Vous êtes sur la page 1sur 4

ADIK BERJASA

A. Rahman Hanafiah

Sinopsis
Babak 1 : Ahmad membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan bekerja sebagai pelayan
pejabat di sebuah kilang. Tindakan Ahmad adalah untuk menyara keluarganya kerana
ayahnya diserang penyakit lumpuh.Adik Ahmad,iaitu Midah dan Murad bersedih atas
keputusan abang mereka itu.
Babak 2: Murad bermuafakat dengan Nazim dan Hassan untuk menyelamatkan anak
seorang jutawan yang diculik oleh sekumpulan penjahat. Murad percaya bahawa tempat
persembunyian penjahat-penjahat itu ialah di dalam hutan sekitar kawasan perkhemahan
pengakap. Mereka akan berkhemah di situ kesokannya.
Babak 3: Murad, Hassan, dan Nazim meninjau tempat persembunyian penjahat-penjahat
itu. Mereka mendapati ada kesan tapak kaki manusia di situ. Mereka percaya bahawa
penjahat-penjahat itu bersembunyi di dalam gua.
Babak 4: Pada keesokan harinya, mereka meneruskan siasatan. Mereka menghampiri pintu
gua. Malangnya Hassan dan Nazim dapat ditangkap oleh Penjahat I dan Penjahat II. Murad
berjaya melarikan diri.
Babak 5: Tujuan Murad hendak menyelamatkan anak jutawan itu adalah untuk
mendapatkan hadiah wang tunai bernilai seratus ribu ringgit.Dengan wang tersebut,
dapatlah abangnya, Ahmad meneruskan persekolahan. Ahmad akan membantu Murad
menyelamatkan anak jutawan itu.
Babak 6: Murad masuk ke dalam gua dan membuka ikatan Nazim, Hassan, dan anak
jutawan pada pukul 3 pagi. Penjahat-penjahat tersebut sedar akan kehilangan tawanan
mereka lalu mereka berusaha mencari budak-budak yang telah melarikan diri itu.
Babak 7: Murad, Hassan, Nazim, dan anak jutawan bersembunyi di suatu tempat.
“Jutawan”(polis) dating dengan membawa wang satu juta ringgit. Penjahat meminta wang
itu tetapi “Jutawan” mahu melihat anaknya terlebih dahulu. Pada masa yang sama, pihak
polis sampai dan menangkap semua penjahat itu. Murad mendapat ganjaran yang
dijanjikan, iaitu sebanyak seratus ribu ringgit. Dengan wang tersebut, abangnya, Ahmad
dapat meneruskan persekolahanya semula.

Pemikiran
Permikiran drama ini adalah keberanian dan kepintaran remaja hingga memungkinkan
mereka menyelesaikan sesuatu masalah. Murad dan Ahmad berani menyelamatkan anak
jutawan yang diculik oleh penjahat. Tindakan Ahmad yang bijak itu membolehkan misi
menyelamat itu berjaya. Murad mendapat ganjaran wang seratus ribu ringgit. Wang
tersebut dapat menyelesaikan masalah kemiskinan keluarganya dan masalah persekolahan
abangnya.

Persoalan
(i) Kesanggupan berkorban demi keluarga
Ahmad sanggup berhenti sekolah dan bekerja sebagai pelayan pejabat di kilang
sds setelah ayahnya tidak dapat bekerja kerana berpenyakit lumpuh. Ahmad terpaksa
dsd bekerja untuk menyara keluarga dan menyekolahkan adik-adiknya.
(ii) Bekerja secara muafakat membawa berkat
Murad, Nazim, dan Hassan bermuafakat untuk membebaskan anak jutawan yang
cdv diculik oleh penjahat. Walaupun Nazim dan Hassan dapat ditangkap oleh penjahat
scs tetapi dengan bantuan Ahmad semua tawanan dapat dibebaskan. Penjahat dapat
vjck ditangkap oleh polis dan Murad mendapat ganjaran yang dijanjikan.
(iii) Kegiatan badan beruniform dapat meningkatkan sahsia pelajar.
Murad adalah ketua kumpulan pengakap di sekolahnya. Melalui kegiatan tersebut,
sifat berani, berhati-hati, dan bertanggungjawab tersemai dalam diri Murad. Hal ini
terbukti apabila Murad dengan beraninya menyelamatkan anak jutawan yang
diculik. Murad juga terdidik dengan sifat bertanggungjawab untuk menghapuskan
penjahat.

