Vous êtes sur la page 1sur 11

Panduan Urus Sendiri untuk Pelan Pemulihan Hutang

1-800-88-2575/www.akpk.org.my

0 AKPK/SHG/1 June 2012

Pengenalan Sebagai sebahagian daripada usaha AKPK untuk menggalakkan peminjam mengawal sepenuhnya kewangan masing-masing, dokumen 'Panduan Urus Sendiri' (PUS) ini diterbitkan bertujuan untuk membantu peminjam berkomunikasi atau berunding secara terus dengan pihak pemiutang (institusiinstitusi di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia) berhubung dengan cadangan pembayaran balik hutang mereka. PUS mengandungi panduan langkah demi langkah termasuk dokumen-dokumen berikut untuk menyokong cadangan pembayaran balik hutang peminjam: Lampiran 1 - Langkah Permulaan Cadangan Pembayaran Balik Hutang Lampiran 2 - Borang A: Bajet Bulanan Lampiran 3 - Borang B: Cadangan Pembayaran Balik Hutang: Pemiutang Pelbagai Lampiran 4 - Formula Pembayaran Pro-rata Lampiran 5 - Contoh Surat Cadangan Pembayaran Balik Hutang: (a) Pemiutang Tunggal (b) Pemiutang Pelbagai (c) Penyelesaian Penuh dan Muktamad Lampiran 6 - Senarai Nombor Telefon Pemiutang Lampiran 7 - Carta Aliran Pelan Pemulihan Hutang Peminjam dinasihatkan untuk menggunakan dokumen PUS sebagai panduan apabila menyediakan cadangan pembayaran balik hutang mereka dan perlu menghubungi pemiutang mereka terlebih dahulu sebelum meminta bantuan daripada mana-mana pihak lain. Sebagai peminjam, sila pastikan bahawa anda: menerima jawapan bertulis daripada pemiutang berkenaan mengenai cadangan pembayaran balik hutang. menyimpan semua surat-menyurat, rekod pembayaran dan dokumen lain yang berkaitan dengan pinjaman. Pelan Pemulihan Hutang Pelan pemulihan hutang biasanya dimulakan oleh pihak peminjam dan dinilai oleh pemiutang mereka. Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman, anda boleh terus berunding dengan pihak pemiutang untuk penyusunan atau penjadualan semula pinjaman tersebut. Untuk tujuan ini, anda boleh mengemukakan cadangan pembayaran balik yang bersesuaian mengikut kemampuan anda untuk pertimbangan pihak pemiutang. Selepas menilai cadangan pembayaran balik hutang anda, pihak pemiutang boleh menerima atau menolak cadangan tersebut, atau berunding dengan anda untuk mendapat pembayaran lebih. Pemiutang mungkin tidak serta merta menerima atau menolak cadangan anda. Walau bagaimanapun, pemiutang menghargai keikhlasan anda membayar balik hutang dan sedia bekerjasama untuk menghasilkan pelan pemulihan hutang. Anda harus bersedia untuk mengubah gaya hidup kerana pelan seperti ini memerlukan kesungguhan, dedikasi dan pengupayaan diri. Sila rujuk Lampiran 1 sebagai panduan bagi menyediakan cadangan pembayaran balik hutang anda.

1 AKPK/SHG/1 June 2012

Lampiran 1

Langkah Permulaan Cadangan Pembayaran Balik Hutang


Berkaitan: Y Langkah-langkah 1. Sediakan belanjawan bulanan dengan menggunakan Borang A (Lampiran 2). Ambil kira perbelanjaan yang anda bayar pada setiap suku tahun, setengah tahun atau tahunan. Bersikap realistik dengan perbelanjaan bulanan anda supaya anda mempunyai lebihan pendapatan sebanyak yang mungkin untuk membayar balik hutang anda. 2. Sediakan Cadangan Pembayaran Balik Hutang: Pemiutang Pelbagai dengan menggunakan Borang B (Lampiran 3). Kira pembayaran pro-rata kepada setiap pemiutang berdasarkan formula di Lampiran 4. 3. Sediakan surat cadangan pembayaran balik hutang anda: Lampiran 5(a): Pemiutang Tunggal Lampiran 5(b): Pemiutang Pelbagai Lampiran 5(c): Penyelesaian Penuh dan Muktamad 4. Kemukakan surat cadangan anda kepada pemiutang bersama-sama dengan: Penyata Pendapatan Penyata KWSP Penyata Cukai Pendapatan Borang A Cek Pembayaran (jika boleh). Borang B Tidak Berkaitan: T
Pemiutang Tunggal Kebolehgunaan Pemiutang Penyelesaian Pelbagai Penuh & Akhir

