Vous êtes sur la page 1sur 20

SCABIES

Oleh, MUHAMMAD HIZUAN BIN HAMZAH

Muka surat |1

TUGASAN PERUBATAN KESIHATAN KOMUNITI MACH 2212 TAHUN II SEMESTER II

SCABIES
NAMA NO. KP NO. MATRIK JUMLAH PERKATAAN : MUHAMMAD HIZUAN BIN HAMZAH : 930705-11-5483 : BPP2011 - 6001 : 2000 PATAH PERKATAAN

Muka surat |2

ISI KANDUNGAN

BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Objektif Pengenalan Penyataan Masalah Pencarian Literatur Penemuan Perbincangan

PERKARA

MUKA SURAT 3 4 5 6 9 11 13 14 15 16 17 18 19 20

Pengurusan dan Rawatan Pencegahan dan Kawalan Rumusan Peranan Penolong Pegawai Perubatan Penutup Rujukan Lampiran Penilaian

Muka surat |3

OBJEKTIF
Membolehkan pelatih mempelajari sesuatu penyakit / keadaan / insiden / prosedur yang dipilih dengan lebih mendalam serta menghayati kepentingan pembelajaran tajuk yang dipilih. I. II. III. IV. V. VI. VII. Memahami tentang penyakit Skabies Menerangkan tanda dan gejala penyakit Skabies Menerangkan komplikasi penyakit Skabies Menerangkan kejadian penyakit Skabies Menerangkan diagnosis penyakit Skabies Menerangkan pencegahan terhadap penyakit Skabies Menerangkan peranan Penolong Pegawai Perubatan

Muka surat |4

PENGENALAN
Skabies adalah sejenis penyakit kulit yang boleh berjangkit dari seorang kepada orang lain. Ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak. Skabies disebabkan oleh infestasi hama antropod yang dikenali sebagai Sarcoptei Scabiei. Kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti hama ini berbanding dengan kanakkanak yang menjaga kebersihan diri.

Jangkitan organ utama yang terlibat ialah kulit. Ia bermula apabila skabies betina mengorek permukaan kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangan termasuk meninggalkan telur di dalam kulit tersebut. Keadaan ini menyebabkan kulit yang dijangkiti terasa gatal dan reaksi imunologi pada kulit akan berlaku. Pesakit akan mengalami masalah ini selama 3 4 minggu selepas jangkitan. Simptom-simptom yang dialami oleh pesakit ialah lesi yang gatal (pruritis) terutamanya terjadi pada waktu malam. Selain itu, terdapat erupsi papul dan pustul iaitu berlakunya inflamasi kedua. Lesi urtikaria papul juga akan kelihatan pada tapak tangan dan kaki. Kesan-kesan jangkitan sebegini kerap berlaku pada kawasan pusat, ketiak dan juga genital.

Muka surat |5

PENYATAAN MASALAH
Masalah skabies sering berlaku di kalangan pelajar sekolah yang mengambil ringan dalam penjagaan kebersihan diri. Antara aduan yang diperolehi dari pesakit ialah: 1. Rasa gatal yang teramat pada kawasan yang dijangkiti seperti celah jari, ketiak dan bahagian genital terutamanya pada waktu malam. 2. Tidak boleh berpeluh kerana ianya akan meningkatkan lagi rasa gatal. 3. Telah mendapatkan rawatan di klinik sebelum ini, tetapi masalah ini masih berterusan terutamanya pada bahagian genitalia.

Bagi pesakit yang mengalami masalah ini, rawatan keseluruhan diperlukan terutamanya anggota keluarga ataupun rakan sebilik (jika di asrama) kerana hama skabies boleh dijangkiti melalui pakaian, perkongsian tuala, tilam, cadar, selimut, bantal, sikat dan juga secara sentuhan langsung. Perkongsiaan pakaian atau tuala boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain dan ianya berterusan selagi pakaian atau tuala tersebut tidak dibasuh dengan air panas terlebih dahulu.

