Vous êtes sur la page 1sur 19

DEFINISI SEMANTIK

1. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. 2. Daripada segi etimologi, kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda atau lambang. Oleh yang demikian, semantik juga dapat diertikan sebagai ikmu yang menyelidiki paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya. 3. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat manakala ayat terbina daripada rentetan kata. Oleh yang demikian, untuk meneliti makna dalam sesuatu bahasa, peringkat bahasa yang teliti meliputi unit-unit bahasa yang membentuk kata dan ayat, iaitu morfem, kata, frasa, dan ayat. Dengan ini, semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian tentang makna morfem, kata, frasa, dan ayat dalam sesuatu bahasa. 4. Harimurti Kridalaksana (1949) mendefinisikan semantik sebagai bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Semantik juga disebut sebagai satu sistem penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. 5. Katz (1972: 1) menyebut semantik ialah kajian tentang makna linguistik yang membicarakan tentang apakah yang ditonjolkan dalam ayat atau lain-lain dalam linguistik. 6. Pei dan Gaynor pula menyebut semantik sebagai sains yang menghuraikan kaitan referens (benda) dengan referends (rujukan). 7. Penjelasan mereka dibuat berdasarkan Segi Tiga Semiotik yang dikemukakan oleh Ogden dan Richard. 8. Ainon Muhamad kemudiannya mempermudahkan segi tiga itu dengan huraian beliau sendiri.

TEORI MAKNA
Terdapat enam teori utama yang dikaitkan dengan makna iaitu,

1. Teori referensi Teori feferensi telah dikemukakan oleh ogden dan Richard (1923). Teori ini memperkatakan segi tiga semiotik seperti yang telah diterangkan dalam bahagian definisi makna di atas. 2. Teori behaviuris Menurut teori ini, makna perkataan atau ayat mesti dilihat berdasarkan rangsangan dan gerak balas yang menyebabkan timbulnya sesuatu ujaran. Bloomfield mendefinisikan makna sebagai lingkungan keadaan apabila seorang penutur membuat ujaran dan tindakan balas yang ditimbulkan oleh si pendengar. 3. Teori imej makna Teori ini menegaskan bahawa makna sesuatu perkataan adalah dari imej yang terbayang dalam akal si penutur atau pendengar. Imej itu tidak boleh bersifat visual kerana ia tidak mungkin sama dengan gambaran sebenar yang dimaksudkan atau yang sedia wujud. 4. Teori analisis komponen Teori ini menerangkan makna perkataan dan hubungan yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Hubungan ini disebut struktur leksikal. Teori ini menerangkan elemen makna leksis dengan menggunakan komponen-komponen semantik. Komponen-kompenen semantik ini bukan sahaja perbendaharaan kata tetapi juga elemen-elemen yang digunakan untuk menerangkan hubungan semantik pada elemen leksis sesuatu bahasa. Teori ini amat berfaedah untuk meluaskan bidang kajian semantik khususnya untuk merapatkan jurang antara formalisasi sintaksis dengan formalisasi semantik.

5. Teori semantik interpretif Teori semantik interpretif mengatakan hubungan antara struktur sintaksis dengan struktur semantik bukanlah hubungan yang sewenang-wenangnya tetapi adalah jalinan antara struktur sintaksis dengan kandungan leksis pada ayat tersebut. Teori ini juga dipanggil teori standard. 6. Teori semantik generatif Teori ini menjelaskan representasi semantik dan struktur dalaman adalah serupa. Oleh itu, komponen semantik tidak ada. Yang ada ialah representasi semantik dan struktur permukaan yang ditarik daripada representasi semantik tersebut.

