Vous êtes sur la page 1sur 14

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh

pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut: 1 2 3 4 5 6 kebolehan kognitif tingkahlaku sosial / perkembangan sosial penguasaan bahsa lisan/pertuturan penguasaan membaca kemahiran perkembangan (developmental skills) kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran: 7 Ciri-ciri fizikal Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa. 8 Ciri-ciri intelek Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. 9 Ciri-ciri sosial dan peribadi Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka. RASIONAL Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara

menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. MATLAMAT Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. OBJEKTIF Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka: 10 Menguasai kemahiran komunikasi 11 Menguasai kemahiran bergaul 12 Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling 13 Menjaga kesihatan dan keselamatan diri 14 Menguruskan hal-hal kehidupan seharian 15 Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif 16 Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi 17 Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor 18 Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni 19 Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek SASARAN Murid-murid terencat akal ringan yang: Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain Tiada kecacatan fizikal yang teruk Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lainlain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru) Terencat Akal

Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia Autisme Bermasalah komunikasi Sukakan rutin Berada di dunia sendiri Ekolalia Cederakan diri sendiri Kompulsif tanpa tahu kesan Tidak suka bergaul Tidak ada tentangan mata Kerencatan bahasa Masalah kefahaman Tidak suka disentuh Bermasalah interaksi sosial Pergerakan berulang-ulang

Palsi Serebrum Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan Masalah pergerakan Masalah postur Kekejangan Pergerakan tidak terkawal Masalah imbangan badan Masalah komunikasi Masalah motor halus/kasar Masalah tulisan Masalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa Kecelaruan pertuturan Kecelaruan bahasa Kecelaruan suara Masalah artikulasi Masalah kelancaran

Sindrome Down Gangguan Penumpuan ADHD Lambat menyiapkan tugasan Mudah terganggu Masalah kosentrasi Masalah mengurus tugasan Cepat lupa Impulsif Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu Memerlukan pengawasan yang lebih Masalah menunggu giliran

Hiper Aktif Tidak boleh duduk diam Impulsif Tumpuan perhatian singkat Suka ganggu orang lain Bermasalah Pembelajaran

Pintar cerdas dan Berbakat Keupayaan umum yang istimewa Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

MENURUT istilah sains, autisme dikategorikan sebagai gangguan perkembangan yang kompleks disebabkan kerosakan pada otak sehingga mengakibatkan gangguan pada perkembangan komunikasi, perilaku, kemampuan sosialisasi, pengetahuan dan belajar. Pesakit mempunyai perbezaan dalam kemampuan dan perilaku mereka. Masing-masing memiliki sekumpulan ciriciri yang unik serta kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Talian Hayat kali ini paparkan masalah yang disuarakan seorang datuk mengenai cucunya mengalami masalah penyakit itu kepada penerbit yang juga pengacara Talian Hayat, Wan Kamaruddin Wan Ibrahim atau Wan K. Menurut Wan K, akibat daripada penyakit itu kanak-kanak berdepan masalah terlalu aktif, mengulas percakapan orang dan sukar membawa diri. Penyakit ini juga menjadi salah satu faktor di mana ibu bapa berasa tertekan. Saya sendiri tidak begitu mengetahui mengenai autisme sehingga mendapat penjelasan daripada seorang profesor dan beberapa doktor yang membuat kajian serta sudah mengenal pasti mengenai penyakit ini. Tidak dinafikan, ramai ibu bapa yang kurang mengetahui mengenai penyakit ini. Malah, ada di kalangan profesor dan doktor berpendapat sebahagian besar masalah penderaan berlaku disebabkan penyakit ini. Ada beberapa gejala yang dikenal pasti pada golongan penghidap penyakit ini. Ada juga di kalangan saintis yang percaya penyakit ini disebabkan tekanan dan sikap ibu mengandung yang kuat merokok, katanya. Dalam episod sama, Wan K turut berpeluang meninjau kehidupan kelompok yang menghidapi penyakit itu termasuk berkunjung ke Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (Nasom) iaitu sebuah pertubuhan yang mengendalikan pesakit autisma yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa di ibu kota. Melalui beberapa kes, ada di kalangan pesakit yang mengikuti kaedah terapi dengan betul berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam beberapa bidang seperti menguasai permainan piano dan ada juga mencatat pencapaian memberangsangkan dalam bidang akademik. Kanak-kanak yang mengidap penyakit ini juga berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila cubaan mereka dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi persembahan. Seramai 25 kanak-kanak pengidap penyakit berkenaan berusia dari tujuh hingga 13 tahun turut menjayakan satu persembahan. Tambah Wan K, pendedahan mengenai penyakit ini diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dan memberi galakan kepada ibu bapa supaya mengambil iktibar mengenainya. Kanak-kanak yang menghidap autisme perlu diberi peluang. Malah, ibu bapa juga perlu

