Vous êtes sur la page 1sur 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAMA NO. MATRIKS NO.TELEFON NAMA TUTOR

: : : :

SABTURIAH BT. ALI 750614125530001 0135449291 EN. ABD RAHMAN

PUSAT PEMBELAJARAN :

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (OUM) CAWANGAN SANDAKAN.

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0

Buletin Kesihatan (Kesihatan Asas Kesejahteraan) Definisi Kepentingan Menjaga Kesihatan Amalan asas kesihatan Langkah amalan kesihatan Kesan tidak menjaga kebersihan Gaya hidup sihat Kepentingan gaya hidup sihat Nutrien Makanan Piramid makanan Kesan pengambilan berlebihan Senaman dan rekreasi

12 mukasurat

2.0

Teks Ceramah Alam Sekitar

10 mukasurat

3.0 4.0 5.0

Power Point ( Dalam Bentuk CD) Rujukan Lampiran (handout Power Point)

14 slaid

2.2

Sosial 2.2.1 2.2.2 2.3 Interaksi murid Kemudahan aktiviti kumpulan Emosi 2.3.1 2.3.2 2.3.3 Hiasan dalaman Ruang Peragaan hasil kerja murid

3.0

Pelan Lantai Bilik PSV 3.1 Penerangan Pelan Lantai

14- 18

4.0

Penutup

18

5.0

Rujukan

19

1.0 PENGENALAN

Guru merupakan individu yang mempunyai pengaruh tersendiri yang menjadi ikutan samada melalui perkataanya, perbuatannya, tingkahlakunya dan boleh dipercayai. Dengan kata lain, masyarakat sering memandang tinggi dan sentiasa memberi tanggapan bahawa amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya dilakukan dengan jujur. Peranan guru bukan sahaja berupaya menentukan halatuju sekolah malah kualiti murid dan sekolah. Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru menpunyai tiga tugas asas iaitu tugas professional, tugas duniawi dan tugas kemasyarakatan. WF Connell (1972) turut menyatakan tujuh peranan berbeza seorang guru iaitu sebagai pendidik, model, pengajar dan pembimbing, pelajar, komunikator terhadap masyarakat setempat, pekerja pentadbir dan setia kepada lembaga. Dalam Pendidikan Seni Visual, guru pendidikan seni berperanan penting menentukan subjek Pendidikan Seni dikuasai dan mampu dimanfaatkan oleh murid. Secara umumnya guru

pendidikan seni bertanggungjawab untuk melahirkan generasi yang mampu mengekspresi citarasa pancaindera mereka, membimbing dan mengasah bakat, kreativiti dan kemahiran murid, meningkatkan keyakinan diri dan menanam nilai-nilai murni murid. Setiap guru pendidikan seni semestinya mampu menjalankan fungsi sebagai pengurus, motivator, pembimbing, pemudahcara dan insistor. Sebagai pengurus, guru pendidikan seni seharusnya bijak merancang aktiviti pengajaran, menguruskan bahan pengajaran dengan baik dan membuat penilaian terhadap tugasan murid. Peranan sebagai motivator merujuk kepada kebolehan guru pendidikan seni sebagai penggalak semangat, membentuk keyakinan diri murid disamping menyelesaikan masalah sosio dan emosi murid. Tugas guru sebagai pembimbing pula adalah bertanggungjawab untuk membimbing murid melakukan aktiviti pendidikan seni khasnya dalam aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Manakala peranan guru sebagai pemudahcara memudahkan pelaksanaan aktiviti pembelajaran murid mengikut tahap kebolehan mereka dan memudahkan pemahaman konsep dengan

mengaitkan dengan situasi sebenar kehidupan murid. Guru sebagai inisitor berperanan untuk meransang pemikiran murid yang bercapah, mengemukakan soalan yang menjana pemikiran kreatif dan kritis terhadap murid dan menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja kumpulan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni memerlukan ruang yang khas bagi mempastikan matlamat yang hendak dicapai dikuasai dan bermanfaat kepada murid. Oleh itu, bilik pendidikan seni yang kondusif, terancang dan sistematik mampu menanam nilai-nilai murni dan estetika dalam penghasilan sesebuah karya seni oleh murid. Bagi mewujudkan suasana bilik pendidikan seni yang menepati ciri-ciri bilik yang kondusif pengurusan yang dilaksanakan secara bijaksana perlu dipraktikkan oleh seorang guru pendidikan seni visual. Berdasarkan huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni visual bukan hanya hasil sumbangan peranan guru yang dedikasi, pengurusan yang cekap malah penyediaan bilik pendidikan seni yang kondusif turut menyumbang kepada kejayaan matlamat yang ingin dicapai.

