Vous êtes sur la page 1sur 41

KEMAHIRAN BELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN MNEMONIK ANEKDOT

PENDAHULUAN Pembelajaran merupakan kegiatan yang bergantung kepada kemahiran kognitif. Ahli psikologi seperti Mace (1976) berpendapat kita boleh membezakan mekanisme otak yang digunakan dalam pembelajaran dengan faktor yang menggerakan mekanisme tersebut. Faktor yang menggerakan mekanisme tersebut dipanggil dorongan dan sikap, sementara mekanisme pembelajaran dipanggil kemahiran pembelajaran. Adalah menjadi harapan setiap pelajar yang berada di sekolah untuk mencapai kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Kejayaan dalam bidang akademik adalah sesuatu yang tidak mustahil jika pelajar memperoleh cara atau strategi belajar yang berkesan. Pelbagai faktor penyumbang kepada kejayaan pelajar seperti kecerdasan intelek, daya usaha yang berlebihan, tumpuan yang lebih ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta strategi belajar yang mantap (Khalid, 2005: 3). Guru-guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Guru hendaklah memahami cara-cara untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku pelajar melalui pelbagai pengalaman pendidikan. Satu cara dalam usaha membantu guru supaya dapat mengarah proses pembelajaran adalah melalui pemahaman tentang teori pembelajaran yang telah dihasilkan daripada eksperimen secara formal. Pihak ibu bapa pula seharusnya menjadi pendorong semangat dan menggalakkan serta memperkukuhkan keupayaan kemahiran belajar dalam kalangan anak-anak mereka.

TUJUAN KAJIAN Kajian ini mempunyai empat tujuan utama iaitu: 1. Mengenal pasti perbezaan kemahiran belajar antara pelajar lelaki dan perempuan. 2. Mengenal pasti perbezaan kemahiran belajar bagi pelajar-pelajar yang pelbagai kumpulan pencapaian akademik seperti kumpulan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah. 3. Mengenal pasti perbezaan kemahiran belajar bagi pelajar-pelajar yang bersekolah di bandar dengan pelajar-pelajar yang bersekolah di luar bandar. 4. Mengenal pasti hubungan antara kemahiran belajar dengan pencapaian akademik. DEFINISI Kemahiran Belajar Menurut Mohd Yunus (1990), kemahiran belajar ialah keupayaan melaksanakan kegiatan pembelajaran dengan berkesan. Beliau telah membahagikan kemahiran belajar kepada beberapa elemen iaitu keupayaan mendisiplinkan diri, keupayaan membaca, keupayaan mendengar, keupayaan mencatat nota dan keupayaan mengingati. Menurut beliau, antara kemahiran yang amat ditekankan ketika proses pembelajaran berlaku ialah mendisiplinkan diri, kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota dan kemahiran mengingati. Definisi operasional dalam kajian ini akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada kelima-lima kemahiran belajar tersebut sebagaimana yang dijelaskan oleh Mohd Yunus (1990). Kemahiran-kemahiran tersebut dijelaskan secara terperinci seperti berikut: 1. Disiplin diri Disiplin diri adalah salah satu aspek yang sangat penting dalam pembelajaran. Dalam mendisiplinkan diri terdapat pelbagai langkah yang perlu diambil, antaranya ialah memulakan tugas dengan cepat, menentukan tugas yang hendak dilakukan, menyediakan tempoh untuk melengkapkan tugas, belajar dalam masa yang telah
2

ditetapkan, membahagi-bahagikan masa belajar dan menyediakan jadual belajar (Mohd Yunus, 1990). Selain itu, individu perlu menyemak tingkah laku belajar bagi mencapai pembelajaran yang aktif. Penumpuan dalam pemikiran perlu diberi perhatian walaupun pelajaran yang sedang dihadapi itu sukar. Sehubungan dengan itu, disiplin diri boleh dianggap sebagai kesungguhan individu mematuhi peraturan pembelajaran dan boleh dilakukan sekiranya pelajar itu mempunyai kesedaran metakognisi kendiri yang positif.

2. Kemahiran mendengar Kemahiran mendengar pula adalah salah satu daripada kemahiran belajar yang paling asas dan paling penting diamalkan secara berterusan. Kemahiran mendengar melibatkan pemerhatian teliti sesuatu demonstrasi, tulisan, lakonan, gerak badan, serta mendengar secara lisan maklumat yang disampaikan oleh guru. Kemahiran mendengar sangat penting kerana guru sering berkomunikasi dengan pelajar. Mohamad Daud (1994) menjelaskan bahawa mendengar tanpa penanggapan adalah tidak bermakna.

Penanggapan pula memerlukan pentafsiran maklumat yang dirakam setelah didengar. Mohd Yunus (1990) berpendapat, mendengar bukanlah semata-mata menerima dan mengenali bunyi di sekeliling kita. Mendengar adalah salah satu proses yang aktif yang memerlukan pemikiran, penilaian dan percantuman. Tanpa tumpuan khusus, pelajar akan ketinggalan perkara-perkara penting dalam pembelajaran. Lanjutan daripada mendengar dengan teliti barulah pelajar boleh mencatat isi-isi penting dan membuat nota. Justeru itu, kemahiran mendengar merupakan satu elemen yang penting ketika proses pembelajaran berlaku di dalam kelas. Penumpuan ketika pembelajaran khususnya mendengar secara teliti dan menyimpan maklumat dalam ingatan akan memudahkan maklumat diingati ketika diperlukan.

3. Kemahiran membaca Pembaca sebagai pengguna bahasa akan memberi gerak balas terhadap bentuk-bentuk grafik di muka surat. Maklumat yang dibaca boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu sintaksis, semantik dan grafo fonemik. Bacaan merupakan pemilihan dan penggunaan tanda saraan bahasa yang terbina melalui daya pengamatan berdasarkan harapan seorang pembaca. Pembaca kemudian membuat penentuan sementara ke atas maksudnya, kemudian disahkan, diterima atau disemak semula. Keberkesanan dalam proses pembacaan adalah amat perlu. Dalam memperoleh keberkesanan dalam pembacaan, pelajar perlu mengetahui kaedah-kaedah tertentu yang bersesuaian dengan diri pelajar itu sendiri. Pembacaan bagi bahan yang berbeza memerlukan kaedah penyesuaian yang berbeza. Mengikut Anderson (dlm Abd. Ghani, 1996: 25), kecekapan membaca bergantung kepada kecepatan bacaan dan kefahaman. Beliau menyatakan terdapat tiga penentuan yang perlu dibuat untuk memanfaatkan pembacaan iaitu menentukan tujuan sebelum membaca, menilai bahan bacaan, dan menentukan teknik apakah yang bersesuaian dengan bahan bacaan untuk mencapai objektif bacaan. Beliau juga mencadangkan beberapa teknik bacaan iaitu: a) Membaca dengan menyebut perkataan terutamanya pada peringkat b) permulaan membaca dan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah. c) Membaca dalam hati seperti menyebut perkataan tetapi perkataan tersebut tak terjelma dalam bentuk suara. d) Memberi tumpuan kepada satu-satu perkataan. Membaca berulang kali.