KONSEP DAN MAKNA


1. Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen yang merangkum komponen-komponen kata (sama ada dalam bentuk bunyi atau tulisan), konsep atau makna (bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran), dan rujukan (benda konkrit yang dirujuk). 2. Terdapat dua pendapat yang terkenal yang mengaitkan hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk (rujukan), iaitu pendapat yang dikemukakan oleh Ferdinand de Sausure dan pendapat Ogden dan Richards. 3. Menurut Ferdinand de Sassure, setiap kata (tanda linguistik) mengandungi dua unsur, iaitu yang diertikan (signified) dan yang mengertikan (signifier). 4. Yang diertikan bermaksud konsep atau makna yang didukung oleh kata manakala yang mengertikan ialah kata yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa yang berkenaan. 5. Ferdinard de Sassure berpendapat bahawa terdapat hubungan yang wujud antara kata (dalam bentuk lambang bunyi) dengan makna kata tersebut. Menurut beliau, apabila seseorang itu menyebut sesuatu kata, secara psikologi dia akan menggambarkan benda yang dirujuk oleh kata tersebut dalam fikirannya. Sebagai contohnya, apabila seseorang menyebut kata

kucing, maka secara automatik dalam fikirannya akan terbayang haiwan yang dinamakan kucing itu. 6. Ogden dan Richards pula merujuk huungan antara kata, konsep, dan benda yang dirujuk (rujukan) melalui segi tiga semantik seperti yang berikut :

Konsep/makna (referens)

Rujukan/referens (benda yang dirujuk) Kata/leksem Kucing

Rajah 1 Hubungan antara kata, konsep, dan benda yang dirujuk

7. Dalam Rajah 1, kata atau leksem kucing melambangkan konsep atau makna sejenis haiwan yang dapat menangkap tikus. Konsep atau makna kucing yang bersifat umumini mempunyai rujukan haiwan kucing yang sebenarnya secara khusus di dunia yang nyata. 8. hubungan antara kata dengan konsep bersifat langsung. Begitu juga hubungan antara konsep dengan benda yang dirujuk. Sebaliknya, hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk bersifat tidak langsung. 9. Selain itu, hubungan antara kata dengan maknanya serta benda yang dirujuk bersifat arbitrari, iaitu tidak ada hubungan mutlak antara kata dengan maknanya serta benda yang menjadi rujukan. Sebagai contohnya, kata yang dilambangkan oleh bunyi [ haus] membawa makna berbeza bagi penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa Inggeris. Bagi penutur bahasa Melayu, kata [haus] bermakna dahaga atau kurang tebalnya sedangkan [haus] bagi penutur bahasa Inggeris bermaksud rumah.

PERUBAHAN MAKNA
1. Makna sesuatu kata akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi, dan hubungan sosial dalam masyarakat. 2. Perubahan makna dapat berlaku daripada segi peluasan makna atau penyempitan makna.

Perluasan makna
1. Perluasan makna berlaku apabila sesuatu kata yang mendukung makna tertentu memiliki makna-makna yang lain. Sebagai contohnya, kata saudara pada mulanya membawa makna orang yang sama ayah dan ibu tetapi kemudian maknanya meluas untuk merangkum orang yang ada hubungan kekeluargaan. Seterusnya, maknanya bertambah luas lagi setelah kedatangan Islam yang membawa konsep persaudaraan Islam, iaitu makna saudara merangkum orang yang sama-sama beragama Islam. Akhir sekali, kata ini memjadi bentuk panggilan untuk orang yang baru dikenali, kakitangan bawahan atau setaraf dengan penutur, dan rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis untuk menimbulkan rasa mesra. 2. Selain kata saudara, kata-kata lain yang mengalami peluasan makna ialah anda dan kapal. Kata anda yang pada mulanya merupakan merupakan akhiran bagi bahasa istana dan dalam hal surat-menyurat antara anggota keluarga seperti ayahanda, anakanda, dan kekanda, kini telah digunakan sebagai kata ganti nama diri kedua dalam situasi formal dan digunakan dalam penulisan atau penyiaran media massa kepada orang ramai. Begitu juga makna kata kapal telah bertambah luas, iaitu daripada konsep kenderaan air telah diluaskan sehingga meliputi kenderaan di udara seperti kapal terbang dan kapal angkasa.

