Vous êtes sur la page 1sur 21

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA12

03]

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN SEMESTER KOD KURSUS TAJUK KURSUS : : : 5 / 2012 HBAE 1203

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NAMA PELAJAR NAMA TUTOR NO MATRIKULASI NO KAD PENGENALAN NO TEL E-MAIL PUSAT PEMBELAJARAN : : :

ROSNANI BT HASSAN

PUAN PARVATHY A/P GOVINDAN 720424085518001 : : : 720424085518 019 7312429 nishaluqhana@yahoo.com

BATU PAHAT

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]


Isi kandungan
1.0 Pendahuluan 2.0 Definisi Kreativiti 3.0 Kepentingan Kreativiti 4.0 Lima Tahap Perkembangan Fisher 5.0 Analisis dan Implikasi lima tahap kreativiti Fisher 6.0 Hubungan Aktiviti Pembelajaran Dengan Kreativiti 7.0 Kesimpulan

Muka surat
3 3 4-5 6-13 14-15 16-17 18

Rujukan

19

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]

1.0

Pengenalan Pendidikan Seni adalah mata pelajaran yang berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran

kreatif, bertujuan melahirkan warga berbudaya. Khususnya individu kreatif berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri-ciri estetik.Tetapi malangnya kini , mata pelajaran ini seolah-olah dipinggirkan di sekolah-sekolah . Sejauh mana pedagogi pendidikan seni berkesan, jika guru yang mengajar mata pelajaran ini tidak memiliki ilmu/kemahiran di bidang ini. Sekiranya pemikiran masih bercelaru tidak diperjelaskan , bagaimana seorang guru boleh mendukung Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Oleh itu , perbincangan ini akan memperjelaskan maksud kreativiti dan peringkat-peringkat kreativiti . Seterusnya mengupas kepentingan kreativiti yang diadun dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual untuk membantu perkembangan sosial , fizikal dan emosi kanak-kanak. 2.0 Definisi Kreativiti Terdapat pelbagai takrifan kreativiti antaranya, June King McFee berpendapat bahawa kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskini idea yang ada.Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap sesuatu kreativiti. Kamus Dewan Edisi Keempat(2005), mentakrifkan kreativiti kemampuan (kebolehan) keupayaan seseorang mencipta, daya kreativiti, kekreatifan. Manakala www.sabah.edu.my menyatakan kreativiti merupakan proses yang berterusan ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Setiap orang mempunyai tafsiran sendiri tentang kreativiti, saya berpendapat kreativiti sesuatu kebolehan istimewa untuk menghasilkan benda baru ( belum dicipta oleh orang lain) atau benda yang lama( telah sedia ada) diolah semula menjadi lebih baik atau lebih sempurna dengan
3

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]


menggunakan imaginasi idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Kreativiti mungkin dianugerahkan sebagai bakat semulajadi kepada seseorang tetapi kreativiti boleh dipelajari dan diasuh secara berperingkat-peringkat supaya ia sebati dalam jiwa masyarakat Malaysia. 3.0 Kepentingan Kreativiti Kreativiti mempunyai pelbagai kepentingan dalam kehidupan murid-murid antaranya: a. Perkembangan idea Fasa ini menggalakkan murid membuat andaian dan imaginasi, meneroka dan mempersembahkan pelbagai idea. Kreativiti adalah proses separa sedar ia menjadi aktiviti yang penting dalam kehidupan seharian kita. Seorang yang kreatif boleh menghasilkan pelbagai benda hanya dengan menggunakan bahan bahan terbuang , contohnya menghasilkan arca, benda-benda seperti bakul raga dan gubahan bunga. Benda baru yang terhasil dari bahan terbuang bukan sahaja boleh dijadikan hiasan , tetapi boleh memberi manfaat dalam kehidupan harian. Boleh dijual untuk menambah pendapatan atau diusahakan secara komersial untuk pendapatan tetap. Di bawah ini menunjukkan beberapa kreativiti yang dihasilkan daripada bahan terbuang. Bukan sahaja cantik di mata tetapi mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Sumber:http://carca-marba.blogspot.com/2010/08/replika-dari-bahan-terbuang-

