Vous êtes sur la page 1sur 18

1.

0 PENGENALAN

Gardner (1983, seperti dinyatakan dalam Noriati, Boon & Sharifah, 2009), telah mempertengahkan konsep Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence) yang menggariskan pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa yang diketahui. Beliau telah mengemukakan analisi pencapaian manusia dalam lapan domain yang berbeza untuk mengukuhkan konsep kecerdasan pelbagai. Lapan kecerdasan pelbagai Gardner dapat dijadikan panduan kepada guru dalam mendorong pembelajaran murid serta merangsang murid untuk membina masa depan mereka berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh mereka. Kecerdasan pelbagai Gardner dapat dimanfaatkan oleh guru dengan menterjemahkannya dalam perlakuan pembelajaran yang mendorong kerjaya murid.

Domain kecerdasan yang pertama ialah Kecerdasan Linguistik. Domain kecerdasan ini adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang individu itu menggunakan bahasa dengan berkesan. Antara contoh perlakuan bagi kecerdasan ini adalah membina pernyataan yang berpengaruh sama ada secara lisan atau penulisan, berkarya dan berpuisi dan berkeupayaan untuk memberikan makna perkataan dengan jelas. Pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kecerdasan ini adalah penyair, pemidato, ahli politik dan wartawan (Noriati, Boon & Sharifah, 2009).

Domain kecerdasan yang kedua ialah Kecerdasan Logikal-Matematik. Domain kecerdasan ini adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang individu itu
1

untuk menyatakan alasan secara logik, terutama dalam Sains dan Matematik. Antara contoh perlakuan bagi kecerdasan ini adalah menyelesaikan masalah Matematik dengan pantas, membuktikan penyelesaian Matematik dan

memformulakan dan menguji hipotesis semasa fenomena yang diperhatikan. Pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kecerdasan ini adalah Saintis dan Ahli Matematik (Noriati, Boon & Sharifah, 2009).

Domain kecerdasan yang ketiga ialah Kecerdasan Ruang Visual (Spatial). Domain kecerdasan ini adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang individu itu untuk memperincikan sesuatu yang dilihat dan mengubahnya dalam bentuk objek visual. Antara contoh perlakuan bagi kecerdasan ini adalah dapat

mempersembahkan sesuatu visual melalui objek, keupayaan menerima dan menggambarkan visual alam sekitar dengan tepat, bijak menggunakan warna dan ruang dan penuh imaginasi dan kreatif. Pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kecerdasan ini adalah Pengukir, Pelukis, Arkitek dan juga Juruterbang (Noriati, Boon & Sharifah, 2009).

Domain kecerdasan yang keempat ialah Kecerdasan Muzik. Domain kecerdasan ini adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang individu itu untuk mencipta, menghayati dan menghargai muzik serta mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap melodi dan tone. Antara contoh perlakuan bagi kecerdasan ini adalah dapat bermain alat-alat muzik, mencipta lagu, melantunkan nada dan bunyi dengan baik dann menghayati lirik dalam menyampaikan dalam nada yang penuh

penghayatan. Pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kecerdasan ini adalah penggubah lagu dan penyanyi (Noriati, Boon & Sharifah, 2009).

Domain kecerdasan yang kelima ialah Kecerdasan Kinestatik. Domain kecerdasan ini adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang individu itu untuk menggunakan anggota tubuh dan mampu mengawal dan menyeimbangkan objek. Antara contoh perlakuan bagi kecerdasan ini adalah dapat menggunakan sepenuh atau sebahagian anggota tubuh untuk menyampaikan maksud, cekap membaca dan mengenal pasti pergerakan tubuh dan berupaya untuk mengimbangi antara objek dengan mental. Pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kecerdasan ini adalah penari, ahli gimrama, peninju dan pemain badminton (Noriati, Boon & Sharifah, 2009).

Domain kecerdasan yang keenam ialah Kecerdasan Interpersonal. Domain kecerdasan ini adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang individu itu untuk memahami diri orang lain. Antara contoh perlakuan bagi kecerdasan ini adalah mudah bergaul dan berinteraksi dengan orang lain, mampu bekejasama dengan orang lain, menggunakan pelbagai cara berhubung dengan orang lain yang mempunyai pelbagai ragam, mudah menyesuaikan diri, disenangi dan disukai, mampu mempengaruhi orang lain dan memahami kehendak orang lain. Pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kecerdasan ini adalah guru, jururawat, jurujual, doktor, pemimpin dan pengacara (Noriati, Boon & Sharifah, 2009).