Muka surat |6

PENCARIAN LITERATUR
Menurut penulis (Dr. A Kadir Jasin) di dalam sebuah buku bertajuk Of Bedbugs, Scabies And Killer Microbes, Scabies atau dikenali sebagai kudis buta adalah keadaan kulit berjangkit yang disebabkan oleh hama kecil dipanggil Sarcoptes Scabiei. Lubang hama ini ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatalgatal, ruam dan sengit. Penghidap scabies jarang tahu bahawa mereka dijangkiti sehingga beberapa minggu selepas jangkitan awal, ini bermakna serangan kudis boleh merebak dengan cepat. Scabies biasanya dilihat sebagai keadaan yang di bawa oleh keadaan hidup yang tidak sihat dan kekurangan kebersihan diri, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ini adalah benar. Scabies boleh menjejaskan sesiapa sahaja dan boleh dirawat dengan krim losyen dan tertentu. Terdapat beberapa kumpulan yang mana mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah kepada keadaan penyakit ini. Gejala ini dapat dikesan, ia menjadi tanda doktor dapat mengesannya. Sebagai contoh, gejala ini gatal dan ruam merupakan tanda awal. Kadang kala tanda-tanda dan gejala kudis tidak kelihatan sehingga enam minggu selepas dijangkiti jangkitan.

Muka surat |7 Tanda-tanda utama kudis kulit, ruam dan gatal-gatal sengit yang lebih teruk pada waktu malam atau selepas mandi panas atau mandi biasa. Ruam terdiri daripada bintik kecil merah yang kelihatan seperti gigitan kecil serangga (dipanggil tanda merah). Tanda merah ini biasanya muncul di anggota-angota badan berikut: pada siku pusingan puting - untuk wanita berhampiran kemaluan - untuk lelaki di antara jari tangan dan jari kaki pada pergelangan tangan Kawasan lain yang kurang biasa di mana ruam boleh muncul: axillae (ketiak) buku lali punggung kemaluan - untuk wanita pangkal paha di dalam siku lutut kaki lebih rendah puting bahu kaki pinggang

Muka surat |8 Kanak-kanak dan bayi yang terkena scabies ini boleh dijumpai tanda yang bersembunyi di kawasan-kawasan lain badan mereka termasuk: kulit kepala kaki tapak tangan leher kepala Muka Scabies berlaku apabila badan manusia dipenuhi dengan hama parasit, yang dikenali sebagai Sarcoptes Scabiei. Orang pertama yang dapat mengesan (makhlukmakhluk mikroskopik) dan Scabies ini iaitu pada zaman kurun ke 18 oleh Diacinto Cestoni, beliau adalah seorang biologi dari Italy. Serangan bermula apabila serangga betina muncul di dalam kulit, kemudian datangnya serangga jantan untuk mengawannya. Serangga jantan kemudian mati dan serangga betina mula bertelur, yang mengambil kira-kira empat hari untuk menetas. Kira-kira dua minggu kemudian ianya matang ke dewasa. Serangga betina yang menjadi matang akan kembali ke dalam kulit. Serangga jantan yang telah matang mereka kekal di permukaan kulit dan mula mencari rakan-rakannya. Melainkan dirawat proses ini akan berulang selama-lamanya. Walaupun punca gatal teruk yang dialami oleh penghidap scabies belum terbukti, pakar-pakar percaya ia adalah sistem imun pesakit bertindak balas kepada pergerakan, hama telur mereka, air liur mereka dan / atau najis mereka.

Muka surat |9

PENEMUAN
Semasa melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Chuah, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan melalui Unit Kesihatan Sekolah Klinik Kesihatan Bukit Pelandok, Negeri Sembilan, seorang pelajar Darjah 6 mengadu mengalami masalah kegatalan pada bahagian tapak tangan sejak sebulan yang lalu. Setelah melakukan pemeriksaan kesihatan, didapati pelajar tersebut telah dijangkiti hama skabies dan dia telah memberitahu bahawa dia tidak pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum ini.

BUTIR-BUTIR PESAKIT
No. Pendaftaran Tarikh lahir Jantina Umur Bangsa : 5218 : 13 Mei 2001 : Lelaki : 12 tahun : Melayu

PEMERIKSAAN FIZIKAL
Berat : 39 kg Tinggi : 136 cm BMI : 21.0

M u k a s u r a t | 10

ADUAN PESAKIT
Mengalami masalah kegatalan pada bahagian celah jari tangan selama sebulan. Dia mengadu gatal pada waktu malam. Kelihatan tanda-tanda lesi dan kemerahan pada bahagian tersebut dan terdapat kesan korekan akibat hama tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat bintik-bintik merah serta ruam kelihatan dan diberitahu ianya sangat gatal pada waktu malam. Selain itu, pesakit menunjukkan reaksi menggaru-garu pada tempat jangkitan menyebabkan muncul kesan calar. Di rumah pula dia memberitahu bahawa dia pernah berkongsi tuala dengan adiknya yang berumur 9 tahun. Ini berkemungkinan pesakit telah dijangkiti melalui perkongsian pakaian tersebut.

