Vous êtes sur la page 1sur 5

ANALISIS BAHAN RESOS (MTE 3106) Dalam melaksanakan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek

Resos Dalam Matematik (MTE 3106) pada semester ini, kami diarahkan untuk menghasilkan satu bahan resos berupa alat bantu mengajar (ABM) yang menarik serta sesuai untuk digunakan bagi matapelajaran matematik sekolah rendah. Setelah berbincang bersama ahli kumpulan saya iaitu Muhammad Faez bin Saiffuddin, kami telah bersepakat untuk menghasilkan sebuah alat bantu mengajar bagi topik waktu untuk Tahun Dua. Berikut merupakan butiran mengenai alat bantu mengajar yang telah kami hasilkan:

Nama Bahan Bantu Mengajar Topik Tahun Hasil Pembelajaran Menggunakan Alat Bantu Mengajar

Jam Saya

: Waktu : Dua

: Pelajar dapat membaca serta menulis waktu ke lima minit.

Jam Saya merupakan sebuah alat bantu mengajar yang dihasilkan bagi mengajar topik waktu untuk pelajar sekolah rendah. Jam besar ini amat berguna dalam meningkatkan pemahaman pelajar kerana ianya bersifat maujud serta dapat dilihat dengan nyata oleh pelajar. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan menggunakan jam ini misalnya bagi sub- topik hubungan antara jam dan minit serta hubungan antara jam dan hari. Namun begitu, untuk sesi pembentangan selama 20 minit di dalam kelas, kumpulan saya hanya memfokuskan kepada satu hasil pembelajaran sahaja iaitu pelajar dapat membaca serta menulis waktu ke lima minit. Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru memperkenalkan terlebih dahulu kepada pelajar mengenai jarum panjang dan pendek di mana jarum panjang mewakili minit manakala jarum pendek mewakili jam. Selepas itu, guru meneruskan sesi pengajaran dengan menunjukkan jarak dari satu nombor ke satu nombor jam adalah lima minit. Setelah pelajar dapat memahami pembelajaran tersebut, untuk aktiviti pengukuhan guru bolehlah meletakkan jarum jam dan minit pada sesuatu kedudukan nombor seterusnya meminta pelajar menyatakan waktu yang dipaparkan pada Jam Saya tersebut. Sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga akan lebih menarik sekiranya guru melaksanakan aktiviti permainan menggunakan jam tersebut. Contohnya, guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil bagi melaksanakan aktiviti secara kumpulan. Guru boleh melaksanakan pertandingan antara kumpulan untuk meneka waktu yang dipaparkan oleh guru di hadapan kelas supaya pelajar dapat memahami mengenai pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Melalui aktiviti ini, pelajar yang lemah akan dibantu oleh pelajar yang bijak dan ianya juga mewujudkan persaingan secara sihat kepada pelajar dalam mengukuhkan pemahaman mereka mengenai topik yang mereka pelajari. Aktiviti yang dijalankan oleh guru tersebut mestilah berkaitan membaca dan menulis waktu ke lima minit sahaja. Jadi pelajar akan diarahkan untuk membaca serta menulis waktu bagi memperoleh markah kepada kumpulan masing- masing. Pelajar juga berpeluang untuk mencuba sendiri menggunakan alat bantu menga jar Jam Saya

tersebut dengan menampalkan jarum- jarum jam bagi menyatakan waktu yang diinginkan.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN JAM SAYA

Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang telah kami kenalpasti sebelum dan selepas sesi pembentangan di dalam kelas dilakukan. Bagi kekuatan Jam Saya, salah satunya ialah ianya amat sesuai untuk topik waktu pelajar sekolah rendah. Penggunaan jam ini adalah pelbagai dan ianya semestinya amat sesuai digunakan untuk topik waktu, dan tidak tertumpu kepada sesuatu sub- topik sahaja. Dengan adanya alat bantu mengajar ini, ianya secara tidak langsung membantu mengukuhkan lagi pemahan pelajar mengenai waktu memandangkan waktu amat berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Selain itu, alat bantu mengajar ini juga amat menarik perhatian pelajar untuk digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana permukaan jam ini telah dihasilkan dengan menggunakan kertas yang terdiri daripada pelbagai variasi warna. Ianya akan membuatkan pelajar lebih berminat untuk belajar mengenai topik waktu. Tampalan

sticker yang berupa bentuk nombor di sekeliling jam juga amat menarik perhatian pelajar. Seterusnya, kekuatan yang paling ketara sekali ialah Jam Saya ini bersaiz besar dan mudah untuk dilihat oleh pelajar. Sekiranya pelajar yang berkedudukan di bahagian belakang kelas, ianya tidak mendatangkan masalah kepada guru dan pelajar memandangkan mereka masih dapat melihat jam ini. Sepertimana yang kita sedia maklum, alat bantu mengajar yang besar juga selamat untuk digunakan kerana sekiranya alat bantu mengajar yang dihasilkan dalam bentuk kecil, ianya mungkin mendatangkan bahaya kepada pelajar apabila alat tersebut digunakan lebih- lebih lagi kepada murid Tahap Satu. Kekuatan seterusnya ialah Jam Saya ini bersifat maujud, boleh dilihat dan dipegang oleh para pelajar. Alat bantu mengajar yang bersifat maujud sudah pasti amat membantu pelajar dalam memahami sesuatu pembelajaran. Pelajar dapat mencuba sendri untuk menggunakan jam tersebut. Pelekat jarum yang bersifat mudah untuk ditampal dan dilekatkan memudahkan lagi alat bantu mengajar ini untuk berfungsi. Kos untuk menghasilkan alat bantu mengajar ini juga tidaklah terlalu mahal. Dalam menghasilkan alat tersebut, kami hanya membelanjakan kira- kira RM 20 sahaja. Sebagai seorang guru, kos tersebut semestinya mampu untuk dikeluarkan. Alat bantu mengajar kami ini juga amat mudah untuk di bawa kerana ianya mempunyai tali pemegang di atasnya. Sekiranya ingin digunakan di dalam kelas, tali tersebut boleh dijadikan sebagai penyangkut kepada alat bantu mengajar tersebut. Namun begitu, setiap kekuatan sesuatu alat bantu mengajar, sudah semestinya akan terselit kelemahannya. Bagi alat bantu mengajar yang kami hasilkan ini, kelemahan yang dapat dilihat ialah pada jarum jam tersebut. Untuk memudahkan seseorang guru, jarum jam tersebut perlulah boleh diputarkan dan bukannya ditampal. Apabila jarum minit bergerak, ianya sudah pasti menyukarkan kami untuk melekatkan jarum jam pada kedudukan yang betul memandangkan jarum jam akan bergerak ke sesuatu kedudukan ke nombor seterusnya apabila jarum minit bergerak. Selain itu, masa yang diambil untuk menghasilkan alat bantu mengajar ini juga agak lama. Jadi ianya tidak sesuai untuk dihasilkan dalam bentuk yang banyak kepada para pelajar di dalam kelas.

Akhir kalam, saya amat berharap alat bantu mengajar Jam Saya ini mampu mencapai objektif pengajaran dan hasil pembelajaran yang diinginkan oleh guru iaitu pelajar dapat membaca dan menulis waktu ke lima minit. Alat bantu mengajar yang baik sudah tentu akan dapat membantu guru menyampaikan pengajaran yang diinginkan seterusnya memudahkan pemahaman pelajar mengenai topik yang diajar oleh guru. Ucapan terima kasih tidak terhingga di ucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penghasilan alat bantu mengajar ini. Sekian.

Nama : Mohd Faizal Bin Abu Bakar Unit : PISMP Matematik 2 Semester 3

Vous aimerez peut-être aussi