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]

Sumber:http://panatiasp.weebly.com/5/post/2010/03/pertandingan-membuat-enzim.html b. Penciptaan Dan Penghasilan Membuat penumpuan terhadap penghasilan yang bermakna dan bergaya dengan memanipulasi pelbagai media. Kreativiti yang tinggi boleh melahirkan sesuatu idea yang baru contohnya facebookdicipta menggunakan kepakaran teknologi yang tinggi dan digabungkan dengan kreativiti . Menjadi tempat bertemu rakan dan keluarga dengan pantas tanpa perlu mengeluarkan belanja. Menjadikan penciptanya kaya dan ternama begitulah kelebihan kreativiti dalam kehidupan. c. Bekerjasama Dan Bertoleransi Bekerjasama dengan cara yang dinamik dalam pelbagai peringkat untuk membina dan berkongsi pengetahuan bagi mendapatkan hasil kerja yang sempurna. Kreativiti juga mendorong kanak-kanak memahami hasil pembelajaran mereka lebih mudah . Interaksi berlaku dengan lebih sihat, komunikasi berkesan antara guru , murid dan bahan mempermudahkan proses pembelajaran. Kreativiti membantu pelajar belajar dengan cara lebih kreatif , seterusnya meningkatkan tahap pencapaian mereka. Kreativiti membantu kanak-kanak belajar dengan lebih gembira , pembelajaran tidak membosankan. Mereka mempunyai kebebasan untuk mengeluarkan pendapat , berbincang , memberikan pandangan kepada guru dan rakan tanpa sekatan.

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]


e. Komunikasi dan penilaian Mempamerkan hasil kerja dengan tujuan untuk aktiviti apresiasi dan dinilai oleh peminat seni atau masyarakat. Kreativiti membolehkan seseorang menilai hasil kerja orang lain secara sihat, tanpa menyakiti perasaan penghasil karya tersebut. Penilaian yan sempurna akan melahirkan insan kreatif. Kreativiti seseorang juga mampu menghasilkan karya terbaik sehingga mendapat pengiktirafan dan penilaian yang tinggi sebagai contohnya lukisan Dato Hoessein Enas bertajuk Javanese Girls mampu dijual dengan harga RM127 600.

Sumber: Lukisan Dato Hoessein Enas (1954) Jelaslah bahawa kreativiti mempengaruhi pemikiran seseorang untuk mennghasilkan sesuatu ciptaan yang sempurna dan berkesan. Kreativiti seseorang boleh dipelajari dan dipupuk agar menjadi lebih sempurna sejajar dengan usia yang semakin dewasa. 4.0 Lima Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher Fisher (1943) seorang tokoh seni visual menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif seperti dalam jadual di bawah: Peringkat aktiviti Peringkat Ransangan Penerangan Perasaan ingin

Merangsang

tahu

pelajar

dengan cara mengemukakan soalan siapa, bagaimana, di mana, kenapa.Guru membantu murid menjelaskan apa yang mereka ingin Peringkat Penerokaan
6

tahu. Guru memberi kebebasan murid mencari

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]


sendiri apa yang ingin dipelajari.Contohya guru memberikan tajuk dan panduan untuk melakukan tugasan (Melukis pemandangan menggunakan teknik catan). Murid bertindak mencari bahan dan alatan yang sesuai untuk Peringkat Perancangan digunakan dalam lukisan. Menggalakkan pemikiran merancang merekod dan memetakan kemungkinan. kreatif aktiviti Murid untuk dan

membuat

perancangan sama ada secara individu atau kumpulan.Murid berbincang bentuk buahbuahan yang akan dihasilkan,jenisbuah-buahan tempatan , kedudukannya dan saiz yang sesuai. Murid membuat lakaran imej di atas kertas, seterusnya ,warna yang akan digunakan dan d)Peringkat aktiviti teknik yang sesuai. Dalam peringkat pelaksanaan ataupun ini ialah tindakan peringkat . Murid