Domain kecerdasan yang ketujuh ialah Kecerdasan Intrapersonal. Domain kecerdasan ini adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang individu itu untuk mengenal diri sendiri. Antara contoh perlakuan bagi kecerdasan ini adalah mampu menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri, ada prinsip tersendiri dan menggunakan pengetahuan sendiri untuk berhubung dengan pihak lain.Pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kecerdasan ini adalah penulis, kaunselor dan ahli falsafah (Noriati, Boon & Sharifah, 2009).

Domain kecerdasan yang kelapan ialah Kecerdasan Naturalist. Domain kecerdasan ini adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang individu itu untuk mengenal pasti bentuk, pola dan corak semula jadi. Antara contoh perlakuan bagi kecerdasan ini adalah mampu mengenal persamaan dan perbezaan pelbagai sumber semula jadi, sensitif terhadap alam sekitar seperti unsur flora dan fauna dan gemar akan aktiviti luar seperti berkebun. Pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kecerdasan ini adalah ahli kaji hayat, Zoologist, perancang bandar, Ahli geologi dan pendaki gunung (Noriati, Boon & Sharifah, 2009).

Bagi seorang guru, ia amat penting untuk mengambil kira kepelbagaian kecerdasan yang terdapat dalam diri setiap murid dalam bilik darjah bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna berlaku.

Pengaplikasian kecerdasan pelbagai dalam bilik darjah dapat menarik minat dan tumpuan para murid dan seterusnya memastikan keseronakkan dan unsur didik hibur sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (Sharlini, 2012).

2.0 APLIKASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN BACAAN

Menurut Kamus Dewan (2005), pengajaran bermaksud segala perkara yang berkaitan dengan mengajar ataupun mengajarkan. Manakala, Siti (2010)

menyatakan pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Maka, pengajaran merupakan aktiviti yang dirancang oleh guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan

memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Bacaan pula merupakan satu bentuk aktiviti yang mentafsir simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi makna kepada seseorang individu (Liew, 1998). Selain itu, See (2008) menyatakan bahawa membaca ialah satu keupayaan murid dalam mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran membaca kerana setiap yang dilihat hanya boleh ditafsirkan maknanya apabila seseorang individu itu boleh membaca. Kebolehan membaca merupakan kemahiran penting yang perlu diperolehi walaupun kanak-kanak diperingkat awal.

Seperti yang kita sedia maklum, kegagalan menguasai kemahiran bacaan merupakan satu masalah besar yang terdapat dalam sistem pndidikan negara kita.
5

Oleh yang demikian, guru harus memainkan peranan yang penting sewaktu pengajaran bacaan berlangsung iaitu dengan memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna berlaku. Rancangan sesi pengajaran dan

pembelajaran yang bersesuaian dengan setiap murid dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam menyemai minat membaca dalam kalangan murid (Siti, 2010). Tambahan pula, Siti (2010), turut menyatakan aplikasi kecerdasan pelbagai merentas kurikulum merupakan satu strategi ataupun pendekatan yang mampu memastikan pengajaran yang bermakna berlaku serta dapat meningkatkan kadar motivasi dalam diri murid.

Tambahan pula, penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia (BM) meliputi unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kecerdasan pelbagai, kajian masa depan dan boleh diserapkan dalam pengajaran (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).

Penyerapan ini juga mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran BM. Pengajaran BM tidak dilaksanakan secara terpisah terutama yang melibatkan penguasaan ilmu pengetahuan. Penggunaan bahan yang melibatkan ilmu pengetahuan yang merangkumi seperti ilmu sains, sejarah, geografi dan sebagainya dapat membantu menjadikan pengajaran lebih dinamik dan bervariasi serta mengintegrasikan kecerdasan pelbagai. Dengan melaksanakan penyerapan seperti kecerdasan pelbagai, pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan mampu meningkatkan minat murid terhadap penguasaan bahasa. Mereka tidak akan merasa bosan jika guru dapat menyediakan iklim pembelajaran yang sesuai dengan minat dan keperluan murid. Oleh kerana bahasa digunakan untuk mengungkapkan sesuatu
6

keadaan atau kejadian, maka penyerapan menggunakan ilmu pengetahuan yang pelbagai dapat membantu penguasaan ilmu tersebut (Yahya & Roselan, 2009).

