Vous êtes sur la page 1sur 6

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan dan implikasi terhadap pendidikan di Malaysia?

Apakah konsep ketaksamaan? Menurut Kamus Dewan edisi ke -3, ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat. Dalam pendidikan ketaksamaan ialah sekatan hak seorang untuk mengembangkan potensinya. Mengikut Noran Fauziah Yaakub keadaan di mana manusia tidak memperolehi ganjaran yang sama. Ketaksamaan peluang pendidikan merujuk kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk.

Faktor-faktor ketaksamaan peluang pendidikan

Ketaksamaan Peluang Pendidikan

1. Kelas sosial
Kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Stalcup (1968) Lapisan dalam masyarakat, dimana manusia menganggap diri mereka sama dari segi latar belakang keluarga, peringkat pendidikan, pekerjaan, ras dan sikap terhadap isu-isu sosial. Rothman (2005) satu kumpulan individu atau kelarga yang berada pada satu kedudukan yang serupa dalam sistem ekonomi pengeluaran, penyebaraan dan penggunaan bahan serta perkhidmatan dalam masyarakat. Contoh kelas sosial dalam Masyarakat kapitalis- Bourgeoisie : Masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran dan pertukaran. - Proletariat : Masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas tetapi hanya tenaga kerja sahaja. Ekonomi , tahap kesihatan, suasana tempat tinggal, dan struktur keluarga

2. Jantina
Aminah Ahmad (2000) seorang penyelidik menyatakan penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud pengasingan (segreagasi) mengikut gender. Murid perempuan dan lelaki memilih matapelajaran yang bersifat lebih ke arah mereka. Zaman penjajahan lelaki lebih diberi peluang menerima pendidikan. Peluang pekerjaan mengikut gender. Pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik daripada lelaki. Terdapatnya sekolah teknik dan vokasional yang mana kursus yang ditawarkan lebih kepada lelaki.

3. Kumpulan minoriti
Kamus dewan (2007) -Golongan kecil yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama dan sebagainya. - tidak dapat mempengaruhi kumpulan etnik yang lain. Faktor geografi, kelainan ciri dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan tingkahlaku menyebabkan mereka ketinggalan daripada aliran perdana cth orang asli (Kurang 141,230 orang) Kumpulan pribumi Sabah dan sarawak- Lokasi tempat tinggal, perhubungan, pengangktan, infrastruktur, kemudahan asas dan kelengkapan sekolah keciciran yang tinggi,jurang pencapaian murid dan jurang digital. Di sekolah juga terdapat kumpulan minoriti Bersifat negatif, murid cicir, bergerak dalam kumpulan sendiri Pihak sekolah perlu memberi perhatian.

4. Murid berkeperluan khas


Merujuk kepada kanak-kanak istimewa (luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Terdapat 2 kategori iaitu: bermasalah ( Pintar cerdas, kecelaruan tingkah laku) - masalah khusus(penyakit autisme, sindrom down, disleksia, lewat perkembangan cerebral palsy, kecatatan pendengaran dan penglihatan. Kecerdarasan yang amat rendah masalah penyesuaian diri di sekolah biasa dan dalam masyarakat. Kanak-kanakpintar cerdas kebolehan mereka lebih tinggi daripada rakan sebaya Tidak dapat memanfaat sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada motivasi dan keperluan mereka berbeza.

Vous aimerez peut-être aussi