Vous êtes sur la page 1sur 17

TUGASAN

: 1. PEMBENTANGAN (14 SEPTEMBER 2009) 2. PENULISAN ILMIAH (5 OKTOBER 2009)

TAJUK

: BINCANGKAN ASPEK PEMBANGUNAN KOGNITIF YANG TERDAPAT DALAM KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

NAMA

: 1) AZWAN BIN ALWI 2) MOHD ZUL ADHAM BIN DARMAJI 3) NOR HAMIZAH BINTI MOHAMED HAZALI 4) NUR AISYAH BINTI RASLI 5) SAMIYAH BINTI TOM

FAKULTI/JABATAN

: FAKULTI SENI DAN MUZIK JABATAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

TEMPAT SEMAKAN

: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS : EN. KAMARUL AZMAN BIN ABD. SALAM.

1.0

Konsep Pendidikan Prasekolah Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Ia bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke alam sekolah rendah.

2.0

Perkembangan Kognitif 2.1 Definisi Perkembangan

Secara amnya pengertian perkembangan menunjuk pada suatu proses kearah yang lebih sempurna dan tidak dapat diulang kembali. Perkembangan menunjuk kepada sifat yang tetap dan tidak dapat diputar kembali. Perkembangan juga dapat ditakrifkan sebagai proses yang kekal dan tetap yang menuju kearah suatu organisasi pada tingkat integrasi yang lebih tinggi, beradasarkan pertumbuhan, pematangan dan belajar. Melly Latifah (2008) dalam blognya menyatakan Seifert dan Hoffnung (1987) mendefinisikan perkembangan sebagai long term change in a persons growth, feeling, patterns of thinking, social relationships, and motor skills. Kata lain mengertikan perkembangan sebagai perubahan yang berkesinambungan dan progresif dalam organisme, bermula dari lahir hingga mati. Perkembangan secara luas menunjukkan kepada keseluruhan proses perubahan dari potensi yang dimiliki individu dan tampil dalam kualiti kemampuan, sifat dan ciri-ciri yang baru. Kesimpulan umum yang dapat disimpulkan dari pelbagai definisi di atas adalah perkembangan tidak terbatas pada pengertian pertumbuhan yang semakin membesar, tetapi juga perubahan yang berlangsung secara terus menerus dan bersifat tetap dari fungsi-fungsi jasmani dan rohani yang dimiliki individu menuju ketahap kematangan melalui proses pertumbuhan, pematangan dan belajar.

Perkembangan menghasilkan bentuk-bentuk dan ciri-ciri kemampuan baru yang berlangsung dari tahap aktiviti yang sederhana ketahap yang lebih tinggi. Perkembangan itu bergerak secara beransur-ansur tetapi pasti, melalui suatu tahap ke tahap berikutnya, yang semakin hari semakin bertambah maju, mulai dari awal kelahiran kematian. dan berakhir dengan

2.2

Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif adalah satu proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual. Kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami dan menganalisa.membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Ia juga merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Ia mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang dan sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelektualnya. Ia juga melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperolehi pengetahuan daripada pemerhatian lingkungan persekitarannya. Sebagai contoh, kanakkanak ini akan mengamati, mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, menyelesaikan soalan matematik, dan menceritakan semula pengalaman hariannya. Ini merupakan proses kognitif awal yang positif bagi seorang kanak-kanak pada peringkat umur 2 hingga 7 tahun. Keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Penguasaan asas kemahiran kognitif adalah penting untuk memahami sesuatu konsep dalam semua komponen kurikulum prasekolah kebangsaan terutama dalam bahasa, agama dan moral serta kreativiti dan estetika. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan penyelesaian masalah. Perkembangan kognitif membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains, berfikir secara logikal matematik melalui manipulasi objek secara konkrit, memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat, dan, memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