Penyempitan makna
1. Penyepitan makna pula bermaksud sesuatu kata itu pada mulanya mempunyai makna yang umum tetapi kemudian berubah menjadi lebih khusus. Contoh makna kata-kata yang mengalami penyepitan makna ialah madrasah, khalwat, tuan, encik, dan cik. 2. Kata madrasah merupakan kata yang dipinjam daripada bahasa Arab dengan makna asalnya sekolah.Kini, kata ini sudah berubah makna menjadi lebih khusus kepada sekolah agama. 3. Kata khalwat yang asalnya bermakna perbuatan mengasingkan diri untuk menghampiri Allah telah disempitkan maknanya kepada perbuatan berduaduaan antara lelaki dan perempuan utuk melakukan maksiat. 4. Kata tuan dahulu digunakan untuk merujuk kepada lelaki dan perempuan tetapi kini telah disempitkan maknanya untuk lelaki sahaja. Begitu juga kata encik yang dahulunya boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan tetapi kini encik hanya digunakan untuk merujuk kepada lelaki manakala perempuan pula dirujuk sebagai cik dengan syarat perempuan tersebut belum berkahwin.

PERKAITAN MAKNA PERKATAAN


Perkaitan makna dan kata dapat ditinjau daripada segi leksikal dan konteks kata itu digunakan.

Perkaitan makna perkataan daripada segi leksikal


Daripada segi leksikal, kata-kata dalam sesuatu bahasa mungkin mempunyai hubungan sinonim, antonim, hiponim, homonim (homofon dan homograf), dan polisemi.

Sinonim 1. Sinonim ialah ungkapan atau kata yang maknanya hampir sama dengan ungkapan atau kata lain. Sebagai contoh, kata cerdik mempunyai makna yang hampir sama dengan kata bijak, pintar, atau pandai. Dengan ini, dikatakan cerdik, bijak, pintar, dan pandai merupakan kata-kata yang bersinonim. 2. Hubungan makna antara dua patah perkataan yang bersinonim itu bersifat dua hala, iaitu cerdik dapat dikatakan bersinonim dengan bijak dan bijak pula dapat dikatakan bersinonim dengan cerdik. 3. Kata-kata yang bersinonim itu tidak mempunyai kesamaan makna seratus peratus. Perbezaan makna ini dapat dilihat daripada beberapa konteks. a) Konteks yang tidak boleh ditukar ganti sebagai contoh kata perempuan dan wanita walaupun bersinonim tetapi unkapan persatuan wanita tidak dapat ditukar menjadi persatuan perempuan. b) Konteks yang formal dan tidak formal misalnya, kata ganti nama diri orang pertama saya digunakan dalam suasana formal sebaliknya kata aku digunakan dalam situasi tidak formal. c) Konteks susun lapis masyarakat sebagai contohnya, kata ganti nama diri orang pertama beta digunakan oleh raja untuk menyebut diri baginda tetapi bagi rakyat biasa, kata ganti nama diri untuk menyebut diri apabila berhubungan dengan golongan diraja ialah patik. d) Konteks perbezaan penggunaan contohnya, kata mati digunakan dalam konteks biasa sedangkan unkapan meninggal dunia digunakan dalam konteks yang lebih sopan.

4. Selain itu, terdapat beberapa aspek yang diteliti barkaitan dengan hubunagn sinonim. a) Tidak semua kata dalam bahasa Melayu mempunyai sinonim. Misalnya, kata hujan, padi, dan batu tidak mempunyai sinonim.

b) Ada kata yang bersinonim pada bentuk kata dasar tetapi tidak bersinonim pada bentuk kata terbitan. Sebagai contohnya, kata benar bersinonim dengan sungguh tetapi kebenaran tidak bersinonim dengan kata kesungguhan. c) Terdapat kata yang tidak mempunyai sinonim pada bentuk dasar, tetapi mempunyai sinonim pada bentuk terbitan. Misalnya, kata tinggi tidak bersinonim dengan kata tingkat tetapi kata meninggikan bersinonim dengan kata meningkatkan seperti dalam ungkapan meninggikan taraf hidup dan meningkatkat taraf hidup. d) Ada kata yang menurut makna asalnya tidak bersinonim tetapi mempunyai sinonim apabila digunakan sebagai kiasan. Misalnya, kata hitam tidak bersinonim dengan kata jahat dalam pengertian sebenarnya tetapi bersinonim apabila kata hitam digunakan sebagai kiasan seperti dalam ungkapan watak hitam sama ertinya dengan watak jahat.