Penyerapan kemahiran kecerdasan pelbagai dalam pengajaran bacaan juga mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dengan

menggunakan keupayaan kognitif. Melalui penggunaan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran bacaan, pelajar dapat dipertingkatkan lagi keupayaan bahasanya berdasarkan 8 jenis kecerdasan iaitu verbal linguistik, logikal-matematik, ruangvisual, kinestetik, muzik, naturalist, interpersonal dan intrapersonal (Suparno, 2004 seperti yang dinyatakan dalam Yahya & Roselan, 2009). Kecerdasan menurut Gardner ialah: 1. Kebolehan untuk menyediakan hasil yang efektif atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai berdasarkan budaya. 2. Satu set kemahiran yang membolehkan seseorang dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupannya. 3. Potensi untuk mencari atau menyediakan cara untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan pengetahuan yang baru.

Model Kecerdasan Pelbagai Gardner pula berlandaskan prinsip-prinsip berikut : 1. Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan.
7

2.

Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.

3. Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.

Apabila kecerdasan pelbagai dikaitkan dengan aktiviti membaca iaitu pengajaran bacaan, kecerdasan yang dominan yang amat membantu seseorang individu untuk mampu membaca adalah kecerdasan linguistik atau word smart. Kegiatan membaca buku adalah kegiatan yang berkaitan dengan teks. Agar murid dapat menyerap informasi yang bermanfaat dari buku, seseorang itu perlu memiliki keterampilan ataupun kemampuan mencerna kandungan sesebuah teks.

Kadangkala, sebuah buku mengandungi gambar yang menyertai teks untuk memudahkan pemahaman. Namun, penggunaan gambar atau grafik saja kadangkadang tidak mampu menghadirkan makna yang utuh. Teks juga dapat diandaikan untuk membangun makna secara utuh.

Namun pendapat Femi (2010) pula bertentangan iaitu penggunaan kecerdasan ruang-visual seperti gambar dapat meningkatkan penguasaan

kemahiran bacaan dalam kalangan murid terutama sekali bagi golongan murid yang lemah. Penggunaan kecerdasan ruangvisual merupakan satu kecerdasan yang lazim terdapat dalam kalangan murid sekolah rendah yang bertepatan dengan teori perkembangan kanak-kanak Jean Piaget. Malah Sharlini (2012), menyatakan

bahawa penggunaan unsur gambar iaitu kecerdasan pelbagai ruang-visual merupakan satu strategi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi menyampaikan isi pelajaran terutama sekali kepada golongan murid yang lemah dari tahap keupayaan kognitif. Penggunaan kecerdasaan ruang-visual dapat menarik minat dan tumpuan murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (Sharlini, 2012).

Terdapat juga banyak kajian yang dilaksanakan oleh ramai guru berkaitan penggunaan kecerdasan pelbagai ruang-visual dalam Bahasa Malaysia terutama sekali dalam pengajaran bacaan. Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Yahya & Roselan (2009) yang menyatakan bahawa penggunaan kecerdasan pelbagai terutama sekali ruang-visual dalam pengajaran bacaan dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan murid disamping menarik minat dan tumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Malah, dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Nabila (2012) yang menunjukkan bahawa peningkatan prestasi murid kategori lemah melalui penggunaan Teknik Gamna (Gambar Berwarna Kecerdasan Pelbagai Ruang-Visual). Maka, ini dapat membuktikan bahawa pengaplikasian kecerdasan pelbagai dalam pengajaran bacaan dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca serta menarik minat dan tumpuan murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain kecerdasan pelbagai ruang-visual, kinestatik juga turut dapat diaplikasikan dalam pengajaran bacaan. Seperti yang dinyatakan terlebih dahulu dalam bahagian pengenalan, kecerdasan kinestatik melibatkan pergerakan anggota
9

