai

194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

4.0

Definisi Inovasi

Perkataan inovasi berasal daripada bahasa Latin dan pada asalnya membawa maksud pembaharuan. Kebanyakan orang mendefinisikan inovasi sebagai pembangunan teknologi baru, atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu. Inovasi juga didefinisikan sebagai kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan peluang untuk meningkatkan atau memperkayakan taraf hidup masyarakat. Harvards Theodore Levitt mengatakan innovation is doing new things. Seorang usahawan yang berjaya itu perlu berfikir dan melakukan sesuatu yang baru atau memperbaharui yang lama dengan cara/jalan yang baru. Drucker, Peter Ferdinand merupakan tokoh yang bertanggungjawab di dalam mengetengahkan inovasi dan ini diakui oleh beberapa pihak seperti Wall Street Journal dan Fortune. The dean of this countrys business and management philosophers. Wall Street Journal. Any book by Drucker is rewarding, and it is impossible to read the man without learning a lot...... Druckers ideas continue to display a force and resonance that leave him pretty much in a class by himself. - Fortune. 5.0 Tujuan Inovasi

Tujuan inovasi ialah untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya. Namun demikian sesetengah pihak berpendapat bahawa inovasi tidak semestinya melibatkan teknologi. Inovasi juga didefinisikan sebagai penciptaan caracara baru untuk menyampaikan nilai kepada pengguna.

6.0

Inovasi di Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)

Bahagian Pinjaman Perumahan merupakan salah sebuah agensi yang mengamalkan inovasi sehingga diiktiraf di seluruh Malaysia. Pemimpin

194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

yang bijak dan sokongan padu dari kakitangan telah menjadikan sistem pinjaman perumahan semakin mudah dan tidak terlalu banyak birokrasi. Ini kerana, suatu ketika dahulu BPP mengambil masa hampir setengah tahun bagi meluluskan setiap permohonan pinjaman perumahan persekutuan, bahkan terdapat pemohon yang menunggu bertahun-tahun sebelum dibenarkan menduduki rumah pembeliannya. Namun begitu, setelah pelbagai transformasi dan inovasi yang telah dirangka dan dilaksanakan, kini BPP layak berbangga terhadap prestasi agensi mereka pada masa kini. Pihak Pengurusan di Bahagian Pinjaman Perumahan telah mengambil langkah bijak iaitu mengaplikasikan sistem e-government seperti eperkhidmatan, e-Bayaran, e-Borang dan banyak lagi. Bermula dari tahun 2009, BPP telah memperkenalkan e-Bayaran kepada kakitangan persekutuan yang layak meminjam, selain boleh mencetak sendiri Penyata Tahunan dengan melayari sesawang rasmi Bahagian Pinjaman Perumahan, dan kaunter pertanyaan dibuka dengan menggunakan teknologi terkini iaitu menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) jika terdapat sebarang kemusykilan berkenaan pinjaman perumahan persekutuan. Inovasi diteruskan pada tahun 2010 dengan lebih drastik iaitu pemohon boleh menyemak baki pinjaman beliau, menyemak ansuran bulanan, dan menyemak Bayaran Kemajuan Berperingkat yang telah BPP keluarkan kepada pemaju / kontraktor yang berkenaan. Ini adalah bagi menanam rasa bertanggungjawab pada pemohon terhadap harta yang telah dibelinya dan sekaligus peka terhadap proses kesiapan rumah pemohon itu sendiri. Melalui sistem ini, BPP membantu peminjamnya agar sentiasa peka dan mengelak dari ditipu dan sekaligus projek rumah terbengkalai dapat dipantau dengan lebih efektif. Selain itu, pada tahun 2010, BPP memperkenalkan sistem penyemakan status permohonan pinjaman bagi kakitangan persekutuan yang baru memohon dan juga status penghantaran semula hakmilik bagi pemohon
5 194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