menjalankan aktiviti berdasarkan perancangan yang telah mereka buat. Mereka membuat imej yang dikehendaki berdasarkan lakaran semasa perancangan. Kemudian mewarna latar belakang dulu atau objek dahulu. Seterusnya e)Kajian Semula aktiviti mewarna dilakukan. Seperti refleksi kendiri murid menilai kekuatan dan kelemahan mereka mencapai objektif kerja. Mereka membuat penilaian sendiri ,sejauh mana perancangan yang dibuat telah dipatuhi dan hasil kejayaan yang telah dicapai atau perlu dibuat penambahbaikan.

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]


Rajah 1 di bawah memperjelaskan lima tahap perkembangan kreativiti Fisher 1943

Sumber : Abdul Shukor Hashim (2011) a) Peringkat Rangsangan Semasa mengajar tajuk buah-buahan , teknik catan guru memulakan dengan induksi set sebagai ransangan kepada pelajar. Guru cuba meransang deria mata dan telinga dengan cara memaparkan gambar dan nyanyian lagu buah-buahan tempatan melalui Power Point. Selain itu poster atau lukisan juga boleh digunakan. Guru juga membawa benda maujud seperti buah nanas , buah tembikai dan buah limau sebagai Induksi Set . Guru meminta murid memegang buah berkenaan untuk merasa jalinan sentuh yang ada padanya dan melihat dengan teliti jalinan tampak buah-buahan tersebut. Guru juga boleh membelah buah-buahan tersebut supaya murid boleh melihat isinya, mencium baunya dan merasa apakah rasa buah-buahan tersebut. Contoh gambar seperti di bawah:

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]

Sumber :http://www.google.com.my/search?

Sumber :http://www.google.com.my/search?

Untuk meransang pemikiran kreatif pelajar dan minat murid terhadap pembelajaran, guru mengemukakan soalan berdasarkan aras Taksonami Bloom. Rajah di bawah menunjukkan enam aras domain kognitif yang diransang dalam taksonami bloom.

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]


Guru membuat sesi soal jawab berpandukan aras taksonami bloom seperti di dalam rajah di atas Soalan aras PENGETAHUAN contohnya: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan catan? 2. Namakan media yang boleh digunakan untuk membuat catan. Soalan aras KEFAHAMAN contohnya: 1. Terangkan jenis-jenis bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk membuat catan ? 2. Berikan pengertian warna asas dan warna sekunder? Soalan aras APLIKASI contohnya: 1. Bagaimana menghasilkan catan terbaik? 2. Mengapa kita perlu menggunakan berus yang betul semasa membuat catan? Soalan aras ANALISIS contohnya: 1. Bezakan teknik basah atas kering dan kering atas basah? 2. Mengapakah warna air dan warna tempera berbeza? Soalan aras SINTESIS contohnya: 1. Susun gambar buahan-buahan tempatan mengikut turutan saiz yang betul? 2. Binakan gambar buah-buahan tempatan daripada potongan gambar diberi? Soalan aras PENILAIAN contohnya: 1. Berdasarkan dua lukisan buah-buahan tempatan ini pilih lukisan yang menpunyai prinsip seni yang paling tepat dan nyatakan alasan anda? 2. Buktikan adakah penggunaan warna di dalam kedua-dua lukisan ini mempengaruhi mood penonton?

10

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]


Apabila guru menyoal dan murid menjawab secara aktif. Apabila murid diberi ruang bertanya kepada guru ini mendorong murid menyoal untuk mengetahui apa yang mereka kurang faham terhadap sesuatu isu. Secara tidak lansung perkembangan kognitif dalam pemikiran terbentuk. Minat mendalam untuk memahami tentang buah-buahan tempatan berjaya dipupuk. Soalan-soalan ini membantu murid faham cara dan tugasan yang akan mereka lakukan. Seterusnya mereka akan lebih tertarik untuk menghasilkan tugasan. b)Peringkat Penerokaan Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Semasa peringkat rangsangan minat murid terhadap tugasan telah terbentuk .Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik.Murid diminta mencuba pelbagai teknik catan. Semasa guru membuat ransangan dengan memberikan benda maujud murid telah membuat penerokaan kendiri dengan melihat jalinan sentuh dan jalinan tampak buah-buahan tersebut. Murid diminta mengakses bahan dari internet , mengenai teknik-teknik catan. Mereka dapat melihat sendiri saiz , bentuk dan warna sebenar buah-buahan. Oleh itu gambaran yang jelas dudah ada dalam pemikiran mereka. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Teknik basah atas basah

