Vous êtes sur la page 1sur 16

AMALI 2 : HADKAN RUANG SAYA

Pernyataan masalah: Adakah tumbuhan bersaing untuk mendapatkan ruang? Alatan dan bahan : segenggam biji jagung habuk papan pembaris alas kotak semaian bekas dua kotak semaian (10 cm x 10 cm) kapas atau kertas tisu baja (nutrien) air Langkah-langkah: 1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Semaikan biji-biji jagung di atas kapas lembap di dalam sebuah bekas. Tutup biji jagung itu dengan kapas lembap yang lain. Biarkan sehingga biji jagung itu bercambah dan tumbuh.

3. Sediakan dua kotak semaian dan labelkan A dan B. 4. Isi kedua-dua kotak semaian dengan habuk papan.

5. Buat 15 lubang pada kotak A dengan jarak 3 cm antara lubang. Kemudian, buat 15 lubang secara rapat pada kotak B.

6. Isi kedua-dua alas kotak semaian dengan air paip. 7. Masukkan dua sudu penuh baja ke dalam kedua-dua alas kotak semaian tersebut. Kacau campuran tersebut.

8. Letakkan kedua-dua kotak semaian ke dalam alasnya.

9. Pilih 30 anak pokok jagung yang mempunyai bilangan daun dan ketinggian yang sama. 10. Tanamkan 15 anak pokok jagung ke dalam kotak A dan 15 anak pokok jagung ke dalam kotak B engikut lunang yang telah dibuat. 11. Letakkan kedua-dua kotak semaian tersebut di tempat yang terdedah pada cahaya matahari.

12. Tambahkan air ke dalam alas kotak semaian setiap dua hari sekali. Perhatikan anakanak pokok jagung kamu selang sehari. 13. Ukur tinggi pokok jagung dan kira bilangan daun bagi setiap pokok pada hari ke-10. 14. Rekodkan pemerhatian kamu dalam bentuk jadual seperti pada halaman 11. Pemerhatian: Kotak semaian A B Purata bilangan daun Purata ketinggian anak pokok (cm) Keadaan anak pokok selepas 10 hari

1. Bandingkan tumbuhan kamu pada hari ke -10 berdasarkan (a) Purata bilangan daun (b) Purata ketinggian (c) Keadaan anak pokok

2. Adakah inferens kamu tentang anak pokok jagung di dalam kotak A dan kotak B? Kesimpulan Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh pada tempat yang sama bersaing untuk mendapatkan ________________________ Aktiviti Lanjutan 1. Semaikan segenggam biji benih bunga keembung dan segenggam biji kacang hijau pada kapas lembap di dalam bekas yang berlainan. Tutp dengan kapas lembap yang lain. Tinggalkan di tempat yang gelap supaya biji benih itu bercambah. 2. Campurkan dua sudu penuh baja ke dalam sebuah pasu yang mengandungi tanah kebun. Masukkan campuran tanah itu ke dalam pasu. 3. Buat 10 lubang pada tanah tersebut. Pastikan jarak di antara lubang adalah sama. 4. Pilih lima anak pokok bunga keembung dan lima anak pokok kacang hijau yang hampir sam saiz. Tanam anak-anak pokok ke dalam lubang yang telah dibuat secara berselang-seli. 5. Letakkan pasu di tempat terbuka dan siram anak pokok setiap hari selama 14 hari. 6. Perhatikan tumbuh-tumbuhan tersebut selang sehari dan ukur ketinggian setiap anak pokok dan rekodkan. 7. Kira purata ketinggian pokok keembung dan pokok kacang hijau. 8. Bandingkan purata ketinggian pokok keembung dengan pokok kacang hijau. Terangkan perbezaan ini. Soalan Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan. Mereka menanam enam pokok keembung dalam 2 buah pasu yang smaa saiz. Pokok dalam pasu X dibubuh satu sudu baja manakala pokok dalam pasu Y dibubuh dua sudu baja. Gambar menunjukkan dapatn mereka selepas sebulan.

(a) Apakah tujuan penyiasatan mereka? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ (b) Nyatakan perbezaan antara pokok di dalam pasu X dengan pokok di dalam pasu Y. ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________ (c) Dalam penyiasatan tersebut, apakah pembolehubah yang i. Dimalarkan :__________________________________________________ ii. Dimanipulasikan:________________________________________________ iii. Bergerakbalas:________________________________________________ (d) Nyatakan faktor tumbuh-tumbuhan itu bersaing. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ AMALI 3 : KERETA LASTIK Pernyataan masalah: Apakah hubungan antara panjang regangan gelang getah dengan jarak yang dilalui oleh kereta mainan? Alatan dan bahan : gelang getah kepingan papan tukul besi dua batang paku 6 cm kereta mainan pita pengukur Langkah-langkah: 1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Ketukkan paku sehinggan separuh terbenam dengan menggunakan tukul besi di atas kepingan papan. Jarak antara paku ialah 10 cm.