Walaupun kaedah-kaedah yang dicadangkan boleh membawa kepada pembacaan berkesan tetapi semuanya bergantung kepada kebolehan individu. Sekiranya individu itu

pintar, cara sebegini mungkin kurang sesuai dan Kamarudin dan Siti Hajar (1996) mencadangkan bahawa bacaan sebegini sesuai untuk pelajar-pelajar kategori sederhana. 4. Kemahiran mencatat nota Menulis ialah proses merakam dan menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan bertujuan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. Mc Crimmon (dlm Kamarudin dan Siti Hajar, 1996: 105) menyatakan bahawa sesuatu kegiatan penulisan itu tidak berlaku dalam ruang kosong sebaliknya dalam satu situasi. Sebuah penulisan selalunya bertujuan untuk

menyampaikan atau menghubungkan sesuatu mesej, rayuan, maklumat atau idea kepada seseorang. Kamarudin dan Siti Hajar (1996) memberikan satu definisi umum tentang penulisan kerana beliau berpendapat bahawa penulisan sebagai satu alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan melalui lambang-lambang bunyi. Dalam proses membuat nota, beberapa kemahiran belajar lain perlu bergabung seperti kemahiran mendengar dan membaca. Mencatat nota adalah aktiviti merekod iaitu menulis di atas kertas. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, mencatat nota merupakan elemen penting yang dapat membantu pelajar belajar dengan lebih baik dan memperoleh maklumat yang berguna ketika pembelajaran. Justeru itu, elemen-elemen mencatat nota seperti menggunakan singkatan perkataan serta lambang-lambang tertentu akan memudahkan proses pembelajaran seterusnya memudahkan pemahaman maklumat. 5. Kemahiran mengingati Ingatan merupakan proses intelek yang menyimpan maklumat dan pengalaman secara mental dan dapat dikeluarkan kembali untuk menyelesaikan masalah atau digunakan untuk pembelajaran selanjutnya. Menurut Amir (1986), cara menguatkan ingatan adalah melalui cara pemusatan ingatan dan apabila pelajardihadapkan dengan sesuatu rangsangan, mereka akan mempunyai kecenderungan untuk menumpukan dan
5

memusatkan fikiran kepada perkara tertentu sahaja. Lee (1997), menjelaskan bahawa ingatan terbahagi kepada tiga sistem iaitu ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Ingatan yang paling sesuai bermula dengan kegiatan rakaman deria atau ingatan sensor. Ingatan ini hanya berlaku dalam masa yang singkat iaitu kurang daripada satu saat contohnya ingatan ketika menaip. Apabila sesuatu maklumat itu diproses dan dikenali sebagai bermakna atau relevan, ia akan dipindahkan ke ingatan jangka pendek. Ingatan ini akan dapat disimpan dalam beberapa saat, contohnya menguji nombor telefon untuk mendail. Ingatan jangka panjang pula boleh menyimpan maklumat dan pengalaman yang diperoleh dalam bentuk yang kekal dan tersusun. Beliau turut mencadangkan kaedah memupuk kemahiran mengingat seperti:

1. Menegaskan isi untuk diingat. 2. Pembelajaran bermakna yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. 3. Pengelolaan pembelajaran berdasarkan idea dan maklumat. 4. Dikelompokkan dalam susunan untuk memudahkan ingatan. 5. Latih tubi dengan mengingati fakta dan konsep secara berulang kali. 6. Singkatan maklumat melalui pengekodan dan perlambangan.

Sebagai contoh;Wacana Sintaksis Morfologi Fonologi Fonetik

Pragmatik

Ini adalah Sub topik bagi subjek bahasa melayu. Iaitu kedudukan fonetik dalam hubungannya dengan bidang linguistik. Bagi memudahkan pelajar untuk mengingati topik berkenaan, kita perlu menyediakan kata kunci bagi setiap topik tersebut. Sebagai contoh: Fonetik =
Fonologi = Morfologi = Sintaksis = Wacana = Pragmatik =

Ferrari
Ford Mazda Subaru Wolkswagen Proton

Kata kunci ini dijadikan satu cerita lucu atau satu cerita pendek bagi memudahkan para pelajar mengingati kata kunci tersebut. Ayah saya seorang peminat kereta Ferrari. Mak saya peminat kereta Ford. Tetapi abang saya kata mazda lagi laju. Kakak saya pula suka Subaru.Tetapi saya selalu menaiki kereta Wolkswagen atuk.Tetapi bagi saya kereta Proton tetap terbaik.hihihihi..

Dengan cara ini pelajar lebih mudah untuk mengingati dan lebih minat untuk menghafal subjek bahasa melayu atau subjek-subjek yang lain

Justeru itu kemahiran mengingat merupakan perkara yang terpenting dalam pembelajaran. Setakat mana dapat dipertingkatkan bergantung kepada kemampuan dan prestasi pelajar. Hal ini boleh dipelajari dan ditingkatkan melalui latihan yang berterusan. Pengukuhan pembelajaran dengan menggunakan teknik latih tubi mampu mengukuhkan daya ingatan pelajar ketika pembelajaran berlaku.

Pencapaian Akademik Mohd Majid (1998), menjelaskan bahawa ujian pencapaian mengandungi set rangsangan yang mengukur penguasaan dan kemahiran individu dalam bidang yang khusus. Set rangsangan ujian digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam bidang tertentu. Dalam penyelidikan ini, pengkaji berpendapat bahawa pencapaian akademik bermaksud skor-skor pencapaian subjek-subjek dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Keputusan ini dianalisis mengikut gred pencapaian yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Manakala pencapaian dikaitkan dengan prestasi akademik dalam peperiksaan yang dikelolakan oleh LPM. Dalam penyelidikan ini, kumpulan pencapaian bermaksud sejumlah pelajar yang telah diselaraskan mengikut piawai sekolah iaitu kumpulan cemerlang, sederhana, dan lemah dari segi akademik. Bagi meninggikan kesahan dan kebolehpercayaan, pelajar diminta membawa keputusan PMR dan diminta mengisikannya ketika sesi soal selidik dijalankan. Pemilihan pelajar mengikut kepelbagaian kumpulan pencapaian adalah berdasarkan keputusan gred A yang telah diperoleh dalam peperiksaan tersebut. Kumpulan pelajar cemerlang dipilih berdasarkan bilangan gred A dalam pencapaian peperiksaan. Kumpulan sederhana pula dipilih melalui bilangan gred C dan B yang diperoleh dalam peperiksaan manakala kumpulan lemah dipilih berdasarkan bilangan gred D yang diperoleh dalam peperiksaan.
8

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN Shiqin (2003) dalam satu kajian kes yang berkaitan proses pembelajaran bahasa Cina kepada pelajar berbangsa asing di Australia menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai kemahiran belajar yang dikuasai oleh pelajar-pelajar dalam memastikan mereka dapat menguasai bahasa tersebut. Sebilangan sampel yang diuji dengan menggunakan kaedah bergambar serta flash card dapat mengingati makna atau penggunaan perkataan bahasa Cina mengikut konteks yang dikehendaki dan mencatatkan markah yang tinggi dalam tiga ujian yang dikendalikan berbanding dengan kumpulan yang hanya mendengar dan melihat sahaja. Meninjau kajian Ng et al. (2005) yang berkaitan jangkaan terhadap proses pembelajaran terarah kendiri di sekolah bestari mendapati bahawa terdapat perhubungan yang tinggi kesedaran pembelajaran dengan penggunaan kaedah pembelajaran kendiri dengan menggunakan teknologi maklumat. Dalam konteks ini, pelajar di sekolah bestari menyedari bahawa kemahiran pembelajaran terarah kendiri membantu ke arah pencapaian akademik mereka. Pelajar turut menyedari bahawa pengaruh motivasi mempengaruhi pembelajaran dan seterusnya membantu pencapaian akademik. Kajian seterusnya berkaitan tajuk ini dilakukan oleh James, Chris dan Michael pada tahun 2003. Kajian mereka membabitkan 88 subjek yang terdiri daripada 70 orang perempuan dan 18 orang lelaki. Dapatan menunjukkan terdapat perhubungan antara kejayaan pelajar dengan kemahiran belajar. Kajian ini berkait dengan usaha menggalakkan kejayaan dalam kalangan pelajar yang belum berijazah serta cabaran pengajaran, strategi respons dan kemahiran belajar. Kajian ini menggunakan instrumen yang mengandungi lima bahagian iaitu maklumat demografi, kemahiran belajar, cabaran-cabaran kejayaan pelajar dan reaksi pelajar terhadap cabaran tersebut. Hasil kajian menggunakan nilai min dan sisihan piawai. Bagi kemahiran belajar yang dipecahkan kepada 14 bahagian menunjukkan bahawa pembelajaran di rumah mempunyai nilai min yang tinggi iaitu 5.19 berbanding kemahiran belajar yang lain seperti belajar bersendirian (5.09), perbincangan kumpulan (3.82), mengunjungi perpustakaan (2.58) dan belajar dalam kumpulan kecil (2.45).