Y Jika > 1 pemiutang Y

Y Jika > 1 pemiutang

5. Ambil langkah susulan dengan menghubungi pihak pemiutang selepas memberi mereka masa untuk Y Y Y mengkaji dan menilai cadangan anda. Anda mungkin perlu membuat perundingan selanjutnya dengan pemiutang. Sila rujuk Lampiran 6 untuk Senarai Nombor Telefon Pemiutang. Nota: Contoh surat dan langkah-langkah yang ditunjukkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Sila buat penyesuaian yang diperlukan bagi menggambarkan kedudukan kewangan sebenar anda. Sila rujuk carta aliran Pelan Pemulihan Hutang seperti disediakan di Lampiran 7.

2 AKPK/SHG/1 June 2012

Lampiran 2

Borang A: Bajet Bulanan


Nama : No. Kad Pengenalan : Pendapatan Sendiri (RM) Bilangan Tanggungan : Pasangan (RM) Gabungan (Sendiri + Pasangan) (RM)

Gaji bersih selepas potongan berkanun Elaun / Komisen Lain-lain Pendapatan Jumlah Pendapatan (A) Perbelanjaan Sewa Lain-lain pinjaman bukan bank Barangan runcit Pakaian Perubatan /Insurans Penjagaan anak Utiliti Pengangkutan Lain-lain Jumlah Perbelanjaan (B) Lebihan pendapatan sebelum pembayaran pinjaman (A) (B) Nota: Jika tiada lebihan selepas potongan perbelanjaan, pertimbangkan untuk meningkatkan pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

3 AKPK/SHG/1 June 2012

Lampiran 3

Borang B: Cadangan Pembayaran Hutang Pemiutang Pelbagai


Cadangan Pembayaran Pro-rata Nama: No. Kad Pengenalan:

SENARAI PEMIUTANG Cadangan Bayaran Pro- Rata (RM)

No. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Nama Pemiutang

Jenis Pinjaman

No. Akaun

Baki Pinjaman (RM)

Jumlah

4 AKPK/SHG/1 June 2012

Lampiran 4 Nota: Sila gunakan formula ini untuk menyediakan Borang B

Formula Pembayaran Pro-rata


Pembayaran pro-rata memastikan bahawa setiap pemiutang anda mendapat bahagian yang saksama daripada jumlah cadangan pembayaran balik. Sebagai contoh, jika anda berhutang sebanyak RM40,000.00 dengan 4 pemiutang: Bank A RM15,000.00 Bank B RM10,000.00 Bank C RM 8,000.00 Bank D RM 7,000.00 RM40,000.00 Berdasarkan lebihan pendapatan bulanan, anda boleh membayar sebanyak RM500.00 setiap bulan (sebagai contoh). Langkah 1: Tuliskan pecahan jumlah terhutang kepada setiap bank di kolum Baki Hutang. Langkah 2: Buat pengiraan pro-rata (jumlah hutang kepada setiap bank jumlah hutang x cadangan ansuran bulanan). Langkah 3: Jumlahkan kesemua bayaran kepada setiap pemiutang di kolum Cadangan Bayaran Bulanan dan jumlah itu akan menunjukkan sebanyak RM500.00 iaitu jumlah yang anda telah cadangkan. Pemiutang Baki Hutang (RM) 15,000.00 10,000.00 8,000.00 7,000.00 40,000.00 Pengiraan Pro-Rata 15,000.00/40,000.00x500.00 10,000.00/40,000.00x500.00 8,000.00/40,000.00x500.00 7,000.00/40,000.00x500.00 Cadangan Bayaran Bulanan (RM) 188.00 125.00 100.00 87.00 500.00

Bank A Bank B Bank C Bank D Jumlah

5 AKPK/SHG/1 June 2012

Lampiran 5(a)

