Vous êtes sur la page 1sur 12

Laporan Kajian Tindakan MENINGKATKAN KEBERADAAN GURU DALAM KELAS SEWAKTU JADUAL GANTI Oleh Nordin bin Yahya

SMK Tengku Suleiman 02400 Beseri Perlis

1.0

Abstrak Kajian tindakan ini dijalankan bagi menyelesaikan masalah ketidakberadaan guru di

dalam kelas sewaktu Jadual Ganti. Responden dikenalpasti melalui pemerhatian, maklumat dari guru-guru, guru-guru penolong kanan, murid-murid dan Buku Budaya Kelas. Kajian ini telah dilaksanakan selama 3 bulan. 1 bulan yang pertama untuk mendapatkan maklumat dan data-data. Manakala 2 bulan seterusnya mengaplikasikan strategi yang dicadangkan untuk mengatasinya. Strategi yang dijalankan bagi mengatasi masalah ini ialah menggunakan kaedah 3 P + 1 S. Pamer, pengumuman dan pemantauan adalah strategi 3 P yang digunakan. Ditambah dengan SMS iaitu strategi 1 S. Apa yang diharapkan, seusai kajian dijalankan setidak-tidaknya mengurangkan ketidakberadaan guru di dalam kelas sewaktu Jadual Ganti. Ataupun dapat menyelesaikan terus atau sifar ketidakberadaan guru di dalam kelas sewaktu Jadual Ganti.

2.0

Refleksi / Latar Belakang Kajian Kajian dijalankan bagi menyelesaikan masalah ketidakberadaan guru sewaktu Jadual

Ganti di sekolah. Berdasarkan pemerhatian, makluman dari guru-guru, guru-guru penolong kanan, semakan Buku Budaya Kelas dan murid-murid, beberapa orang guru didapati tidak berada di dalam kelas terutamanya pada waktu Jadual Ganti. Ketidakberadaan guru di dalam kelas ini boleh menimbulkan suasana kebisingan dan mengganggu guru lain yang sedang mengajar di kelas yang bersebelahan atau berdekatan. Selain itu, hal ini juga boleh menimbulkan persekitaran tidak selamat di dalam kelas kerana murid-murid melakukan aktiviti bebas atau pelbagai tanpa pengawasan dan kawalan guru. Di samping itu juga,kegagalan guru mematuhi peraturan Jadual Ganti ini juga meningkatkan gejala ponteng kelas dalam kalangan murid-murid.
1

Untuk itu, langkah mengatasinya perlu dilaksanakan agar tidak menjadi semakin parah. Ibarat seperti kudis. Jika tidak dirawat nescaya merebak ke seluruh anggota badan.

3.0

Fokas Kajian Ketidakberadaan guru di dalam kelas sewaktu Jadual Ganti menjejaskan proses

pembelajaran dan pengajaran. Juga menimbulkan suasana dan persekitaran tidak tenteram. Sehubungan itu, kajian dilaksanakan bertujuan untuk setidak-tidaknya dapat mengurangkan ketidakberadaan guru di dalam kelas sewaktu Jadual Ganti atau sifar terus. Seterusnya

menjadikan setiap guru mematuhi Jadual Ganti yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

4.0

Objektif Kajian 4.1 Objektif Umum

Meningkatkan keberadaan guru di dalam kelas dan kepatuhan guru terhadap peraturan Jadual Ganti. 4.2 Objektif Khusus 4.2.1 4.2.2 Mengenalpasti punca-punca guru mengabaikan Jadual Ganti. 100 % guru masuk ke kelas mengikut Jadual Ganti.

5.0

Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan lapan ( 8 ) orang guru yang telah dikenalpasti bermasalah dengan

peraturan Jadual Ganti.

6.0

Pelaksanaan Kajian

6.1

Tinjauan Masalah

Permasalahan ketidakberadaan guru di dalam kelas sewaktu Jadual Ganti dikenalpasti melalui pemerhatian dari kelas ke kelas iaitu semasa pengetua menjalankan management by walking about . Selain itu, makluman juga diterima dari guru-guru yang mana proses pembelajaran dan pengajaran mereka terganggu disebabkan ketidakberadaan guru di dalam kelas. Apabila disiasat, waktu tersebut adalah waktu Jadual Ganti kerana ketiadaan guru di kawasan sekolah iaitu berkursus dan sebagainya. Bukti yang paling nyata adalah melalui semakan Buku Budaya Kelas. Waktu Jadual Ganti dicatatkan guru tidak masuk oleh Ketua Tingkatan.