Antonim 1. Antonim bermaksud kata yang maknanya dianggap berlawan dengan kata lain. Sebagai contohnya, kata tua berlawanan maknanya dengan muda, kata tidur berlawanan maknanya dengan kata jaga, manakala kata berani berlawanan maknanya dengan kata takut. 2. Seperti kata-kata yang bersinonim, hubungan antara dua kata yang berantonim juga bersifat dua hala. Dalam hal ini, dapat dikatakan bahawa kata-kata tua, tidur, dan berani masing-masing berantonim dengan kata muda, jaga, dan takut dan begitulah sebaliknya, kata-kata muda, jaga, dan takut masing-masing berantonim dengan kata tua, tidur, dan berani.

Hiponim 1. Hiponim ialah kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna, iaitu makna sesuatu ungkapan itu merupakan sebahagian daripada makna ungkapan ini.

2. Sebagai contoh, kerusi ialah hiponim terhadap perabot kerana kerusi tergolong dalam makna perabot. Dalam hal ini, kerusi memang perabot tetapi perabot bukanlah kerusi semata-mata sebaliknya merangkum perabot lain. 3. Hal ini dapat difahami daripada rajah yang berikut.

PERABOT
(mempunyai makna umum)

Kerusi

Meja

Almari

Katil

(mempunyai makna khusus)


Rajah 2 Pembentukan hiponim 4. Berbeza daripada sinonim dan antonim, hubungan antara dua kata yang

berhiponim adalah satu arah. Contohnya, kata kerusi berhiponim dengan kata perabot tetapi kata perabot tidak berhiponim dengan kata kerusi. Hal ini demikian kerana kata perabot meliputi/melingkungi pelbagai jenis perabot yang lain seperti yang terdapat dalam Rajah 2.

Homonim, Homofon dan Homograf 1. Homonim ialah dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada daripada segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya tetapi mempunyai makna yang berbeza. 2. Antara kata bahasa Melayu yang tergolong sebagai homonim termasuklah kata ketam. Kata ini popular dalam bahasa Melayu sehingga dijadikan tekateki oleh orang Melayu. 3. Dalam kamus, kata ketam ini memiliki tiga pengertian yang berbeza (kamus membezakan ketiga-tiganya dengan meletakkan angka Roman selepas setiap kata masukan) I. ketam II. ketam III. ketam pisau tidak berhulu untuk menuai padi alat untuk melicinkan kayu binatang berkulit keras dan berkaki sepuluh

4. Contoh lain homonim termasuklah lompang, pasang, rawan, sari, ulas, buku, batu, dan sebagainya. 5. Homofon pula merujuk kepada kata-kata yang sama sebutannya/bunyinya tetapi berbeza daripada segi ejaan dan maknanya. 6. Yang berikut ini adalah antara kata bahasa Melayu yang tergolong sebagai homofon. baka (asal keturunan) bang (seruan azan) duet (nyanyian berpasangan) jin (makhluk halus) kari (gulai rempah) kota (bandar/pekan) masa (waktu) dengan dengan dengan dengan dengan dengan dengan baqa (kekal) bank (institusi kewangan) duit (wang) jean (sejenis seluar tebal)
qari (pembaca Quran lelaki)

kuota (had minimum)


massa (jumlah yang banyak)

7. Homograf pula merujuk kepada kata-kata yang sama ejaannya tetapi mempunyai sebutan yang berbeza dan sudah tentulah maknanya juga berbeza. 8. Antara kata bahasa Melayu yang tergolong sebagai homograf termasuklah bela, perang, rendang, selak, semak, dan sepak. Jadual yang berikut memperincikan kata yang disenaraikan itu. Ejaan
bela