3.0

Teori-Teori Kognitif

3.1

Teori Kognitif Piaget

Teori kognitif didasarkan kepada asumsi bahawa kemampuan kognitif merupakan sesuatu yang fundamental dan yang membimbing tingkah laku kanak-kanak. Dengan kemampuan kognitif ini, maka kanak-kanak dipandang sebagai individu yang secara aktif membangunkan sendiri pengetahuan mereka tentang dunia. Teori perkembangan kognitif Piaget (1983) adalah salah satu teori yang menjelaskan bagaimana kanak-kanak beradaptasi dengan dan menginterpretasikan objek dan kejadiankejadian sekitarnya. Bagaimana kanak-kanak mempelajari ciri-ciri dan fungsi daripada objekobjek seperti mainan, perabot, dan makanan serta objek-objek sosial seperti diri, serta orang tua dan kawan-kawan. Bagaimana cara kanak-kanak mengelompokkan objek-objek untuk mengetahui persamaan-persamaan dan perbezaan-perbezaan untuk memahami penyebab terjadinya perubahan dalam objek-objek dan perisiwa-peristiwa dan untuk membentuk perkiraan tentang objek dan peristiwa tersebut. Piaget (1983) memandang bahawa kanak-kanak memainkan peranan aktif didalam menyusun pengetahuannya mengenai realiti. Kanak-kanak tidak pasif menerima informasi walaupun proses berfikir dalam konsep kanak-kanak mengenai realiti telah dipengaruhi oleh pengalaman dengan dunia sekitarnya, namun kanak-kanak juga berperanan aktif dalam menginterpretasikan informasi yang diperoleh melalui pengalaman, serta mengadaptasikannya kepada pengetahuan dan konsep mengenai dunia. Piaget (1983) percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang menurut tahaptahap yang terus bertambah kompleks. Menurut teori perkembangan Piaget (1983), setiap individu akan melewati serangkaian perubahan kualiti yang bersifat invarian, tetap, tidak melompat atau mundur. Perubahan kualitatif ini terjadi kerana tekanan biologi untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan serta adanya pengorganisasian struktur berfikir.

3.2

Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky

Lev Vygotsky (1896-1934), seorang psikologi berbangsa Rusia, mengenal isi penting tentang fikiran kanak-kanak ini lebih dari setengah abad yang lalu. Teori Vygotsky mendapat perhatian yang makin besar ketika memasuki akhir abad ke-20. Vygotsky menekankan level konteks sosial yang bersifat institusi mahupun level

konteks sosial yang bersifat interpersonal. Pada level institusi, sejarah kebudayaan menyediakan organisasi dan alat-alat yang berguna bagi aktiviti kognitif melalui institusi seperti sekolah, penemuan seperti komputer, dan huruf. Interaksi institusi memberikan kanak-kanak suatu norma-norma perilaku dan sosial yang luas untuk membimbing hidupnya. Level interpersonal memiliki suatu pengaruh yang lebih kepada fungsian mental kanakkanak. Menurut vygotsky (1962), keterampilan-keterampilan dalam keberfungsian mental berkembang melalui interaksi sosial langsung. Informasi tentang alat-alat, keterampilanketerampilan dan hubungan-hubungan interpersonal kognitif dipancarkan melalui interaksi langsung dengan manusia. Melalui pengorganisasian pengalaman-pengalaman interaksi sosial yang berada di dalam suatu latar belakang kebudayaan ini, perkembangan mental anak-anak menjadi matang.

4.0

Aspek Perkembangan Kognitif Yang Terdapat Dalam Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan

Artikel BERNAMA yang bertarikh 20 Oktober 2008 menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran sedang menyemak semula Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan yang telah diguna pakai sejak tahun 2003 dimana kurikulum wajib digunakan oleh semua tadika dan pra sekolah sama ada tajaan kerajaan atau swasta. Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Razali Ismail berkata, Matlamat pendidikan pra sekolah adalah untuk membiasakan kanakkanak bersosialisasi dan sebagai penyediaan ke Tahun satu di samping memberi pengalaman pembelajaran holistik dalam aspek intelek, rohani jasmani dan sosial. Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak- kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran.

