Vous êtes sur la page 1sur 1

ABSTRAK

Apartmen telah menjadi sebahagian daripada jenis rumah yang berjaya menambat hati pembeli rumah sejak kebelakangan ini. Dengan peningkatan pendapatan isi rumah, pengurangan ahli keluarga, kekurangan tanah di lokasi popular, harga tanah yang semakin meningkat dan perubahan gaya hidup yang lebih moden menjadikan apartmen sebahagian daripada pasaran harta tanah. Bagaimanapun pasaran apartmen masih lagi sukar dan agak perlahan perkembangannya di daerah Batu Pahat. Sebaliknya daerah Muar yang mempunyai geografi dan demografi yang sama seperti Batu Pahat, apartmen mendapat tempat di kalangan penduduk di sana. Kajian ini dibuat adalah untuk mendapatkan maklumbalas pembeli terhadap pembinaan dan penawaran apartmen di daerah Batu Pahat dan Muar dan juga untuk mengenalpasti punca kepada tindakan ini berlaku. Kajian dilakukan dengan pengedaran borang soal selidik kepada responden yang terdiri dari pembeli rumah landed property di Batu Pahat dan pembeli apartmen di Muar. Hasil penemuan kajian ini, di dapati tidak ada kesediaan dari segi mental daripada penduduk di Batu Pahat untuk menerima apartmen ini. Kehidupan di apartmen menjadi kelainan kepada mereka. Pendedahan kepada rumah landed property sahaja oleh pemaju pada harga yang mampu dimiliki menyebabkan mereka enggan menerima apartmen. Pengenaan caj perkhidmatan juga salah satu kreteria yang menghalang penduduk di Batu Pahat membeli apartmen. Sebaliknya pemaju pula tidak berani untuk mendedahkan apartmen di pasaran kerana bimbang risiko sukar untuk dijual. Diharapkan hasil dari kajian dapat membantu pemaju dan agensi pelulus pelan pembangunan dalam menentukan kaedah pembangunan apartmen di daerah Batu Pahat..

Vous aimerez peut-être aussi