2.0 ASPEK-ASPEK YANG MENJANA BILIK SENI YANG KONDUSIF Pengurusan adalah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal. Ia adalah juga proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat dengan menggunakan sumber-sumber kewangan, manusia dan alatan. Manakala bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang meliputi guru, murid, ruang dan alatan pembelajaran. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisyen, penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. Marjorie Schiller (1995) pula menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Oleh itu, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetik yang bermakna.

Pengurusan dan pelaksanaan yang sistematik dalam menwujudkan iklim bilik pendidikan seni visual kondusif yang memberi impak maksimum kepada murid yang mana terletak kepada usaha guru-guru dan tempat operasi iaitu bilik pendidikan seni visual. Guru-guru pendidikan seni hendaklah berkerjasama untuk mewujudkan bilik pendidikan seni yang memenuhi standard tertentu dan menjadi daya penarik dan sumber ilham bukan hanya kepada murid malah kepada semua warga sekolah dan pelawat yang berkunjung ke sekolah. Standard yang diperlukan adalah dari aspek fizikal, sosial dan emosi. 2.1 Aspek Fizikal Aspek fizikal meliputi segala bentuk kemudahan yang disediakan di sekolah. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran dan pembelajaran. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal sesebuah bilik seni melibatkan kegiatan mengorganisasi, merancang dan menggunakan perkara yang berkaitan dengan tempat duduk pelajar, bahan bantu mengajar, sudut aktiviti, perabot dan lain-lain. 2.1.1Trapuitik Bilik seni yang kondusif hendaklah menarik, bersih, mesra pengguna, selesa dan mempunyai unsur keindahan.Bilik yang ceria melahirkan perasaan seronok, harmonis, ceria dan memberi semangat kepada murid untuk melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran walapun dalam jangkamasa yang lama. Perasaan seronok menggalakkan perasaan saling bekerjasama dan kekitaan dalam memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Antara perkara yang terdapat dalam bilik pendidikan seni yang turut menjadi hiasan adalah carta organisasi, sudut info, peraturan bilik seni dan karya pelajar. Perkara tersebut jika dihasilkan secara kreatif, berwarna-warni dan menarik akan menceriakan lagi suasana bilik seni seterusnya meransang dan memotivasikan murid untuk mengikuti pembelajaran. Koster (2001) menyatakan bahawa persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar.

Peraturan Bilik Seni

Sudut Info

Karya Murid

CIRI-CIRI HIASAN BILIK SENI


Carta organisasi

Rajah 2.1 : Ciri-ciri hiasan bilik seni 4

Rajah 2.2: Bilik seni yang trapuitik menggalakkan suasana ceria di kalangan murid. 2.1.2 Susunan Perabot Perabot dan peralatan yang disediakan hendaklah bertepatan dengan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni yang meliputi bahagian teori, bengkel kasar dan bengkel halus. Peralatan asas seperti papan hitam atau putih, papan kenyataan untuk mempamerkan notis terkini, carta organisasi, jadual waktu dan jadual bertugas,cara penggunaan peralatan seni, Meja dan kerusi turut disusun secara berkumpulan bagi menggalakkan sikap bekerjasma dan menjimatkan penggunaan ruang bilik seni. Susunan perabot meja dan kerusi yang baik memudahkan pergerakan dan interaksi murid terutama sekali ketika melakukan aktiviti kumpulan.

Rajah 2.2 : Penyusunan perabot yang bijak mewujudkan suasana yang luas dan selesa

2.1.3 Cahaya Pencahayaan turut memainkan peranan penting menggalakkan mood murid untuk bersemangat melibatkan diri dalam aktiviti di dalam bilik seni. Kebanyakan kelas seni disediakan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. Bagaimanapun, guru seni digalakkan mendapatkan

pencahayaan semulajadi dari luar. Saiz dan kedudukan pintu dan tingkap akan menentukan keadaan pencahayaan dalam bilik seni. Guru hendaklah menggalakkan murid sentiasa menggunakan pencahayaan semulajadi dari luar. Untuk itu, tingkap hendaklah sentiasa dibuka bagi mempastikan cahaya matahari sentiasa menyinari bilik seni.

