Vous êtes sur la page 1sur 11

TEKNIK PERSAMPELAN KERJA

ABSTRAK Cara kita mereka dan melaksanakan proses pengurusan memberi kesan kepada produktiviti yang boleh dicapai daripada pengekalan kuasa kerja. Aktiviti persampelan adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengukur penggunaan pekerja mahir dan membantu mengenalpasti kelewatan dan aktiviti sampingan oleh pekerja mahir. Maklumat ini digunakan untuk mensasarkan perubahan spesifik yang akan menyingkirkan rintangan untuk meningkatkan masa merenggut dan keseluruhan produktiviti kuasa kerja. Antara faedahnya termasuklah mengurangkan kos dan meningkatkan masa kerja. Persampelan kerja adalah satu teknik yang mengenalpasti pengekangan pekerja melalui pengelasan hari bekerja kepada elemen produktif dan tidak produktif. Persampelan kerja dilakukan dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak untuk mendapat maklumat mengenai kelemahan aktiviti kerja. Berdasarkan teori kebarangkalian, pemerhatian sample rawak cenderung untuk mendapat taburan yang sama seperti kumpulan total; semakin besar sampel semakin tepat kajian itu. OBJEKTIF a) Mengenal pasti teknik persampelan kerja untuk megukur bagaimana sumber-sumber seperti manusia, mesin, kemudahan dan peralatan di gunakan. b) Menilai sebarang aspek seperti manusia dan mesin yang diaplikasikan di dalam sesebuah organisasi. c) Menilai penggunaan pekerja di dalam organisasi melalui persampelan kerja. d) Menilai aktiviti pekerja dan menentukan samada amalan pengurusan boleh diterima pakai dalam aktiviti kerja

PENGENALAN Persampelan kerja adalah teknik untuk menyiasat perkadaran masa kepada pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kerja. Hasil daripada persampelan kerja efektif untuk menentukan penggunakan mesin dan pekerja, elaun yang sesusai untuk sesuatu kerja dan standard operasi. Persampelan kerja di aplikasikan buat pertama kali dalam industri tekstil di British. Selepas itu namanya ditukar kepada kajian nisbah kelewatan apabila di bawa ke Amerika Syarikat (Morrow) pada tahun 1946. Persampelan kerja biasanya menggunakan teknik kejuruteraan industri untuk mengukur bagaimana sumber-sumber seperti manusia, mesin, kemudahan dan peralatan digunakan. Objektif utama adalah untuk menilai pemilihan aspek di dalam sesebuah organisasi. Selain itu, persampelan kerja juga digunakan oleh juruaudit untuk menilai penggunaan pekerja. Juruaudit mempunyai nombor yang spesifik dalam memerhatikan penglibatan pekerja dalam sesebuah operasi. Setiap pemerhatian di klasifikasikan berdasarkan jenis aktiviti. Dengan

AmirYazidAli

menggunakan maklumat yang dikumpul semasa kajian, juruaudit akan menganggar peratusan masa yang sebenarnya digunakan oleh pekerja dalam setiap aktiviti. Dengan latihan yang kurang, juruaudit boleh menilai aktiviti pekerja dan menetukan samada pengurusan pekerja memberi hasil yang boleh munasabah dan diterima dalam aktiviti kerja. Persampelan kerja juga boleh mendedahkan mengenai disiplin pekerja yang buruk, latihan yang tidak mencukupi, aturan kilang yang tidak efisen, kelewatan yang berlebihan (disebabkan oleh kelemahan perancangan, jadual bahan dan pekakas) dan lain-lain. Teori Berdasarkan hukum asas kebarangkalian: P(x) = n! Px qn-x x! (n-x)! Di mana, p= kebarangkalian sesuatu kejadian q= 1-p n= bilangan pemerhatian Taburan ini dikenali sebagai taburan kebarangkalian di mana: Min, =np varian,=npq Sishan piawai, = (1.1)

(1.2) (1.3) (1.4)

Di dalam persampelan kerja, kita mengambil sampel saiz n untuk menganggar nilai p. Diketahui dari teori persampelan kita tidak boleh menjangkakan kadar persampelan untuk setiap sampel bersamaan dengan nilai p. Dalam kajian persampelan, kita katakan = kadar bilangan pemerhatian kepada ketegori aktiviti. Nilai kadar adalah anggaran kepada nilai populasi kadar p yang sebenar. Anggaran yang baik untuk nilai sebenar adalah tiada kepincangan dan mempunyai varian yang rendah. Teori ini boleh digunakan untuk menjangkakan jumlah saiz sampel yang diperlukan untuk mencapai darjah kejituan tertentu. (1.5)
Di mana, sisihan piawai p = peratusan sebenar kejadian n = jumlah pemerhatian di kelaskan sebagai tahap keterima ralat l kepada (1- ) x

