Vous êtes sur la page 1sur 17

KOD KURSUS: CTU 101

KERUNTUHAN AKHLAK PELAJAR IPT (LUAR KAMPUS)

DISEDIAKAN OLEH: SAIFUL AZHAR BIN MASRI MOHAMMAD HANAFI BIN SEMAN (2012677626) (2012449284) EM1101O1 EM1101O2 EM1101O1

MUHAMMAD KHAIRUL AFNAN BIN ROSLAN (2012629404)

DISEDIAKAN KEPADA: USTAZAH ZAITON BINTI DIN

Kategori Penilaian Pengenalan Isi dan Huraian Kesimpulan/Cadangan Rujukan Etika dan Profesional

Markah /1.5 /8 /2 /2 /1.5

Isi Kandungan Perkara i. Penghargaan Muka Surat 3 4 5 6 7 8 9 12 13 14 15 16 17

ii.

Pendahuluan

1.0. Pengertian Akhlaq 1.1. Definisi Akhlaq 1.2. Islam Menekankan Kepentingan Hidup Berakhlaq 1.3. Hubungan Antara Akhlaq Islamiah dengan Kehidupan Seorang Mahasiswa 2.0. Keruntuhan Akhlaq dalam Kalangan Pelajar IPT 2.1. Punca Keruntuhan Akhlaq 2.2. Bukti dan Siasatan Keruntuhan Akhlaq Pelajar IPT Luar Kampus 2.3. Kesan dan Implikasi Buruknya 3.0. Penyelesaian 3.1. Mengapa Perlunya Membendung Masalah Ini? 3.2. Kaedah dan Langkah Untuk Membendungnya 3.3. Impak Positif Sekiranya Masalah Ini Dibendung iii. iv. Kesimpulan Rujukan

2|Page

PENGHARGAAN Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah SWT Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan seluruh muslimin yang memperjuangkan syariatNya sampai ke hari kiamat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Ustazah Zaiton binti Din kerana telah memberi peluang kepada kami untuk melaksanakan tugasan kami dengan masa dan bimbingan yang mencukupi. Pada masa yang sama, kami juga ingin memberi sekalung penghargaan kepada rakanrakan kami yang banyak membantu dalam melaksanakan tugasan yang diberi oleh pensyarah kami dari semua segi seperti maklumat, cara susunan bahan dan juga cara menghias kerja kursus kami. Akhir kata, kami juga membari jutaan terima kasih kepada yang banyak membantu kami melaksanakan projek ini sama ada langsung atau tidak langsung. Tanpa bantuan kalian semua, mungkin kami tidak dapat menyiapkan projek kami ini. Sekian, terima kasih.

3|Page

PENDAHULUAN Tujuan kumpulan kami untuk memilih tajuk ini adalah kerana kumpulan kami ingin menjadikan medium pembelajaran ini untuk mencari alternatif untuk menyedarkan dan berusaha untuk mencegah pelajar-pelajar universiti termasuk kami sendiri daripada terjebak dalam mana-mana kegiatan yang tidak bermoral. Kita sebagai saudara seIslam haruslah memulakan langkah mengatur strategi untuk membasmi gejala yang kian meluntur akhlak para pelajar IPT ini. Saban hari kita sering melihat keruntuhan akhlak dalam umat Islam di Malaysia, khususnya pelajar-pelajar IPT di Negara ini. Tidak kira sama ada di university kerajaan mahupun swasta, keruntuhan akhlak yang melanda sudahpun mencapai tahap kritikal. Seperti contoh, jumlah pasangan yang bukan mahram sudah lali dilihat malah berita tentang mengandung anak luar nikah antara pelajar seakan-akan biasa di dengar. Dalam kerja kursus ini, kumpulan kami berusaha untuk mencari bukti dan menyimpulkannya bagi menunjukkan keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar IPT di luar kampus. Hal ini adalah untuk pelajar-pelajar boleh melihat suasana sebenar pelajar-pelajar university agar serba sedikit menyedarkan betapa buruknya mempunyai akhlak yang buruk seperti sedemikian. Akhlak merupakan asas Islam di samping akidah dan syariah. Kepentingannya dalam Islam memang sudah diketahui umum. Pengaruhnya amat besar dalam membentuk perbuatan manusia. Apa sahaja yang lahir dari manusia sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya. Contohnya firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 34 yang bermaksud dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. Berdasarkan maksud ayat-ayat al-Quran tadi jelas bahawa Islam amat menekankan kehidupan berakhlak ke atas setiap manusia agar kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan sejahtera dan memperoleh rahmat daripada Allah SWT. Oleh itu, kita sebagai saudara seIslam haruslah memulakan langkah mengatur strategi untuk membasmi gejala yang kian meluntur akhlak para pelajar IPT ini.