2.1.4 Peredaran Udara Bilik seni yang selesa bukan hanya memerlukan kipas angin yang mencukupi malah sistem pengudaraan semulajadi perlu bagi mempastikan aliran udara segar dan bersih sentiasa mengekalkan perasaan segar, nyaman dan bersemangat kepada murid. Pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan peredaraan udara yang baik. Arah pergerakan angin dan udara juga harus diketahui.

2.1.5 Panel Dan Rak Pameran Bahagian pameran terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kekal dan bahagian semasa hasil kerja murid. Sebaiknya semua bidang perlu dipamerkan iaitu bidang Seni Halus, Komunikasi visual, kraf dan Reka Bentuk.Selain mempamerkan hasil kerja murid, guru juga harus mempamerkan objek semulajadi bagi menimbulkan rasa ingin tahu. Lokasi pameran diletakkan di kawasan yang mudah dilihat dan disentuh bagi merangsang deria murid. Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja, Meja kerja perlu disediakan dan daripada yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi menyiapkan ruang yang lebih. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah di susun mengikut jenis contohnya hasil seni dua dimensi sesuai ditampal, dilekatkan dan digantung manakala karya tiga dimensi disusun di rak bagi menjimatkan ruang. 6

Rajah 2.3 : Karya dua dimensi digantung dan ditampalkan di tempat sesuai sebagai penghargaan hasil kerja murid.

Rajah 2.4 : Rak sesuai untuk karya tiga dimensi bagi menjimatkan ruang

2.1.6 Kemudahan Asas Bilik pendidikan seni yang kondusif seharusnya menyediakan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan beberapa sinki air yang disesuaikan dengan ketinggian murid dan keperluan pelaksananaan aktiviti murid.Sinki air penting kepada murid dan guru untuk membasuh tangan dan peralatan seni seperti berus dan bekas warna.

2.1.7 Stor Stor merupakan tempat terkawal yang berfungsi menyimpan bahan dan alatan untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi kemestian untuk bilik pendidikan seni mempunyai stor bagi penyimpanan stok barangan dan alatan dalam kuantiti yang banyak. Adanya kemudahan stor mempastikan alatan yang disimpan selamat daripada gangguan murid di samping turut mempastikan keselamatan murid daripada alatan tajam seperti gunting dan pisau. Stor turut digunakan untuk menyimpan buku-buku rujukan, folio dan hasil kerja pelajar di atas rak yang dibina dalam stor. Bagi mengekalkan kebersihan stor, jadual bertugas atau arahan disediakan agar alatan sentiasa disusun dan dikemas rapi selepas penggunaan.

Rajah 2.5 : Peralatan yang disusun rapi dan kemas memudahkan guru mendapatkan peralatan diperlukan.

2.1.8 Bahan dan Alatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahan dan peralatan pendidikan seni perlu bagi mempastikan pelaksanaan aktiviti berjalan lancar dan kemahiran yang ingin dicapai lebih berkesan terhadap murid. Bahan pengajaran yang bersesuaian seperti buku, carta disusun rapi dan disimpan di rak yang bersesuaian ketinggian dan mudah dicapai oleh murid. LCD projector, komputer dan alat pencetak/printer turut disediakan bagi memudahkan pengajaran guru. Peralatan guru disimpan di tempat selamat dan turut mudah diperolehi untuk digunakan sebagai persediaan dan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.1.9 Keselamatan Langkah keselamatan turut perlu diberi keutamaan oleh seorang guru seni ketika berada di bilik pendidikan seni. Antara langkah yang perlu ialah dengan melekatkan poster keselamatan, penggunaan bahan dan alatan bersesuaian dengan umur murid, menyediakan peraturan dan panduan cara penggunaan peralatan khasnya yang boleh mencederakan murid dan bahan-bahan yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