Mengikut

Jean

Piaget

(1983),

kognitif

seseorang

individulah

yang

menentukan

perkembangan seluruh aspek yang lain dalam diri kanak- kanak. Komponen kognitif meliputi mata pelajaran awal sains dan awal matematik. Penguasaan asas kemahiran kognitif ini adalah penting untuk memahami sesuatu konsep dalam semua komponen Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan terutamanya dalam bahasa, agama, dan moral serta kreativiti dan estetika. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, konsep nombor,

proses sains dan penyelesaian masalah. Pengelasan ialah kemahiran paling asas dalam perkembangan kognitif iaitu kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan mengumpulkan objek tersebut mengikut ciri yang telah dikenal pasti. Ini diikuti dengan kemampuan murid untuk menyusun sesuatu objek mengikut dimensi dan urutan. Kemahiran kognitif dari segi pengelasan meliputi beberapa aspek dimana elemen pertama merupakan pengelasan objek mengikut satu ciri seperti warna, saiz dan bentuk. Elemen kedua ialah mengelaskan objek mengikut dua ciri seperti bentuk dan warna, bentuk dan saiz, serta warna dan saiz. Elemen ketiganya ialah mengelaskan objek mengikut tiga ciri. Manakala dari segi aspek lain pula adalah seperti mengelaskan objek mengikut rasa, mengelaskan objek mengikut bau, mengelaskan objek ,mengikut kesamaan dan menyatakan sebab setiap pengelasan yang dibuat. Contohnya, guru menyuruh murid mengumpulkan pelbagai objek mengikut 3 ciri iaitu warna, saiz dan bentuk. Guru mengarahkan murid untuk menggunakan objek di persekitaran atau yang biasa dengan murid seperti gula- gula, biji benih, straw dan guli.

Gambar rajah 1.1 : Kanak- kanak menjalankan aktiviti pengelasan

Konsep ruang memberi kefahaman tentang lingkungan dan kedudukan objek dalam ruang. Konsep ruang ini melibatkan aspek dimana kanak-kanak perlu mengetahui kedudukan objek, membina penghubung, membina lingkungan dan membina pola. Menyatakan kedudukan sesuatu objek dalam ruang bermaksud guru menerangkan kedudukan sesuatu objek di sekeliling kanak-kanak tersebut sama ada yang merangkumi empat bahagian iaitu objek yang berada di hadapan dan belakang. Kedua, objek yang berada di atas dan di bawah. Ketiga pula melibatkan objek yang berada di sisi, tepi dan tengah. Seterusnya pula ialah objek yang terdapat di luar dan dalam bilik darjah. Misalnya, guru membawa kanak-kanak terbabit untuk melawat persekitaran dalam dan luar bilik darjah untuk melihat kedudukan pelbagai objek seperti di sisi, tengah, atas, bawah, kanan dan kiri. Seterusnya guru menyuruh mereka untuk melukis semula objek yang terdapat di persekitaran mereka. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membuka minda kanak-kanak untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan objek yang berada di persekitaran mereka.

Gambar rajah 1.2: Kanak- kanak mewarnakan objek yang telah dilihat Dalam memahami konsep nombor pula, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran serasi dan padanan satu dengan satu secara logik. Konsep nombor melibatkan tujuh aspek pembelajaran iaitu mengetahui konsep nombor 1 hingga 5, mengetahui konsep nombor 1 hingga 10, mengetahui konsep dan nilai sifar, mengetahui konsep nombor 10 hingga 20, mengetahui konsep siri 20, 30, 40, dan 50, operasi tambah dan akhir sekali ialah operasi tolak. Contohnya, guru menjalankan aktiviti dalam mengetahui konsep dan nilai sifar, di mana guru tersebut meletakkan 5 biji limau ke dalam bakul dan menyuruh mereka mengeluarkan kesemua limau tersebut, setelah kesemua limau tersebut dikeluarkan maka

guru memberikan penerangan bahawa baki yang tinggal di dalam bakul tersebut adalah sifar.

