Vous êtes sur la page 1sur 11

Tatasusila dan Adab Semasa Bersosialisasi di Hospital

Muhammad Azim bin Md Rahim Naseef bin Muhabad Nadhiratul Akmal Ahmad Mazuki Nur Wahidah Mohamad Redzuan

Jangan membuat bising semasa berada di hospital. Ini mengganggu pesakit untuk berehat. Jangan berlari-lari di dalam wad ketika melawat pesakit di hospital. Sentiasa mengawasi kanak-kanak supaya tidak mengganggu peralatan di dalam wad dan pesakit lain.

Apabila melawat pastikan anda tidak memakai minyak wangi keterlaluan. Bau yang menusuk hidung bukan sahaja boleh membuatkan si pesakit bertambah pening malah bau tersebut turut memeningkan para pelawat lain. Tidak merokok di kawasan tangga kecemasan di Wad atau di dalam kawasan hospital. (Sekiranya pelawat didapati merokok di kawasan Hospital, saman kompaun akan dikenakan

Makanan adalah benda yang sentiasa dibawa apabila melawat pesakit. Pastikan anda sentiasa bertanya kepada jururawat sebelum membawa makanan walaupun pesakit meminta anda membawa makanan kegemaran mereka.

Jangan sesekali memakan makanan pesakit, tidak kiralah sama ada dari bekas makanan yang dihadiahkan oleh orang lain.

Tidak boleh berniaga (menjaja makanan) dalam wad atau di kawasan Hospital. Jangan sesekali makan gula-gula getah di dalam kawasan hospital. Bunyi kunyahan dan letupan gula-gula getah itu boleh menyebabkan pesakit terganggu.

Apabila bersalam dengan pesakit, pegang tangannya dengan lembut. Jangan sesekali memeluk. Kebanyakan pesakit apabila mereka sakit tidak suka disentuh terutamanya jika mereka telah menjalani pembedahan. Bercakap dengan sederhana, tidak terlalu perlahan atau terlalu kuat. Kuatkan suara jika anda mendapati pesakit tidak dapat mendengar apa yang anda perkatakan.

Bersopan santun dan berdiri jika kerusi yang disediakan tidak cukup. Apa salahnya berdiri kerana anda hanya berada di situ dalam masa yang singkat sahaja.
Jangan sesekali duduk di atas katil kerana ia akan menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan sempit.

Jangan lawat pesakit terlalu lama, lagipun tujuan anda melawat adalah untuk melihat keadaannya dan bertanya khabar selain mendoakan agar pesakit segera sembuh.
Bercakaplah tentang perkara-perkara gembira dan elakkan bercerita perkara buruk. Jangan sesekali bercerita tentang pengalaman silam tentang penyakit dan pembedahan yang pernah anda alami.

Jika membawa hadiah pastikan hadiah tersebut sesuai dengan pesakit. Sebagai contoh, jangan pula membawa buku jika pesakit tersebut baru sahaja menjalani pembedahan mata. Jika anda mengambil keputusan untuk memberi bunga sebagai hadiah, pastikan terlebih dahulu bahawa pesakit tidak alah dengan bunga.

Jika sewaktu melawat, kebetulan terdapat saudara mara pesakit, berkenalan dengan ringkas dan tinggalkan hadiah dan ucap selamat sembuh kepada pesakit dan kemudian anda boleh beredar. Jika doktor atau jururawat perlu melakukan. sesuatu, dengan hormatnya anda perlu meninggalkan bilik sementara mereka melakukan kerja yang sepatutnya.

Jika pesakit mahu keluar untuk berjalan-jalan dan mengambil angin keluar dari bilik, pastikan anda mendapat kebenaran jururawat terlebih dahulu. Pastikan anda menutup atau meletakkan telefon dalam keadaan silent sewaktu melawat.

Vous aimerez peut-être aussi