Teknik kering atas basah

Teknik basah atas kering

11

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]

c) Peringkat Perancangan Pada peringkat ini murid merancang aktiviti yang akan dilakukan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan membuat catatan. Untuk memudahkan kerja, tugasan ini dilakukan dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 atau 5 orang murid. Guru membantu murid membuat perancangan verbal dengan memberikan penerangan tentang catan.Murid membuat catatan dalam bentuk peta minda. Guru juga membuat tayangan video catan bagi tujuan menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini boleh dilakukan dengan cara: 1. Perancangan Verbal murid berbincang cara untuk menghasilkan tugasan,meneliti teknik yang ingin dihasilkan membuat keputusan teknik catan yang dipilih mengikut kumpulan masing-masing. 2. Perancangan secara visual- murid membuat lakaran dengan mengambil kira kedudukan cahaya pada objek, penggunaan warna serta tonnya dan perspektif. Murid membuat jadual aktiviti pertama yang akan dilakukan seperti rajah di bawah: Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. Melukis gambar-buahan tempatan Melukis jalinan tampak di atas buah-buahan Mewarnakan latar lukisan dengan warna cerah Mewarnakan gambar buah-buahan mengikot ton di bahagian belakang dahulu Mewarnakan gambar bahagian depan Membuat kemasan Aktiviti

12

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]

d) Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea, murid telah mendapat idea daripada ketiga-tiga tahap di atas. Pemikiran kreatif mereka telah dijana dengan cara menyenaraikan tugasan yang perlu dibuat. Pada peringkat ini segala perancangan akan dilaksanakan dengan persoalanpersoalan yang ada dalam pemikiran murid tersebut. Contohnya bagaimana untuk menghasilkan cat air yang terbaik? Teknik yang mana memberikan hasil yang lebih baik? Pelajar akan menghasilkan aktiviti yang dirasakan mereka memberikan hasil paling baik dalam tugasan tersebut. Murid diminta melaksanakan tugasan dalam keadaan santai sambil mendengar radio lagu buah-buahan tempatan. Mereka bebas memilih ruang untuk melukis dan membuat catan. Murid harus diberi kebebasan untuk menentukan apa yang ingin dipelajari. Pengajaran haruslah menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Kesilapan dan kealpaan murid tidak harus dijadikan sebab untuk mendenda kerana denda mematikan langsung minat murid untuk belajar. Murid yang melakukan kesalahan tidak harus didenda mereka perlu dibimbing. Suasana pembelajaran penuh dengan keseronokan memberi peuang murid berkarya dengan kreatif. Guru juga boleh membuat pengayaan dengan mengajak murid melukis mural di dinding banguanan sekolah dengan teknik catan. e) Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, murid yang kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara yang tidak diingini terjadi. Contohnya , sebelum mewarna kertas lukisan perlu dialas surat khabar, sediakan kain buruk untuk mengelap jika warna tumpah. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Murid menyatakan kekuatan aktiviti catan dan kelemahannya.
13

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]