Watak
(a) Watak utama ialah Murad.
(b) Watak sampingan terdiri daripada Ahmad, Hassan, Nazim, Pak Kamis, Jutawan,
Penjahat I dan Penjahat II.

Perwatakan
Murad
(a) Murad adalah ketua kumpulan pengakap di sekolahnya.
(b) Murad berani orangnya.Dia berani menyelamatkan anak jutawan yang diculik oleh
penjahat.
(c) Dia bersifat bijaksana dalam tindakan. Murad sanggup menunggu hingga pukul tiga
pagi supaya penjahat tertidur dan tugas membebaskan kawan-kawannya serta anak
jutawan menjadi mudah.
(d) Dia berhati-hati dalam sebarang tindakannya juga. Baginya, persekolahan mesti
diteruskan walaupun hidup dalam kemiskinan. Dia sanggup berkorban agar
persekolahan abangnya, Ahmad dapat diteruskan.
Ahmad
(a) Ahmad ialah anak yang sanggup berkorban demi keluarga. Ahmad berhasrat untuk
berhenti sekolah dan bekerja bagi membantu ayahnya yang berpenyakit lumpuh.
(b) Sebagai abang, Ahmad suka memberikan nasihat kepada adik-adiknya. Ahmad
menasihati adiknya, Midah supaya berhati-hati dan pandai menggunakan masa.
(c) Ahmad mementingkan pelajaran juga. Ahmad bercadang untuk mengikuti kelas
malam sekiranya dia bekerja di kilang kelak.
(d) Ahmad bersifat berani. Ahmad berani menyertai Murad untuk menyelamatkan anak
jutawan, Hassan, dan Nazim.
Pak Kamis
(a) Ayah kepada Ahmad,Murad dan Midah.
(b) Dia menduda selepas isterinya meninggal dunia.
(c) Dia sudah dua bulan menghidap penyakit lumpuh.
(d) Pak Kamis berpandangan jauh. Dia sedar betapa pentingnya kejayaan dan pelajaran.
Baginya pelajaran dapat meninggikan taraf hidup seseorang dan dapat membezakan
antara yang baik dan buruk.
Plot
(a)Permulaan : Drama ini dimulakan dengan memperkenalkan keluarga Pak Kamis
dvdcdsc yang miskin dan anak-anaknya sebanyak tiga orang yang masih
sscs bersekolah.
(b)Perkembangan : Peristiwa Ahmad membuat keputusan berhenti sekolah menjadi
dfwd titik tolak perkembangan cerita seterusnya. Ahmad sanggup dfdfdfd
berkorban untuk keluarga dan Murad merancang untuk fdfdffdf d sd
menyelamatkan persekolahan abangnya.
(c)Perumitan : Hassan dan Nazim ditangkap oleh penjahat dan Ahmad turut serta
bcvbvb membantu Murad untuk menyelamatkan Hassan, Nazim, dan anak
jcfv jutawan.
(d)Klimaks : Tawanan dapat diselamatkan dan penjahat diberkas oleh polis.
(e)Peleraian : Murad mendapat wang seratus ribu ringgit yang membolehkan
fdfdfdf abangnya, Ahmad meneruskan persekolahannya.