Contoh Surat Pemiutang Tunggal


Nama dan alamat anda Tarikh Nama dan alamat pemiutang Tuan/Puan, Cadangan Untuk Meminda Pembayaran Balik Hutang Jenis Pinjaman:. Nombor Akaun: Saya ingin memohon pertimbangan dan kelulusan pihak tuan/puan ke atas cadangan saya untuk meminda pembayaran balik hutang bulanan saya. 2. Sejak beberapa bulan/tahun yang lepas, keadaan saya telah berubah dan kini saya mengalami masalah kewangan kerana (sila nyatakan masalah anda dengan ringkas). Atas sebab ini, saya tidak dapat membuat bayaran bulanan seperti dikehendaki. 3. Berdasarkan dokumen 'Panduan Urus Sendiri' AKPK, saya telah merangka dan menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bulanan saya. Seperti yang tuan/puan dapat lihat, penyata itu jelas menunjukkan bahawa saya menghadapi kesukaran untuk memenuhi semua komitmen bulanan saya. 4. Walaupun saya tidak mampu membayar mengikut jumlah pembayaran seperti sebelum ini, saya bercadang untuk membayar jumlah ansuran yang lebih rendah dan mampu dibayar sebanyak (RMxxx) di mana pembayarannya akan dibuat secara tetap setiap bulan pada/sebelum (tarikh). Saya amat menghargai jika pihak tuan/puan juga dapat mempertimbangkan untuk mengurangkan atau menghentikan caj kewangan seterusnya ke atas akaun tersebut. 5. Saya berharap pihak tuan/puan melihat cadangan ini sebagai berpatutan dan dapat menerima bayaran bulanan yang ditawarkan memandangkan keadaan semasa saya. Saya amat berbesar hati jika pihak tuan/puan dapat mengesahkan persetujuan terhadap cadangan ini secara bertulis pada kadar yang segera. Selepas itu, saya akan membuat pembayaran menurut jumlah yang dipinda. Terima kasih di atas perhatian tuan/puan dalam perkara ini. Yang ikhlas,

6 AKPK/SHG/1 June 2012

Lampiran 5 (b)

Contoh Surat Pemiutang Pelbagai


Nama dan alamat anda Tarikh Nama dan alamat pemiutang Tuan/Puan, Cadangan Untuk Meminda Pembayaran Balik Hutang Jenis Pinjaman:. Nombor Akaun: Saya ingin memohon pertimbangan dan kelulusan pihak tuan/puan ke atas cadangan saya untuk meminda pembayaran balik hutang bulanan saya. 2. Sejak beberapa bulan/tahun yang lepas, keadaan saya telah berubah dan kini saya mengalami masalah kewangan kerana (sila nyatakan masalah dengan ringkas). Atas sebab ini, saya tidak dapat membuat bayaran bulanan seperti yang dikehendaki kepada semua pemiutang saya. 3. Berdasarkan dokumen 'Panduan Urus Sendiri' AKPK, saya telah merangka dan menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bulanan saya. Seperti yang tuan/puan dapat lihat, penyata itu jelas menunjukkan bahawa saya menghadapi kesukaran untuk memenuhi semua komitmen bulanan saya. 4. Walaupun saya tidak mampu membayar mengikut jumlah pembayaran seperti sebelum ini kepada semua pemiutang saya, saya bercadang untuk membayar jumlah ansuran yang lebih rendah dan mampu dibayar sebanyak (RMxxx) (pada kadar pembayaran pro-rata seperti yang dilampirkan) di mana pembayarannya akan dibuat secara tetap setiap bulan pada/sebelum (tarikh). Saya amat menghargai jika pihak tuan/puan juga dapat mempertimbangkan untuk mengurangkan atau menghentikan caj kewangan seterusnya ke atas akaun tersebut. 5. Saya berharap pihak tuan/puan melihat cadangan ini sebagai berpatutan dan dapat menerima bayaran bulanan yang ditawarkan memandangkan keadaan semasa saya. Saya amat berbesar hati jika tuan/puan dapat mengesahkan persetujuan terhadap cadangan ini secara bertulis pada kadar yang segera. Selepas itu, saya akan membuat pembayaran menurut jumlah yang dipinda. Terima kasih di atas perhatian tuan/puan dalam perkara ini. Yang ikhlas,

7 AKPK/SHG/1 June 2012

Lampiran 5 (c)