melaksanakan kaedah yang betul bagi memulihkan penyakit berkenaan. Menurut kajian, ada beberapa ibu bapa yang mudah putus asa untuk membimbing pesakit autisme sehingga ada yang mengambil pendekatan salah seperti mengurung dan memukul anak-anak itu, katanya. Bukan hanya keluarga berdepan masalah autisme, masyarakat juga perlu mengambil tahu mengenai penyakit berkenaan. Tontoni Talian Hayat, jam 7.30 malam ini di ntv7 yang memaparkan pendedahan dalam bentuk analisis mengenai masalah ini selain rujukan daripada mereka yang pakar.

Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah: # Tidak menghiraukan orang lain # Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain # Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap # Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

# Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran # Lebih suka bermain sendiri # Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi # Lambat bercakap # Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang # Tidak boleh berkomunikasi dengan baik # Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot # Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap) # Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya # Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa # Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan # Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek # Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan # Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang # Tidak boleh duduk diam # Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa) # Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri # Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu: # Kurang tumpuan kepada persekitaran

# Sering ada dalam dunia sendiri # Kadangkala pertuturan tidak jelas # Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran Apabila kanak-kanak mula menunjukkan perangai, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan. Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi, katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif: # Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya # Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau buat perangai) # Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas) # Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian) # Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek # Cuba mengambil balik kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa) # Stimming perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lain Apa yang boleh dilakukan guru? Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu: # Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.

Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah. # Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi. # Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak. # Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanakkanak autisme ada masalah kenali konsep masa. Contohnya lagi lima minit kita akan tutup televisyen atau dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanakkanak autisme mendengarnya. # Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa. Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik negatif. # Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang. # Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri. Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak

dikunjungi atau aktiviti masa lapang. Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme, katanya.

Ciri-ciri autisme > Tidak menghiraukan orang lain > Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain > Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap > Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) > Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran > Lebih suka bermain sendiri > Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi > Lambat bercakap > Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang > Tidak boleh berkomunikasi dengan baik > Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot > Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap) > Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya > Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa > Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan > Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek > Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan > Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

> Tidak boleh duduk diam > Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa) > Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif > Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk

FAKTOR-FAKTOR AUTISME

Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU).

Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003).

Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.

Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian

pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan selsel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005).

autisme : punca-punca Berbagai-bagai kajian telah dijalankan bagi mengkaji punca kepada masalah autisma. Sejak tahun 1930 lagi banyak penyelidikan telah mula dijalankan, namun setelah kajian-kajian tersebut dilakukan, punca yang konkrit masih belum dapat dipastikan. Namun begitu, berdasarkan kajian-kajian tersebut, kebanyakan pengkaji dalam bidang perubatan menyatakan bahawa autisma berkemungkinan satu penyakit keturunan. Ia merupakan satu masalah biologi yang menganggu perkembangan dan sistem saraf otak. Seperti yang dinyatakan oleh Patricia M. Rodier ( 2000 ), beliau menyatakan bahawa hal ini mungkin juga berpunca daripada pengambilan pil Thalidomide yang digunakan untuk mengatasi masalah morning sickness yang sering menyerang ibu-ibu yang sedang mengandung. Kajian beliau telah membuktikan bahwa satu kajian yang telah dijalankan oleh Milller dan Stromland mendapati bahawa 5% daripada mangsa yang ibunya mengambil pil tersebut. Deskripsi awal yang telah dibentangkan oleh Kanner ialah kontroversu nature of nature. Kannaer mengatakan bahawa berlaku masalah ketidakupayaan atau kegagalan untuk menunjukkan kasih sayang dan kurang perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa yang terdiri daripada golongan sosio ekonomi yang tinggi. Keadaan ini menyumbang kepada suatu persekitaran yang akan menyebabkan masalah autisma boleh berlaku. Frances Tustin menyokong pernyataan tesebut dengan bersungguh-sungguh dan beliau turut menjelaskan bahawa pada peringkat awal , bayi berada dalam keadaan yang tidak sedar mengenai bahagian-bahagian tubuhnya dan orang lain atau objek sebagai satu unit yang berasingan. Namun begitu, apabila seorang bayi mencecah usia 6 bulan mereka