yang telah menyelesaikan hutangnya daripada kerajaan. Sistem inovasi yang diperkenalkan ini, lebih mudah difahamidan mesra pengguna kerana ianya menggunakan jalur lebar yang pada masa kini digunakan secara meluas di seluruh dunia. Usaha inovasi BPP semakin berkembang apabila pada tahun 2011, penambahan 3 jenis sistem iaitu permohonan melalui e-Borang, semakan bayaran kemajuan melalui EFT, dan pemberitahuan Arahan Potongan Gaji secara online. Selain itu, pemberitahuan kelulusan pinjaman perumahan juga dipertingkatkan yang mana sebelum ini pemohon yang telah diluluskan hanya akan maklum permohonannya diluluskan apabila surat kelulusan telah sampai ke alamat tempat pemohon bertugas. Namun begitu, atas idea kreatif kakitangan pinjaman perumahan di samping inovasi yang diaplikasikan, pemberitahuan kelulusan akan disampaikan melalui sistem pesanan ringkas sahaja dan kemudian diikuti dengan surat kelulusan. Skim Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) yang telah diperkenalkan

pada tahun 2012 telah mendapat sambutan yang sangat memuaskan daripada kakitangan persekutuan yang berminat untuk membeli rumah menggunakan pinjaman kerajaan persekutuan. Melalui sistem SPPB ini, pemohon boleh mendapatkan pelbagai maklumat seperti maklumat terkini, butir-butir pinjaman dan ini memudahkan pemohon sekiranya terdapat sebarang kemusykilan terhadap prosedur pinjaman perumahan. 7.0 Statistik E-Perkhidmatan Bahagian Pinjaman Perumahan

Peningkatan mendadak akibat inovasi yang telah dilaksanakan sangat membanggakan. Ini dapat dilihat pada sistem e-Bayaran yang meningkat dari 8151 respon kepada 12401 respon. Peningkatan paling ketara ialah pada sistem penyemakan status pinjaman iaitu dari 394,187 respon pada tahun 2010 kepada 717,984 respon pada tahun berikutnya. Sistem eBayaran SMS Semak Baki 2010 8,151 23,782 306,176
6

2011 12,401 25,705 551,758


194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Semak Bayaran Balik Semak Pengeluaran

112,077 Bayaran 218,415 32,895 394,187

176,577 373,138 51,758 717,984

Kemajuan Semak Penghantaran Hakmilik Semak Status Permohonan

8.0

Program Kualiti Lain yang diaplikasikan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan

Selain dari melaksanakan inovasi, BPP juga aktif mengamalkan Program Amalan 5S, Program ISO, Ceramah Keselamatan, Program Xplorasi Inovasi dan Senam Tari MOF 2011, Kempen Kesedaran Kanser dan banyak lagi. Ini dapat membuktikan bahawa pihak pengurusan BPP bijak menarik minat warga organisasinya untuk member kerjasama yang erat terhadap setiap tindakan dan keputusan serta transformasi yang ingin dilaksanakan.

9.0

Hubungan

Inovasi

Dan

Kreativiti

terhadap pembangunan Negara Inovasi ialah asas kepada pertumbuhan dan kemajuan negara. Inovasi merupakan pemangkin yang menentukan acuan dan kepantasan negara untuk terus maju. Bagi Malaysia, inovasi adalah teras peralihan kepada ekonomi yang diterajui oleh teknologi dan mengekalkan kelebihan daya saing negara. Perubahan yang berlaku hari ini memerlukan kerajaan dan
7 194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

