Vous êtes sur la page 1sur 15

PENGAWETAN MAKANAN o Kita boleh menghalang makanan daripada menjadi rosak atau melambatkan kerosakan makanan o Kita mesti

mengawet makanan o Kita mengawet makanan untuk menjadikan makanan tahan lebih lama o Pengawetan makanan ialah proses melambatkan daripada menjadi rosak. o Pengawetan makanan adalah lebih penting kerana: Ia membolehkan makanan tahan lebih lama Ia membunuh bakteria dan kulat o Kita boleh membuatkan persekitaran yang tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh. o Kita mengawet makanan dengan cara :

Menyimpan makanan dalam keadaan kering

Menyimpan makanan dalam keadaan panas atau sejukbeku

Menyimpan makanan dalam keadaan kedap udara

Pembungkusan Vakum

Pengeringan Penyejukan

Cara untuk mengawet

Pembotolan & Pengetinan Pengasapan/ Penyalaian Pempasteuran Pelilinan

Pendidihan Penjerukan Pembekuan Pengasinan

PENGERINGAN
o Kita boleh mengeringkan makanan untuk mengawet makanan itu . o Proses pengeringan melibatkan penyingkiran air daripada bahan makanan o Kita boleh mengeringkan makanan dengan cara: Menjemur makanan di bawah cahaya matahari supaya kering Memanaskan makanan di dalam oven Memanaskan makanan di atas api

o Bakteria dan kulat tidak dapat tumbuh dalam makanan yang mengandungi air. Hal ini membolehkan makanan tahan lebih lama. o Contoh makanan yang diawet melalui pengeringan adalah : Ikan Udang Sotong Buah-Buahan

o Kita boleh menjadikan proses ini lebih berkesan dengan menambahkan garam pada makanan sebelum makanan dikeringkan.

PENDIDIHAN o Kita boleh mengawet makanan dengan mendidihkan makanann tersebut . o Apabila kita mendidihkan makanan, bakteria dan kulat akan mati.

PENYEJUKAN o Makanan boleh diawet dengan menyimpan makanan dalam tempat sejuk seperti peti sejuk o Dalam keadaan sejuk, bakteria menjadi kurang aktif untuk menghasilkan dan membebaskan gas.

PEMBUNGKUSAN VAKUM o Pembukusan vakum adalah pengawetan makanan tanpa udara. o Makanan disimpandalam bekas kedap udara. o Bekas kedap udara adalah bekas di mana udara di dalamnya telah dikeluarkan. o Bakteria dan kulat tidak dapat tumbuh tanpa udara. o Contoh makanan yang diawet melalui pembukusan vakum ialah kacang,susu tepung,dan keropok. o buah-buahan yang diawet secara pembukusan vakum ialah pisang,nanas,dan jagung.

PENJERUKKAN o Penjerukkan dilakukan dengan merendam makanan dalam cuka,larutan garam,atau larutan gula. o Penjerukkan mengurangkan kandungan air di dalam makanan. o Hal ini menghalang pertubuhan bakteria dan kulat o Makanan yang diawet melalui penjerukanakan tahan lebih lama. o Walau bagaimanapun,rasa dan kandungan nutrien akan berubah. o Makanan yang diawet melalui penjerukan ialah buah-buahan dan sayur-sayuran. o Rajah di bawah ini menunjukkan langkah-langkah proses penjeruk

PEMBOTOLAN DAN PENGETINAN o Kita juga boleh mengawet makanan dengan memasukkan makanan dalam tin dan botol yang kedap udara. o Makanan boleh tahan lama jika disimpan dalam tin atau botol yang kedap udara. o Makanan di masak dan semua udara dikeluarkan daripada makanan sebelum ditinkan atau dibotolkan. o Bakteria dan kulat tidak dapat tumbuh dalam keadaan tanpa udara. o Rajah yang berikut menunjukkan proses pengetinan atau pembotolan. o Makanan yang diawet melalui pengetinan atau pembotolan termasuklah daging,ikan,buah-buahan,dan sayur-sayuran.

PENYEJUKBEKUAN o Kita boleh mengawet makanan dengan menyejukbekuannya. o Makanan disejukbekukan pada suhu -10o c. o Makanan boleh tahan lama kerana bakteria dan kulat tidak dapat tumbuh pada suhu yang terlalu rendah. o Penyejukbekuan memelihara kualiti dan kandungan nutrien makanan. o Makanan yang diawet melalui penyejukbekuan ialah ayam,daging,udang dan sotong.

PEMPASTEURAN o Pempasteuran boleh membunuh mikroorganisma dalam susu, ais dan jus. o Semasa pempasteuran makanan dipanaskan beberapa saat. o Susu dipasteurkan dengan memanaskannya pada 72 o c selama 15 saat. o Pempasteuran mengekalkan rasa makanan.

PENGASINGAN o Kita boleh mengawet makanan dengan menambahkan garam yang banyak pada makanan. o Proses ini disebut pengasingan o Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat tidak boleh tumbuh pada bahan yang sangat masing. o Dalam keadaan masing, mikroorganisma akan kehilangan air dan mengecut. o Kita membuatka proses ini lebih berkesan dengan mengeringkan makanan yang telah di masinkan o Contoh makanan yang diawet melalui pengasingan ialah o Ikan, telur, sayur-sayuran

PENGASAPAN ( PENYALAIAN ) o Pengasapan ialah teknik pengawetan makanan semulajadi o Makanan digantung diatas api untuk mengeringkannya. o Asap akan mengeringkan makanan, tapi tidak akan masak makanan itu. o Asap juga mengubah rasa makanan o Kaedah ini adalah untuk mengawet daging dan ikan o Kaedah ini hanya mengawet makanan bagi masa yang singkat sebelum makanan mula rosak

PERLILINAN o Kita boleh mengawet makanan dengan menyelaputinya dengan lilin.Proses ini disebut perlilinan. o Lilin diperoleh daripada tumbuhan, lemak daging lembu dan petroleum o Perlilinan menolong melambatkan proses kehilangan air daripada buah-buahan dan sayur-sayuran o Perlilinan juga menjadikan kulit buah-buahan dan sayur-sayuran lebih berkilat o Walaubagaimanapun, pelilinan boleh menyebabkan bahaya pada manusia. o Untuk sesetengah buah dan sayur-sayuran seperti pisang, limau dan nanas, lilin tidak dimakan kerana kulitnya dibuang sebelum dimakan. o Tetapi untuk buah-buahan yang lain seperti tomato, epal,terung dan cili,kulit buah dan sayur-sayuran ini dimakan. o Lilin pada makan ini dapat disingkarkan walau makanan ini dibasuh dengan air panas.

KEPENTINGAN MENGAWET MAKANAN 1. Makanan boleh tahan lama jika diawet. 2. Pengawetan makanan diberi manfaat kepada kita dalam perkara perkara yang berikut : A. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dihasilkan di ladang boleh dinikmati lebih lama walaupun selepas musim buahbuahan sudah habis jika buah-buahan ini diawet melalui pengeringan, penyejukbekuan dan penjerukan. B. Makanan yang diawet juga mudah disimpan dan tahan lama. C. Memberi makanan yang berkeadaan baik kepada askar yang bertugas D. Pengawetan mengelakkan pembaziran makanan 3. Pengawetan makanan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dengan cara menambahkan nilai pada bahan yang dieksport.

Vous aimerez peut-être aussi