Sebutan/Bunyi
bela bla pelihara

Maksud
mempertahankan pergaduhan warna kuning kemerahan sejenis masakan rimbun belukar meneliti tempeleng, tamper tendang parau (suara) bertabur

perang

perang prang

rendang

rendang rndang

semak

semak smak

sepak

sepak spak

serak

serak srak

Polisemi 1. Polisemi diertikan sebagai satu patah kata yang mempunyai makna yang banyak atau satu set makna. Hal ini memperlihatkan seolah-olah konsep polisemi sama dengan homonim, iaitu satu patah kata mempunyai lebih daripada satu makna. 2. Banyak kata bahasa Melayu tergolong sebagai polisemi. Antaranya termasuklah kata derai, jatuh, kepala, mentah, dan turun. 3. Yang berikut diperturunkan makna kata jatuh dan contoh penggunaannya : Makna gugur merosot, turun terbenam bersamaan dengan tumbang muflis, bankrab tidak dapat dipertahankan menjadi Ayat contoh Buah durian itu jatuh pagi tadi. Harga kelapa sawit jatuh lagi. Rumahnya terletak di sebelah matahari jatuh. Hari jadinya jatuh pada hari Isnin. Kerajaan itu jatuh kerana mengamalkan rasuah. Perniagaannya jatuh kerana banyak saingan. Akhirnya Melaka jatuh ke tangan musuh. Apabila mendengar berita itu, bapa jatuh sakit.

Perkaitan makna perkataan daripada segi konteks


1. Daripada segi konteks penggunaan kata, makna sesuatu kata atau ungkapan dapat dibezakan kepada makna denotatif dan makna konotatif. Sebagai contohnya, kata lelaki dalam ayat Dia seorang lelaki dalam konteks yang berbeza akan membawa makna yang berlainan. Dalam konteks biasa, kata lelaki bermakna manusia bukan perempuan tetapi dalam konteks lain, kata lelaki dapat membawa maksud berani apabila seorang lelaki tersebut tampil ke hadapan untuk menyelamatkan seorang wanita yang kena ragut.

2. Dalam konteks demikian, kata lelaki yang membawa maksud berani itu dikatakan mempunyai makna konotatif manakala kata lelaki yang bermakna manusia bukan perempuan mempunyai makna denotatif. 3. Perbezaan makna denotatif dengan makna konotatif dapat ditentukan berdasarkan ada atau tidaknya nilai rasa pada sesuatu kata, baik nilai rasa positif mahupun negatif. Sebagai contohnya, walaupun kata perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia bukan lelaki, namun kedua-dua kata ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Kata perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah sedangkan kata wanita mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi. 4. Contoh lain untuk membezakan makna denotatif daripada makna konotatif terdapat dalam ungkapan kaki ayam. Makna denotatif bagi ungkapan ini ialah kaki yang dimiliki oleh ayam, tetapi makna konotatifnya merujuk kepada orang yang tidak memakai kasut. Begitu juga dengan ungkapan tangkai jering. Makna denotatifnya ialah tangkai yang terdapat pada buah jering manakala makna konotatifnya ialah orang yang kedekut.

PERIBAHASA
1. Menurut Zaba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar, dan bijak perkataannya. 2. Peribahasa bahasa Melayu dapat dijeniskan kepada perumpamaan, pepatah, bidalan, kiasan, kata-kata hikmat, simpulan bahasa, dan perbilangan.

Perumpamaan
1. Perumpamaan merupakan peribahasa yang memperkatakan sesuatu maksud atau tujuan dengan membandingkannya kepada sesuatu perkara atau kejadian lain. Perumpamaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat. 2. Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan. 3. Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan didahului oleh kata-kata perbandingan seperti bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seperti, dan umpama. Sebaliknya, perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan tidak didahului oleh kata perbandingan tersebut. 4. Antara perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terangterangan termasuklah : a) bagai tikus jatuh ke beras b) ibarat bunga sedap dipakai layu dibuang c) laksana katak diharung ular d) seperti katak di bawah tempurung e) umpama cincin dengan permata 5. Antara perumpamaan yang tidak menyebut kata perbandingan termasuklah: a) diberi betis nak paha b) genggam bara api biar sampai jadi arang c) gunting dalam lipatan d) sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

Pepatah
1. Menurut Zaba, pepatah tergolong dalam peribahasa yang bererti selapis dan mempunyai sifat yang bernas, iaitu memberatkan sifat ringkas dan bijak susunan katanya.