Bagi mengukuhkan hujah, kita wajar merujuk kajian terkini yang dibuat oleh Heidrun dan Albert (2005) berkaitan penilaian program pembelajaran kendiri untuk pelajar yang mempunyai kelebihan matematik tetapi rendah pencapaian di peringkat sekolah rendah. Dalam kajian ini, beliau menggunakan 36 sampel pelajar darjah empat yang rendah pencapaian akademik tetapi mempunyai kelebihan dalam kemahiran matematik. Para pelajar dibantu oleh 12 orang guru yang telah diberi latihan khusus dalam mengendalikan penyelidikan. Antara elemen kemahiran belajar yang digunakan ialah pengurusan masa belajar di rumah, pembelajaran secara berterusan, penilaian kendiri terhadap sistem pembelajaran, kecekapan kendiri, kekuatan kendiri, cita-cita dan pencapaian sebenar. Sampel dikawal dan diberi rawatan yang dikendalikan oleh 12 orang guru. Berdasarkan data dan analisis kajian, pengurusan masa menunjukkan nilai F bersamaan 2.82 dan mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan pencapaian sebanyak p < 0.05. Selain itu, terdapat perhubungan yang positif antara aspirasi akademik dan pencapaian matematik yang mempunyai nilai r = 0.66 (p < 0.05). Keputusan kajian menunjukkan terdapat perubahan pencapaian akademik sekiranya pelajar yang bermasalah dibantu dengan pelbagai kaedah seperti pengurusan masa. Justeru itu, berlaku perubahan terhadap kumpulan yang dikawal daripada 0.16 kepada kumpulan yang dirawat yang meningkat kepada 0.17. Hal ini bertepatan dengan yang diutarakan oleh Dieter, Petra dan Maria (2005) dalam kajian yang bertajuk ''Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Membaca di Jerman dan Sepanyol.'' Kajian tersebut menggunakan data dari negara Jerman dan Sepanyol, dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pelajar dan sekolah. Data dari Jerman terdiri daripada 5073 pelajar dan 219 sekolah manakala data dari Sepanyol pula merangkumi 6214 pelajar dan 185 sekolah. Tujuan kajian adalah untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti membaca dalam kalangan pelajar di Jerman dan Sepanyol. Pengkaji telah menggunakan kaedah statistik deskriptif dalam menganalisis data kajian. Keputusan kajian di Jerman dan Sepanyol menunjukkan bahawa faktor positif seperti minat dan penumpuan dalam pembacaan akan mempengaruhi pembacaan, seterusnya membantu pelajar memahami bahan bacaan dengan nilai y = 0.21. Manakala faktor negatif seperti kegagalan pelajar untuk hadir ke sekolah, datang lewat ke sekolah, dan

10

tidak melakukan kerja rumah menunjukkan pencapaian yang rendah dalam bacaan dan pencapaian akademik. Kesinambungan daripada itu, kajian Yesim Somuncuoglu (2001) yang bertajuk hubungan antara pencapaian orientasi matlamat dan penggunaan pembelajaran boleh digunakan untuk melengkapkan maklumat yang dikaji. Hal ini kerana kajian ini mempunyai kaitan dengan kajian-kajian yang telah dibincangkan sebelumnya. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dan penggunaan strategipembelajaran. Data kajian melibatkan sebanyak 189 orang pelajar psikologi pendidikan dari Middle East Technical University (METU). Jumlah pelajar perempuan adalah 126 orang manakala pelajar lelaki sebanyak 63 orang. Data ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perhubungan yang positif walaupun tidak begitu tinggi (0.27) antara pencapaian pelajar dengan kemahiran kognisi dalam pembelajaran. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa nilai pembelajaran dan pencapaian pembelajaran perlu seiring dengan kemahiran belajar yang diperoleh secara bermakna. Selanjutnya, kita wajar meneliti kajian yang dibuat oleh Sanna, Paivi dan Sakari (2004) yang bertajuk ''Orientasi Belajar Pelajar Universiti, Pengalaman Pembelajaran dan Kejayaan Belajar dalam Kursus Inovatif.'' Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis perubahan dalam orientasi kemahiran belajar yang boleh dikesan dalam kursus inovatif. Seramai 287 pelajar terdiri dari kalangan pelajar Teknologi Maklumat, Bahasa Inggeris, Pendidikan, dan pelajar aliran Sukan terlibat sebagai subjek. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pelajar terbabit mengalami masalah dengan kemahiran belajar. Pelajar Teknologi Maklumat menunjukkan nilai skor min sebanyak 2.98, Bahasa Inggeris (2.54), Pendidikan (2.38) dan pelajar aliran Sukan (1.71). Pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa kemahiran belajar dan hasil pembelajaran dalam kalangan pelajar adalah berbeza dan menjadi peranan guru untuk mengenal pasti jenis perbezaanperbezaan tersebut sama ada mereka tergolong dalam golongan pelajar yang berjaya, pelajar yang mudah berpuas hati, atau pelajar pemalas. Kajian di atas selari dengan penemuan Keefe (1987) yang menjelaskan bahawa kemahiran belajar setiap pelajar berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini dapat
11

dikesan dari pelbagai aspek seperti jantina, bentuk fizikal, tingkah laku, cara berfikir, cara berinteraksi, kemahiran belajar dan gaya kognitif yang pelajar pilih untuk memperoleh maklumat baru. Sebagai seorang pelajar, seharusnya mereka memahami gaya kemahiran pembelajaran mereka. Hal ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan mengambil pelbagai langkah termasuk memahami dan menerima gaya pembelajaran yang boleh disesuaikan demi peningkatan dalam pencapaian akademik dan kreativiti ( Griggs, 1985). Kajian-kajian yang dibuat ini menunjukkan bahawa pelajar berpendapat kemahiran belajar mempunyai perhubungan dengan pencapaian akademik mereka. Justeru itu, pengkaji berpendapat kajian-kajian ini sesuai digunakan sebagai sumber rujukan untuk menunjukkan perhubungan antara kemahiran belajar dengan pencapaian akademik seseorang pelajar. Secara khususnya, kemahiran belajar dapat dirumuskan sebagai satu kesedaran metakognisi yang ada dalam diri pelajar untuk belajar dengan cara terbaik bagi mendapatkan maklumat yang berguna untuk pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji berpendapat bahawa kemahiran belajar merupakan keupayaan yang dimiliki oleh pelajar dalam menguasai kaedah-kaedah pembelajaran seperti disiplin diri, kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran membuat nota dan kemahiran mengingati yang akan memudahkan mereka memahami maklumat dan menyampaikan semula dalam bentuk yang berguna. Kaedah-kaedah kemahiran belajar ini digunakan oleh pelajar sepenuhnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang bertujuan untuk mengenal pasti perhubungan antara dua variabel iaitu kemahiran belajar dengan pencapaian akademik. Selain itu, kajian ini juga akan melihat perbezaan kemahiran belajar di kalangan pelajar pelbagai kebolehan akademik, lokasi serta jantina. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan soal selidik untuk mendapatkan dua jenis maklumat iaitu kemahiran belajar dan pencapaian akademik. Aspek-aspek kemahiran belajar yang ditumpukan adalah disiplin diri, kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota dan
12

kemahiran mengingati. Kajian ini melibatkan dua buah sekolah menengah di daerah Kerian dan mempunyai pelajar dengan pelbagai kebolehan. Pemilihan sekolah juga dibuat berdasarkan lokasi sekolah yang berada di bandar dan di luar bandar. Dua sekolah ini dipilih memandangkan wujudnya pelajar dengan pelbagai kebolehan seperti pelajar-pelajar dengan kelas baik, sederhana dan lemah. Dalam menentukan sampel, pengkaji telah mengenal pasti bilangan pelajar tingkatan empat di kedua-dua buah sekolah. Persampelan dilakukan melalui proses persampelan berstratifikasi. Dalam menentukan sampel, pengkaji telah mengenal pasti bilangan pelajar tingkatan empat di kedua-dua buah sekolah. Pengkaji juga telah melihat klasifikasi kepada komposisi bilangan pelajar yang berada di dalam kelas cemerlang, sederhana dan lemah bagi kedua-dua sekolah. Pemilihan secara rawak melibatkan 30 orang daripada setiap kategori kelas cemerlang, sederhana dan lemah telah dilakukan dengan merujuk kepada keputusan peperiksaan PMR tahun 2006. Subjek yang dipilih adalah daripada tingkatan empat pada tahun 2007. Seramai 180 orang pelajar telah dipilih sebagai subjek kajian yang mewakili 10% bilangan pelajar tingkatan empat. Subjek-subjek tersebut dipilih berdasarkan jantina dari kelas baik, sederhana dan lemah. Pemilihan subjek mengikut jantina adalah seimbang iaitu 90 pelajar lelaki dan 90 pelajar perempuan yang mewakili tiga kepelbagaian kebolehan akademik iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Pemilihan subjek dibuat dengan menggunakan keputusan peperiksaan PMR dan kedudukan pelajar di dalam kelas. Subjek juga mewakili 90 orang daripada sekolah di bandar dan 90 orang daripada sekolah di luar bandar. Pemilihan sampel sekolah dibuat secara rawak berdasarkan kedudukan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan luar bandar. Kajian ini menggunakan alat ukur berbentuk soal selidik kemahiran belajar bagi mendapatkan maklumat tentang kajian. Satu soal selidik boleh digunakan iaitu soal selidik kemahiran belajar oleh Mohd Yunus (1990) dan telah diubah suai pada bahagianbahagian tertentu. Bagi memastikan wujudnya kesahan dan kebolehpercayaan, satu kajian rintis telah dijalankan dengan menggunakan 50 orang subjek kajian. Hasil ujian kebolehpercayaan alfa menunjukkan bacaan yang tinggi iaitu 0.921 untuk keseluruhan 46
13