M u k a s u r a t | 11

PERBINCANGAN
Faktor bagi penyakit ini kebanyakannya disebabkan oleh taraf sosial ekonomi yang rendah, kurang menjaga kebersihan diri, sering berganti pasangan seksual, berkongsi pakaian dan selalu ke tempat-tempat yang sesak. Penularan penyakit skabies ini boleh terjadi secara langsung atau secara tidak langsung. Penyakit skabies boleh didapati dalam keluarga, di sekolah, di asrama dan di rumah asuhan. Antara cara lain penularannya ialah: - Kontak langsung (kulit dengan kulit), misalnya berjabat tangan, tidur bersama dan hubungan seksual. - Kontak tak langsung (melalui benda), contohnya pakaian, tuala, tilam dan bantal. Penularan ini biasanya disebabkan oleh sarcoptes betina yang telah bertelur atau dalam bentuk larva. Dikenal juga dengan Sarcoptes scabei varian animals yang kadangkadang dapat menjangkiti manusia, terutama pada orang yang memelihara haiwan seperti anjing.Penyakit ini berkait rapat dengan kebersihan seorang terutamanya kanakkanak. Klasifikasi skabies terbahagi kepada : - Skabies pada orang bersih, iaitu mempunyai tanda-tanda lesi berupa papul yang sedikit jumlahnya sehingga jarang dijumpai. - Skabies nodular, iaitu lesi berupa nodus coklat kemerahan yang gatal. Nodus biasanya terdapat dikawasan tertutup, terutama pada genital lelaki. Nodus ini timbul sebagai reaksi hipersensitif terhadap skabies.

M u k a s u r a t | 12 - Skabies yang disebarkan melalui haiwan, iaitu penyebab utamanya adalah anjing, keadaan ini berbeza dengan skabies manusia kerana tidak terdapat korekan, tidak menyerang bahagian jari dan genetalia eksterna. Lesi biasanya terdapat pada kawasan di mana orang sering kontak dengan binatang kesayangannya. Kelainan ini hanya bersifat sementara kerana kutu binatang tidak dapat bertahan lama pada manusia. - Skabies pada bayi dan anak, iaitu lesi skabies pada anak dapat menjangkiti seluruh tubuh, termasuk seluruh kepala, leher, telapak tangan dan kaki, dan sering terjadi infeksi sekunder.

M u k a s u r a t | 13

PENGURUSAN DAN RAWATAN


Ubatan yang boleh membunuh hama dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit yang terkena jangkitan. Iaitu:

Losyen Benzyl Benzoate Krim Gamma Benzene Hexachloride Losyen Malathion

Cara pengguaan:

Daripada bawah dagu hingga ke hujung jari-jari kaki. Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan kemaluan.

Bagaimana ianya disapu?


Ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi. Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.

M u k a s u r a t | 14

PENCEGAHAN DAN KAWALAN


Bagi mencegah dan mengawal daripada jangkitan skabies, punca perlu dirawat dengan segera serta perlu mendapat rawatan yang segera bagi menghalang daripada jangkitan merebak. Pesakit yang berjangkit perlu dikecualikan dari bersekolah sehingga pulih bagi mengelak berjangkit kepada pelajar lain. Rawatan perlu diberikan kepada seluruh ahli keluarga untuk mengelakkan jangkitan ulangan. Selain itu juga perlu mengadakan program kesihatan di sekolah untuk mengesan kes skabis pada kanakkanak sekolah. Kebersihan persekitaran dalam rumah seperti perabot, tikar dan karpet, disinfektan lantai dan tandas juga perlu dijaga. Tidak mengamalkan perkongsian barangan peribadi seperti tuala, pakaian, cadar, bantal dan lain-lain kerana ia boleh menyebabkan jangkitan ulangan. Elakkan tempat yang sesak dan berjumpa dengan orang yang telah dijangkiti. Kebersihan diri juga perlu dijaga seperti kerap membasuh tangan dan memakai pakaian yang bersih bagi mengelakkan jangkitan. Elakkan daripada menggaru pada bahagian kulit yang telah dijangkiti untuk elakkan perebakan dan parut. Sekiranya mendapati simptom skabies pada kulit, dinasihatkan berjumpa doktor untuk

mendapatkan rawatan dengan segera.