Gambar rajah 1.3: Kanak- kanak menjalankan aktiviti mengira objek berwarna

Seterusnya, kemahiran kognitif yang keempat ialah proses sains. Penguasaan kemahiran proses sains membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Kemahiran asas proses sains dikuasai melalui aktiviti memerhati, membanding dan membeza, mengukur, meramal dan membuat inferens. Contohnya, guru menyuruh kanak-kanak untuk memerhatikan ikan dalam akuarium dan merekodkan persamaan dan perbezaan antara berbagai ikan, bahagian ikan, cara ikan bernafas, makan dan berenang serta lokasi yang digemari oleh ikan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan dapat pengetahuan baru melalui hasil pemerhatian yang dijalankan. Aktiviti ini akan membuatkan murid- murid berasa seronok dalam melakukan pemerhatian kerana mereka boleh melihat sendiri hasil daripada uji kaji yang dijalankan dan aktiviti ini amat berkesan dalam menjana minda murid pra sekolah.

Gambar rajah 1.4: Kanak- kanak didedahkan dengan ilmu sains dan teknologi Selain itu, aspek yang terakhir dalam kemahiran kognitif pra sekolah ialah aspek penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah adalah hierarki tertinggi dalam kemahiran berfikir. Kualiti penyelesaian masalah bergantung kepada kemahiran membuat keputusan, berasaskan naluri atau sebab yang boleh diterima. Murid boleh dilatih membuat refleksi dan menilai keputusan yang diambil. Penyelesaian masalah melibatkan enam elemen penting iaitu mengenal pasti punca masalah, mencadangkan pelbagai idea untuk mengatasi masalah, menyusun cadangan mengikut keutamaan, memilih cadangan mengikut keutamaan, mencuba cadangan yang telah dipilih dan menilai keputusan yang baik dan mantap. Manakala, bagi membuat perancangan untuk memenuhi keperluan pula melibatkan enam elemen juga iaitu mengenal pasti keperluan, mencadangkan pelbagai idea untuk memenuhi keperluan, menyusun cadangan mengikut keutamaan, memilih cadangan yang terbaik daripada yang disenaraikan, mencuba cadangan yang dipilih dan akhir sekali menilai keputusan yang baik dan mantap. Sebagai contohnya, guru menyediakan akitiviti seperti Bagaimana menyediakan satu tempat bacaan yang menarik dan selesa untuk murid- murid membaca. Langkah pertama yang akan dilakukan oleh guru ialah mengenal pasti punca masalah dan meminta cadangan daripada semua murid untuk menyelesaikannya. Guru akan mencatat semua cadangan dan menyemak semula cadangan sama ada sesuai atau tidak. Langkah seterusnya, guru akan memadankan cadangan yang tidak sesuai lalu memilih satu cadangan yang paling baik dan melaksanakan cadangan tersebut. Langkah terakhir, guru akan meminta murid untuk menilai sendiri dan membuat keputusan yang tepat. Tetapi jika perancangan itu tidak dapat dijalankan, guru akan mengulangi langkah untuk memilih

cadangan lain yang dikira terbaik daripada cadangan yang ada hingga perancangan dapat dijalankan dengan berkesan.

Gambar rajah 1.5 :Guru menjalankan perbincangan dengan murid Secara amnya, murid dapat menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan menggunakan pelbagai bahan maujud atau konkrit daripada pelbagai jenis bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka seperti butang, guli, kotak, tutup botol, biji benih, batu dan daun. Justeru itu, murid dapat memahami persekitarannya melalui pengalaman pembelajaran sebenar dan manipulasi yang berulang- ulang.

4.1.

Proses Sains

Kemahiran proses sains membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Membuat pemerhatian atau pencerapan adalah kemahiran paling asas dalam proses sains. Dalam pembelajaran bilik darjah, guru hendaklah menyediakan situasi masalah yang dapat merangsang murid-murid membuat penemuan berasaskan kategori stuktur sesuatu perkara. Struktur ini terdiri daripada idea, pertalian atau pola asas perkara itu, iaitu maklumat yang dikehendaki. Untuk mencapai maklumat ini konsep-konsep perkara itu mestilah berkait rapat antara satu dengan yang lain untuk membentuk perhubungan yang bermakna.