item soal selidik berkenaan. Ujian kesahan dengan menggunakan Kaiser Meyer Olkin (KMO) dan Bartletts menunjukkan nilai kesahan yang diperoleh juga tinggi iaitu 0.933 bagi 46 item soalan yang telah dijawab oleh pelajar. Soal selidik ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan dengan demografi pelajar. Bahagian B pula mengandungi soal selidik kemahiran belajar dan pencapaian akademik PMR. Instrumen kemahiran belajar yang digunakan dalam kajian ini mengandungi lima bahagian dengan 46 jumlah item. Hal ini dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dalam jadual di bawah. Jadual 1. Jumlah pecahan soal selidik yang Jumlah dikaji. Bidang 1. Disiplin Diri 2. Kemahiran Membaca 3. Kemahiran Mendengar 4. Kemahiran Mencatat Nota 5. Kemahiran Mengingati Soalan 14 8 8 7 9 Nombor Soalan 114 1522 2330 3137 3846

Pemisahan bidang-bidang kemahiran belajar dibuat berdasarkan elemen kemahirankemahiran belajar yang dibincangkan diperingkat kajian literatur. LIMITASI KAJIAN Kajian ini telah dijalankan di dua buah sekolah menengah di kawasan negeri Perak. Dua buah sekolah dipilih secara rawak mewakili sebuah sekolah menengah yang terdapat di kawasan bandar dan sebuah sekolah menengah yang terdapat di kawasan luar bandar. Subjek seramai 180 (10% daripada jumlah populasi 1800 orang) orang pelajar dipilih mewakili seluruh populasi tingkatan empat dengan tujuan untuk mendapatkan keputusan yang sahih terhadap kemahiran belajar yang dikuasai oleh pelajar. Oleh itu, dapatan penyelidikan ini akan terbatas dan tidak boleh digeneralisasi
14

secara keseluruhan terhadap keseluruhan pelajar di negeri Perak. Di samping itu, kajian yang dijalankan ini hanya tertumpu kepada lima elemen kemahiran belajar iaitu disiplin diri, kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran membuat nota dan kemahiran mengingat.

KEPUTUSAN Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran belajar dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang berlainan jantina. Keputusan analisis perbezaan kemahiran belajar berdasarkan jantina menunjukkan nilai t = 1.623 dan p = 0.106. Hal ini menunjukkan bahawa nilai p adalah lebih besar daripada nilai alfa 0.05 (p = 0.106 > 0.05). Oleh itu, keputusan untuk kemahiran belajar mengikut jantina adalah tidak signifikan pada aras p > 0.05. Keputusan ujian hipotesis analisis varian (ANOVA) kemahiran belajar di kalangan pelajar pelbagai kumpulan pencapaian akademik menunjukkan nilai F = 2067.110, darjah kebebasan = 177 pada paras keertian p = 0.000, iaitu p < 0.05 adalah signifikan. Justeru itu, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran belajar di kalangan kumpulan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah. Berdasarkan ujian Post Hoc ANOVA Tukey, didapati pasangan yang berbeza secara signifikan ialah seperti berikut: 1. Pasangan kumpulan cemerlang dengan sederhana serta lemah mempunyai perbezaan yang signifikan antara satu sama lain berdasarkan nilai signifikan 0.000 (bagi ujian Tukey) adalah lebih kecil daripada nilai signifikan p < 0.05. 2. Pasangan kumpulan sederhana dengan cemerlang serta lemah mempunyai perbezaan yang signifikan antara satu sama lain berdasarkan nilai signifikan 0.000 (bagi ujian Tukey) adalah lebih kecil daripada nilai signifikan p < 0.05.

15

3. Pasangan kumpulan lemah dengan cemerlang serta sederhana mempunyai perbezaan yang signifikan antara satu sama lain berdasarkan nilai signifikan 0.000 (bagi ujian Tukey) adalah lebih kecil daripada nilai signifikan p < 0.05. Keputusan turut menunjukkan tidak wujud perbezaan signifikan kemahiran belajar antara subjek yang bersekolah di bandar dengan subjek yang belajar di luar bandar. Analisis menunjukkan nilai t = 0.565, p = 0.573. Hal ini menunjukkan nilai p adalah lebih besar daripada nilai alfa = 0.05 (p = 0.565 > 0.05). Oleh itu, keputusan untuk kemahiran belajar antara pelajar yang bersekolah di bandar dengan luar bandar adalah tidak signifikan pada aras keertian p = 0.05. Bagi keputusan analisis hubungan kemahiran belajar dengan pencapaian akademik pula menunjukkan perhubungan yang positif dengan nilai r = 0.968 pada paras keertian p = 0.00, iaitu p < 0.05. Dapatan ini menunjukkan terdapatnya perhubungan yang signifikan antara kemahiran belajar dengan pencapaian akademik pelajar yang menduduki PMR. Justeru itu, kita boleh menyatakan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan antara kemahiran belajar dengan pencapaian akademik pelajar yang menduduki peperiksaan PMR.

PERBINCANGAN Perbincangan dapatan kajian adalah berpandukan kepada hasil keputusan yang diperoleh untuk kemahiran belajar berdasarkan jantina, pelbagai kumpulan pencapaian, lokasi sekolah dan pencapaian akademik. Keputusan melaporkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran belajar dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang berlainan jantina. Dapatan kajian ini sebenarnya seiring dengan kajian yang dijalankan oleh Md. Dali (1999). Kajian beliau menunjukkan tidak terdapat perbezaan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar pelbagai jantina. Hal ini berdasarkan teori kematangan Gessel dan kognitif Jean Piaget yang menyatakan apabila tiba pada tahap kematangan, seseorang kanak-kanak tanpa mengira jantina boleh menguasai kemahiran dalam pembelajarannya. Pelajar boleh dianggap telah
16

matang dan mencapai kematangan kognitif untuk menguasai kemahiran belajar. Namun, hal ini adalah bertentangan dengan kajian yang dibuat Keefe (1987) yang mendapati terdapat perbezaan antara kemahiran belajar dengan pencapaian akademik. Keefe (1987) menjelaskan bahawa kemahiran belajar setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini dapat dikesan dari pelbagai aspek seperti jantina, bentuk fizikal, tingkah laku, cara berfikir, cara berinteraksi, kemahiran belajar dan gaya kognitif yang pelajar pilih untuk memperoleh maklumat baru. Sebagai pelajar yang berbeza, mereka harus memahami gaya kemahiran pembelajaran mereka. Hal ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan mengambil pelbagai langkah termasuk memahami dan menerima gaya pembelajaran yang boleh disesuaikan demi peningkatan dalam pencapaian akademik dan kreativiti (Griggs, 1985). Dapatan kajian Mohd Salleh (1991) pulamenunjukkan kelangsungan dengan kajian yang dibuat oleh Keefe (1987) yang menyatakan bahawa pelajar perempuan mempunyai kemahiran belajar yang lebih baik daripada pelajar lelaki. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan kemahiran belajar di kalangan pelajar pelbagai kumpulan pencapaian akademik. Hasil analisis terhadap subjek didapati bahawa terdapat perbezaan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelajar kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah. Analisis yang dibuat dengan menggunakan ujian ANOVA post hoc menunjukkan pasangan kumpulan cemerlang dengan sederhana serta lemah mempunyai perbezaan yang signifikan antara satu sama lain berdasarkan nilai signifikan 0.000 (bagi ujian Tukey) adalah lebih kecil daripada nilai signifikan p < 0.05. Keputusan yang sama juga dapat dilihat pada pasangan kumpulan sederhana dengan cemerlang serta lemah yang mempunyai perbezaan yang signifikan antara satu sama lain berdasarkan nilai signifikan 0.000 (bagi ujian Tukey) adalah lebih kecil daripada nilai signifikan p < 0.05. Dapatan kajian ini sebenarnya sejajar dengan pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang pengkaji terdahulu seperti kajian Ng et al. (2005) berkaitan jangkaan terhadap proses pembelajaran terarah kendiri di sekolah bestari yang mendapati bahawa terdapat perhubungan yang tinggi antara kesedaran pembelajaran dengan penggunaan kaedah pembelajaran kendiri dengan menggunakan teknologi maklumat. Dalam konteks ini, pelajar di sekolah bestari iaitu pelajar kategori cemerlang menyedari bahawa kemahiran
17