2. Ungkapan pepatah itu berasal daripada patah-patah perkataan. Pepatah hampir sama dengan bidalan. Yang membezakan kedua-duanya ialah bidalan tetap mengandungi pengajaran dan nasihat sedangkan ada pepatah yang tidak berisi pengajaran. 3. Ungkapan pepatah yang berasal usul daripada pusaka adat resam berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat. 4. Yang berikut ini ialah beberapa contoh pepatah: a) air beriak tanda tak dalam b) alah bias tebal biasa c) indah khabar dari rupa d) malu bertanya sesat jalan e) takut kerana salah, berani kerana benar f) ukur baju di badan sendiri

Bidalan
1. Bidalan juga tergolong dalam peribahasa yang bersifat selapis. 2. Ungkapan bidalan mengandung unsur nasihat yang biasanya ditandai oleh penggunaan kata-kata biar, ingat, dan jangan seperti dalam contoh yang berikut : a) biar lambat asalkan selamat, tak kan lari gunung dikejar b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis c) jangan membawa resmi jagung, makin berisi makin tegak 3. Selain itu, bentuk bidalan biasanya terdiri daripada dua bahagian. Bahagian yang pertama menyatakan maksud yang hendak disampaikan dan bahagian kedua merupakan pematah bagi maksud tersebut. Contohnya : a) buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali b) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna 4. Bidalan juga mengandungi penyataan pada bahagian awalnya dan diikuti oleh pelengkapnya pada bahagian yang menyusulinya. Contohnya : a) biar mati anak, jangan mati adat b) kerbau dipegang pada telinganya, manusia dipegang pada janjinya

5. Contoh bidalan yang lain termasuklah : a) ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras b) cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar c) kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga d) untung sabut timbul, untung batu tenggelam

Kiasan
1. Bahasa kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan. 2. Bahasa kiasan mempunyai fungsinya yang tertentu. a) Untuk memperjelas sesuatu maksud, misalnya marah seperti api bernyala-nyala. b) Untuk menguatkan sesuatu maksud atau tujuan supaya dapat memberikan kesan, contohnya mata duitan. c) Untuk menjadi perhiasan dalam sesuatu percakapan atau karangan d) Untuk melindungi sesuatu yang mempunyai maksud konotatif yang negatif atau perkara yang kurang manis kalau disebut secara terus-terang, misalnya ke sungai besar. 3. Menurut Zaba, bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan permanusiaan, dan kiasan berkacau.

Kiasan asal 1. Kiasan asal ialah kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. 2. Jenis kiasan ini menggunakan kata-kata perbandingan bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seperti, dan umpama. Contohnya : a) hancur bagai kaca jatuh ke lantai b) merah macam biji saga c) putih seperti kapas

Kiasan berpindah 1. Kiasan berpindah tidak menggunakan kata-kata perbandingan dan kata yang hendak dibandingkan it uterus dicantumkan dengan benda yang dibuat perbandingan. 2. Berbanding dengan kiasan asal, kiasan berpindah memberikan kesan yang lebih kuat kerana dua benda yang disamakan tanpa kata perbandingan itu menghasikan satu makna yang utuh dan konkrit. 3. Bahasa kiasan berpindah terbahagi kepada tujuh jenis : a) Kiasan sandar (kiasan punya) kiasan yang dikaitkan dengan benda lain kerana keupayaan sifat atau perbuatan benda tersebut mempunyai persamaan dengan perkara yang hendak dikiaskan. Contohnya : diam ubi jinak merpati malu kucing mandi kerbau pekak badak pening lalat rabun ayam senyum kambing tidur ayam

b) Kiasan terus kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan benda lain dan mempunyai makna yang berbeza daripada makna perkataan itu sendiri. Contohnya : ayam tambatan harimau berantai mentega laut pisau cukur serkap jarang kutu embun

c) Kiasan berangkap kiasan yang menunjukkan perbandingan secara berirama atau mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan benda yang dikiaskan. Misalnya: Sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata Banyak udang banyak garam banyak orang banyak ragam

d) Kiasan berbunga kiasan yang menggunakan kata yang berbunga-bunga dan indah. Contohnya: alam percintaan angin lembut api peperangan mengetuk pintu hatiku merah menyala-nyala ruan menyambar meriak air tenang

e) Kiasan pemanis atau gayang kiasan untuk melindungi seseorang daripada memperkatakan sesuatu yang kurang elok atau manis jika disebut secara terus terang. Contohnya: berbadan dua datang adat datang bulan f) buang air besar meninggal dunia menjamah isteri menjamu selera nafkah batin orang rumah