Guru memainkan peranan sebagai pembimbing untuk memberi panduan yang sesuai kepada murid. Misalnya, guru mengemukakan masalah, soalan, memberi arahan, menjalankan kajian atau eksprimen serta mengawasi aktiviti murid. Berikut beberapa idea Bruner yang dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran bilik darjah: i. Mengemukakan banyak contoh mengenai sesuatu konsep ii. Menekankan struktur asas sesuatu perkara baru iii. Menggunakan pembelajaran pada situasi yang berlainan untuk

menyelesaikan masalah. iv. Selalu mengemukakan soalan kepada murid dan meminta murid cuba menjawab. v. Menggalakkan murid membuat tekaan naluri.

4.2

Konsep Nombor Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui

kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep- konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), regua (pairing), dan susunan aturan (ordering). Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan lawan satu. Manakala susunan aturan memilih sifat umum di kalangan

menyatakan keselarian objek-objek secara satu

adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan merancang matematik

lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya

matematik boleh berstruktur, formalisasi.

5.0

Cadangan penambahbaikkan. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengumumkan melalui akhbar bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam proses malaksanakan transformasi pendidikan bagi pentaksiran untuk mengurangkan masalah sekolah terlalu tertumpu kepada peperiksaan. Pihak KPM juga dalam tindakan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang akan dirintiskan di Kelas Prasekolah pada bulan Mac hingga Jun 2009 di 500 buah sekolah seluruh Malaysia. Kurikulum Berasaskan Standard akan memberi penekanan kepada penguasaan literasi 4M, Kemahiran Asas ICT, Perkembangan Fizikal, Kognitif, Sikap dan Nilai bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum. Selain itu, kanak-kanak juga seharusnya mempunyai perpustakaan sendiri iaitu perpustakaan kanak-kanak. Penyediaan perpustakaan untuk kanak-kanak ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada kanak-kanak untuk mencari maklumat dan memajukan pembacaan mereka. Perpustakaan kanak-kanak juga seharusnya mempunyai pelbagai bahan berasaskan perkembangan yang bersesuaian dalam kesemua format, termasuk bahan-bahan bercetak (buku, majalah, komik), media (CD, DVD, kaset), barang mainan, permainan pembelajaran, komputer dan perisian. Penyedian bahan-bahan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi perkembangan kognitif kanak-kanak. Ruang di dalam perpustakaan juga memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak. Contohnya, perabot yang istimewa, gaya hiasan dan warna di dalam perpustakaan mampu merangsang minda kanakkanak tersebut. Di samping itu, kemahiran asas yang utama yang harus diajar kepada kanak-kanak prasekolah ialah kemahiran literasi. Kemahiran ini memberi penekanan tentang keupayaan kanak-kanak membaca dan menulis. Ia juga melibatkan kemahiran lain yang sangat berkait

iaitu mendengar dan bercakap. Beberapa hasil penyelidikan awal menyokong penggunaan komputer dalam perkembangan literasi kanak-kanak. Kebanyakan para penyelidik mengaku bahawa keupayaan kanak-kanak menulis boleh diperkembangkan lagi melalui teknologi ini Dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), isu kreativiti mula menarik perhatian ibu bapa. Beribu-ribu laman web khas untuk kanak-kanak kini muncul bagi memberikan kanak-kanak suatu pembelajaran yang baru. Satu perisian telah dicipta oleh syarikat komputer yang dinamakan Free Draw. Ia merupakan perisisan berbentuk interaktif dimana kanak-kanak melukis interaktif yang membolehkan si kecil menyerlahkan kreativitinya. Jika anak-anak tersebut telah mampu mengawal pergerakkan tetikus (mouse), ibubapa boleh memperkenalkan perisian yang lebih menarik lagi yang seakan Free Draw kepadanya dimana melaluinya anak-anak akan belajar melukis dan elemen kognitif lain dapat dikembangkan berdasarkan pengalaman yang diperolehinya. Daripada segi perkembangan kognitif kanak-kanak, Free Draw merupakan satu kaedah bagi anak anda meluahkan perkara yang ada di minda mereka. Melalui imaginasi dan percubaan (experimentation), mereka bebas melakar, mengecat dan membentuk objek dalam dua dimensi. Pilihan warna yang pelbagai menambah lagi keceriaan perisian atas talian ini Friedrich Wilhelm Froebel (17821852) yang digelar father of kindegarten telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel (1782) juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan ia turut memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi di pengaruhi oleh cara kanak-kanak itu bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti dengan tujuan untuk menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak terbabit. Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara permainan dan pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental kanak-kanak. Piaget memandang permainan sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun permainan bukan kesamaan dengan pembelajaran, apa yang pasti,

permainan memudahkan cara pembelajaran. Ini adalah kerana dengan bermain ia secara tidak langsung memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur kognitif mereka. Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan membantu perkembangan kognitif mereka.