5.0

Analisis Implikasi 5 peringkat ransangan dan kepentingannya terhadap

perkembangan diri kanak-kanak

a) Aspek sosial

Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Murid yang pendiam di dalam mata pelajaran lain, akan berani mengeluarkan pendapat apabila diberi peluang. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormatmenghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Murid akan menjadi lebih berketrampilan, ciri-ciri kepimpinan akan lahir apabila dipupuk sikap bertanggung-jawab menguruskan peralatan seni dan sering diberi peluang mengeluarkan pendapat semasa perbincangan. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Kretiviti diajar supaya kanak- kanak mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi dan mengenali pelbagai cita rasa sendiri. Murid akan menghargai persekitaran dan keindahan alam , mereka akan menjaga kebersihan alam. Juga akan melahirkan warganegara yang menyintai warisan budaya sendiri. Mereka nanti akan menjaga khazanah negara daripada pupus. Kreativiti sebagai kemahiran yang dipupuk akan melahirkan insan berbakat atau berpotensi dalam sesuatu bidang. Contohnya bidang pendidikan, seorang guru yang kreatif mampu menarik minat pelajar belajar dengan menggunakan teknik dan strategi serta bantuan alatan yang digunakan sehingga murid tertungu-tunggu kehadiran guru tersebut di dalam kelas. b) Aspek Emosi
14

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]


Melalui pengajaran seni visual ,aspek estetika dan kreativiti sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang kanak-kanak mengeluarkan perasaan yang tersimpan di dalam hati mereka, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Lukisan ialah luahan emosi tanpa suara yang boleh difahami oleh penonton. Komunikasi tanpa bahasa ini membantu guru mengenali murid secara dekat. Jika lukisan seorang murid kemas , cantik palitan warna yang teliti , penggunaan warna yang harmoni sudah tentu memberi gambaran murid tersebut dalam keadaan tenang . Sekiranya lukisan dilukis tidak kemas, comot , palitan warna kasar , banyak pemilihan warna panas , guru perlu menyiasat emosi murid mungkin sedih atau marah. Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas rnelukis kanakkanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka , mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Kanak-kanak akan bersaing secara sihat untuk menghasilkan karya terbaik serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka.

b) Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Pengunaan pensel, pensel warna, berus dan sebagainya membantu kordinasi mata dan tangan . Aktivi yang memerlukan murid berfikir dan bergerak meransang kognatif dan psikomotor lebih kuat dan cerdas. Memandangkan negara ketandusan tenaga mahir dalam aktiviti pekerjaan profesional ,

seharusnya pendidikan hari ini lebih memberi penekanan ke arah kretiviti bagi melahirkan golongan mahir ini. Bidang kerjaya ini amat diperlukan oleh negara. Pengajaran yang

15

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]


menekankan kreativiti mampu melahirkan jurutera, arkitek, doktor, saintis dan peguam pada masa hadapan. Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Sebagai contoh menjadi seniman sepenuh masa, terdapat ramai artis yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh masa. Ramai ahli sukan yang berjaya ke peringkat dunia contohnya Dato Nicol David seorang pemain skuasy profesional wanita Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga pertama peringkat dunia. Semua kepakaran ini lahir kreativiti ,usaha dan kerajinan . Jelaslah, bahawa kreativiti dalam pelbagai bidang mampu menjadikan seorang insan cemerlang dalam perkara yang diceburi.

6.0 Hubungan Aktiviti Pembelajaran Dengan Perkembangan Kreativiti Guru Pendidikan Seni Visual boleh menggabungkan pelbagai aktiviti untuk membentuk kreativiti dalam pemikiran murid . Victor Lowenfeld (1982) menyatakan tahap kreativiti murid murid boleh diukur melalui empat kompenan utama:

a) Kelancaran

Untuk menggalakkan murid memberi idea dan pendapat secara spontan serta pantas dalam pembelajaran kaedah sumbangsaraan boleh digunakan. John Baer (1997) mengariskan 4 panduan semasa aktiviti sumbangsaran;

1. Elakkan membuat penilaian terutama semasa proses awal terima semua cadangan/pandangan

16

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]


2. Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu tertentu hanya beberapa orang dalam kumpulan mendominasi perbincangan