Rajah 2.6 : Alatan grafik yang memerlukan panduan cara penggunaan sebagai langkah keselamatan. 2.1.10 Warna Warna bilik pendidikan seni memainkan peranan melahirkan suasana harmoni dan nyaman. Bagi menonjolkan bahagian tertentu dalam bilik, pemilihan warna kontra dengan warna dinding dan lantai haruslah dipilih. Warna cerah mewujudkan suasana yang luas. Oleh itu, bagi memperlihatkan suasana bilik yang luas terhadap bilik seni yang sempit dan kecil pemilihan warna cerah amat mempengaruhi. Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik pendidikan seni visual tidak menenggelamkan hasil karya murid yang dipamerkan. 9 2.1.11 Pejabat Guru PSV

Bilik atau pejabat guru pendidikan seni sebaik-baiknya diwujudkan di dalam bilik pendidik seni. Ini bertujuan memudahkan guru seni melaksanankan pengurusan pendidikan seni seperti pengurusan fail dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 2.7 : Fail pengurusan Pendidikan seni dan rujukan guru di susun di atas rak dalam pejabat/ bilik guru seni.

2.2 Aspek Sosial Perhubungan sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid khasnya di dalam bilik seni. Mok Soon Sang (2008), menyatakan bahawa guru perlu bijak dalam merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas. Suasana sosial aktif mewujudkan iklim pembelajaran yang berkesan. Kelemahan guru menggalakkan perhubungan sosial yang baik menyebabkan suasana bilik seni yang muram, tidak ceria dan murid akan mudah bosan mengikuti aktiviti pembelajaran. 10

2.2.1 Interaksi Murid Lazimnya, murid- murid di dalam sesebuah bilik seni berasal dari latar belakang dan peribadi yang berbeza. Sesetengah pelajar adalah aktif, periang dan mudah bergaul. Manakala murid yang lain pula bersikap suka mendiamkan diri, pemalu dan sukar untuk berinteraksi dengan rakan sekelas. Dalam hal ini, guru pendidikan seni seharusnya bijak menggalakkan interaksi yang baik di kalangan murid dengan menonjolkan sikap baik, peramah dan adil dalam melaksanakan peraturan bilik seni dan peraturan sekolah. Suasana bilik seni yang selesa dan tersusun rapi membolehkan murid bergerak bebas tanpa menghalang interaksi sesama murid ketika melakukan aktiviti khasnya aktiviti kumpulan. Dalam pendekatan pemusatan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang juga dikenali sebagai komunikasi sehala manakala interaksi guru dengan murid dikenali sebagai komunikasi dua hala. Selain itu, interaksi saling bertukar hala di antara guru dan murid dikenali sebagai komunikasi pelbagai arah. Komunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran boleh dimanfaatkan oleh guru seni untuk menggalakkan interaksi di antara pelajar. Ini dapat dilihat melalui aktiviti berkumpulan dan aktiviti bertukar pendapat di antara murid bagi melahirkan sikap menghormati, toleransi dan menghargai pandangan rakan seterusnya melahirkan kemesraan di antara murid.

Rajah 2.7 : Kerjasama melalui aktiviti kumpulan menggalakkan kerjasama dan interaksi antara murid

2.2.2 Kemudahan Aktiviti Kumpulan Ruang dan suasana bilik seni hendaklah selesa dan menggalakkan murid untuk melakukan aktiviti dalam kumpulan . Selain itu, aspek sosial ini turut ditekankan dan dijadikan kelaziman melalui prosedur semasa melakukan aktiviti dalam bilik seni dengan guru menetapkan rutin pergerakan yang harus dipatuhi seperti cara murid keluar masuk bilik seni. Contohnya keluar ke tandas, cara murid bergerak ketika melakukan tugasan dalam kumpulan. Contonya murid mesti sentiasa berada dalam kumpulan dan tidak boleh merayau rayau dalam bilik seni. 2.3 Aspek Emosi. Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang bermaksud untuk keluar. Oleh itu, emosi merupakan perasaan afektif yang dialami oleh individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga bermaksud tindakbalas sebagai ransangan kepada perasaan emosi. Jika dikaitkan dengan murid, ia merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru. Tingkahlaku murid akan ditentukan oleh sikap dan cara pengajaran guru. Berdasarkan kajian yang dibuat, suasana pengajaran yang kondusif di dalam bilik seni adalah disebabkan sikap guru yang penyayang, bertimbang rasa, peramah, lucu dan guru yang menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, demokrasi dan tidak memilih kasih. Suasana emosi sedemikian memberi keselesaan dan disenangi oleh murid. Guru boleh mewujudkan suasana tersebut dengan: i. Memenuhi kehendak fisiologi murid iaitu memuaskan deria. ii. Memenuhi kehendak mental untuk keperluan berfikir. iii. Menyediakan suasana yang meransang kreativiti. iv. Memberi keyakinan dan menyediakan suasana persekitaran bilik seni yang mampu mendorong murid untuk berkarya. 12