pembelajaran terarah kendiri membantu ke arah pencapaian akademik mereka. Pelajar turut menyedari bahawa pengaruh motivasi mempengaruhi pembelajaran dan seterusnya membantu pencapaian akademik. Dapatan ini juga sinonim dengan dapatan kajian Mohd Yunus (1990) yang menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai kemahiran belajar yang lebih baik terdiri daripada kumpulan pelajar yang berada dalam kategori pelajar cemerlang. Keputusan analisis seterusnya menunjukkan tidak terdapat perbezaan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar-pelajar yang bersekolah di bandar dengan pelajar-pelajar yang bersekolah di luar bandar. Perkara ini memberikan satu penjelasan bahawa pelajar-pelajar yang bersekolah di bandar dan luar bandar mempunyai corak kemahiran belajar yang sama. Dapatan kajian ini sebenarnya menyokong pandangan yang dikemukakan oleh Erlanawati (2005). Kajian beliau berkaitan dengan kesukaran bahasa dalam kalangan pelajar asing di Australia menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke arah penguasaan bahasa yang mantap tanpa melibatkan lokasi pembelajaran. Dapatan analisis hubungan antara kemahiran belajar dan pencapaian akademik menunjukkan perhubungan yang signifikan. Analisis terhadap hasil keputusan ujian membuktikan variabel kemahiran belajar mempunyai perhubungan yang kuat dengan pencapaian akademik dalam pencapaian PMR. Dapatan ini sebenarnya mempunyai kelangsungan dengan pandangan yang dikemukakan oleh Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan (1993) yang menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai kemahiran belajar yang tinggi akan memperoleh keputusan akademik yang tinggi. Bagi menyokong hujah ini, pengkaji merujuk dapatan kajian yang dibuat oleh Heidrun dan Albert (2005) berkaitan penilaian program pembelajaran kendiri untuk pelajar yang mempunyai kelebihan matematik tetapi rendah pencapaian di peringkat sekolah rendah. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perhubungan yang positif antara aspirasi akademik dan pencapaian matematik yang mempunyai nilai r = 0.66 (p < 0.05). Dapatan ini menjelaskan terdapat perubahan pencapaian akademik sekiranya pelajar yang bermasalah dibantu dengan pelbagai kaedah seperti pengurusan masa. Dapatan ini menyokong pandangan bahawa terdapat perhubungan yang positif antara kemahiran belajar dengan pencapaian akademik.
18

IMPLIKASI Hasil kajian ini memberikan beberapa implikasi khususnya kepada pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Implikasi-implikasi berikut wajar diberi perhatian agar perancangan yang teliti dan sistematik akan dapat dilaksanakan:

1. Keperluan Terhadap Meningkatkan Kemahiran Belajar dalam Kalangan Pelajar. Khalid (2005) menjelaskan kemahiran belajar merupakan satu kemahiran yang gagal dikuasai oleh sebahagian besar pelajar di Malaysia. Mereka sering menganggap bahawa apabila mereka mula belajar, kemahiran belajar akan dikuasai secara tidak langsung. Hal ini merupakan satu kesilapan persepsi kerana para pelajar tidak menyedari kepentingan kemahiran belajar. Bagi pelajar berprestasi rendah, mereka menganggap bahawa apabila menjadi seorang pelajar bermakna mereka telah mengusai kemahiran belajar. Setiap tahun kita didedahkan dengan cerita-cerita kejayaan pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam di negara kita. Namun demikian, hal ini berbeza dengan para pelajar yang berada dalam kategori sederhana dan lemah dalam pencapaian akademik. Golongan pelajar kategori lemah dan sederhana perlu mendapat pendedahan lebih awal tentang kemahiran belajar agar mereka dapat mengaplikasikannya pada peringkat awal persekolahan lagi. Hal ini secara tidak langsung mendorong kepada peningkatan prestasi akademik para pelajar secara keseluruhannya. Antara contoh program yang pernah dilaksanakan dengan jayanya dalam meningkatkan kemahiran belajar ialah ''Program Diari Nadiah'' yang dianjurkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di setiap negeri. Programanjuran GPMS ini cuba menonjolkan usaha pembelajaran pelajar yang telah berjaya memperoleh 17 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2006.

19

2. Keperluan Setiap Pelajar Menguasai Pelbagai Kemahiran Belajar. Hasil kajian menunjukkan kemahiran belajar yang dikuasai oleh pelajar perlu dipelbagaikan. Kemahiran belajar bukan sahaja diwakili oleh elemen membaca, mengingati, mencatat nota, mendengar serta mendisiplinkan diri tetapi turut meliputi kemahiran menyelesaikan masalah, pengurusan masa serta lain-lain lagi. Para pelajar harus mengetahui semua elemen-elemen kemahiran belajar agar mereka dapat menggunakannya ketika proses pembelajaran. Selain itu, penguasaan lebih daripada satu kemahiran belajar akan memudahkan pelajar untuk menumpukan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Hal ini pernah disentuh oleh Khalid (2005) dalam menilai masalah pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah dan universiti.

3. Keperluan untuk Para Guru Mendedahkan Kemahiran Belajar kepada Pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang positif antara kemahiran belajar dengan pencapaian akademik. Justeru itu, sebagai orang yang paling hampir kepada para pelajar, guru-guru harus menyelitkan elemen-elemen kemahiran belajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Kemahiran belajar ini sangat penting dan harus dikuasai oleh semua guru agar mereka dapat melatih pelajarpelajar menguasai kemahiran tersebut. Guru-guru juga boleh menyelitkan elemen kemahiran belajar semasa proses perbincangan serta sering menekankan kepentingan pengurusan masa (disiplin diri) kepada pelajar. Selain daripada itu, guru-guru juga harus menekankan teknik-teknik ingatan dengan sentiasa mendedahkan kaedah mengingat yang baik. Teknik-teknik yang berkesan yang harus ditekankan oleh guru ialah peta minda, mnemonik serta ulang kaji berulang-ulang.