badan. Penggunaan kecerdasan kinestatik sangat bersesuaian dengan murid sekolah rendah memandangkan mereka mempunyai tahap konsentrasi yang kurang dan mereka sentiasa sukakan pergerakan. Maka, guru harus bijak dalam mengurus kecerdasan yang terdapat bilik darjah sewaktu menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran. Berbalik kepada isu perbincangan, terdapat beberapa kajian yang dilaksanakan sejak kebelakangan ini berkaitan penggunaan kecerdasan kinestatik dalam pengajaran bacaan. Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Farizah (2011), mendapati bahawa penggunaan kecerdasan kinestatik dalam mengajar suku kata dan perkataan KVK dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid tahun satu. Tambahan pula, beliau juga mendapati bahawa murid lebih gemar menyertai aktiviti yang dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau telah menghasilkan satu permainan Jejak Labah -Labah yang berkonsepkan pembelajaran melalui permainan.

Penggunaan kecerdasan muzik dalam pengajaran bacaan turut dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid.

Penggunaan kecerdasaan muzik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara umumnya dapat melahirkan satu suasana bilik darjah yang menarik dan seronak iaitu bertentangan dengan suasana bilik darjah tradisional (Faiqah, 2012). Seperti yang kita sedia maklum, doktor sentiasa memberi nasihat kepada para ibu yang sedang mengandung untuk mendengar lagu yang bersesuaian bagi membantu perkembangan kongnitif anak yang baik. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan penggunaan muzik dapat melahirkan individu yang mempunyai kognitif yang tinggi. Penggunaan muzik ketika pengajaran fonik amat membantu penguasaan kemahiran

10

membaca dalam kalangan murid. Penggunaan kaedah ini telah digunakan sejak dahulu lagi oleh guru kita ketika mengajar fonik.

Maka, dengan penjelasan yang merangkumi pengaplikasian kecerdasan pelbagai seperti verbal-linguistik, ruang-visual, kinestatik dan juga muzik dalam pengajaran bacaan menunjukkan bahawa aspek kecerdasan pelbagai merupakan suatu aspek yang dapat memberi kesan positif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran disamping itu, bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga kurikulum yang bertaraf holistik.

3.0 KESIMPULAN

Penggunaan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran bacaan dianggap penting bagi membantu meningkatkan lagi keupayaan kognitif murid disamping meningkatkan minat dan tumpuan murid sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran. Adalah diakui bahawa setiap murid memiliki pelbagai kecerdasan. Namun, apa yang membezakan mereka ialah cara berfikir, bertindak dan belajar. Maka ia amat penting bagi seorang guru untuk mengambil kira aspek perbezaan ini setiap kali pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran.

11

Namun begitu, aplikasi kecerdasan pelbagai ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan guru akibat beberapa faktor yang lain seperti beban tugas, kekeliruan peranan dan banyak lagi. Selain itu, guru juga mempunyai pendedahan yang kurang berkenaan teori kecerdasan ini seterusnya pengaplikasian yang tidak tepat serta kurang efektif.

Maka,

guru

harus

mengambil

inisiatif

dalam

meningkatkan

profesionalismenya untuk

memastikan pelaksanaan tanggungjawab utama guru

iaitu menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkualiti serta efektif. Iaitu dengan menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan disamping berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama rakan sejawat bagi meningkatkan lagi kualiti pedagogi mereka.