industri meletakkan inovasi serta daya kreatif sebagai faktor utama mencapai anjakan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Selain itu, kerajaan sedang melaksanakan transformasi menjadikan kreativiti dan inovasi sebagai penjana nilai tinggi dalam model ekonomi baru. Model Ekonomi Baru memerlukan perubahan struktural dari segi modal insan dan bentuk kegiatan ekonomi yang akan dimajukan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, negara perlu memperkasa landskap inovasi melalui rangsangan inspirasi dan menjana idea baru bagi mengembang bakat sedia ada serta mengeksploitasi kemampuan kreativiti serta insentif modal insan negara pada peringkat maksimum. 10.0 Inovasi dan Konsep 1Malaysia Satu daripada nilai aspirasi terkandung dalam konsep 1Malaysia ialah budaya inovasi. Dalam pengertian mudah, budaya inovasi merujuk kepada kesediaan untuk berubah, mencuba perkara dan cara baru dalam seluruh aspek kehidupan untuk kemakmuran, kedamaian, kesenangan, kesejahteraan, dan kelestarian menerusi penyelesaian kreatif. Kreativiti membabitkan pemikiran, idea, dan gagasan baru. Inovasi pula menjurus kepada penambahbaikan dan penyesuaian kepada pemikiran, idea atau gagasan sedia ada sehingga memberi nilai tambah baru yang boleh diguna pakai, dimanfaatkan, dijadikan asas serta dasar lebih produktif, dan bagi produk serta perkhidmatan yang dikomersialkan. Bagi membolehkan inovasi menjadi suatu budaya, kreativiti dan inovasi tidak boleh dihadkan kepada sesuatu kelompok masyarakat seperti karyawan seni, ahli sains atau pakar teknologi sahaja, tetapi perlu difahami dan diamalkan oleh seluruh lapisan masyarakat dalam segala bidang, terutama yang selama ini rencam kerana sarat dengan teknologi seperti industri penghasilan perisian baru, produk teknologi canggih atau bidang yang sarat birokrasi seperti pentadbiran awam. Oleh itu, dasar dan inisiatif perlu dirangka segera supaya kreativiti dan inovasi diperluaskan dimensinya, amalan dan penghayatannya. Semua lapisan masyarakat perlu didedahkan supaya dapat memahami aspirasi budaya inovasi untuk memacu perubahan dan pembangunan.
8 194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Malaysia

mempunyai

sejarah

yang

boleh

dibanggakan

dalam

membangunkan dasar yang mendorong pertumbuhan ekonomi dan keharmonian sosial. Dalam pelbagai situasi, pendekatan tradisional tidak digunakan, dan sebaliknya melaksanakan pendekatan baru dalam konteks yang unik. Contoh pendekatan ini termasuk dasar pembangunan ekonomi luar bandar (RED) dalam ''Buku Merah'' dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Walaupun kebanyakan asas dalam dasar ini dapat bertahan, namun Sebagai dasar ini sering Dasar Matlamat dikemaskinikan Ekonomi Baru oleh sebagai respon satu kepada bentuk persekitaran global, kemajuan negara dan perkembangan aspirasi. contoh, merupakan kerajaan adalah dengan perancangan yang dilancarkan melaluiRancangan mewujudkan

Malaysia Kedua.

utamanya

perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan, dan sebagainya. Selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. 11.0 Cabaran dan Cadangan Penyelesaian Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu mengurangkan seterusnya membasmi
9

kemiskinan
194707

dengan

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

meningkatkan pekerjaan

pendapatan semua

dan

memperbanyakkan tanpa

peluang-peluang kaum serta

kepada

rakyat

mengira

mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru seterusnya digantikan oleh Dasar Wawasan Kebangsaan (NVP). Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. Hal ini bagi memastikan strategi terbaik dapat diatur, langsung meletakkan Malaysia pada laluan betul, demi mencapai Wawasan 2020. Tujahan utama membangunkan sebuah negara yang berdaya tahan atau berketrampilan, mewujudkan masyarakat saksama, mempertahankan pertumbuhan ekonomi yang tinggi, meninggikan daya saing, mengembangkan ekonomi berasaskan pengetahuan, memperkukuhkan modal insan dan melindungi alam sekitar terus menjadi dasar utama kerajaan. Persaingan inovasi pada masa kini semakin sengit, khususnya dalam kalangan sektor korporat di negara maju. Selain meneroka asas untuk meningkatkan untuk daya saing, inovasi menjadi prasyarat sumber kepada asli dan perkembangan teknologi dan pasaran lebih luas. Inovasi juga adalah asas mengubah model ekonomi berteraskan pengeluaran kos murah kepada model ekonomi nilai tinggi. Tidak seperti perkembangan inovasi pada suku terakhir abad lalu, inovasi terkini lebih
10 194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