Kiasan melompat kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara yang sebenarnya. Contohnya: kaki seluar membuka negeri menanak nasi mencucuk atap menjahit baju menorah getah minum kopi panjat rambutan tangan baju

g) Kiasan melarat Kiasan daripada kata yang sudah menyimpang jauh daripada maksud asal tersebut. Contohnya: badan berisi badannya melidi memotong cakap orang mengambil berat ringan kepala tubuh membadak

Kiasan permanusiaan 1. Kiasan ini memberikan sifat-sifat atau perlakuan yang lazimnya hanya dimiliki atau dilakukan manusia kepada objek yang tidak bernyawa. 2. Kiasa ini juga dikenal sebagai personifikasi dan pengorangan. 3. Yang berikut ini adalah antara ungkapan yang tergolong sebagai kiasan permanusiaan. angin membelai-belai rambutku kesedihan melingkari perasaanku matahari bersinar garang ombak yang setia pada pantai

Kiasan berkacau 1. Kiasan berkacau ialah kiasan yang dapat menimbulkan kekeliruan kerana mengandung fakta-fakta yang bertentangan antara satu sama lain. 2. Contoh kiasan ini adalah seperti yang berikut : Nafsunya merentak-rentak seperti kuda hendak masuk belayar di dalam lautan cinta berahi. Nasihat daripada ibu bapa dan guru-guru yang mencurah-curah datang menyuruh belajar bersungguh-sungguh itu dilontarkannya ke dalam bakul sampah sahaja.

Kata-kata hikmat
1. Kata-kata hikmat ialah kata-kata yang diungkapkan oleh orang yang bijaksana. Kata-kata ini berfungsi sebagai panduan hidup dan menjadi percakapan umum. 2. Banyak terdapat dalam kata-kata hikmat dalam bahasa Melayu, misalnya :

Semakin banyak kita belajar semakin banyak kita mengenal kebodohan


kita

Jangan buat sesuatu yang kamu sendiri tidak suka dilakukan kepada
kamu

Jangan dipandang orang yang berkata, pandang apa yang dikata Bertangguh itu pencuri masa Hidup bahasa hiduplah bangsa Bersatu teguh bercerai roboh Simpulan bahasa
1. Simpulan bahasa ialah rangkaian kata yang telah tetap bersimpul dengan susunan yang khas. 2. Bentuk simpulan bahasa ringkas dan kebanyakannya terdiri daripada dua patah kata sahaja.

3. Simpulan bahasa mempunyai makna berlapis, iaitu makna tersirat berlainan daripada makna tersurat atau makna asalnya. 4. Menurut Zaba, simpulan bahasa terhasil daripada empat perkara yang berikut, iaitu : a) daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyur, misalnya Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang, dan sebagainya. b) daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling kita, contohnya jelatang kampung, lipas kudung, telinga lintah, mandi kerbau, mata duitan, kutu embun, dan sabagainya. c) daripada kepercayaan orang ramai, misalnya buruk siku, dimakan bulan, harimau berantai, dan sebagainya. d) daripada kebiasaan atau resaman bahasa, contohnya tiga suku, hentam kromo, ada hati, gila bahasa, beri muka, dan sebagainya.

Perbilangan
1. Perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. 2. Setiap rangkap perbilangan terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seoleh-oleh orang sedang membuat perbilangan atau pengiraan. 3. Perbilangan lebih menitikberatkan isi yang memperkatakan adat istiadat, undang-undang, atau peraturan masyarakat. 4. Antara perbilangan yang terdapat dalam bahasa Melayu termasuklah : Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat Hati kuman sama dicecah Hati gajah sama dilapah Yang buta penghembus lesung Yang pekak mencucuh meriam Yang celik tempat bertanya

Vous aimerez peut-être aussi