6.0

Penutup Dato Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak menyatakan bahawa pendidikan adalah asas sebenar yang boleh mengubah martabat bangsa, dari dahulu, sekarang dan masa akan datang. Pendidikan yang berkualiti yang dimulakan dari awal adalah merupakan pelaburan terpenting untuk sesebuah keluarga dan Negara. Menyedari hakikat ini, kerajaan sentiasa komited dan prihatin terhadap keperluan untuk menyediakan pendididkan awal yang berkualiti dan boleh dinikmati oleh semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, tempat dan pendapatan keluarga. Oleh itu, dapat dirumuskan perkembangan kognitif kanak-kanak pada usia 4 hingga 6 tahun adalah amat penting kerana proses ini akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak tersebut. Ini disebabkan oleh perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak dan ianya sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Sekaligus melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak- kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Komponen perkembangan kognitif ini juga membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains. Selain itu juga, kanak-kanak dapat berfikir secara logikal matematik melalui manipulasi objek secara konkrit dan pemperkembangkan sikap ingin tahu dan suka

menyiasat serta memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan harian kanak-kanak tersebut. Selain itu, murid juga dapat menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan menggunakan pelbagai jenis bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka bagi meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.

BIBLIOGRAFI Anuar Kholil. 2009, Teori Yang Melandasi Pembelajaran Sains, http://anuarkholil.blogspot.com/2009/01/teori-yang-melandasi-pembelajaran-sains.html

BERNAMA. 2008, Kementerian Pelajaran Sedia Program Atasi Masalah Murid Pencapaian Rendah. 20 Oktober 2008 KualaLumpur. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=365884 Bruner.J. 1960, The Process Of Education, Cambridge, Mass: Harvard University Press Faiz Dhyfaza. 2009, Psikologi Perkembangan Remaja. http://www.scribd.com/doc/19444424/psikologi-perkembangan-remaja Gagne. H. 1993, Multiple Intelligences: The Teory In Practise. New York: Basic Books. Golstein dan Levin. 1997, Disorders Of Reasoning and Problem- Solving Ability- Dalam M. Meier, A. Benton, & L.Diller (Ed) Neuro Pschylogical Rehabilitation. London: Taylor & Francis Group. Penyelesaian Masalah- Wikipidia B. Melayu Ensiklopedia bebas http://ms.wikipidea.org/wiki/penyelesaian_masalah Kamariah. 2008, Pengetahuan Tentang Teori dalam Forum Perbincangan Pendidikan Matematik.

http://www.matheduc.com/forum/viewtopic.php?f=2&t=1&ht=0&sk=t&sd=a&start=330 Lee Shok Mee. 1997, Psikologi Pendidikan 2 : Teori Dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Melly Latifah. 2008, Perkembangan Kognitif: Child Development. http://tumbuhkembanganak.edublogs.org/page/2/ Piaget. J. 1983, Piagets Theory, In P. Mussen (ed). Handbook of Child Psychology. 4th edition. Vol 1. Ney York: wiley. Wang Muba. 2009, Artikel Psikologi Perkembangan. http://wangmuba.com/2009/02/20/teori-perkembangan-kognitif-vygotsky/

W. Kohler. 1925, The Mentality Of Apes. (Translated from the second revised edition by Ella Winter). New York, Harcourt, Brace. Yahya Nursidik. 2008, Teori Ilmiah: Definisi Perkembangan, Bandung, Jawa Barat, Indonesia. http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/06/definisi-perkembangan.html

Vous aimerez peut-être aussi