12

SENARAI RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2011). Kurikulum bersepadu sekolah rendah huraian sukatan pelajaran kajian tempatan tahun 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Faiqah Kernaini. (2012). Keberkesanan penggunaan lagu dalam membantu murid tahun 5 menghuraikan kesan pencemaran air.Tesis sarjana muda tidak diterbitkan, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, Malaysia. Farizah Bt Yaakob. (2011). Jejak labah-labah meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata dan perkataan kvk di kalangan murid tahun 1 melalui teori kecerdasan kinestatik. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Malaysia. Femi Olivia. (2010). Rangsangan minda dengan sistem biolearning. Kuala Lumpur: Casa Delima Sdn. Bhd. Kamus dewan bahasa dan pustaka (Edisi ketiga). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Liew Phaik Guat Selina. (1998). The effects of a reading program in preschool education on the reading attitude among children in later years. JabatanPendidikan. Maktab Perguruan Sandakan. Nabila Asyikin Salim. (2012). Keberkesanan GAMNA dalam meningkatkan keupayaan murid tahun 4 mengingat cir-ciri rumah tradisional.Tesis sarjana muda tidak diterbitkan, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, Malaysia. Noriati A. Rashid, Boon, P. Y. & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan alam belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. See Bee Ean. (2008). Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Membaca Dalam Kalangan pelajar Tingkatan 2. SMK Tunku Kurshiah. Negeri Sembilan. Sharlini Maniam. (2012). Keberkesanan teknik graco dalam meningkatkan keupayaan murid tahun 4 menghubungkaitkan ciri bentuk muka bumi dengan kegiata ekonomi. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, Malaysia. Siti Sarina Halim. (2010). Pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh November 13, 2012 dari http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajarandan-pembelajaran.html Yahya Othman & Roselan Baki. (2009). Pelaksanaan penyerapan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.

13

LAMPIRAN
Teori Kecerdasan Pelbagai 1. Konsep

Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting (Gardner 1983) Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ). teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical

14

atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini. Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

15

1.

pakah Tujuan Unit Ini? Dalam unit ini anda akan memahami lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir yang perlu diperkembangkan di kalangan pelajar anda dalam p&p untuk pembelajaran masteri.

2. Mengapa Lapan Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir Perlu Diperkembangkan? 1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu diperkembangkan 2. Kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. 3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 3. Bagaimanakah Lapan Kecerdasan Diperkembangkan? 1. Menurut Howard Gardner, seorang mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan berikut: Bahasa Logik-matematik Ruang (spatial) Muzik Kinestetik Interpersonal Intrapersonal Naturalistik

1. 2. 3.

Ciri-ciri setiap kecerdasan itu diberi dalam Jadual 1. Guru harus mengenal pasti pelajar yang pintar cerdas atau berbakat dan membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan aktiviti pengayaan. Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai atu topik yang berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.

Jadual 1: Ciri-ciri Lapan Kecerdasan Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan

Bahasa Logik Matematik Ruang Muzik

Menulis karangan, sajak, puisi, pnatun dan memberi ucapan Menaakul, kiraan, membuat analisis Mencorak, melukis, mengukir Mencipta lagu, menyanyi,

Penulis, penyajak, penceramah Saintis, jurutera, akauntan Pelukis, pengukur Pencipta lagu,
16

menikmati muzik, memain alat muzik

penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon Diplomat, ahli politik, peniaga Pengarang, penyajak, ahli falsafah Pemburu, petani, ahli sains semulajadi

Kinestetik

Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan Perhubungan manusia

Interpersonal

Intrapersonal

Nilai murni, pendirian, falsafah

Naturalistik

Mengecam sifat semula jadi, memburu dan pertanian

4. Ini bermakna, selain daripada penguasaan isi kandungan atau kemahiran dalam mata pelajaran itu, guru harus juga mengembangkan kelapan-lapan kecerdasan tersebut di kalangan pelajar. 5. Misalnya, dalam mata pelajaran bahasa guru harus:

Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan bahasa seperti penulisan karangan, sajak atau puisi, memberi ucapan, dan perbahasan. Kecerdasan interpersonal boleh juga dikembangkan apabila pelajar anda membuat pendirian atau pegangan atau memberi pendapatnya. Mengembangkan kecerdasan lain dengan kaedah atau aktiviti berikut: Pembelajaran koperatif: mengembangkan kecerdasan interpersonal Lakonan, permainan, simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep: mengembangkan kecerdasan ruang Menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu: mengembangkan kecerdasan muzik.
17

1. Dalam mata pelajaran Sains, anda harus: 1. Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran:
Menaakul secara logik Membuat kiraan Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir Membuat sistesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan Membuat keputusan Menyelesaikan masalah

2. Mengembangkan kecerdasan yang lain seperti bahasa, ruang, kinestetik, muzik, interpersonal dan intrapersonal dengan aktiviti yang sesuai seperti tersebut di atas

18

Vous aimerez peut-être aussi