20

4. Keperluan Ibu Bapa Memahami Kepentingan Kemahiran Belajar kepada para Pelajar dalam Menghadapi Peperiksaan Awam. Perhubungan antara kemahiran belajar dengan pencapaian akademik yang positif turut membawa mesej bahawa ibu bapa harus menyedari bahawa pelajar yang cemerlang dan berjaya dalam peperiksaan adalah disebabkan mempunyai kemahiran belajar yang cemerlang. Kesinambungan itu, ibu bapa harus menyediakan ruang pembelajaran yang selesa kepada anak-anak agar mereka dapat mempraktiskan kemahiran belajar dengan lebih terperinci. Ibu bapa bolehmemainkan peranan penting dengan menjadi pemantau kepada kemahiran belajar di rumah. Ibu bapa boleh membantu merancang bersama-sama anak-anak jadual pembelajaran yang selesa. Selain itu, ibu bapa boleh membantu dengan menyediakan ruang yang selesa kepada pelajar di rumah. Kewujudan perpustakaan mini di rumah mampu meningkatkan budaya membaca serta mewujudkan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Kajian pakar-pakar psikologi menunjukkan tempat-tempat yang membangkitkan rasa belajar ialah perpustakaan. Profesor W. M. Beneka dan Profesor M. B Harris (dalam Abdullah & Ainon, 2004) menyatakan adalah lebih berkesan apabila individu itu mempunyai hanya satu ataupun dua tempat yang khas untuk dia belajar daripada dia belajar di mana-mana sahaja. Menyedari kepentingan ini, ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam memastikan agar anak-anak mereka mempunyai kemahiran belajar yang baik seterusnya memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang. KESIMPULAN Kajian ini memberikan kesedaran kepada para pelajar, ibu bapa dan guru tentang perhubungan antara kemahiran belajar dengan pencapaian akademik. Keputusan ini didapati selaras dengan kajian terdahulu dan menyakinkan kita pentingnya kemahiran belajar dalam menghasilkan pencapaian akademik yang baik. Laporan-laporan surat khabar turut memaparkan pengakuan calon cemerlang dalam peperiksaan yang menyatakan bahawa kejayaan mereka dipengaruhi oleh keupayaan memiliki kemahiran belajar dengan baik. Dalam keadaan ini dapatlah dinyatakan bahawa budaya mementingkan kemahiran belajar akan membawa impak yang positif ke arah peningkatan keputusan peperiksaan di sekolah amnya dan negara khususnya.
21

KAEDAH-KAEDAH

DAN

TEKNIK-TEKNIK

PENGAJARAN

YANG BOLEH DIJALANKAN SEMASA MENGAJAR.


1. Pembelajaran melalui Permainan

Permainan berlaku dalam beberapa bentuk. Peranan utama guru ialah mengubahsuai permainan spontan murid-murid supaya permainan itu mempunyai nilai-nilai

pendidikan. Terdapat empat jenis permainan: permainan manipulatif, permainan fizikal, permainan dramatik dan permainan (games). (a) Dalam permainan manipulatif, murid-murid menggunakan alat-alat kecil seperti puzzles, counting rods atau peg sets. Tindakan murid -murid

adalah berasaskan diri iaitu tidak ada interaksi di antara aktiviti manipulatif dan jenis aktiviti yang lain atau terdapat elemen dramatik dalam permainan itu. Aktiviti permainan manipulatif secara amnya mempunyai matlamat-

matlamat yang sempit dari segi nilai pendidikan. (b) Permainan fizikal melibatkan tindakbalas otot-otot besar seperti berlari, melompat atau menaiki basikal roda tiga. Kegiatan-kegiatan seperti ini membantu memperbaiki kemahiran fizikal kanak-kanak atau membantu mereka belajar dalam situasi yang baru. Permainan fizikal mempunyai

komponen dramatik dan guru boleh memperbaiki permainan ini atau memperkenalkan aspek sosial dalam permainan. (c) Permainan dramatik memerlukan murid-murid memain peranan bersama murid-murid yang lain dalam situasi yang tidak formal tetapi benar. Guru boleh wujudkan situasi permainan dramatik untuk membantu murid-murid memain beberapa peranan. (d) Permainan adalah satu lagi aktiviti. Permainan adalah berstruktur tinggi dan terdapat peraturan-peraturan khas yang perlu dipatuhi. Murid-murid perlu diajar strategi-strategi bermain. Guru harus membimbing kerana murid-murid

22

mungkin tidak cukup matang dalam mematuhi peraturan-peraturan atau memahami tingkah laku yang sesuai untuk bermain. 2. Main Peranan Main peranan menyediakan peluang penerokaan di mana individu dilatih menjadi lebih peka terhadap perasaan orang lain melalui respons spontan bersama perbincangan berpandu dan ianya wujud dalam situasi berkumpulan (Shaftel & Shaftel, 1967:84, cited in Brady, 1985). Murid-murid main peranan dengan mencurahkan perasaan sebenar tanpa risiko tentang seorang yang lain berfikir, merasa dan bertindak balas seperti orang lain melalui dialog. Semasa main peranan, murid-murid berperlakuan lain daripada peranan dan tingkah laku biasa. Sebaliknya mereka mengintikan tingkah laku orang lain. Oleh demikian, mereka adalah kurang egosentrik. Mereka dapat celik akal tentang diri sendiri dan orang lain. Tujuan main peranan dalam pembelajaran ialah : (a) (b) mengembang kepekaan kepada perasaan orang lain; membantu murid-murid menjelaskan nilai-nilai yang membantu membuat keputusan; (c) (d) (e) membantu murid-murid melepaskan tekanan dan perasaan; mengajar murid-murid menyelesaikan masalah; mengembangkan tabii menimbang ekoran-ekoran tingkah laku di kalangan murid-murid; (f) (g) (h) (i) membantu guru mengenalpasti keperluan murid-murid; mengembangkan kejelikitan kumpulan; mempelajari tingkah laku sosial; dan mengajar murid-murid merasa-berfikir-melakon.
23

Main peranan ialah satu kaedah yang memerlukan persediaan yang minimal. Cadangan-cadangan berikut akan membantu guru dalam proses merancang main peranan: (a) Pilih situasi untuk main peranan yang berpusatkan murid-murid yang melibatkan mereka. Sampaikan konfik sebenar yang dihadapi oleh watak utama Melibatkan lebih daripada satu isu moral untuk perbincangan Menghasilkan ketidaksetujuan di antara murid-murid sebagai satu penyelesaian yang sesuai (b) Guru memutus bahawa situasi hampir sama boleh dimain peranan. Guru mungkin menukar nama-nama dalam situasi main peranan. (c) Buat keputusan tentang cara memberi taklimat kepada pemain. Taklimat mungkin diberi dengan menyoal pemain dan kelas tentang bentuk peranan tersebut. (d) Menentukan sama ada semua main peranan dijalankan secara kelas atau hanya kumpulan kecil bertanggungjawab atas pemilihan pemain dan taklimat.

3.

Sumbangsaran Tujuan sumbangsaran ialah menjana seberapa banyak ide yang boleh, tanpa mengira ide tersebut sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Oleh demikian, penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan ide sudah dibuat.

24

4.

Tematik Dalam strategi tematik, Konsep-konsep dari beberapa mata pelajaran ditimbul dan dihubungkait melalui satu tema. Unit-unit tematik adalah merentas disiplin dan aktiviti pembelajaran adalah hasil daripada tema (Guillanume, 2000). Unit tematik juga termasuk pilihan yang dibuat oleh kanak-kanak, dan membolehkan mereka memilih ahli kumpulan sendiri. Perbincangan kumpulan kecil boleh menimbulkan perasaan sepunya dan komuniti semasa kanak-kanak berkongsi pendapat.

Langkah-langkah berikut telah dicadangkan: (a) Pilih tema: Tema perlu luas untuk merangkumi maklumat dari aspek lain tetapi tidaklah terlalu luas. Minat kanak-kanak perlu diutamakan. (b) Hasilkan satu jaringan rancangan: Sumbangsaran demi menghasilkan

sebuah carta sebuah peta semantik yang meneroka tema-tema yang sesuai.

25

Kini: Komuniti kami

Dahulu

Mengkaji contohcontoh

Sepanjang Manusia wujud bersama-sama Teknologi maklumat mempengaruhi komuniti Bagaimana mereka sedang berubah? Keluarga berbeza Sistem sokongan berbeza Binatang sesama Komuniti sejarah

karya sejarah

Komuniti

biologikal wujud

Rajah : Contoh Jaringan Rancangan Jaringan di atas tidak termasuk perkara tradisional seperti Matematik atau Kajian Sosial. Jaringan ini harus diasingkan dari pemikiran yang tradisional. Jaringan bersama rakan-rakan menghasilkan pemikiran divergen. (c) Pilih resos: Semasa merancang, masukkan banyak resos seperti kesenian, kesusasteraan, rujukan bacaan, teknologi dan resos komuniti. (d) Merancang kegiatan-kegiatan: Pilih atau reka kegiatan-kegiatan berkaitan dengan tema, resos yang banyak dan menggalakkan murid-murid ke arah matlamat pembelajaran. Beri peluang kepada murid-murid untuk memilih aktiviti pembelajaran mereka.

26

5.

