Vous êtes sur la page 1sur 7

Pengenalan Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan membosankan murid-murid, malahan ada

juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya berlaku di sekolah ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid. Bagi murid pula, mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid.

Untuk mencapai makrifat tentang bahasa, penting sekali kita mengenal hakikat bahasa. Hakikat bahasa pada asasnya ialah tatabahasa, dengan pengertian yang lebih dasar dan luas daripada sekadar subsistem yang terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Secara umumnya, bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Penyelidikan terhadap tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi, iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan-perkataan ini disusun menjadi ayat.

Ada juga pendapat pakar-pakar bahasa mengatakan tatabahasa yang dimaksudkan menjadi asas hakikat bahasa ialah satu bentuk potensi akliah yang dikurniakan Tuhan kepada anak-anak Adam (manusia) sewaktu mereka masih di alam roh, sebelum dilahirkan ke dunia (al-Quran, al-Araf: 172). Oleh Chomsky, potensi yang ternurani atau innate ini disebut tatabahasa sejagat (universal grammar). Potensi ini bukan bahasa dalam bentuk lahiriah yang terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat, dan wacana dalam bahasa yang tertentu, tetapi merupakan satu kemampuan akal yang dapat membentuk unsur-unsur bahasa yang disebut tadi dalam satu sistem semantik.

Hakikat tatabahasa sebagai tunjang bahasa dapat digambarkan dalam hubungannya dengan penguasaan kemahiran-kemahiran berbahasa. Representasi bahasa yang diwakili oleh kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis berasaskan satu kerangka tersembunyi yang menjadi asas pembentukan pola-pola bahasa yang bermakna. Kerangka tersembunyi itu tidak lain daripada tatabahasa. Tanpa kerangka itu, tidak dapat manusia

bertutur untuk melahirkan idea dan perasaan kerana kerangka itulah yang menyusun unsurunsur pertuturan dalam satu sistem yang teratur dan bermakna. Demikian juga, tanpa kerangka itu tidak mungkin berlaku proses pembacaan dan penulisan kerana segala sesuatu tertulis dalam satu sistem yang menimbulkan makna dan pembaca perlu memiliki keupayaan menguasai sistem itu. Orang yang hendak menulis pula perlu mempunyai skema sistem itu dan menterjemahkannya dalam bentuk-bentuk bahasa yang bermakna.Sesuai kiranya saya sisipkan di sini konsep tatabahasa (gramatikos) yang ditakrifkan oleh ahli-ahli falsafah Yunani sebagai seni membaca dan menulis, yang dengan jelas menunjukkan peranan tatabahasa.

Prinsip Asas Pengajaran Tatabahasa Peringkat Sekolah

Untuk menjayakan pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu seorang guru hendaklah menguasai prinsip pengajaran tatabahasa itu sendiri agar murid-murid tidak merasa kebosanan untuk menguasai tatabahasa itu sendiri. Berikut adalah prinsip pengajaran yang bernas digunakan;

a. Tatabahasa diajarkan secara penyerapan. b. Contoh yang banyak penting membina kefahaman murid- murid c. Banyakkan latih tubi d. Alat bantu mengajar penting menyokong kefahaman e. Menitikberatkan penggunaan tatabahasa yang betul.

a. Tatabahasa diajarkan secara penyerapan Tatabahasa memang kelihatan kering dan membosankan, baik pada guru mahupun murid, jika diajarkan hanya sebagai aturan-aturan, secara didaktik pula. Memang tujuan pokok kita mengajarkan tatabahasa ialah agar murid menguasai sistem bahasa untuk selanjutnya memanfaatkan penguasaan sistem bahasa itu bagi tujuan-tujuan yang fungsional, seperti pemerolehan ilmu, penghayatan nilai-nilai masyarakat, dan berinteraksi dengan baik dalam masyarakat. Jadi, terang bahawa pengajaran tatabahasa ialah prasyarat untuk komunikasi yang berkesan dan juga untuk tujuan pembinaan diri, terutama melalui pemerolehan ilmu. Pengajaran tatabahasa tidak patut bernoktah dengan pendedahan sistem semata-mata. Sebaliknya pengajaran tatabahasa hendaklah dihubungkan secara tidak langsung dengan aspek-aspek fungsionalnya. Pengajaran secara penyerapan ini amat berkesan dari segi

implikasi terhadap pembentukan ayat dalam standard Bahasa Melayu. Kreativiti golongan pengajar harus diperkembangkan dalam menyerap isu-isu tatabahasa bukan sahaja dalam teks-teks pengajaran malahan dalam ucapan dan perbualan semasa sesi pembelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Selain sensitiviti guru dalam memperkembangkan pengajaran tatabahasa itu sendiri. Secara jelasnya, pengajaran tatabahasa tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada kemahiran. Apabila tatabahasa diajarkan secara gabung jalin dengan kemahiran, maka dapatlah dielakkan pengajaran yang tertumpu semata-mata pada rumus-rumus tatabahasa sehingga menimbulkan kebosanan. Tatabahasa dapat diajarkan bersama-sama dengan aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Selain tidak membosankan, dapat pula murid memahami penggunaan tatabahasa secara fungsional atau secara tidak langsung dalam konteks yang sesuai dan wajar Strategi penyerapan ini berkaitan dengan gagasan menyepadukan aspek sistem bahasa dan kemahiran bahasa dengan kandungan bahasa. Dengan perkataan lain, pendidikan bahasa di samping menitikberatkan penguasaan tata bahasa serta aspek-aspek sistem bahasa yang lain dan juga penguasaan empat kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca, dan menulis), perlu turut menekankan aspek kandungan bahasa.Secara kasar, yang dimaksudkan kandungan bahasa ialah segala maklumat tentang kehidupan manusia yang dipelajari dan diwarisi melalui perantaraan bahasa. Dalam konteks pendidikan bahasa di negara kita, penyerapan melibatkan dua aspek utama, iaitu ilmu dan nilai. Secara lebih terperinci, ilmu dipecahkan kepada beberapa aspek lagi, iaitu kandungan mata-mata pelajaran lain, sains dan teknologi, bahasa dan sastera, budaya dan warisan. Selain itu terdapat pula isu dan hal masyarakat dan negara, serta isu dan hal ehwal antarabangsa. Nilai-nilai murni pula dibahagi kepada 16 nilai utama dengan pecahan-pecahannya. Di samping itu perlu diserapkan juga unsur kewarganegaraan.