2.3.1 Hiasan Dalaman Seni dekorasi dalam bilik seni seperti susunan perabot dan mereka aksesori hiasan yang selesa dan harmoni yang memberi ketenangan dan motivasi untuk murid seronok mengikuti aktiviti prngajaran dan pembelajaran dan interaksi di antara murid.

Rajah 2.8 : Hiasan dalaman bilik seni hasil kreativiti guru seni

2.3.2 Ruang Saiz ruang dan ketinggian bilik seni perlu dipertimbangkan dalam memilih perabot yang bersesuaian. Perabot yang terlalu besar sedang ruang bilik yang kecil akan menyesakkan lagi keadaan bilik seni dan memberikan rasa tertekan dan sesak kepada murid untuk melakukan aktiviti. Pertimbangan juga perlu dititikberatkan dari segi bentuk ruang bilik seni samada segi empat sama atau segiempat tepat. Ini kerana susunan perabot yang bijak akan menimbulkan suasana selesa dan kondusif yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

13

2.3.3 Peragaan Hasil Kerja Murid Guru seni hendaklah menyediakan ruang dan kelengkapan bersesuaian untuk memperagakan hasil karya murid. Ini adalah salahsatu cara untuk menghargai, memberi kepuasan dan keyakinan kepada murid untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti dan menarik.

Rajah 2.9 : Hasil kerja terbaik murid diperagakan sebagai penghargaan dan

motivasi

3.0 PELAN LANTAI BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL Bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif memerlukan perancangan yang teliti dan kreativiti guru bagi mempastikan peranan bilik tersebut memberi manfaat maksima kepada guru dan murid. Bagi sekolah yang belum mempunyai kemudahan bilik Pendidikan Seni visual perkara utama yang harus dipertimbangkan ialah pelan lantai.Pelan lantai merupakan perancangan atau gambaran asas dalam membina sesebuah bilik pendidikan seni. Terdapat beberapa faktor yang perlu diambilkira dalam menyediakan pelan lantai seperti keluasanan bilik, peralatan yang akan diletakkan, kesesuaian perabot dan fungsi setiap ruangan.

14

PETUNJUK : A B C D RUANG PEJABAT SENI STOR RUANG TEKSTIL RUANG TEMBIKAR BLOK PAMERAN PAPAN PAMERAN GANTUNG PARA GANTUNG TEKSTIL KABINET RAK LCD MEJA DAN KERUSI MEJA DAN KERUSI GURU PAPAN TULIS PINTU PAPAN PAMERAN SUDUT ALAM SINKI RODA PEMUTAR TEMBIKAR BAKUL SAMPAH TINGKAP