Berdasarkan konsep pemerhatian rawak, z/2 100% ralat keyakinan.

l = z/2 Kuasa duakan kedua-dua belah

= z/2 (1.7)

(1.6)

n= z2/2 pq/ l = z2/2 p (1-p)/ l2

Kita menjangkakan menghampiri p, tetapi tidak sama kerana terdapat ralat statistik. Masalahnya adalah untuk menganggarkan nilai p di antara julat di dalam sisihan piawai. Sisihan piawai umum di dalam situasi ini adalah:
AmirYazidAli

Pr
Di mana = nilai perkadaran sisihan piawai.

(1.8)

Biasanya nilai sisihan piawai yang digunakan dalam persampelan kerja ialah 90%. Menentukan Bilangan Pemerhatian Rawak statistik dalam persampelan kerja boleh dikurangkan dengan meningkatkan bilangan pemerhatian. Nilai kejituan dan kepersisan untuk perkadaran nilai p boleh ditingkatkan dan tahap sisihan piawai boleh dikecilkan dengan meningkatkan nilai n. Nilai sisihan piawai harus ditentukan terlebih dahulu berdasarkan dua parameter di bawah: Sisihan piawai, 1- . Berdasarkan nilai sisihan piawai ini, kita boleh tentukan z/2 daripada jadual statistik. Separuh sisihan piawai iaitu niali sisihan yang boleh diterima oleh nilai p. Katakan c sebagai jeda parameter ataupun had boleh terima oleh nilai p. oleh itu kita boleh katakan nilai sisihan piawai sebagai . (1.9) dan . (1.10) Menentukan Purata Masa Tugasan Dan Masa Piawai Purata masa tugasan adalah jumlah masa yang diperlukan untuk melengkapkan purata seunit kerja tanpa mengambil kira prestasi pekerja semasa melakukan kerja. Menentukan piawai menggunakan persampelan kerja memerlukan pemerhati untuk membetulkan pengkelasan kategori kerja semasa pemerhatian dan juga menyama-ratakan kadar prestasi pekerja. Dengan kata lain, kuantiti seunit kerja yang dilengkapkan semasa tempoh kajian pesampelan kerja mesti diambil kira. Penentuan purata masa tugasan untuk kategori kerja dimulakan dengan mengira jumlah masa untuk kategori tersebut kemudian di bahagikan kepada jumlah seunit kerja yang dihasilkan mengikut masa ini. Tci= pi (TT) (1.11) Qi
Tci = purata masa tugasan (purata putaran masa untuk tugasan i), jam atau minit pi = kadaran pemerhatian ketegori kerja TT = jumlah masa persampelan kerja, jam atau minit Qi = jumlah kuantiti seunit kerja yang bersamaan dengan kategori kerja yang dilengkapkan semasa jumlah masa.

Kuasa duakan kedua-dua belah persamaan (1.5), kita akan dapat nilai n di dalam fungsi

AmirYazidAli

Penentuan masa piawai daripada persampelan kerja bersamaan dengan mencari purata masa tugasan kecuali untuk kadaran prestasi mesti di faktorkan dan jumlah elaun mesti ditambah. ) (1.12) Tni = pi (TT)( Qi
Tni = masa normal untuk seunit kerja bersamaa dengan ketegori aktiviti I, minit = purata nilai pekadaran prestasi untuk semua pemerhatian dalam kategori I, dalam bentuk pecahan perpuluhan

Masa piawai temasuk elaun: Tstdi = Tni(1+Apfd)


Tstdi = masa piawai untuk seunit masa I, minit Apfd = elaun untuk masa peribadi, kelesuan dan kelewatan yang tidak dapat dielakkan

(1.13)

Aplikasi Dalam Persampelan Kerja Kajian untuk setiap persampelan kerja adalah tidak sama. Ia perlu direka atas pesanan berdasarkan keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, pakar-pakar dalam bidang ini telah membentuk langkah-langkah umum untuk mendapatkan penyelesaian 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Mentakrifkan objektif kajian Mentakrifkan subjek yang ingin dikaji mentakrifkan output ukuran Mentakrifkan kategori aktiviti Menbentukan kajian Menetapkan siapakah yang akan membuat persampelan kerja Mengumumkan Kajian Menjalankan observasi Selepas menyiapkan kajian, menganalisi dan menunjukkan keputusan

