Vous êtes sur la page 1sur 1

Nama : Low Weng Sheng Opsyen : PPISMP pemulihan sem1 Soalan 3: Apakah langkah-langkah yang sesuai untuk memartabatkan

bahasa melayu dalam kalangan warganegara Malaysia. Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia. Hal ini termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Bahasa melayu juga telah menjadi lambang dan juga identiti Negara Malaysia. Ia juga merupakan bahasa yang menyumbang kepada perpaduan dalam kalangan rakyat yang berlainan agama, bangsa dan budaya. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Dewasa ini, bahasa melayu telah menarik perhatian orang ramai di mata dunia dan kita kian sedar akan kepentingan bahasa melayu ini. Bagi memartabatkan lagi bahasa melayu dalam kalangan warganegara Malaysia, pelbagai initiatif perlu diambil oleh pihak kerajaan mahupun rakyat Malaysia. Langkah pertama yang perlu diambil oleh kerajaan ialah penguatkuasaan dasar bahasa. Bahasa melayu merupakan bahasa rasmi Negara melaysia. Hal ini telah menggambarkan bahawa setiap urusan rasmi Negara harus diuruskan dengan menggunakan bahasa melayu. Selaras dengan Perkara 152, pihak yang menggunakan bahasa lain daripada bahasa melayu atas urusan rasmi dianggap tidak menghormati undang-undang Negara dan bahasa melayu serta harus mendapat hukuman yang setimpalnya. Walaupun banyak institusi awam telah melanggar perkara 152, tetapi pihak kerajaan hanya setakat amaran, tindakan hukuman yang setimpalnya tidak dilaksanakan sedangkan mereka tidak memberi penghormatan atas bahasa melayu. Kita sebagai waganegara Malaysia, menggunakan satu bahasa yang sama (bahasa melayu) untuk berkomunikasi, barulah menunjukkan kita satu bangsa Malaysia. Sayangnya tidak semua warga Malaysia yang mampu betutur dalam bahasa melayu. Melentur bluh, biarlah dari rebungnya. Oleh hal yang sedemikian, pihak kerajaan harus mempromosikan bahasa melayu pada peringkat prasekolah sehingga ke tahap pengajian tinggi. Initistif ini dapat mewujudkan satu jambatan antara warganegara Malaysia dengan bahasa melayu. Jambatan ini memudahkan semua pelajar berhubung dengan bahasa melayu dan belajarnya pada peringkat prasekolah lagi. Hal ini dapat membantu mengurangkan kadar buta huruf di Negara kita ini, malah dapat kita belajar bahasa bangsa kita sendiri. Penguasaan lebih daripada satu bahasa tidak merugikan kita sendiri! Kita seharusnya bangga kerana lahir di Malaysia ini. Bukan kerajaan saja yang memainkan peranan dalam hal ini. Malah media massa juga mempunyai tanggungjawabnya sendiri. Pihak media massa harus memper baiki bahasa rojaknya kembali kepada bahasa melayu moden yang sepatutnya. Media massa juga seharusnya mempromosikan kebaikan-kebaikan penggunaan bahasa melayu dalam akhbar dan majalah, bukan itu sahaja, media massa juga boleh mempromosikan mainan-mainan bahasa seperti silang kata dalam bahagian hiburan akhbar. Hal ini dapat memupuk minat warganegara kita terhadap bahasa melayu. Bukan itu sahaja, kita dapat memperoleh ilmu bahasa melayu yang tidak pernah dibelajari. Pengaruh media massa ini sememangnya dapat melihat impaknya sedangkan warga Malaysia suka membaca surat khabar. Bahasa baku juga harus dipraktikkan oleh pengaturcara majlis dan bintangbintang. Jangan memburukkan keindahan bahasa melayu yang diwarisi oleh nenek moyang kita! Setiap masalah mempunyai cara-cara penyelesaiannya, tetapi jika individu itu enggan menerima teguran, masalah tetap akan berlaku. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu memikul tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Kita yang mewarisi bahasa melayu, kita yang mewarisi budaya. Kalau sendiri tidak menghargai bahasa kita sendiri, bahasa melayu akan menjadi arkiat pada masa akan datang. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita seharusnya bergiat untuk memperoleh ilmu bahasa melayu, ia tidak merugikan kita, malah membantu untuk menimba ilmu yang tidak pernah dialami. Bahasa melayu, bahasa Malaysia. Bangsa Malaysia, bertutur bahasa melayu. Begitulah identiti Malaysia yang kita perlu tunjukkan sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab. Saya sebagai seorang bakal guru juga berperanan untuk menjadi teladan kepada generasi akan datang. Pokoknya, kerajaan harus bergiat mempelbagaikan aktiviti untuk memartabatkan lagi bahasa melayu, bagi rakyat pula harus bergiat menyertai program yang murni ini. Hal ini memerlukan komitmen yang tinggi dari rakyat dan juga kerajaan. Untuk Negara yang tercinta, untuk bahasa yang bermurni,kalau kita dapat membantu itulah kebanggaan kita. Akhir kata, cintailah bahasa melayu, memartabatkanlah bahasa melayu, menjadikannya bahasa yang dihormati di rantau dunia!

Vous aimerez peut-être aussi