Rajah 3.1: Pelan Lantai Bilik Pendidikan Seni

16

3.1 Penerangan Pelan Lantai Hasil pemerhatian dan bacaan melalui internet dan Modul Pendidikan Seni Visual, OUM saya telah menghasilkan sebuah pelan lantai yang pada pendapat saya adalah pelan lantai yang kondusif bagi sebuah bilik pendidikan seni. Berdasarkan pelan lantai Bilik Pendidikan Seni yang saya hasilkan terdapat beberapa ruangan penting di dalam bilik tersebut. Ruangan paling utama adalah ruang pengajaran dan pembelajaran harian (ruang kerja) yang meliputi sebahagian besar bilik seni. Di dalam ruangan tersebut disediakan enam buah meja beserta kerusi. Jumlah meja tersebut adalah yang paling ideal kerana jika jumlah meja ditambah keadaan bilik akan menjadi sesak dan menyebabkan murid kurang selesa untuk melaksanakan aktiviti.Turut disediakan rak untuk menyimpan bahan rujukan dan hasil karya murid yang berbentuk tiga dimensi. Saya meletakkan LCD bersebelahan dengan meja guru bagi membantu pengajaran guru agar lebih mudah contohnya untuk memancarkan proses membuat tembikar dan contoh contoh hasil kerja bagi tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan seni Visual. Di bahagian belakang pula terdapat papan pameran gantung bagi menggantung hasil karya murid yang merupakan cara mempelbagaikan peragaan hasil kerja murid selain daripada melekatkan karya. Duah buah singki disediakan di sudut belakang bilik seni untuk kegunaan murid dan guru membersihkan tangan dan peralatan selepas melakukan aktiviti. Dipermudahkan lagi dengan penyediaan bakul sampah berhampiran singki bagi membuang bahan yang tidak diperlukan lagi selepas akiviti dijalankan. Pada bahagian kiri pula, ditambah sudut penghargaan karya murid dengan papan pameran , blok pameran dan sudut alam.karya terbaik murid dipamerkan sebagai penghargaan dan motivasi untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti. Ruangan seterusnya adalan ruangan A iaitu pejabat guru seni. Kemudahan ini memberi keselesaan dan privasi kepada guru untuk membuat perancangan persediaan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan fail berkenaan pendidikan seni. Fail-fail dan bahan rujukan guru bolehlah disusun dengan rapi pada rak yang terdapat di belakang meja guru. Sebuah pintu menghubungkan pejabat guru seni dengan stor.Ini bertujuan memudahkan guru mendapatkan dan memeriksa bahan dan peralatan seni tanpa perlu melalui pintu utama stor.

Ruang B iaitu stor dijadikan tempat menyimpan bahan dan peralatan seni. Ruang khas ini

bertujuan mempastikan bahan disimpan dengan selamat tanpa gangguan daripada murid dan mengelakkan murid terdedah dengan alatan berbahaya seperti pisau dan bahan kimia. Lebih banyak rak disediakan agar bahan boleh disusun dengan kemas selain menjimatkan ruang penyimpanan. Turut disediakan kabinet bagi menambah ruang penyimpanan barang. Bilik C adalah ruangan aktiviti seni melibatkan penggunaan tekstil seperti menghasilkan lukisan batik. Di dalam bilik tersebut terdapat para untuk menggantung hasil karya murid. Manakala Bilik D adalah ruang melakukan aktiviti membuat tembikar. Turut disediakan sinki untuk mendapatkan bekalan air yang diperlukan dalam proses membuat tembikar dan untuk

membasuh alatan dan tangan selepas melakukan aktiviti membuat tembikar. Rak digunakan untuk menyimpan peralatan yang berkaitan.

4.0 PENUTUP Guru pendidikan seni berperanan penting dalam mempastikan pengurusan bilik pendidikan seni berfungsi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran manfaat mencapai matlamatnya serta memberi

maksima terhadap murid. Bagaimanapun kejayaan pengurusan dan pelaksanaan

pendidikan seni akan lebih bermakna dengan adanya kerjasama daripada semua guru pendidikan seni. Guru seni yang dedikasi akan berusaha sedaya mungkin bagi mempastikan pembelajaran di dalam bilik seni benar-benar berkesan kepada murid dengan mengutamakan aspek-aspek fizikal, emosi dan sosial. Fizikal bilik seni dipastikan selesa, nyaman, tenang, kemas dan selamat. Manakala dari aspek sosial, interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid adalah aktif bagi mewujudkan suasana harmonis dan mengeratkan silaturrahim. Dalam aspek sosial pula, guru seni berusaha mempamerkan sifat-sifat positif seperti penyayang dan adil agar murid rasa dikasihi dan dihargai seterusnya memotivasikan mereka untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara bukannya mudah tetapi usaha gigih dan berterusan oleh guru seni yang berkualiti , kreatif dan dedikasi berupaya melahirkan generasi cilik yang celik budaya, kaya dengan nilai-nilai estetik, kreatif dan inovatif selaras dengan matlamat pendidikan seni visual Sekolah Rendah. 18

5.0 RUJUKAN

Abdul Halim Husain, (2004). Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Tanjong Malim. UPSI. http:// zul9990.blogspot.com, (2011) Pengurusan Studio dan Bilik Seni.html Jemaah Nazir Sekolah, (2003) Pengurusan Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah dan Rendah.Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia,(1985). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang, (2009). Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Multimedia Sdn. Bhd. Rousliluddin bin Ambia, (2011). Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Selangor: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

19

Vous aimerez peut-être aussi