Menentukan Bilangan Pemerhatian Diperlukan Untuk menentukan jumlah pemerhatian diperlukan, penganalisis mesti tahu ketepatan yang ingin dicapai bagi keputusan. lebih banyak pemerhatian-pemerhatian, lebih sahih keputusan. 3000 pemerhatian adalah lebih tepat daripada 300 pemerhatian. Walaubagaimanapun, 300 pemerhatian boleh dikatakan memenuhi keperluan kita sebab kos untuk mendapatkan pemerhatian akan bertambah dengan penambahan jumlah pemerhatian. sebagai contoh, sekiranya anda ingin menentukan jumlah pemerhatian yang diperlukan, dengan 95% sela keyakinan, kadar masa lengah peribadi dan masa lengah yang tidak dapat dielakkan adalah dalam selang 6 hingga 10 peratus. Anggapan ini telah ditunjukkan dalam bentuk jadual dibawah 1.96p 0.06 p=0.08 1.96p 0.1

AmirYazidAli

Dalam kes ini, p sama dengan 0.08, dan kita anggap l=2 peratus, dengan menggunakan nilai-nilai ini, kita boleh dapatkan jumlah pemerhatian yang kita perlukan dengan menyelesaikan n : N = {3.84x 0.08x (1-0.08) }/0.02 = 707 pemerhatian. Sekiranya penganalisi tidak mempunyai masa atau kemampuan untuk mengumpul 707 pemerhatian, tetapi hanya dapat mengumpulkan 500 pemerhatian, maka kita boleh susun semula persamaan tersebut untuk mendapatkan limit kesalahan. l= [3.84p (1-p) /n ]^(0.5) = [3.84 (0.92) (0.08)/500]^(0.5) = 0.024 dengan 500 pemerhatian, kejituan kajian kita akan menjadi 0.024 peratus. Menentukan Frekuensi Pemerhatian Frekuensi pemerhatian biasanya ditetapkan dengan bergantung kepada dua perkara :1) jumlah pemerhatian yang diambil dan 2) masa yang diperuntukkan dalam mengumpulkan pemerhatian. sebagai contoh, untuk 3600 pemerhatian yang perlu dikumpulkan dalam masa 20 hari, penganalisi perlu mengumpul lebih kurang 3600/20=180 pemerhatian sahari. Jumlah penganalasi yang ada dan sifat kerja yang dikaji juga menjadi faktor yang akan memberi impak kepada penentuan frekuensi pemerhatian. Ia akan menjadi tidak praktikal untuk seorang penganalisa mengambil 1000 pemerhatian sehari. Selepas menetapkan jumlah pemerhatian dalam sehari, penganalisa perlu menentukan masa yang diperlukan untuk mencatatkan pemerhatian. Dia perlu mengambil pemerhatian secara rawak. Membentuk Borang Sampel Kerja Penganalisa haruslah membentuk satu borang pemerhatian untuk merekodkan data yang ingin dikumpul dalam suatu kajian kerja persampelan. Borang yang umum biasanya tidak sesuai memandangkan setiap kerja persampelan adalah berbeza dari segi jumlah pemerhatian yang diambil, selang masa dalam pengambilan pemerhatian, dan infomasi yang diperlukan. Oleh itu, borang yang paling baik ialah borang yang dihasilkan berdasarkan objektif kajian.

Gambahrajah 1 adalah contoh borang kerja sampel. Penganalisa menghasilkan suatu borang untuk menentukan masa yang digunakan untuk pelbagai produktif dan tidak produktif keadaan dalam satu kedai membiaki mesin. Borang ini dapat mengumpulkan 20 pemerhatian sehari. Biasanya, penganalisa lebih suka menghasilkan borang ini dalam bentuk yang kecil, sehingga boleh masuk dalam kocek baju. Gambarajah 1 boleh dipecahkan kepada dua bahagian yang berukuran 3x5 inch supaya senang dibawa semasa bekerja.

AmirYazidAli

Gambar rajah 1 : borang persampelan kerja

Kajian kerja persampelan Tarikh:________ nombor kerja dalam kajian ini:_____________________ ____ Ulasan:__________________________________________________________________________________ _________________ ________________________________________________________________________________________ ____________ No. Masa rawak Kejadian yang produktif Mesin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 kimpalan Sambung paip Jaga kilang kejadian yang tidak produktif Tungg alat u kerja ambil alat mengisar jumlah Masa lewa pemerhatian peratusan produktif peratus tidak produktif