Latar
Latar Tempat
1. Di ruang tengah sebuah rumah ,iaitu rumah Pak Kamis.
2. Di dalam hutan kawasan penjahat bersembunyi.
3. Di kaki gunung, ada gua tempat penjahat bersembunyi.
Latar Masa
a) Pada waktu petang,iaitu semasa Ahmad berbincang dengan kawan-kawannya.
b) Pada waktu siang, iaitu ketika Murad dan kawan-kawannya meninjau kawasan
persembunyian penjahat.
c) Pada waktu malam hingga jam tiga pagi, iaitu ketika Ahmad dan Murad
menyelamatkan Hassan, Nazim dan anak jutawan.
Latar Masyarakat
a) Masyarakat yang hidup dalam kemiskinan.Contohnya, keluarga Pak Kamis miskin
hidupnya, Ahmad, anak Pak Kamis hendak berhenti sekolah dan bekerja untuk
menyara keluarganya
b) Masyarakat pelajar yang bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Contohnya, Murad dan kawan-kawannya bermuafakat untuk berkhemah dan
merancang untuk menyelamatkan anak jutawan yang diculik.
c) Masyarakat pelajar yang cerdik. Contohnya, Murad memilih masa yang sesuai, iaitu
pada pukul tiga pagi untuk membebaskan kawan-kawannya kerana pada waktu itu
penjahat-penjahat tersebut sudah tidur.
d) Masyarakat yang sanggup berkorban demi keluarga. Contohnya, Ahmad sanggup
berkorban untuk ayahnya, Pak Kamis, dan adik-adiknya, iaitu Murad dan Midah.
Gaya Bahasa
a) Penggunaan dialog yang pendek dan berkesan.Cntohnya:
MURAD: T:ugas kita ialah menyelamatkan anak jutawan yang diculik itu.
NAZIM ;Juga, kalau mungkin menghapuskan kumpulan jahat itu.
HASSAN :Soalnya, sekarang, bagaimana caranya?
b) Pengulangan kata. Contohnya :
MURAD : Saya faham, ayah. Kawan-kawan saya si Hassan dan si Nazim tu mesti
tu mesti diselamatkan. Dan komplot jahat itu pula mesti dihapuskan.
c) Penggunaan sinkope sesuai dengan gaya bahasa lisan(dialog)
Contohnya, penggunaan singkatan kata kau,tak,tapi,nak dan tu.
d) Penggunaan simile. Contohnya, macam diburu hantu siang saja.
e) Penggunaan hiperbola. Contohnya, bermain dengan harimau
f) Pengunaan pelbagai jenis peribahasa seperti :
i) Kata- kata hikmat
ii) Bidalan
iii)Simpulan bahasa

Nilai
a) Berani. Contohnya, Murad, Hassan dan Nazim berani menyiasat kegiatan penjahat
di dalam hutan.
b) Bekerjasama. Contohnya, Ahmad membantu Murad untuk membebaskan Nazim,
Hassan dan anak jutawan yang diculik.
c) Penyayang. Contohnya, Murad sayang akan abangnya, Ahmad. Dia sanggup
berusaha agar abangnya dapat meneruskan persekolahan.
d) Bijaksana. Contohnya, Murad menunggu masa yang sesuai untuk membebaskan
kawan-kawannya yang diculik.
e) Sanggup berkorban. Contohnya, Ahmad sanggup berhenti sekolah dan bekerja demi
membantu ayah dan adik-adiknya.

Pengajaran
1) Kita hendaklah berani berusaha agar memperoleh kejayaan. Contohnya, Murad
berjaya menyelamatkan persekolahan abangnya, Ahmad atas keberaniannya
membebaskan anak jutawan yang diculik.
2) Kita hendaklah bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya,
Murad, Nazim, dan Hassan bermuafakat untuk membebaskan anak jutawan.
3) Kita hendaklah mengutamakan pelajaran walaupun hidup dalam kemiskinan.
Contohnya, Ahmad akan belajar kelas malam sekiranya dia bekerja di kilang.
4) Kita hendaklah bijaksana dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu
tindakan.Contohnya, Murad bijak mengatur strategi dan memilih masa yang sesuai
untuk membebaskan Nazim, Hassan, dan anak jutawan.
5) Kita janganlah melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang negara kerana
akibatnya merugikan diri sendiri.

Vous aimerez peut-être aussi