Integrasi Kaedah pengajaran integrasi adalah satu cara mengorganisasi program pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasaskan fungsinya. Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seseorang kanak-kanak. Kaedah ini hampir sama dengan kaedah mengajar mengikut unit dan berkait rapat dengan kaedah inkuiri berasaskan individu dan harus diamalkan dalam persekitaran pembelajaran yang bebas. Kaedah ini juga berorientasikan kaedah penyelesaian masalah. Apabila guru menggunakan kaedah pengajaran integrasi, seluruh bilik darjah harus dirancang menurut falsafah kaedah mengajar ini.

Tujuan kaedah pengajaran integrasi adalah: (a) (b) mengajar murid-murid menjadi penyelesai masalah yang berdikari; membantu murid-murid memahami dan menghargai bahawa pembelajaran sekolah adalah salingkait dan bukan unit-unit tersendiri; (c) menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan spesifik; dan (d) mementingkan pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid digalakkan bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif. Peranan guru dalam kaedah pengajaran integrasi adalah: (a) Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran dimana murid-murid boleh melibatkan diri dalam kegiatan dari segi minat, keperluan, kebolehan,
27

kemahiran

personaliti dan motivasi. Persekitaran mestilah mesra dan bebas dari tekanan. (b) Menstruktur dan membimbing penerokaan kanak-kanak tetapi haruslah menggalakkan mereka berinisiatif. (c) Menyediakan bahan-bahan permainan sesuai untuk membina, mengguna, memanipulasi, mencuba, meneroka dan memerah otak. (d) Belajar bersama murid-murid.

6.

Bercerita Aktiviti bercerita boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum. Aktiviti bercerita dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman,

mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. (a) Langkah-langkah berikut telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita: Sebelum bercerita: i. Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, kemas satu tempat supaya murid-murid boleh duduk mengeliling pencerita. ii. Jika guru ialah pencerita, ia mesti menimbangkan perkara-perkara berikut: Pastikan cerita boleh didengar oleh semua murid Pastikan semua murid dapat lihat pencerita, terutama muka dan tangan Bercerita dengan kuat dan jelas dengan ekspresi suara
28

Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, beritahu kepada muridmurid supaya tidak tanya soalan sehingga penghabisan cerita

Pastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan.

iii.

Kalau murid-murid diberi peluang bercerita bersama-sama, mereka harus Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita itu Diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih mendalam.

(b)

Semasa bercerita: i. ii. Murid-murid harus diberi peluang mencatat nota untuk perbincangan lanjut; Pastikan murid-murid menumpukan perhatian; dan

iii. Pencerita harus bertentangan mata (eye contact) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya. (c) Selepas sesi bercerita: i. Beri peluang kepada murid untuk memberi rumusan cerita; dan

ii. Meminta mereka berkongsikan nilai yang telah belajar. 7. Memudahcara (termasuk kemahiran fasilitator) Seseorang fasilitator boleh membantu kanak-kanak belajar dengan memberi sokongan dari segi kemahiran belajar dan meningkatkan motivatsi mereka. Dia boleh menggalakkan komunikasi di kalangan murid-murid, menjawab soalan yang ditanya oleh murid-murid, membantu murid-murid dengan tugasan dan menentukan kemajuan mereka.

29

Dalam usaha meningkatkan kemahiran belajar murid, fasilitator boleh memberi nasihat tentang pembelajaran, kemahiran belajar dan pengurusan masa, merancang jadual belajar dan menghasilkan rancangan individu.

Dari segi motivasi, fasilitator membolehkan murid-murid rasa selesa semasa berkomunikasi dengannya, mengingatkan murid-murid bahawa mereka tidak belajar berseorangan, menggalakkan murid-murid berkomunikasi di samping memberi sokongan, membentuk kumpulan belajar, mencari bahan pembelajaran tambahan, mengguna bahan dari laman web, perbincangan forum, mel elektronik dan mengingati murid-murid tentang faedah menyiapkan sesuatu pembelajaran.

Dari segi komunikasi, fasilitator mungkin menggalakkan murid-murid menjawab soalan dari kalangan mereka semasa perbincangan atau forum. Dengan ini, murid-murid belajar menerima dan menolak ide secara bijaksana.

8.

Perbincangan Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid. Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat, ide atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid. Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak murid-murid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif.

30

Dalam

domain

kognitif,

perbincangan

boleh

menggalakkan

murid-murid

menganalisis ide-ide dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari domain afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau

pendapat-pendapat mereka, berinteraksi dan menilai ide-ide murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apapun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan. Garispanduan berikut dicadangkan untuk perbincangan: Ambil kira matlamat perbincangan Pertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid Kaji isu-isu yang terlibat Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan Sediakan persekitaran yang menyokongkan Bekalkan maklumat baru atau tepat apabila perlu Ulang, rumus atau jana pendapat dan kenyataan kepada satu unit yang bermakna Terapkan unsur jenaka (Use humour) Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan dan perbincangan, seperti perbincangan kelas, panel dan perbahasan serta perbincangan kumpulan kecil.

31

Pada asasnya, terdapat dua jenis perbincangan: (a) Perbincangan kelas (Whole-class discussion): Guru harus mengendali perbicangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan. Panel dan perbahasan: Panel, simposium dan perbahasan melibatkan sekumpulan murid memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dan perbahasan direka dengan tujuan

membantu murid-murid memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan. Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal dimana empat hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi sedangkan murid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian, satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap-tiap ahli memberi kenyataan masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal. Simposium hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel. Perbahasan ialah satu pendekatan perbincangan yang formal. Ia merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap ahli akan membangkang ide dari kumpulan lain. Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya.

32

(b) Perbincangan kumpulan kecil: Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah empat hingga lima orang murid. Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan bimbingan seorang guru. Selain daripada mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi, perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran komunikasi, kepemimpinan, perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah. Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses perbincangan. Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesanan perbincangan kumpulan kecil: Pertama, guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan. Kedua, guru harus pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk menyumbang kepada perbincangan tersebut. Oleh demikian perbincangan

kumpulan kecil harus mengikuti satu pengajaran yang fokus kepada isi kandungan dan yang kembang berdasarkan topik-topik yang pernah diajar. Ketiga, guru harus merancang perbincangan yang pendek. Keempat, murid-murid harus diberi arahan tepat. Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan harus melaporkan hasil kepada kelas. Ini boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara lisan.

33

9.

Inkuiri Seperti kaedah penemuan, kaedah inkuiri menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam proses menemui jawapan atau rumusan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis. Kaedah ini adalah secara induktif. Guru membimbing murid-murid sepanjang mereka menemui makna baru, mengamalkan kemahiran dan memperolehi pengalaman yang membantu pembelajaran mereka. Umumnya, kaedah inkuiri berpusatkan murid dan kurang eksplisit berbanding dengan kaedah yang lain. Kaedah inkuiri merupakan penemuan berpandu. Satu kebaikan kaedah ini ialah isi kandungan dan proses penyiasatan diajar pada masa yang sama. Langkah-langkah kaedah inkuiri adalah hampir sama dengan pemikiran reflektif John Dewey. Langkah-langkah ini termasuk (i) mengenalpasti dan menjelaskan permasalahan. (ii) membentuk hipotesis (iii) mengumpul data (iv) menganalisis dan menginterpret data untuk menguji hipotesis, dan (v) merumus.

10.

Demonstrasi Kuliah memerlukan pelajar mendengar, demontrasi memerlukan pelajar memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara langsung dari guru kepada murid. Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan ide. Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati benda-benda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan daripada murid-murid.

34

Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum muridmurid melakukan aktiviti itu secara individu.

Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh muridmurid.

Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasi hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan.

Untuk menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap murid perhatikan demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian, tanya dan menggalakkan soalan serta

merancangkan tindakan susulan.