berorientasi pasaran dan kreativiti dalam seluruh bidang. Malah bidang yang dianggap tidak berdaya maju dan tradisional seperti pertanian, perkhidmatan dan utiliti juga semakin berkembang dengan ada pelbagai inovasi secara berterusan. Suatu hal yang menarik mengenai inovasi ialah sifatnya yang tidak lagi tertumpu dan tertutup kepada identiti kebangsaan dan milik eksklusif sesebuah organisasi. 'Inovasi terbuka' ialah slogan baru yang menghubungkan pelbagai organisasi dan negara asalkan mempunyai sinergi dan menguntungkan semua pihak. Itulah sebabnya tidak semua gergasi korporat melakukan sendiri inovasi dalam sesuatu bidang, sebaliknya turut bergantung kepada inovasi institusi atau individu lain yang mempunyai kepentingan bersama. Itulah antara faktor pendorong kewujudan banyak organisasi persendirian yang melakukan inovasi mengikut keperluan pengguna, iaitu sektor korporat atau agensi awam. Organisasi ini biasanya berasal daripada agensi awam atau universiti yang kemudian berkembang menjadi entiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas seperti Stanford Research Institut (SRI) di Amerika Syarikat, dan Water Research Corporation (WRC) di Britain. Malah banyak juga organisasi R&D yang asalnya anak syarikat sesebuah gergasi korporat menawarkan khidmat R&D kepada badan korporat lain. Sejajar dengan itu, pihak industri juga perlu dan bergerak pantas penting Malaysia tidak hasil hasil

menghasilkan produk lebih bernilai tambah serta berkesan memenuhi kehendak memenuhi Produk pasaran. keperluan Pendekatan Wawasan proaktif 2020 dan tidak bersepadu membolehkan bermakna tercapai

meletakkan dirinya sebaris negara lain yang lebih maju dan berpengaruh. berinovasi dan yang dihasilkan jika dikomersialkan. penyelidikan pembelian Salah satu Namun, pendekatan (R&D) sebelum pengkomersialan dipasarkan,

pembangunan

apabila teknologi

perjanjian

teknologi.

penyelidikan ini perlu diberi perlindungan sebagai harta intelek terlebih sama ada dalam bentuk paten, cap dagang, hak cipta, rahsia perniagaan atau reka cipta industri. Pengkomersialan hasil R&D negara baru
11 194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

berkembang pada tahun 1990-an yang sebelumnya lebih

kepada

memenuhi tuntutan akademik atau kajian ilmiah. Oleh itu, bagi negara sedang membangun seperti Malaysia yang baru mempergiatkan usaha pengkomersialan, sudah tentu kadar pengkomersialan negara masih rendah berbanding negara maju. Peratusan pengkomersialan projek R&D bagi peruntukan dibiayai oleh geran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) kini dalam lingkungan 3.4 peratus berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan Korea, iaitu 5 hingga 10 peratus hasil penyelidikan dapat dikomersialkan. Namun, daripada prestasi R&D Malaysia berdasarkan pengukuran 'output' (paten) menunjukkan trend meningkat. Jika dilihat secara khusus pada tahun 2002, pemberian paten secara keseluruhan meningkat daripada 1,492 kepada 2,347 pada tahun 2004 dan meningkat hampir tiga kali ganda kepada 6,749 pada 2006. Peningkatan itu menunjukkan wujud tahap kesedaran yang bertambah baik terhadap kepentingan harta intelek. Dalam konteks sama, statistik terkini daripada Pertubuhan Harta Intelek Sedunia, kadar permohonan untuk memfailkan paten di seluruh dunia meningkat pada kadar purata 4.75 setahun. Kadar itu setanding kadar purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia 5.6 peratus. Kerajaan akan sentiasa menitikberatkan konsep penyelidikan dan pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) untuk memastikan kadar pengkomersialan meningkat dari setahun ke setahun. Strategi kerajaan mempertingkatkan pengkomersialan penemuan R&D ialah memperkukuh struktur sokongan dan institusi untuk usaha pengkomersialan hasil R&D melalui kepemimpinan dan tadbir urus yang berkesan. Mosti juga meningkatkan kesedaran mengenai R&D serta menggalakkan pengkomersialan R&D dengan menyediakan persekitaran kondusif untuk menjana R&D berkualiti selain menggalakkan pembangunan dan penggunaan serta aplikasi teknologi utama bagi menggalakkan R&D yang lebih didorong oleh pasaran. Keadaan dapat dilihat dengan penggubalan Model Inovasi Negara pada tahun 2007. Model itu mengutamakan aspek inovasi dengan menerapkan pendekatan
12 194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