6.2

Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan tinjauan masalah tersebut, didapati bahawa nama guru-guru yang dikenalpasti itu sama dengan senarai nama yang diperolehi dari makluman guru-guru, muridmurid dan semakan Buku Budaya Kelas. Untuk kajian ini, berdasarkan makluman dan pemerhatian maklumat guru yang terlibat adalah seperti berikut : Guru yang terlibat A B C D E F G H Jantina L L P L L L P P
Bilangan kekerapan aduan diterima

10 8 10 7 9 9 8 7

Didapati seramai lapan ( 8 ) orang guru yang terlibat dengan kajian ini. Guru lelaki menunjukkan sebanyak 62.5 % ( 5 orang ) dan guru perempuan 37.5 % ( 3 orang ). Pihak pengurusan telah menyelidiki permasalahan yang dihadapi oleh lapan ( 8 ) orang guru yang terlibat ini. Sebanyak 75 % mengatakan ketidakberadaan mereka di dalam kelas sewaktu Jadual Ganti disebabkan tidak mendapat maklumat atau edaran Jadual Ganti. Manakala sebanyak 25 % mengatakan tidak mematuhi peraturan Jadual Ganti tersebut kerana mempunyai kerja-kerja yang perlu disiapkan pada hari atau masa tersebut.

7.0

Tindakan yang Diambil Untuk mengatasi ketidakberadaan guru sewaktu Jadual Ganti atau kegagalan guru

mematuhi peraturan Jadual Ganti ini, tindakan atau strategi 3 P + 1 S telah dilaksanakan : 7.1 7.2 Pamerkan Jadual Ganti di tempat-tempat yang strategik. Pengumuman Jadual Ganti melalui sistem pembesar suara pada masa waktu pertama. 7.3 Pemantauan melalui dua kaedah : 7.3.1 7.3.2 7.4 Pencerapan di kelas-kelas yang ada Jadual Ganti oleh pihak pengurusan. Buku Budaya Kelas. Pelaksanaannya dikemaskinikan.

SMS ( sistem pesanan melalui telefon bimbit )

8.0

Pelaksanaan Tindakan dan Hasilnya Bagi melaksanakan strategi-strategi tersebut, pengetua telah memaklumkan kepada

semua guru di dalam perjumpaan pagi ( morning talk ) bahawa strategi-strategi untuk mengatasi permasalahan Jadual Ganti akan dikuatkuasakan. Pengetua juga menjelaskan bagaimana atau perjalanan strategi-strategi tersebut agar semua guru jelas dan faham serta tidak timbul lagi tersalah maklumat.

8.1

Pamerkan Jadual Ganti di tempat-tempat yang strategik.

Kelazimannya, Jadual Ganti akan diedar oleh pembantu tadbir sekolah dengan cara bersemuka dengan guru yang berkenaan pada hari tersebut ( Lampiran 1 ). Sekiranya tidak bersemuka, Jadual Ganti tersebut akan diletakkan di atas meja guru-guru yang berkenaan. Bagi kajian ini, strategi mempamerkan Jadual Ganti tersebut di tempat-tempat yang strategik dilakukan. Jadual Ganti ini dipamerkan di hadapan kaunter pertanyaan pejabat, kantin sekolah, papan kenyataan setiap bilik guru dan papan kenyataan di setiap blok bilik darjah. Strategi ini dilaksanakan supaya guru menjadi amat peka terhadap kepatuhan mematuhi peraturan Jadual Ganti. Di samping itu juga menanamkan budaya ingat-mengingati untuk kebaikan iaitu rakan-rakan sejawat lain boleh membantu mengingatkan mereka untuk masuk ke kelas sewaktu Jadual Ganti. Pada awal pelaksanaannya, memang tidak menampakkan impak yang jelas tetapi mula berkurangan jumlahnya. Dari lapan guru yang terlibat telah mengecil jumlahnya kepada dua orang sahaja.