11. Penyelesaian Masalah [Theory of Constraint (TOC)] Teori Konstrain (TOC) boleh digunakan dalam situasi-situasi tertentu atau boleh digabungkan untuk membentuk penyelesaian masalah koheren dan mengubah sistem pengurusan. Tujuan generik ialah menterjemah intuisi kepada bentuk yang boleh dibincang secara rasional, disoal tanpa rasa marah dan diubah supaya dapat mereflek kefahaman sesuatu situasi. Teori ini digunakan untuk membentuk penyelesaian common sense dan juga memudahkan komunikasi, kolaborasi dan persetujuan di antara semua yang terlibat dalam penyelesaian ini. Untuk meletakkan alat-alat dalam kontek, mereka mesti menyokong satu daripada tiga objektif generik. Ketiga-tiga objektif bertujuan memastikan:

35

(a)

Apa yang perlu diubah: Penilaian situasi, perihalan tentang realiti semasa, dan identifikasi masalah utama atau konflik serta andaian-andaian yang menyokongnya diagnosis

(b)

Apa yang perlu diubah kepada:

Visi / penyelesaian diverbalisasikan dan

strategi diperihalkan supaya mencapai status yang diingini -- preskripsi, membuat keputusan dan perkembangan penyelesaian (c) Bagaimana perubahan boleh dilakukan: Perkembangan rancangan-

rancangan dan taktik-taktik yang terperinci akan menjelaskan apa yang perlu berlaku dan penyamaan usaha-usaha kumpulan dalam implementasi strategi merancang, membina kumpulan Bila-bila masa sesuatu masalah ditemui, penyelesaian selalunya dikait kepada satu atau lebih daripada tiga tujuan yang tersebut di atas.

12.

Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran individu. Pembelajaran ini menggunakan kurikulum yang berstruktur yang dibahagikan kepada set-set pengetahuan dan kemahiran yang kecil. Pembelajaran ini direka untuk memastikan semua murid mencapai objektifobjektif pembelajaran dan memberi setiap murid masa untuk mencapainya. Model Masteri menjaminkan kebanyakan murid akan mencapai taraf kecekapan kerana masa pembelajaran adalah fleksibel. Setiap murid menerima arahan, amalan dan maklumbalas. Pembelajaran Masteri melibatkan arahan kumpulan yang tradisional dan pengayaan dan pemulihan yang individu.

36

Guru mendiagnos kebolehan murid-murid dan mencadangkan kegiatan-kegitan individu yang sesuai.

Pembelajaran Masteri dikemukakan oleh Bloom (1976, dalam Burden & Byrd). Pembelajaran Masteri menekankan (a) masa yang fleksibel dan berstruktur dengan isi kandungan (b) diagnostik / pengajaran preskriptif, dan (c) penghabisan semua objektif oleh murid-murid.

Pengajaran dan masa adalah dua bahagian yang penting dalam pembelajaran masteri.

Guru yang menggunakan pembelajaran masteri dikehendaki mengorganisasi pengajaran dalam satu bentuk yang tepat.

Ia menyampai maklumat dan kemahairan menurut suatu corak, menentukan kemajuan murid-murid, memberi maklumbalas kepada murid-murid, membantu murid-murid mengatasi masalah melalui bimbingan dan kerja tambahan.

Ia juga membekalkan pengayaan kepada mereka yang dapat belajar dengan cepat.

Pembelajaran Masteri memerlukan rancangan yang luas, organsisasi dan penilaian diagnostik dari guru.

Tugasan dan kegiatan alternatif mesti disediakan atau direkabentuk oleh guru untuk memenuhi keperluan individu murid-murid.

37

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN YANG BERKESAN

Pembolehubah Konteks

Ciri-ciri guru Misalnya: jantina, pengalaman, kelas

Pembolehubah Proses
umur, sosial,
Persepsi, dan Strategi Tingkahlaku Persepsi Strategi, Tingkah laku Murid-murid

latihan, personaliti

Ciri-ciri murid Misalnya: umur, kebolehan, nilai, personaliti, kelas sosial

Guru

Ciri-ciri tugas &

Ciri-ciri kelas Misalnya: saiz, kebolehan, kelas sosial

jarak

Aktiviti-aktiviti Pembolehubah Produk pemebalajran

Jangka pendek / Jangka panjang

Hasil Kognitif/ Afektif, Pendidikan

Ciri-ciri subjek
Misalnya: isi kandunganr, taraf kesusahan, minat

Misalnya: perubahan dalam sikap muridmurid terhadap sekolah atau mata pelajaran; kemajuan dalam pencapaian tara; tahap Characteristics of konsep kendiri bertambah; kejayaan dalam the learning task peperiksaan awam; autonomi murid-murid and activities bertambah bangunan peraturan

Ciri-ciri sekolah
Misalnya: kemudahan, saiz, ethos,

disiplin, kemasukan murid-murid berkebolehan tinggi

38

Ciri-ciri komuniti
Misalnya: kekayaan, kepadatan

Rajah 4: Rangka Asas untuk Pemikiran tentang Pengajaran yang Berkesan (a) Pembolehubah konteks merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan kegiatan pembelajaran, biasanya dalam bilik darjah. Pembolehubah-pembolehubah ini melibatkan ciri-ciri guru (misalnya jantina, pengalaman); ciri-ciri murid-murid (misalnya umur, personaliti); ciri-ciri kelas (misalnya saiz, kelas sosial); ciri-ciri subjek (misalnya minat); ciri-ciri sekolah (misalnya ethos, kemudahan); ciri-ciri komuniti (misalnya lokasi geografi); dan ciri-ciri keadaan (misalnya sesi akademik). (b) Pembolehubah proses merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan tingkah laku guru (misalnya minat, ganjaran, pengurusan kelas, teknik disiplin) dan tingkah laku murid-murid (misalnya strategi pembelajaran murid-murid, penglibatan muridmurid) serta tugas pembelajaran dan aktiviti bilik darjah. (c) Pembolehubah produk merujuk kepada hasil pendidikan seperti kemahiran dan pengetahuan, motivasi, minat dalam mata pelajaran dan perkembangan sosial yang telah bertambah baik.

39

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, setiap pembelajaran, kita memerlukan sesuatu teknik yang dapat meningkatkan daya ingatan bagi melancarkan lagi minat atau cenderung keatas sesuatu subjek yang dipelajari. Otak dan minda adalah anugerah tuhan yang paling besar dan menakjubkan kepada manusia. Tiada sesiapa pun boleh menafikan peranan otak dan minda apatah lagi sekiranya minda dipertangguhkan dengan ingatan yang kuat dan segala maklumat yang tersimpan dapat dimanfaatkan ketika diperlukan. Ini menunjukkan betapa pentingya kemahiran mengekalkan dengan ingatan dipelajari supaya dapat diamalkan di peringkat mana sekalipun. Ingatan didefinisikan sebagai kebolehan memanggil balik atau menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang berlaku selepas beberapa lama. Teknik ingatan ini boleh digunakan untuk membantu dan mengingati kembali perkara- perkara penting yang telah dibaca. Selain itu teknik ini juga dapat melatih minda mengingat kembali . Ini dapat melahirkan pelajar yang mampu berfikir dengan kritis dan kreatif. Mengingat juga merupakan proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Selain itu, mengingat juga satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian-kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam. Daya ingatan terbahagi kepada dua iaitu daya ingatan jangka panjang dan daya ingatan jangka pendek. Kesimpulannya, tanpa ingatan, kehidupan kita akan terdiri daripada pengalamanpengalaman yang sebentar atau sedetik sahaja yang mempunyai perhubungan yang sedikit diantara satu sama lain. Tanpa ingatan,kita tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain dan kita tidak mampu mengingat idea-idea yang kita ingin luahkan. Tanpa keraguan, ingatan adalah pusat kepada kita untuk menjadi seorang manusia. Memandangkan kepentingan ingatan kepada manusia, kita perlu mengetahui faktorfaktor yang menjejaskan ingatan dan kaedah-kaedah untuk memperbaikinya. Ini supaya daya ingatan kita adalah kuat dan boleh dimanfaatkan ketika diperlukan. Melalui cara ini proses pembelajaran yang berlaku pada kita juga akan lebih Berjaya dan berkekalan.
40

BIBLIOGRAFI Hasan Mohd Ali.( 2006 ).Teknik Belajar Berkesan & Efektif. Kuala Lumpur: PTS Publication Sdn. Bhd. Khalid Mohamad Nor. (2005). Belajar teknik belajar. Bentong: PTS Publication Sdn. Bhd. Ramlah Hamzah, Lili Mastura Harun.( 2005 ). Kemahiran Belajar Untuk Khursus Persediaan Ijazah sarjana Muda Pendidikan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Tony Buzen.(2007). Panduan Kemahiran Belajar Buzen. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

41

Vous aimerez peut-être aussi