M u k a s u r a t | 15

RUMUSAN
Skabies adalah sejenis penyakit yang boleh meninggalkan kesan dalam jangka masa yang panjang terutamanya kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan diri. Mereka akan mudah mendapat jangkitan ini dan sukar untuk sembuh sekiranya tidak mendapatkan rawatan dengan segera. Skabies juga boleh berjangkit melalui banyak cara. Adalah perlu untuk memberikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat tentang kepentingan pengesanan skabies dan keperluan rawatan awal. Keluarga terutamanya perlu diberikan pendidikan dalam aspek-aspek pencegahan skabies bagi mengelakkan jangkitan sesama ahli keluarga. Selain itu juga termasuk pelajar di asrama sekolah yang kurang pengetahuan perlu diberi pendidikan kesihatan tentang skabis bagi

mengurangkan kes skabies di sekolah. Penggunaan ubat skabies perlu mengikut prosedur yang betul bagi mendapat hasil yang sempurna. Oleh itu, semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam mencegah daripada jangkitan skabis dengan mendapatkan rawatan yang segera dan merawat skabis dengan cara yang betul bagi mendapat kesan yang maksimum.

M u k a s u r a t | 16

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN


Sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan, adalah penting untuk memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat dan sekolah mengenai cara penyakit Skabies ini berjangkit dan pencegahan yang sewajarnya di ambil bagi mengelakkan lebih ramai lagi mangsa yang terlibat. Pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit ini dan kesan-kesan akibat mengidapi penyakit Skabies ini perlu disampaikan. Pemberian risalah juga penting untuk disebarkan kepada masyarakat agar mereka lebih berwaspada selain menyampaikan maklumat-maklumat mengenai amalan penjagaan kebersihan diri, pengambilan makanan yang seimbang dan amalan gaya hidup sihat seperti bersukan dan bersenam. Maklumat-maklumat ini boleh disampaikan dengan cara memberi ceramah-ceramah kesihatan, melaksanakan kempen-kempen kesihatan, pembentangan poster ataupun secara terus dengan individu yang mendapatkan rawatan. Penolong Pegawai Perubatan perlu membuat diagnosa awal mengenali simptom penyakit ini bagi menentukan strain penyakit ini selain mengenalpasti golongan yang berisiko tinggi, melakukan investigasi dengan lebih spesifik agar rawatan susulan yang sesuai dapat diberikan. Bekerjasama dengan masyarakat setempat adalah satu kaedah yang baik dalam melakukan kawalan pencegahan, cara rawatan dan pemulihan penyakit Skabies ini selain memupuk nilai nilai murni di antara Penolong Pegawai Perubatan dengan masyarakat.

M u k a s u r a t | 17

PENUTUP
Walaupun penyakit Skabies ini adalah merbahaya dan boleh berjangkit, namun, ianya boleh diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan dan bekerjasama. Di antaranya adalah: 1. Pesakit-pesakit boleh memainkan peranan yang aktif dalam regime rawatan mereka dengan mengambil semua ubat yang telah ditetapkan dengan betul. 2. Anggota kesihatan boleh menghentikan penyakit Skabies dengan sentiasa berwaspada akan tanda-tanda penyakit ini, segera menjalankan diagnosis dan cepat memberi rawatan. 3. Guru-guru di sekolah boleh memberi penerangan kepada murid-murid mereka mengenai penyakit Skabies dan cara-cara mencegahnya. 4. Anggota masyarakat pula boleh menghentikan penyakit Skabies melalui perkongsian maklumat untuk mencegah penyakit ini dan membantu orang yang memerlukan rawatan. 5. Manakala para saintis boleh menjalankan kajian untuk membangunkan peralatan diagnostik, ubat-ubatan dan vaksin baru untuk menghentikan penyakit Skabies.

M u k a s u r a t | 18

RUJUKAN
1. Buku bertajuk Of Bedbugs, Scabies And Killer Microbes oleh penulis A Kadir Jasin 2. http://en.wikipedia.org/wiki/Scabies 3. http://www.medinfo.co.uk/condition/SKABIES.html opened on 21 March 2011 4. http://SKABIES.emedtv.com/SKABIES/skabies.htmlopened on 28 March 2011 5. http://www.emedicinehealth.com/scabies/article_em.htm 6. http://www.medicinenet.com/scabies/article.htm

M u k a s u r a t | 19

LAMPIRAN

Hama kecil dipanggil Sarcoptes Scabei mengorek lubang dan ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatalgatal ruam dan sengit

Kitar hidup hama Sarcoptes Scabiei (Scabies)

Segera mendapatkan rawatan awal adalah jalan penyelesaian yang terbaik

Vous aimerez peut-être aussi