3. Menjelaskan kepada pelajar bahawa idea sedia ada boleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan

4. Galakan memberi idea-idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal

Penyoalan guru dalam sumbangsaraan meransang daya fikir dan sifat ingin tahupelajar. Murid juga boleh mengaitkan perkara yang berlaku dangan perkara yang lain. Semasa aktiviti catan tajuk buah-buahan tempatan guru menyoal soalan aras analisis contohnya: Mengapakah warna air dan warna tempera berbeza? Jika murid menyatakan perbezaan keduanya disebabkan fungsi warna air digunakan pada kertas , dan warna tempera digunakan pada kain. Jika digunakan pada kertas hasilnya tidak sama dengan warna air. Ini beerti murid telah boleh berfikir kemungkinan terhadap idea yang diberi. Murid menyatakan warna air paling sesuai untuk dugunakan bagi teknik catan di atas kertas dan warna tempera untuk teknik catan di atas kain . Pilihan yang dibuat ini menunjukkan murid telah boleh menyelesaikan masalah sendiri. b) Fleksibel

Murid yang boleh bekerjasama dengan rakan sekelas semasa aktiviti pembelajaran berlangsung , mereka boleh berkongsi warna, tempat melukis dan peralatan seni tanpa banyak rungutan. Sanggup menyiapkan tugasan , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , rajin ,

17

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]


berdedikasi , boleh menerima teguran guru dan rakan . Tidak menimbulkan masalah atau perbalahan semasa aktiviti pembelajaran berlansung dikatakan memiliki kreativiti.

c) Keaslian

Murid yang kreatif akan menghasilkan sesuatu yang baru , tanpa meniru hasil kerja orang lain. Murid ini akan membuat penyelidikan sendiri dan kajian sendiri. Mungkin catan dihasilkan mengabungkan pelbagai teknik catan sehingga hasil lukisannya begitu menarik. Rakan seusia dengannya masih belum mampu menghasilkan idea kreatif seperti dihasilkannya. Idea yang diberikan belum pernah dilihat , karya yang dihasilkan benar-benar tulen.

d) Kepekaan

Murid melakukan pemerhatian menggunakan pelbagai deria bagi mengetahui sesuatu perkara. Mereka mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap ciptaan , nilai estetika sesuatu objek . Mereka akan lebih menghayati apa yang dilihat ,mereka akan menyimpan segala . Ransangan guru dalam pengajaran menggunakan benda maujud sebagai bahan penerokaan amat sesuai untuk pengajaran lukisan tajuk buah-buahan tempatan menggunakan teknik catan. Kerana memberi ruang murid menggunakan semua organ deria yang ada untuk melihat, menyentuh, merasa , menghidu dan mendengar lagu buah-buahan tempatan dinyanyikan.

18

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]

7.0

Kesimpulan Kreativiti merupakan antara aspek modal insan yang terpenting. Kanak-kanak perlu

dilatih dan dibimbing supaya menjadi kreatif dalam pelbagai bidang. Supaya apabila mereka dewasa dan menceburi bidang pekerjaan , mereka mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa. Negara akan mendapat tenaga kerja yan memiliki kemahiran dan pengetahuan tetapi juga memiliki kreativiti yang tinggi .Mereka akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang semakin komplek dalam pekerjaan mahupun urusan peribadi.

19

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]

Rujukan 1.Abdul Shukor Hashim et.al.HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.Selangor:Meteor Doc.Sdn.Bhd 2. Hassan Laggulung(1991). Kreativiti dan Pendidikan , Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 3. . Kamaruddin Hj. Husin. (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 4. Kathleen Chee. (1999). Pendidikan Seni Fokus SPM. Selangor: Pelangi Sdn. Bhd 5. Mohd Azhar Abdul Hamid.(2004). Kretiviti:Konsep Teori Praktis.Johor. Universiti Teknologi Malaysia 6. Noresah bt Baharom.(2005).Kamus Dewan Edisi Keempat.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka 7.http://imann9969.blogspot.com/ tarikh capaian 15 jun 2012

8.http://www.sabah.edu.my/itma128/Kreativiti&Estetika.html tarikh capaian 15 Jun 2012

20

Rosnani bt Hassan 720424085518 [HBEA 1203]

21

Vous aimerez peut-être aussi