8.2

Pengumuman Jadual Ganti melalui sistem pembesar suara pada masa waktu pertama.

Untuk mempercepatkan makluman Jadual Ganti ini diterima oleh semua warga sekolah, inisiatif membuat pengumuman dilaksanakan. Pengumuman dibuat bukan meminta guru-guru yang tidak mematuhi Jadual Ganti untuk masuk ke kelas. Sebaliknya pengumuman yang dibuat adalah untuk memaklumkan guru-guru dan kelas-kelas yang terlibat dalam Jadual Ganti untuk hari tersebut. Termasuk sekali masa Jadual Ganti tersebut ( Lampiran 2 ). Didapati impaknya masih sama iaitu masih dua orang guru lagi yang masih gagal mematuhi peraturan Jadual Ganti iaitu gagal masuk ke kelas sewaktu Jadual Ganti.

8.3

Pemantauan ( Pencerapan dan Buku Budaya Kelas )

Selain itu, untuk memastikan keberadaan guru sewaktu Jadual Ganti, strategi pemantauan juga dilaksanakan. Pelaksanaan pemantauan ini melalui dua pendekatan iaitu pencerapan dan semakan Buku Budaya Kelas.

8.3.1

Pencerapan

Pihak pengurusan terutamanya pengetua sendiri akan mencerap proses pembelajaran dan pengajaran semasa Jadual Ganti menggunakan borang pencerapan cadangan pihak nazir yang terdapat dalam SKPM ( Lampiran 3 ). Pengetua akan masuk ke kelas-kelas yang terlibat dengan Jadual Ganti. Hasilnya cukup memberangsangkan di mana hanya tinggal seorang guru sahaja dari lapan orang guru yang terlibat masih gagal mematuhi peraturan Jadual Ganti.

8.3.2

Buku Budaya Kelas

Pelaksanaan Buku Budaya Kelas dibuat penambahbaikan lagi ( Lampiran 4 ). Semua Ketua Tingkatan diberi penerangan terperinci pelaksanaan Buku Budaya Kelas. Setiap apa yang berlaku bagi setiap masa pembelajaran dan pengajaran ditulis di bahagian catatan. Hatta keberadaan atau ketidakberadaan guru di dalam kelas dibuat catatan. Guru yang gagal memasuki kelas akan dicatat dengan tanda X di bahagian catatan. Jika ketidakberadaan guru itu bersebab atau sebagainya dicatatkan juga di bahagian catatan. Kesemua tugas ini adalah tanggungjawab Ketua Tingkatan. Setiap hari buku ini perlu dihantar kepada pihak pengurusan selepas tamat masa peresekolahan untuk dibuat semakan. Dapatan yang diperolehi menunjukkan sedikit peningkatan atau kenaikan jumlah yang terlibat iaitu menjadi tiga orang guru pula yang gagal mematuhi peraturan Jadual Ganti. Penambahan seorang guru dari lapan orang yang terlibat. Walhal pelaksanaan strategi sebelum ini hanya tinggal dua orang sahaja yang masih gagal mematuhi peraturan Jadual Ganti. 8.4 SMS ( sistem pesanan melalui telefon bimbit )

Pada mesyuarat guru yang pertama awal persekolahan, pengetua telah mengeluarkan arahan iaitu wajib bagi semua guru memberi nombor telefon tangan dan nombor telefon rumah sekiranya ada yang boleh dihubungi. Maklumat inilah yang digunakan dalam strategi untuk

mengatasi permasalahan kajian tindakan ini iaitu ketidakberadaan guru di dalam kelas sewaktu Jadual Ganti. Melalui strategi ini, nombor telefon tangan pengetua wajib disimpan di dalam telefon tangan oleh semua guru di sekolah ini. Setiap kali Jadual Ganti dikeluarkan, menggunakan telefon tangan pengetua SMS berkaitan Jadual Ganti akan dihantar kepada setiap guru yang terlibat ( Lampiran 5 ) . Dapatan yang diperolehi, masih kedapatan dua orang guru lagi yang masih gagal mematuhi peraturan atau akur dengan Jadual ganti walaupun telah dilaksanakan strategi yang keempat.