seimbang iaitu di antara inovasi berpandukan teknologi dan inovasi berpandukan pasaran. Untuk meningkatkan lagi kadar pengkomersialan penemuan R&D dalam sektor awam, secara umumnya, Mosti menyediakan sumber pembiayaan komprehensif pada peringkat awal sehingga tahap pengkomersialan. Terdapat agensi Mosti yang terbabit secara iaitu langsung agensi dalam

menggalakkan

kegiatan

pengkomersialan

Perbadanan

Pembangunan Teknologi Malaysia Sdn Bhd (MTDC) yang ditubuhkan pada tahun 1992. Tumpuannya ialah mengkomersialkan hasil penemuan penyelidikan oleh universiti dan institusi penyelidikan serta mengenal pasti utama dan memindah di teknologi bawah strategik iaitu untuk Dana menggalakkan Pengkomersialan pertumbuhan perusahaan berasaskan teknologi di Malaysia. Dua dana ditubuhkan MTDC Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF) dan Dana Perolehan Teknologi (TAF). Objektif utama CRDF ialah mempromosikan pengkomersialan teknologi tempatan dan menyegerakan pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan universiti, institusi penyelidikan, firma dan penyelidik individu atau pereka cipta tempatan. Sementara itu, TAF pula bertujuan mempromosikan peningkatan teknologi melalui perolehan teknologi strategik dan relevan oleh sektor industri Malaysia. Separa geran juga disediakan untuk tujuan penempatan warga Malaysia dalam firma teknologi luar negara atau institusi peningkatan teknologi. Selain itu, meningkatkan kerjasama antara industri, kerajaan dan institusi penyelidikan bagi memastikan hasil R&D dapat dimajukan hingga ke peringkat pengkomersialan. Penekanan khusus diberikan kepada usaha mempertingkatkan kerjasama antara institusi penyelidikan dengan pihak industri serta menambah kepakaran pengkomersialan dan keberkesanan pengurusan dalam unit pemasaran dan pengkomersialan di universiti dan institut penyelidikan. Mosti sering mengadakan bengkel dan seminar dengan menjemput pakar dalam bidang ini untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