Contoh Surat Penyelesaian Penuh dan Muktamad


Nama dan alamat anda Tarikh Nama dan alamat pemiutang Tuan/Puan, Cadangan untuk Penyelesaian Penuh dan Muktamad Jenis Pinjaman: Nombor Akaun: Saya ingin memohon pertimbangan dan kelulusan pihak tuan/puan ke atas cadangan saya untuk membuat penyelesaian penuh dan muktamad bagi hutang saya. 2. Sejak beberapa bulan/tahun yang lepas, keadaan saya telah berubah dan kini saya mengalami masalah kewangan kerana (sila nyatakan masalah anda dengan ringkas). Atas sebab ini, saya tidak dapat membuat bayaran bulanan seperti yang dikehendaki kepada semua pemiutang saya. 3. Berdasarkan dokumen 'Panduan Urus Sendiri' AKPK, saya telah merangka dan menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bulanan saya. Seperti yang tuan/puan dapat lihat, penyata itu jelas menunjukkan bahawa saya menghadapi kesukaran untuk memenuhi semua komitmen bulanan saya. 4. Walaupun saya tiada mampu membayar hutang saya dengan sepenuhnya, saya dapat mengumpul dana dari saudara-mara dan rakan-rakan bagi menyelesaikan hutang saya. Oleh itu, saya ingin menawarkan (RMxxx) kepada pihak tuan/puan sebagai penyelesaian penuh dan muktamad bagi akaun di atas. Tawaran ini dibuat berdasarkan pemahaman bahawa sebaik sahaja mendapat persetujuan dari pihak tuan/puan, pihak tuan/puan akan mengambil kira bahawa hutang tersebut telah habis dibayar. Oleh itu, pihak tuan/puan akan melepaskan saya dari apa-apa liabiliti di masa hadapan dan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada agensi rujukan kredit yang berkaitan bahawa akaun ini telah dilangsaikan dengan sepenuhnya. 5. Saya berharap pihak tuan/puan melihat cadangan ini sebagai berpatutan dan mengharapkan dapat menerima penyelesaian penuh dan muktamad yang ditawarkan memandangkan keadaan semasa saya. Saya amat berbesar hati jika tuan/puan dapat mengesahkan persetujuan terhadap cadangan ini secara bertulis pada kadar yang segera. Selepas itu, saya akan membuat bayaran penyelesaian tersebut. Terima kasih di atas perhatian tuan/puan dalam perkara ini. Yang ikhlas,
8 AKPK/SHG/1 June 2012

Lampiran 6 Senarai Nombor Telefon Pemiutang (Setakat 31 Mei 2012: Nombor mungkin berubah dari masa ke masa) 1. Affin Bank Bhd 2. Alliance Bank Malaysia Bhd 3. AmBank (M) Bhd 4. Bangkok Bank Bhd 5. Bank of America Malaysia Bhd 6. Bank of China (M) Bhd 7. Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (M) Bhd 8. CIMB Bank Bhd 9. Citibank Bhd 10. Deutsche Bank (Malaysia) Bhd 11. Eon Bank Bhd 12. Hong Leong Bank Bhd 13. HSBC Bank (M) Berhad 14. JP Morgan Chase Bank Bhd 15. Malayan Banking Berhad 16. OCBC Bank (M) Berhad 17. Public Bank Bhd 18. RHB Bank Bhd 19. Standard Chartered Bank Malaysia Bhd 20. The Bank of Nova Scotia Bhd 21. The Royal Bank of Scotland Bhd 22. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd 23. Sumitomo Mitsui Banking Corporation (M) Bhd 24. Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) 25. AEON Credit Service (M) Bhd 26. Al Rajhi Banking & Investment Corporation (M) Bhd 27. Bank Islam Malaysia Berhad 28. Bank Muamalat Malaysia Berhad 29. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad 30. MBF Cards (M) Sdn Bhd 31. Diners Club (M) Sdn Bhd 32. Kuwait Finance House (M) Bhd 33. Asian Finance Bank Berhad 34. Bank Simpanan Nasional *Talian Am : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : 1-800-88-3883 03-26948800 1-300-80-8888 03-21737200* 03-20321133* 03-21626633* 03-20348000* 1-300-88-0900 03-23830000 03-20536788* 03-26161133 03-76268899 1-300-88-0181 03-22704111* 1-300-88-6688 1-300-88-5000 1-800-22-5555 1-800-88-8742 1-300-88-8888 03-21410766* 03-21609888* 03-26128121 03-21681500* 1-300-88-2476 03-27199999 1-300-82-6000 03-26900900 1-300-88-8787 1-300-88-12265 03-21677600 03-21611055 1-800-88-8534 03-20791000* 03-21425258

9 AKPK/SHG/1 June 2012

Lampiran 7

Carta Aliran Pelan Pemulihan Hutang


1. ANALISA KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA

2. SENARAIKAN BAKI JUMLAH HUTANG

3. KIRA BAJET PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BULANAN ANDA

4. TULIS SURAT CADANGAN KEPADA PIHAK PEMIUTANG ANDA PERUNDINGAN 5. SURAT JAWAPAN DARI PEMIUTANG ANDA

DITERIMA

DITOLAK

6. TERUSKAN DENGAN PERJANJIAN DAN PEMBAYARAN BARU

7. DAPATKAN BANTUAN AKPK (1800-88-2575/www.akpk.org.my)

10 AKPK/SHG/1 June 2012