9.0

Refleksi Kajian Berdasarkan kajian yang telah dibuat, beberapa refleksi kajian dapat disimpulkan seperti

berikut : 9.1 Ketidakberadaan guru di dalam kelas sewaktu Jadual ganti bukanlah disebabkan

faktor sistem penyampaian yang lemah. Ini kerana strategi 3 P + 1 S yang dilaksanakan hanya 1 P sahaja yang tidak berkaitan dengan penambahbaikan sistem penyampaian Jadual Ganti kepada guru-guru iaitu Pemantauan. Selainnya berkaitan dengan penambahbaikan sistem penyampaian Jadual Ganti iaitu Pamer di tempat yang strategik, Pengumuman dan 1 S iaitu SMS. Buktinya daripada lapan guru yang terlibat dengan kajian ini hanya tinggal dua orang guru sahaja yang masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Keberadaan guru di dalam kelas sewaktu Jadual Ganti semakin meningkat. 9.2 Kegagalan dua orang guru dengan peraturan Jadual Ganti adalah berkaitan dengan

sikap guru tersebut dan tiada kaitan dengan kegagalan sistem penyampaian atau sebagainya. Justeru satu kursus berkaitan dengan sikap perlu dilaksanakan untuk menyelesaikan atau merungkai kekusutan ini.

9.3

Saya berperasaan sukacita kerana sepanjang kajian ini, saya mendapat kerjasama

dari semua pihak dan berjaya mencapai objektif kajian walaupun tidak sepenuhnya atau seratus peratus.

10.

Cadangan untuk kajian seterusnya Kajian yang telah dilaksanakan adalah untuk melihat keberadaan guru di dalam kelas

sewaktu Jadual Ganti atau kepatuhan guru terhadap peraturan Jadual Ganti selama tiga bulan. Kajian seharusnya diteruskan kepada sikap atau perubahan sikap guru supaya budaya masuk ke kelas dan menepati waktu menjadi amalan harian guru-guru minda kelas pertama.

Bibliografi 1. Ibrahim Mamat, 1993 Kepimpinan Sekolah : Teori untuk praktis : Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2. Manual Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

3 Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986, Ilmu Pendidikan Heinemen

Pedagogi. Kuala Lumpur :

LAMPIRAN 5

10

Contoh Pengumuman : Disampaikan pengumuman Jadual Ganti untuk hari ini Isnin 4.3.2013 adalah seperti ketetapan berikut : Masa 8.20 9.00 Kelas / Tingkatan 1 Anggerik 3 Bunga Raya 4 Kemboja 11.20 12.00 12.40 1.20 2.00 2.40 2 Jejarum 5 Melor 5 Tanjung 2 Seroja Guru Ganti En. Rose Aza b. Che Arifin Pn. Meriam bt. Seman En. Abdul Samad b. Said Pn. Aida bt. Musa Pn. Suraya bt. Abd. Rahim En. Khairi b. Nordin Pn. Rosnah bt. Mohd Akhir

11

Contoh SMS : Assalamualaikum / Selamat Sejahtera, Kerjasama anda dipohon untuk menggantikan kelas guru yang bercuti / berkursus / dan lain-lain seperti yang dinyatakan di bawah : Masa 8.20 9.00 Kelas / Tingkatan 1 Anggerik 3 Bunga Raya 4 Kemboja 11.20 12.00 12.40 1.20 2.00 2.40 2 Jejarum 5 Melor 5 Tanjung 2 Seroja Guru Ganti En. Rose Aza b. Che Arifin Pn. Meriam bt. Seman En. Abdul Samad b. Said Pn. Aida bt. Musa Pn. Suraya bt. Abd. Rahim En. Khairi b. Nordin Pn. Rosnah bt. Mohd Akhir

Semoga Allah / Tuhan menambahkan rezeki dan pahala kepada tuan / puan atas kebaikan yang telah Tuan / Puan lakukan. Terima kasih.

12

Vous aimerez peut-être aussi