Vous êtes sur la page 1sur 8

PENGHARGAAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersyukur kehadrat illahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang masalah. Di sebalik kejayaan menyiapkan tugasan ini, kami ingin berterima kasih kepada insan-insan yang telah banyak membantu menyiapkan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung.

Pertamanya, kami tujukan terima kasih ini kepada ibu bapa kami yang menyumbangkan wang ringgit untuk perbelanjaan. Sokongan dan galakan juga tidak putus-putus diberikan oleh mereka supaya kami tekun dan gigih di dalam semua lapangan yang kami dilakukan. Kedua, kami ingin berterima kasih kepada pensyarah mata pelajaran iaitu En Rosli Bin Saidin yang telah menerangkan cara-cara menyiapkan tugasan ini. En Rosli Bin Saidin juga sedia membantu dikala kami dilanda kerunsingan disamping melontarkan idea-idea yang bernas.

Akhir sekali kapada rakan-rakan yang sering kali memperbetulkan kesilapan yang kami lakukan semasa menyiapkan tugasan ini. Kami juga sering berbincang jika timbul sebarang masalah sebelum dibawa kepada pensyarah jika masalah itu tidak dapat kami selesaikan sendiri. Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Sekian.

ASAS KEPEGAWAIAN

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF ), Persekutuan Bola Baling Malaysia ( MHF ), Persatuan Bola Baling Sarawak ( SAHA ) dan Peraturan - Peraturan AM MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan berpasukan ( Lelaki dan Perempuan ) Tempoh Permainan Secara Liga Kumpulan ( Pusingan Pertama ) 20 minit setiap separuh masa permainan dengan 10 minit rehat ( 20:10:20:) Kalah Mati ( Suku Akhir, Separuh Akhir, Tempat Ketiga dan Akhir ) 20 minit diberi untuk setiap masa permainan dengan 10 minit rehat (20:10:20) Masa rehat Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat ( Time Out ) sekali bagi setiap separuh masa. Pegawai dari mana-mana pasukan boleh memohon masa rehat dengan melayangkan KAD HIJAU kepada penjaga masa ( Time Keeper ) Situasi yang tidak dibolehkan untuk meminta masa rehat pasukan ialah : a). Selepas bola terkeluar daripada garisan tepi gol. (own goal line or outer goal line) b) Selepas pasukannya terkena jaringan gol.

3. PENDAFTARAN PEMAIN Tiap-tiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 14 orang pemain, iaitu 7 orang pemain dengan 5 orang pengganti.

4. SISTEM PERTANDINGAN Sila rujuk Peraturan-peraturan AM (8 ) Edisi 1994 MSSM. ( bergantung kepada jumlah penyertaan dan akan dibincangkan semasa mesyuarat pengurus / jurulatih pasukan pada .) 5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN Secara Liga Cara Memberi Mata: Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut: i. Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang. ii. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang. iii. Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang. iv. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. v. Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.

Secara Kalah Mati 5.2.2. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuhnya masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya. a) Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima minit. b) Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi. c) Jika keputusan masih lagi seri, sistem balingan 7 akan dijalankan kecuali dalam perlawanan akhir. d) Jika balingan 7 tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan. 5.2.3 Sistem balingan 7.. a) Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7m dengan cara balingan berselang-seli oleh 5 orang pemain. b) Jika masih seri, maka balingan 7 hendaklah diteruskan oleh pemain yang secara berselang-seli dengan sudden death c) Pengadil akan memutuskan gol di mana balingan 7 itu dijalankan. d) Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu. e) Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan akhir dalam masa tambahan dibenarkan membuat balingan penalti itu. f) Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 dan penjaga gol pasukan lawan mestilah berada di luar garisan balingan percuma. g) Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang. h) Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan penalti dijalankan.

6. PAKAIAN Sila rujuk undang undang Bola Baling Antarabangsa ( IHF ) dan perkara-perkara berikut:Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki. Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa dan boot. Kasut berpaku tid ak dibenarkan sama sekali. ( Gelanggang rumput sahaja ) Kasut boot yang mempunyai 6 stud tidak dibenarkan dipakai dan tinggi stud yang dibenarkan melebihi 12 mm. ( Gelanggang rumput sahaja ) 7. GELANGGANG PERMAINAN Sila rujuk Undang undang Bola Baling Antarabangsa (IHF ) Tiap tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol.

8. ALATAN ( BOLA ) Lelaki 18- saiz 3 IHF Berat - 425 gm hingga 475 gm Lilitan - 58 sm hingga 60 sm. Perempuan 18,lelaki 15 & perempuan 15 ) - saiz 2 IHF. Lelaki & perempuan 12 saiz 1 Sepanjang pertandingan ini dijalankan, bola disediakan oleh pihak pengelola.

9. KELEWATAN Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan dengan 3 mata dan bilangan gol 3 0. 10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan. 10.2 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan-pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan hendaklah memberi sebab secara bertulis kepada pihak pengelola kenapa berbuat demikian untuk menggelakkan tindakan tatatertib dikecualikan. 11. SINGKIR ( KAD MERAH ) DAN BATAL Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau disingkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya. Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau disingkir kali kedua, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain. Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan sepanjang pesta tersebut.

12. YURAN PENDAFTARAN

13. BANTAHAN 13.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pegawai pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada satu (1) jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran sebanyak RM100.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak berjaya. 13.2 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan

14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan UndangUndangPersekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF ), dan Peraturan Kejohanan Bola Baling ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan-Peraturan AM (23) MSSM.

BIBLIOGRAFI

Fida. (2009, Februari 5). Retrieved September 29, 2011, from http://fiedastory.blogspot.com/2009/02/bola-baling.html. Kiasmay. (2011, Mei 13). Retrieved September 29, 2011, from http://handballsamarahan.blogspot.com/2009/08/peraturan-pertandingan-bola-baling.html. Kunaskaran, R. (2011, Julai 23). Retrieved September 28, 2011, from http://www.scribd.com/doc/55848130/Kertas-Kerja-Kursus-Asas-KejurulatihanKepegawaian-Bola-Baling. Pendidikan, J. (2011, April 12). Retrieved September 29, 2011, from http://jurnalpendidikan.com/permainan/permainan-bola-baling.html. PYH. (2011, June 5). Retrieved September 29, 2011, from http://handballinmalaysia.blogspot.com/. Sarah. (2011, Februari 22). Retrieved September 29, 2011, from http://mysarah.wordpress.com/2011/02/22/bola-baling/. Zaireey. (2011, Mac 16). Retrieved September 29, 2011, from http://zaireeymyeasyhits4u.blogspot.com/2011/03/sejarah-permainan-bola-baling-handball.html.

Vous aimerez peut-être aussi