Vous êtes sur la page 1sur 3

Saya amat tertarik dengan gambar segitiga ini yang merupakan asas penting dalam fotografi.

Inilah yang perlu seorang jurugambar perlu tahu dan fahami.

Memandangkan saya bukan pakar maka saya dapatkan maklumat dari pakar iaitu dari ebook Adhadi Mohd. Saya juga cadangkan mereka yang minat dalam fotografi membaca imput-imput berguna di blog beliau atau sertai kelas yang beliau buat.

Shutter Speed
Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur). Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry. Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar. Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

Aperture

Aperture adalah pintu yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital.

Pintu yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama. Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil. Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait. Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32

ISO
ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details. Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda

perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur. Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja. ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) : 100-200 Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio. Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum. 400 Waktu mendung, dibawah litupan. Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima 800 Waktu di dalam rumah. Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan. 1600 Waktu malam dan kurang bercahaya. Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar. 3200-6400 Waktu yang gelap dan tidak bercahaya. Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white mode.

Vous aimerez peut-être aussi