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

sudah mula boleh membezakan antara objek dengan manusia. Hubungan baik antara ibu dan anak adalah melalui penyusuan. Sebagai seoarang ibu, seorang ibu juga tidak mungkin akan dapat memenuhi semua kehendak bayi mereka kerana mereka sendiri tidak dapat memahami apa kehendak bayi mereka. Fasa perkembangan ini juga dikenali sebagai fasa percaya dan tidak percaya. Beliau juga turut menggunakan istilah normal primary autism untuk fasa tersebut. Semasa fasa ini, bayi akan berasa terancam dan akan menarik diri mereka dari dunia luar dan mereka akan menjadi seorang yang autistik. Bruno Bettelheim pula telah memperkenalkan istilah psychogenic dimana ia bermaksud kanak-kanak yang sangat aktif pada peringkat awal dan dapat memberikan respon atau isyarat adalah semasa mereka lapar. Tetapi sebaliknya apabila mereka berasa seperti terhalang untuk melakukan sesuatu yang mereka mahukan, meraka akan berasa kecewa dan berasakan mereka tidak boleh melakukan apa-apa dan ini menyebabkan mereka menarik diri dari sesuatu situasi dan menjadi autistic. Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengalami tekanan semasa mengandung juga akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungannya. Bayi berkenaan akan mengalami masalah perkembangan sensori yang perlahan. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa masalah rubella semasa mengandung juga turut mengundang kepada masalah autisma. Rubella boleh mengakibatkan kesan kesihatan yang agak serius di kalangan kanak-kanak yang lahir daripa ibu yang dijangkiti. Antara penyakit yang terjadi disebabkan masalah rubella adalah penyakit sawan dan pekak. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak autisma boleh mendapat penyakit sawan di peringkat dewasa. Hasil-hasil kajian ini memungkinkan rubella menjadi punca utama kepada masalah autisma. Selain rubella, ada juga hasil kajian yang menunjukkan bahawa autisma juga mungkin berpunca darpada jangkitan virus. Desmond ( dalam Paluszny 1979 ) dalam kajiannya mendapati bahawa 64 kes yang dijangkiti rubella, 8 adalah autistik. Selain itu, kajian Chess ( dalam Paluszny 1979 ) , beliau mendapati bahawa 243 kes yang dijangkiti rubella, 10 daripada mereka mengalami masalah autisma. Namun begitu, selain dari punca-punca di atas, antara punca lain yang memungkinkan terjadinya autisma hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, antaranya ialah : Teori Kelebihan Opioid Teori Gluten atau Casean dan Hubunutoimun dengan Penyakit Celiac Kolokistokinin Metilation Imunitasi Teori Autoimun dan Alergi makanan Zat darah penyerang kuman ke Myelin Protein Basic Teori Sekratin Teori kelainan saluran cerna Kekurangan vitamin, mineral nutrisi tertentu Selain daripada punca-punca yang dikenalpasti di atas, terdapat satu lagi punca yang mungkin menyebabkan terjadinya autisma. Masalah autisma turut dikaitkan dengan masalh pencernaan. Lebih daripada 60% daripada mereka memiliki sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan yang berasakan susu haiwan dan tepung gandum merupakan antara makanan yang tidak dapt dicernakan dengan baik oleh kanak-kanak autisma. Protein daripada makanan-makanan tersebut tidak bertukar menjadi asid amino atau

i. ii. iii. iv.

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

peptone yang dibuang. Sebaliknya ia diserap kembali ke tubuh, memasuki aliran darah lalu terus masuk ke otak dan berubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang seterusnya akan merosakkan sel-sel otak. Ini seterusnya akan menyebabkan fungsi otak mereka terganggu. Fungsi otak melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku mereka. Antara punca lain yang boleh menyebabkan autisma adalah : Organik : kerosakan otak ( 30% daripada mereka mengalami epilepsi ) Biokimia : gangguan metabolisma Imunologi HLA atau Human Leucoyle Antigen yang terdapat dalam serum ibu bapa Faktor alam sekeliling Selain itu, salah satu punca autisma yang dikenali adalah pendedahan pada bahan-bahan toksik atau keracunan arsenik yang seterusnya akan menyebabkan mereka mengalami masalah : Sistem imun menjadi lemah Alergi pada sesuatu makanan Masalah gastrointestinal Gangguan tidur Isu neurologi seperti gangguan pertuturan Mengasingkan diri Perasaan bimbang Gangguan masalah koordinasi motor halus dan motor kasar Mudah tertekan dan murung Berdasarkan punca-punca yang dibincangkan di atas, telah terbukti bahawa mungkin satu atau lebih punca yang menyebabkan terjadinya autisma. Disebabkan bukti-bukti punca yang menyebabkan autisma masih lagi kabur, kajian-kajian haruslah diteruskan pada masa akan datang.

Vous aimerez peut-être aussi