3. Ikatkan gelang getah pada kedua-dua batang paku tersebut. 4. Buat garisan permulaan di antara kedua-dua batang paku.

5. Letakkan kereta mainan di hadapan gelang getah. Tarik gelang getah bersama-sama dengan kereta mainan itu sejauh 3 cm ke belakang.

6. Lepaskan kereta mainan. 7. Ukur jarak yang dilalui oleh kereta mainan.

8. Ulang langkah 5 hinggan langkah 7 menggunakan jarak regangan yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam jadual. Pemerhatian Panjang regangan gelang getah (cm) 3 5 7 9 11 Jarak yang dilalui oleh kereta mainan (cm)

1. Apakah daya yang digunakan untuk merengganggelang getah? 2. Apakah daya yang digunakan untuk menggerakkan kereta mainan ke hadapan? 3. Dalam penyiasatan ini, apakah pemboleh ubah yang (a) Dimalarkan ? (b) Dimanipulasikan ? (c) Bergerak balas? Kesimpulan Semakin ____________________________ gelang getah diregang, semakin ____________________jarak yang dilalui oleh kereta mainan. Aktiviti lanjutan

1. Kamu perlukan : belon benang nilon straw pita pelekat jernih klip logam pam belon 2. Pamkan belon. Sepit dengan klip logam supaya angina tidak terlepas keluar. 3. Lekatkan straw pada belon dengan menggunakan pita pelekat jernih. 4. Masukkan benang nilon kedalam straw. Rentangkan dan ikatkan benang nilon merentasi bilik darjah. 5. Tarik belon ke hujung tali. 6. Lepaskan klip logam. (a) Apakah yang dapat kamu perhatikan ? (b) Nyatakan daya yang terlibat dalam pergerakan belon tersebut.

Soalan Xian Yu menjalankan satu penyiasatan menggunakan tiga biji belon. Belon diisi dengan udara tetapi tidak sama saiz. Dia menolak belon itu ke dalam baldi yang mengandungi air sehingga belon itu tengelam. Dia mengulanginya lagi dengan dua belon yang lain. Jadual menunjukkan pemerhatianyang diperolehi. Saiz belon Kecil sederhana besar Daya yang digunakan untuk menolak belon kurang Banyak Paling banyak

(a) Apkah tujuan penyiasatan Xian Yu? (b) Apakah hubungan antara saiz belon dengan daya yang digunakan untuk menolak belon? (c) Dalam penyiasatan ini, apakah pemboleh ubah yang i. Dimalarkan? ii. Dimanipulasikan? iii. Bergerak balas?

AMALI 5 : CENGKAMAN BERBEZA

Pernyataan masalah : Apakah hubungan antara jenis permukaan dengan jarak yang dilalui oleh kereta mainan? Alatan bahan : kereta mainan sekeping papan 1 m panjang permukaan lantai yang berbeza bongkah bata pita pengukur Langkah-langkah 1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Letakkan sekeping papan di atas lantai konkrit kelas kamu. 3. Sendengkan kepingan papan tersebut dengan meletakkan satu daripada hujungnya di atas tiga bongkah bata. Buat tanda garis permulaan di hujung yang lebih tinggi. 4. Letakkan kereta mainan pada garis permulaan dan lepaskan.

5. Tandakan kedudukan kereta mainan itu apabila kereta tersebut berhenti. 6. Ukur jarak dari hujung papan hingga ke tanda tadi dengan menggunakan pita pengukur.

7. Rekodkan jarak ini dalam jadual seperti yang ditunjukkan di bawah. 8. Ulang penyiasatan kamu dengan meletakkan papan pada permukaan yang berikut: (a) Lantai berjubin (b) Permukaan berpasir

(c) Permukaan bertar Pemerhatian Jenis permukaan Lantai berjubin Lantai konkrit Permukaan berpasir Permukaan bertar Jarak maksimum dilalui (cm)

1. Dalam penyiasatan ini, apakah pemboleh ubah yang (a) Dimalarkan? (b) Dimanipulasikan? (c) Bergerak balas? 2. Antara keempat-empat jenis permukaan, yang manakah permukaan yang membolehkan (a) Kereta mainan itu bergerak paling jauh? (b) Kereta mainan itu bergerak paling dekat? 3. Apakah jenis permukaan yang mempunyai geseran paling tinggi ? 4. Jika sesuatu permukaan itu lebih kasar, ramalkan jarak yang dilalui oleh kereta mainan itu. Kesimpulan Permukaan yang ___________________________________ mempunyai geseran yang ____________________________. Aktiviti lanjutan 1. Susun sekeping papan lapis, paku tekan dan sebatang pensel di atas meja seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

2. Masukkan guli satu demi satu ke dalam tin aluminium sehingga papan lapis itu menggelongsor. 3. Kira jumlah guli yang digunakan.

