Vous êtes sur la page 1sur 8

BACAAN ASAS 10 PERTAMA & RANGKAIAN ZIKIR Pendahuluan Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah

Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesembuhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat binatang bisa juga racun. Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu a minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama. Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka ber kata: Kami diberitahu bahawa saudara datang de ngan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi?Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai. Dia menjawab, Ya! Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.

Bacaan Asas 10 Pertama BACAAN ASAS 10 PERTAMA Bacaan Surah Al-Fatihah Surah AlFatihah Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly

No. 1

Audio (MP3)

Terjemahan:

(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi MahaPenyayang. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang menguasai hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Ayatul Kursi Ayatul Kursi Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly

Terjemahan; Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

Yaa-Baari Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly

Terjemahan: Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit

Kaaaaf Ha Ya Aiiiin Sooood Ha Miiiim Aiiiin Siiiin Qoooof

Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly

Selawat Syifa Selawat Syifa Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly

Terjemahan: Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Selawat Tafrijiyyah

Selawat Tafrijiyyah Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly

Terjemahan: Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

Lauanzalna Lauanzalna Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly

Terjemahan: (21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-

perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir. (22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)

Doa Menghindar Syaitan

Doa Menghindar Syaitan Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly

Terjemahan: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia, daripadasetiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian.

Sejahtera ke atas nabi Sulaiman

Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly

Terjemahan: Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaiman di dunia dan akhirat

10

Doa Sulaiman

Doa Sulaiman

Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Nasrin

Terjemahan: Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatanperbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah taala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.

Kegunaan Bacaan Asas 10 Pertama Secara umumnya, Bacaan Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama: Kategori 1 Kombinasi Bacaan 1. Surah-Al-Fatihah 2. Selawat Syifa Kegunaan Untuk merawat pelbagai Jenis Penyakit

1. Surah-Al-Fatihah 2. Selawat Syifa 3. Lauanzalna

Untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.

1. Surah-Al-Fatihah 2. Doa Menghindar Syaitan 3. Salam Selahtera Sulaiman 4. Doa Sulaiman

Untuk menangani iblis dan syaitan, terutamanya makhluk yang sedang menyerap merasuk dalam tubuh

1. Surah-Al-Fatihah 2. Selawat Syifa 3. Selawat Tafrijiyyah

Untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya

1. Surah-Al-Fatihah 2. Kaaaaf Ha Ya Aiiiin Sooood Ha Miiiim Aiiiin Siiiin Qoooof Berikan konsentrasi ketika membaca huruf-huruf potong ini

Bagi pesakit yang memerlukan rawatan Segera, seperti pesakit yang sedang mengerang kesakitan.

1. Surah-Al-Fatihah 2. Ayatul Kursi Untuk memastikan pesakit betul-betul sembuh, di mana jin yang merasuk telah keluar daripada tubuh badan, suruh pesakit mem baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, dan mengulangi ayat pada wakaf 8 & 9 sebanyak 3 atau 7 kali.

Ayat al-Kursi dibaca untuk keselamatan diri, selepas sembahyang lima waktu, sebelum tidur atau ketika diganggu oleh iblis dan syaitan di perjalanan. Ayat ini juga boleh dibaca untuk keselamatan diri, keluarga, rumah dan harta benda.

Zikir adalah penting dan merupakan satu ibadah untuk memelihara diri daripada gangguan iblis dan syaitan.Berikut ini adalah amalan zikir yang perlu diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan seelok-eloknya setiap hari. Kebiasaan yang dilakukan di Darussyifa', Rangkaian Zikir ini dibaca selepas membaca Surah Yaasin.

RANGKAIAN ZIKIR No. BACAAN Audio (MP3) (Zikir beramai-ramai dipimpin oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din) Lailahaillallah Muhamadurasulullah MuhamadunNabiyullah MuhamadunHabibullah Alaihisolatullah AllahHaq AllahHayu YaaQayyum

1 2 3 4 5 6 7 8

Selawat

Vous aimerez peut-être aussi