b. Contoh yang banyak penting untuk membina kefahaman murid- murid.

Dengan berdasarkan strategi 2P itu, meyakinkan bahawa pengajaran tatabahasa dapat menjadi sesuatu yang menimbulkan minat guru dan murid, menjadi sesuatu yang betul-betul bererti, dan sekaligus dapat menghakis anggapan salah bahawa tatabahasa merupakan bidang yang kering dan tidak lebih daripada sehimpunan rumus. Melalui strategi penggabungjalinan murid diasuhkan menguasai tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Melalui strategi, penyerapan pula, murid dituntun menguasai tatabahasa dalam konteks yang bermakna, iaitu sambil

mempelajari beraneka maklumat ilmu, hal ehwal semasa, kegiatan masa lapang, dan nilainilai murni. Dengan demikian, tatabahasa tidak menjadi unsur yang terasing daripada kehidupan sehingga fahamlah murid mengapa ia perlu mempelajari tatabahasa dan fahamlah juga guru mengapa ia perlu mengajarkan tatabahasa. Antara wacana yang dapat digunakan dalam pengajaran tatabahasa ialah sebagai contoh bagi pelajar-pelajar, guru-guru boleh menggunakan bahan cetakan seperti keratan akhbar, majalah atau risalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Jadi, secara tidak langsung pelajar-pelajar mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau mencari isi penting daripada petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini tidak membosankan pelajar kerana guru telah menetapkan fokus tentang perkara yang hendak dibincangkan daripada sesuatu bahan atau petikan tersebut. Di samping itu, guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa ini setiap kali semasa membincangkan karangan, rumusan karangan, dan juga semasa mengalih bentuk teks. Perkara ini perlu dilakukan kerana setiap latihan yang dinyatakan itu tadi melibatkan aspek tatabahasa. Sebagai contohnya, semasa menulis karangan, rumusan karangan dan mengalih bentuk teks, pelajar-pelajar terpaksa membina ayat-ayat yang melibatkan pelbagai aspek tatabahasa.

c. Banyakkan latih tubi Keberkesanan satu sesi pengajaran dapat diukur

Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas kurang menarik dan membosankan murid-murid, malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid. Bagi murid pula, mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid. Selain itu, antara punca penting mengapa murid-murid gagal menguasai tatabahasa Bahasa Melayu ialah kurang berminat membaca surat khabar. Jika murid-murid rajin membaca suratkhabar mereka boleh memperkayakan perbendaharaan kata dan seterusnya mereka bolehmenguasai tatabahasa Bahasa Melayu. Bagi mengatasi masalah ini guruguru perlumenggalakkan murid-murid supaya rajin membaca surat khabar dan memberi penerangantentang kebaikan membaca surat khabar. Hasil daripada laporan prestasi ini dan pengalaman penyelidik sendiri yang menghadapi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kemahiran penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu, menyebabkan penyelidik mencuba kaedah yang sesuaiuntuk mengatasi masalah tersebut.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 11.07.2011 Tahun : Lima Anggerik Masa : 8.45 am -9.45 am

Tema : Keselamatan Jalan Raya Tajuk : Sehari Bersama Program Street Smart .

Fokus Utama : 7.1. Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Aras 2 1. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik.

Fokus Sampingan: 6.1. Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

Aras 2 1. Merujuk media elektronik untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji.

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:1. Mentafsir gambar atau papan tanda untuk mencari maksud sebenar. 2. Membaca dan menulis maksud gambar atau papan tanda yang ditunjukkan. 3. Mengembangkan idea perenggan d engan menggunakan kata dan ayat yang betul 4. Menulis maklumat yang didengar kepada genre naratif

Kemahiran Bahasa : Kemahiran menulis, Kemahiran membaca, Kemahiran mendengar dan Kemahiran bertutur. Sistem Bahasa : Tatabahasa : Ayat Tunggal Kosa Kata : Isyarat, Jejantas, Selekoh, Lencongan, Had laju, Lintasan, Kanan dan Kiri

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pendidikan Kesihatan & Sivik Nilai Murni - Berhati - hati, Sabar

Kemahiran Bernilai Tambah :-

1. Kemahiran Berfikir Membanding dan Membeza, Mentafsir 2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi 3. Kemahiran Belajar Cara Belajar 4. Pembelajaran Konstruktivisme Bahan Bantu Mengajar:

Rujukan URL: (slaid/ power point), LCD, Komputer, Lembaran Kerja, Petikan.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid mengetahui dan pernah melihat papan tanda peraturan di jalan raya.

Vous aimerez peut-être aussi