4. Lekatkan sekeping kertas pasir dibawah kepingan papan lapis. 5. Ulang langkah 2 dan langkah 3. 6. Permukaan yang manakah: (a) Memerlukan guli yang lebih banyak untuk mengerakkannya? (b) Lebih kasar? (c) Mempunyai geseran yang lebih tinggi? 7. Apakah hubungan antara jenis permukaan dengan geseran yang dihasilkan ? Soalan

Selipar lama dengan tapak yang sudah haus, kasut sekolah yang masih baharu dan kasut untuk pelari pecut diletakkan pada lantai konkrit. Beberapa biji guli yang sama beratnya diletakkan di atas selipar dan kedua-dua kasut tersebut. Selipar dan kedua-dua kasut itu ditarik silih berganti dan tahap kesukaran untuk menggerakkannya dicatatkan. Jenis kasut Selipar lama Kasut sekolah baharu Kasut pelari pecut (a) (b) (c) (d) Tahap kesukaran untuk menggerakannya Paling mudah Mudah Sukar

Apakah yang menghalang pergerakan selipar dan kedua-dua kasut ini? Mengapakah selipar paling mudah digerakkan berbanding dengan kasut yang lain? Cadangkan dua cara untuk memudahkan selipar dan kasut itu ditarik. Apakah ramalan kamu jika pepaku pada kasut pelari pecut ditanggalkan?

AMALI 6: SEJAUH MANA DAN SELAJU MANA?

Penyataan masalah: Apakah perkaitan antara jarak dengan kelajuan objek apabila masa dimalarkan? Alatan dan bahan dua botol plastik berpenutup lapan penutup botol plastik jam randik wisel pasir pita pengukur empat utas dawai kasar Langkah-langkah 1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Bina dua buah model kereta dengan menggunakan botol plastik seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Labelkan A dan B.

3. Letakkan kedua-dua model kereta pada garis permulaan. 4. Letakkan wisel dibunyikan,tolak model kereta A dengan perlahan-lahan dan tolak model kereta B dengan kuat untuk kelajuan yang berbeza. 5. Ukur jarak yang dilalui dalam tempoh lima saat, dan rekodkan ke dalam jadual seperti yang ditunjukkan. 6. Kira kelajuan kereta A dan B. Pemerhatian Kereta A B Masa (s) 5 5 Jarak (cm) Kelajuan (cm/s)

Kereta yang manakah bergerak lebih jauh? Kesimpulan Semakin _________________________________ kelajuan, semakin ____________________________ jarak yang dilalui dalam masa yang ditetapkan.

(B) SEPANTAS MANA? Pernyataan masalah: Apakah perkaiatan antara masa dengan kelajuan objek jika jarak dimalarkan? Alatan dan bahan dua botol plastik berpenutup lapan penutup botol plastik wisel pasir pita pengukur empat utas dawai kasar Langkah-langkah 1. Bina dua model kereta seperti dalam Bahagian A. 2. Tandakan garis permulaan dan garis penamat pada jarak 100 cm. 3. Letakkan kedua-dua model kereta pada garis permulaan. 4. Apabila wisel dibunyikan , tolak model kereta A dengan perlahan dan tolak model kereta B dengan kuat untuk kelajuan yan berbeza. 5. Rekodkan masa yang diambil dan tulis ke dalam jadual seperti yang ditunjukkan. 6. Bincang dalam kumpulan kamu untuk mengira kelajuan kereta A dan B. Pemerhatian Kereta A B Jarak (cm) 100 100 Masa (s) Kelajuan (cm/s)

Kereta yang manakah lebih cepat tiba di garis penamat? Kesimpulan Semakin ______________________________ kelajuan, semakin ______________________ masa yang diambil dalam jarak yang ditetapkan. Aktiviti lanjutan 1. Kamu perlukan : kepingan papan dua meter panjang buku yang sama tebal jam randik kereta mainan 2. letakkan hujung papan tanda di atas tiga buah buku. Buat tanda pada bahagian hujung papan yang telah disendengakan. 3. Letakkan kereta maianan dan kemudian lepaskan supaya kereta itu bergerak menuruni cerun papan. 4. Rekodkan masa yang diambil oleh kereta mainan untuk tiba di hujung papan. 5. Ulang langkah 3 dan langkah 4 dengan menggunakan lima buah buku supaya cerun itu lebih curam. 6. Ulangi pula dengan menggunakan lapan buah buku.