13

194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Selain itu, inovasi juga tidak mengenal lagi batas geografi. Sebagai contoh, ketika ini lebih separuh aktiviti inovasi syarikat utama Britain dilakukan di negara lain. Selain mengamalkan dasar 'outsourcing', Syarikat itu juga menjalankan pelbagai program R&D menerusi pusat penyelidikan ditubuhkan di negara yang menyediakan peluang danpersekitaran inovasi menarik. Ketika ini, kira-kira 60 peratus aktiviti R&D syarikat Britain terletak di Amerika Syarikat. Sebaliknya hampir separuh hasil inovasi syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat dilakukan di Britain. Selain itu, banyak negara menyediakan insentif untuk menarik pelaburan asing dalam bidang R&D. Pelaburan sedemikian lebih menguntungkan berbanding sektor pengeluaran produk pukal kerana aktiviti R&D membabitkan pelaburan besar, kepakaran tinggi dan menyediakan peluang pekerjaan tenaga mahir. Pelaburan R&D juga menjadikan sesebuah negara lebih berdaya saing menerusi ekonomi nilai tinggi. Antara negara yang rasional untuk menyediakan pelbagai insentif menarik untuk pelaburan R&D khususnya kepada gergasi korporat seperti Singapura, Korea Selatan, Australia, China dan India. Misalnya, sebuah syarikat farmasi terkemuka Britain, GSK,baru sahaja memindahkan pusat R&D ke China untuk penyakit sistem saraf. Laird pula, salah sebuah syarikat tersenarai 350 dalam FTSE baru saja memulakan operasi makmal korporat ke India dalam bidang 'horizon scanning'. Selain mempergiatkan aktiviti R&D menerusi pelaburan awam dan swasta tempatan, dicadangkan agar pihak kerajaan menyediakan dasar dan strategi lebih jelas, serta insentif proaktif untuk menarik syarikat gergasi antarabangsa menempatkan operasi R&D di Malaysia. Tidak seperti pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pengeluaran, pelaburan R&D lebih beraneka dan menguntungkan. Tetapi syaratnya ialah penyediaan 'ekosistem inovasi' iaitu persekitaran, dasar, budaya dan insentif yang mendorong aktiviti R&D merangkumi sekurang-kurangnya lima aspek. Paling utama ialah institusi tempatan turut melakukan aktiviti asas R&D sebagai penghubung, sekali gus penjana pelbagai program inovasi.
14 194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Kedua, tenaga mahir R&D mencukupi dalam sesuatu bidang. Ini kritikal kerana biasanya pelaburan R&D memerlukan tenaga mahir terlatih dan berpengalaman pada peringkat PhD. Sekali lagi, peranan universiti penting untuk menampung keperluan tenaga pakar. Sebagai contoh P&G baru saja membuka makmal R&D berhampiran Universiti Tsinghua, China yang menempatkan 1,000 jurutera penyelidikan berkelulusan PhD. Dalam hal ini, Malaysia masih jauh ketinggalan. Jumlah mahasiswa peringkat sarjana dan PhD dalam bidang teknologi dan kejuruteraan ketika ini sekitar 10,000 orang saja. Menurut perangkaan terakhir, daripada jumlah itu, kira-kira 43 peratus mahasiswa pasca siswazah belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ketiga, perkembangan saintifik sesebuah lokasi. Pelaburan R&D biasanya mengambil kira kewujudan bukan saja tenaga mahir malah syarikat atau persaingan dalam sesuatu bidang. Itu rasional banyak syarikat berteraskan ICT menempatkan pusat R&D di India. Keempat, insentif kewangan dan pelaburan yang ditawarkan kerajaan seperti taraf perintis, kemasukan tenaga mahir dari luar negara, dan kemudahan untuk kerjasama penyelidikan dengan institusi tempatan (biasanya universiti). Sebagai negara yang semakin berdaya saing, peranan perkhidmatan awam mendapat sorotan meluas dalam semua dasar, strategi dan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Perkhidmatan awam adalah nadi kepada kerajaan Malaysia. Selain menyediakan kerangka perundangan dan penguatkuasaan, perkhidmatan awam juga berperanan sebagai penggerak pelbagai program pembangunan dan kemudahan awam. Peranan ini dijangka lebih menyerlah untuk memacu pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan iklim pelaburan dan perdagangan kepada sektor swasta. Dalam tempoh setahun terawal pentadbiran Najib, tumpuan diberi kepada peningkatan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam. Setiap kali Najib berucap di hadapan penjawat awam, banyak pihak ternanti-nanti pengumuman penting dan inisiatif baru. Bagi sebahagian besar penjawat awam, selain dasar baru, faktor sistem penggajian dan imbuhan turut menjadi perhatian. Penambahbaikan skim perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk
15 194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

menjaga kebajikan penjawat awam supaya memberi sepenuh komitmen dan integriti kepada tugas masing-masing. Ketika ini bukan saja komuniti akademia dan perkhidmatan kesihatan, malah polis, tentera, guru, dan terkini warga pos menikmati peningkatan imbuhan kerja dan skim perkhidmatan. Ini selaras langkah kerajaan memastikan pendapatan rakyat meningkat sesuai dengan peningkatan produktiviti dan kualiti hidup seperti terangkum dalam Model Baru Ekonomi. Untuk terus memacu daya saing, beberapa aspek perlu pembaikan secara berterusan. Berdasarkan laporan IMD Switzerland menerusi World Competitive