AmirYazidAli

Jumlah

AmirYazidAli

Penggunaan Carta Kawalan (control chart) Carta kawalan teknik yang biasanya digunakan dalam kerja statistik kawalan kualiti boleh juga digunakan dalam kajian kerja persampelan untuk mengkaji masalah yang timbul. Memandangkan kajian ini menggunakan peratus atau proporsi, maka analisi dengan menggunakan p carta adalah sesuai. Langkah pertama ialah menentukan perbatasan atas dan perbatasan bawah. Penganalisa haruslah menggunakan 3 sebagai batas kawalan dalam p bagan. Gantikan 3 untuk 1.96 ke dalam persamaan akan menghasilkan = 3=3 p(1-P) /n (1.14)

sekiranya p diberi data dengan 0.10 dan 180 pemerhatian diambil setiap hari.selesaikan kita akan dapat = 3x [0.1x 0.9/180] ^0.5 = 0.067 0.07 satu carta kawalan seperti dalam gambar rajah 2 akan dihasilkan. Dalam kerja kawalan qualiti, carta kawalan dapat menunjukkan sama ada proses adalah dalam kawalan atau tidak. Penganalisa boleh membuat tindakan yang seterusnya berdasarkan keputusan yang diperolehi dalam carta kawalan ini.

Gambar rajah 2 : contoh carta kawalan Menentukan Masa Piawai Kajian persampelan kerja adalah sangat berguna dalam menentukan masa piawai untuk operasi pekerja langsung dan operasi pekerja tidak langsung. Penganalisa perlu mengumpulkan banyak pemerhatian secara rawak. Peratusan jumlah pemerhatian untuk operator bekerja dianggap sama dengan peratusan masa daripada jumlah masa yang digunakan. Untuk keterangan lanjut, masa pemerhatian untuk suatu elemen dapat dikirakan dengan masa bekerja bahagi dengan jumlah unit yang dapat dihasilkan dalam masa itu. Masa pemerhatian =T/p xNi /N (1.15)
Dimana T= jumlah masa Ni = jumlah kejadian untuk elemen i N = jumlah pemerhatian P=jumlah produk dalam masa kajian

AmirYazidAli

Kebaikan Kajian persampelan Kerja 1 Aktiviti atau operasi yang hendak dikaji memerlukan kos yang tinggi sekiranya dikaji dengan mengambil pemerhatian secara berterusan. Dengan persampelan Kerja, kos dikurangkan kerana jumlah pemerhatian dikawalkan dan diambil secara rawak . Pelbagai subjek boleh dikaji dalam satu kajian persampelan kerja. pemerhatian diambil sepanjang hari, bukan hanya tertempu kepada satu masa sahaja. Dengan ini kita dapat mengelakkan tercatat pemerhatian yang tidak stabil (keluar-kebiasaan) . Carta kawalan juga dapat membantu kita dalam menentukan masalah yang timbul. Kajian persampelan kerja senang dijalankan sekiranya berbanding dengan pengambilan pemerhatian secara berterusan. Latihan untuk penganalisi tidak memerlukan kos yang tinggi

2 3 4 5

Keterbatasan Kajian Persampelan Kerja 1 2 3 4 5 Dalam menentukan masa piawai, ketepatan kajian persampelan kerja adalah tidak setinggi dengan teknik pengukuran yang lain, seperti kajian masa langsung dan kajian masa terdahalu( predetermined time study system). Kajian persampelan kerja tidak praktikal atau ekonomik untuk mengkaji satu subjek. Kajian persampelan kerja tidak dapat memberi infomasi yang teliti berbanding dengan kajian masa langsung dan kajian masa pra tentu ( predetermined time study system). Persampelan kerja selalunya mengkaji pelbagai subjek , ia akan mengambil purata bagi aktiviti-aktiviti. Maka menimbulnya masalah perbezaan antara individu aktiviti. Persampelan kerja biasanya tidak mencatatkan infomasi atau dokumen secare teliti. Sekiranya kaedah kajian diubahkan, maka kita mengalami kesusahan dalam memastikan keputusan dalam kajian itu masih boleh diterima atau tidak.

Contoh: Jadual 1 merupakan contoh keputusan aktiviti persampelan pekerja untuk tujuan penyelenggaraan bagi tiga tempat kerja yang terdapat di Malaysia. tempat industri negeri Aktiviti langsung % Aktiviti sokongan % Kelewatan %

1 2 3

Perlombongan Pahang 33.9 31.8 34.3 Tenaga Terengganu 27.6 32.1 40.3 Pemprosesan Perak 25.5 40.1 34.4 sumber mineral Jadual 1: ringkasan keputusan daripada tiga tempat kerja yang terdapat di Malaysia

Keputusan berikut adalah contoh biasanya dilakukan di tempat kerja di mana penyelenggaraan kerja tidak dilaksanakan. Ini jelas menunjukkan bahawa pengukuran aktiviti langsung adalah kurang daripada sasaran 50%. Peluang ini wujud untuk mengurangkan masa ke atas kelewatan dan aktiviti sokongan dan meningkatkan masa untuk melakukan aktiviti langsung.