7. (a) Bandingkan kelajuan kereta mainan tersebut pada ketiga-tiga ketinggian cerun. (b) i. pada cerun yang manakah kereta mainan itu bergerak paling laju? ii. terangkan jawapan kamu di b(i). (c) andaikan kamu menambahkan kecuraman cerun sehingga papan itu dalam keadaan tegak. Ramalkan kelajuan kereta mainan itu berbanding dengan penemuan kamu sebelum ini.

Soalan Carta palang menunjukkan keputusan satu penyiasatan ke atas pergerakan lima objek yang berlainan. Jarak dilalui (cm)

600 500 400 300 240 200 100 0 A

480 300 120


Objek

360

(a) Jika masa yang diambil ialah dua minit, berapakah kelajuan bagi setiap objek? (b) Dalam penyiasatan ini, apakah pemboleh ubah yang i. Dimalarkan? ii. Dimanipulasikan? iii. Bergerak balas? (c) Apakah pendapat kamu tentang jarak yang dilalui oleh objek C dalam penyiasatan ini?

AMALI 7 : BOLEHKAH SAYA TUMBUH ? Pernyataan Masalah : Apakah keadaan yang diperlukan untuk pertumbuhan mikroorganisma? Alatan dan Bahan pisau karung plastik lut sinar papan tukik penyedut hampagas ubi kentang peti sejuk kanta tangan pengupas gelang getah cuka

Langkah-langkah 1. Kupas ubi kentang dengan menggunakan pengupas. 2. Cuci ubi kentang yang telah dikupas.

3. Potong ubi kentang menjadi empat bahagian yang sama saiz.

4. Labelkan empat karung plastic sebagai A, B,C, dan D. masukkan potongan ubi kentang ke dalamnya.

5. Nyah udara karung plastik A dengan menggunkan penyedut hampagasdan ikat dengan gelang getah secepat mungkin.

6. Masukkan cuka ke dalam karung B sehingga separa penuh. Ikat hujung plastik tersebut. 7. Ikat hujung karung plastic C dan D. 8. Simpan karung plastik C di dalam peti sejuk. Simpan karung A, B dan D di dalam almari. Perhatikan keadaan potongan ubi kentang pada hari pertama dan rekodkan dalam jadual seperti yang ditunjukkan. 9. Perhatikan perubahan yang berlaku ke atas potongan ubi kentang pada hari ke-5. Pemerhatian Karung plastik Keadaan potongan ubi kentang Hari pertama Hari kelima

A B C D 1. 2. 3. 4. 5. Mengapakah udara dikeluarkan daripada karung plastik A? Apakah tujuan memasukkan cuka ke dalam plastik B? Mengapakah kita menyimpan karung plastik C di dalam peti sejuk? Apakah tujuan penyediaan karung plastik? Selepas hari ke-5, karung plastik yang manakah mempunyai potongan ubi kentang yang masih segar? Mengapa? 6. Karung plastik yang manakah mempunyai potongan ubi kentang yang dintumbuhi kulapuk? Mengapa? Kesimpulan Mikroorganisma memerlukan air, nutrien, __________________________, _______________________, dan ______________________________ untuk bertumbuh. Aktiviti lanjutan 1. Letakkan sepotong ubi kentang dalam piring A, B dan C.

2. Taburkan gula ke atas ubi kentang B dan garam ke atas ubi kentang C.

3. Perhatikan keadaan potongan ubi kentang itu pada hari ke-5. 4. Potongan ubi kentang yang manakah telah ditumbuhi kulapuk? 5. Cuba aktiviti ini dengan menggunakan bahan makanan yang lain dan bandingkan keputusannya. Soalan Syahirah meletakkan sepinggan nasi di atas meja di dapur dan sepinggan nasi lagi di dalam peti sejuk. Keputusannya ditunjukkan dalam jadual. Berdasarkan keputusan itu, jawab soalan yang berikut.

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini ? (b) Nyatakan inferens kamu terhadap nasi yang disimpan di dalam peti sejuk. (c) Dalam penyiasatan ini, apakah pemboleh ubah yang i. Dimalarkan ? ii. Dimanipulasikan? iii. Bergerak balas? (d) Adakah kesimpulan penyiasatan ini ? (e) Cadangkan satu cara lain untuk mengelakkan lebihan nasi daripada berkulat.

Vous aimerez peut-être aussi