Yearbook 2010 (WCY2010), kedudukan Malaysia semakin menyerlah. Daripada tangga 19 pada tahun 2009 kepada 10 pada tahun 2010 di belakang Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Sweden, Kanada, Taiwan, dan Norway. Jika kita bersetuju dengan falsafah dan konsep laporan itu, maka ini petunjuk penting betapa pelbagai inisiatif dilakukan sejak kebelakangan ini membantu parameter menyediakan utama iaitu persekitaran lebih kondusif untuk Malaysia terus berdaya saing. Secara umumnya, WCY2010 menggunakan empat ekonomi, kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur. Malaysia menunjukkan peningkatan menggalakkan dalam semua parameter kecuali infrastruktur berbanding negara dalam kelompok 20 teratas turut membabitkan Luxembourg, Belanda, Denmark, Austria, Qatar, Jerman, Israel, China, dan Finland. Untuk terus meningkatkan daya saing maka tumpuan perlu diberikan kepada enam bidang dalam kategori infrastruktur. Keutamaan paling ketara ialah pembiayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kini kedudukan Malaysia ialah pada tangga 34 berbanding 39 pada tahun 2009. Ini perlu diberi perhatian segera dalam Bajet 2010 dan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Biaya R&D dijangka meningkatkan inovasi dan kreativiti negara, sekali gus memberi kesan langsung kepada perkembangan pengajian tinggi, penjanaan nilai tinggi dan peningkatan kepakaran dalam pelbagai bidang. Sekadar pembiayaan tidak memadai untuk memacu aktiviti R&D. Banyak negara kaya di rantau Asia Barat membelanjakan lebih 10 kali ganda
16 194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

berbanding Malaysia dari segi kuantum. Namun, lebih penting ialah ekosistem inovasi yang membolehkan penyelidikan saintifik dilakukan menerusi kepakaran, penyelidik terlatih, skim perkhidmatan, modus operandi dan aktiviti hiliran R&D seperti pemfailan harta intelek, pengkomersialan, dan dana teroka untuk memasuki pasaran lokal dan global. Dalam hal ini peranan pengajian tinggi perlu digembleng sepenuhnya supaya kedudukan dalam WCY2010 terus meningkat (19 pada tahun 2009 dan 15 pada tahun 2010). Malaysia perlu segera mencari jalan mewujudkan lebih banyak lebih universiti inovatif penyelidikan, konteks seterusnya mengemukakan kerangka dalam

kerjasama pintar dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta. 12.0 Kesimpulan Malaysia nampaknya jauh ketinggalan dalam penyediaan kemudahan kesihatan menerusi berbanding penyediaan negara maju. Kedudukan kesihatan pada lebih tangga baik 29 (berbanding 32 pada tahun 2009) perlu terus dipertingkatkan bukan saja perkhidmatan malah menggalakkan cara hidup sihat di kalangan seluruh warga, sesuai dengan perbidalan, mencegah lebih baik daripada mengubati. Tumpuan juga perlu diberikan terhadap infrastruktur teknologi komunikasi. Kedudukan Malaysia dalam WCY2010 ialah 23 berbanding 34 pada tahun sebelumnya. Walaupun kemudahan telefon bimbit semakin meningkat, kemudahan internet masih terhad dari segi liputan dan kepantasan. Menerusi strategi kemudahan jalur lebar 4G yang dilaksanakan empat syarikat konglomerat utama, maka infrastruktur itu dijangka akan menambah daya saing negara.Sementara itu, secara kuantitatif kualiti hidup nampaknya semakin meningkat. WCY2010 menempatkan Malaysia pada kedudukan 17 berbanding 21 pada tahun 2009. Ini ada kaitannya dengan parameter pembangunan lestari pada tangga kelapan berbanding ke-13 pada tahun 2009. Kita berharap pelestarian alam sekitar terus mantap di Malaysia bukan saja menerusi inisiatif kerajaan, malah pembabitan semua pihak.

17

194707

GMGM3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Sesungguhnya inovasi semakin penting dalam suasana ekonomi nilai tinggi kerana menjadi penjana aset bukan fizikal paling utama. Laporan Bank Dunia menyebut bahawa harta sesebuah negara dalam bentuk pengetahuan teknologi, harta intelek, jenama dan institusi boleh menjangkau antara 60 hingga 80 peratus. Selebihnya ialah harta dalam bentuk aset fizikal dan konvensional seperti tanah, bangunan, modal kewangan, emas, kilang, dan sebagainya. Walaupun kita menyedari apa juga bentuk indeks, petunjuk, dan sistem ranking mempunyai banyak kelemahannya, kita perlu bijak menggunakan sebaiknya untuk dijadikan sebahagian input dalam penilaian terhadap keberkesanan pelbagai dasar dan inisiatif perkhidmatan awam khususnya. Penilaian sebenar masih terhadap kesejahteraan rakyat, keamanan, dan pelestarian ekosistem supaya negara kita terus maju dan makmur.

18

194707

Vous aimerez peut-être aussi