AmirYazidAli

Gambar rajah 3: keputusan aktiviti persampelan dan perbandingan untuk sasaran terbaik Sebagai contoh, sekiranya aktiviti langsung di ketiga-tiga tapak boleh ditingkatkan dari 25.5% kepada sasaran 50%, tenaga kerja boleh ditingkatkan dua kali ganda dari sebelumnya.

Gambar rajah 4: graf sebab utama kehilangan aktiviti langsung untuk contoh penyelenggaraan tapak di Malaysia.

Ini merupakan tugasan kepada kumpulan persampelan aktiviti untuk mengenalpasti jarak antara aktiviti sebenar dengan sasaran terbaik untuk setiap aktiviti.Penambaikan rancangan adalah langkah seterusnya dalam kajian aktiviti persampelan. Penambahbaikan rancangan adalah yang terbaik apabila tenaga kerja termasuk dalam proses rancangan. Penyelenggaraan bagi setiap kategori mesti dipastikan dengan meningkatkan rancangan dalam mereka dan merancang untuk pelaksanaan setiap perubahan kerja untuk meningkatkan aktiviti langsung untuk melestarikan tahap sasaran. Kelestarian peningkatan hanya berlaku selepas perubahan dilakukan kepada proses kerja di tempat kerja pada masa permulaan aktiviti persampelan. Mungkin juga terdapat peningkatan pada peringkat permulaan dalam aktiviti langsung melalui perhatian tenaga kerja kepada
AmirYazidAli

kenyataan bahawa masa merengut adalah rendah. Contohnya mungkin terdapat peningkatan pada peringkat permulaan pada sesuatu tempat seperti tamat awal dan lambat mula kerja di sepanjang jadual rehat. Melainkan jika terdapat sebarang perubahan seperti cara kerja itu diperuntukkan oleh individu atau cara kemahiran diringkasan oleh penyeliaan sebarang peningkatan pada peringkat permulaan akan hilang. Jadual 2 menunjukkan contoh penambahbaikan yang di buat oleh tenaga kerja mahir di Malaysia melalui rekaan,rancangan dan perlaksanaan dalam julat yang besar untuk menyelenggarakan latihan. Keputusan ditunjukkan dalam tiga kitaran kajian aktiviti persampelan untuk jangka masa 12 bulan.
Jun 2008 April 2009 Julai 2009 Aktiviti langsung % 33.4 36.4 41.4 Aktiviti sampingan % 30.8 29.6 29.2 Kelewatan % 35.8 34.0 29.4 Jadual 2: Ringkasan keputusan untuk 3 putaran penyelenggaraan aktiviti persampelan pekerja untuk jangka masa 12 bulan

KESIMPULAN Persampelan kerja adalah salah satu alat yang membenarkan masa dan analisis kaedah untuk mendapat maklumat berkaitan mesin dan penggunaan pekerja dan juga untuk menetapkan masa piawai. Kadar prestasi persampelan kerja adalh berguna untuk menetukan jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk kelewatan, pemberhentian kerja dan sebagainya. Semua ini dilakukan untuk meningkatkan produktiviti. Persampelan kerja juga digunakan untuk pengukuhan piawai dalam pengeluaran pekerja sokongan, penyelenggaraan dan pekerja perkhidmatan. Sebagai kesimpulan, pertimbangan berikut haruslah diambil: Jelaskan kaedah persampelan kerja sebelum menggunakannya. Hadkan kajian kepda kumpulan yang sama seperti mesin dan operasi. Gunakan sampel saiz yang besar sekiranya boleh. Ambil pemerhatian pada masa rawak supaya pemerhatian di rekod setiap jam sepanjang hari. Ambil pemerhatian melebihi masa yang dihadkan supaya ianya mewakili keadaan sebenar. RUJUKAN
Book : Mikelll P.Groover, (2007), Work System and the Method, Measurement and Management of Work, Pearson International Edition, page 422-439 Andris Freivalds (2009) , Niebels Methods, Standards, and Work Design, McGraw.Hill International Edition,page 545-571. Ralph M. Barns . (1980) Motion And Time Study Design And Measurement Of Work - 1980 m.s. 61 - 156 International Labour Office Geneva Introduction To Work Study 3rd (revised) edition. Internet: http://www.dcaa.mil/cam/Appendix_I_-_Work_Sampling.pdf

AmirYazidAli

Vous aimerez peut-être aussi