4|Page

1) PENGERTIAN AKHLAQ 1.1 Definisi akhlaq. Akhlak diambil dari perkataan Arab iaitu kata jamak dari perkataan khuluq yang bermaksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap tabiat, dan tingkah laku. Maksud ini terkandung dalam kata-kata Saidatina Aisyah RA tentang akhlak Rasulullah SAW, Akhlaknya (iaitu Rasulullah SAW) adalah al-quran. Akhlak dari segi istilah bermaksud segala laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi difikir panjang. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menakrifkan akhlak sebagai sifat jiwa yang tertanam dalam jiwa seseorang, yang dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran hati sanubari dalamannya. Dengan perkataan lain, akhlak adalah perbuatan atau tingkah laku manusia sama ada baik atau buruk yang berlaku secara spontan tanpa perlu berfikir natijah dari sifat yang ada dalam jiwa dan sanubarinya. Menurut Kamus Dewan, akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya samada baik atau jahat.

5|Page

1.2 Islam menekankan kepentingan hidup berakhlaq. Kepentingan akhlak dalam Islam memang tidak dinafikan lagi malahan banyak ayat al-quran dan hadith Rasulullah SAW menyentuh mengenainya. Akhlak juga mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam. Ruang lingkup akhlak dalam Islam adalah menyeluruh mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia memandangkan akhlak merupakan symbol kepada amalan kerja dan perlakuan dalam hidup. Justeru, amalan menolong orang lain adalah akhlak, kerja untuk menyara dirinya dan ahli keluarganya juga adalah akhlak, beriman kepada Allah dan menyembahNya adalah akhlak. Akhlak mengambil kira soal keseimbangan antara tuntutan jasmani dan rohani serta antara kemaslahatan dunia dan akhirat. Sungguhpun Islam menggalakkan umatnya mencari harta kekayaan tetapi melalui ajarannya juga sentiasa menggalakkan agar kekayaan yang diperoleh itu mestilah melalu cara yang halal dan dinafkahkan ke jalan yang telah disyariatkan Allah SWT. Kebajikan yang dilakukan walaupun sedikit dan disertai dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT. Islam mementingkan kesederhanaan yang mana ianya terletak antara dua pola yang tidak baik iaitu berlebihan dan berkurangan. Sebagai contoh Islam menyuruh umatnya menjaga aspek pemakanan dengan cara pengambilan makanan dalam kuantiti yang sederhana tetapi seimbang mengikut keperluan tubuh badan manusia. Akhlak Islam sangat mudah dalam erti kata tidak bertujuan memberatkan seseorang di luar kemampuannya. Justeru dalam usaha kita menzahirkan akhlak yang terpuji sememangnya tidak memerlukan sedikit pun perbelanjaan yang besar sehingga menjadi beban dan penghalang kepada kita berbuat kebajikan. Senyuman ikhlas itu sedekah, membuang halangan di tempat laluan orang ramai adalah kebajikan, menumpangkan seseorang ke tempat yang baik seperti majlis ilmu dan sebagainya dengan kenderaan kita juga dikira amalan mulia disisi Islam asalkan dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.

6|Page

1.3 Hubungan antara akhlaq Islam dengan kehidupan sebagai seorang pelajar IPT. FENOMENA Sufiah Yusof, pelajar pintar dari Universiti Oxford yang dikatakan tergelincir akhlaknya sebenarnya sudah lama menjalar di kalangan pelajar di kampus negara ini. Sesetengah mereka cemerlang dan baik ketika di sekolah, namun tewas ketika di universiti. Ada yang bertukar watak dan perangai hingga merisaukan ibu bapa di kampung. Ada yang beranggapan universiti sebagai jalur sempadan memisahkan keperluan mendalami bidang akademik dan agama. Bagi mereka ilmu fardu ain berhenti setakat zaman sekolah dan di universiti mula belajar ilmu fardu kifayah. Ilmu berkaitan akidah, fiqah dan akhlak sudah belajar ketika zaman sekolah, maka zaman kampus harus tumpukan subjek akademik universiti saja. Dengan merangkul segulung ijazah, mereka menggunakannya untuk mencari wang dan pekerjaan. Bagi Prof Wan Mohd Nor, peringkat universiti cukup genting untuk menyusun dan memantapkan kefahaman Islam seseorang. Jika ketika peringkat tertinggi ini tidak diberi perhatian, ramai akan kecundang akibat arus deras kejutan budaya dan faham sekularisme yang masih menebal dalam disiplin akademik universiti. Akibatnya sudah boleh diperhatikan di sekeliling kita, apabila ramai menjadi mangsa 'kekejaman' zaman universiti yang tidak mengenal mangsa. Putaran 'kejam' ini bertambah garang tatkala semakin ramai pelajar kehilangan pedoman diri. Seharusnya jika individu belajar agama di sekolah menengah, sentiasa menjaga solat dan berakhlak baik, ia boleh berkekalan sehingga ke peringkat universiti dan sampai bila-bila. Namun, iman manusia tidak ada jaminan boleh kekal tanpa sikap istiqamah dalam agama. Untuk mengekalkan iman dalam diri, ia memerlukan ilmu dan sistem yang kemas. Kerana itulah Prof Wan Mohd Nor membuktikan bahawa Baginda Rasulullah SAW benar-benar diberi amanah menyampaikan wahyu ketika peringkat umur dewasa iaitu 40 tahun. Ini mesej yang signifikan bahawa konteks umur yang matang sudah bersedia menerima amanah agama itu. Dalam konteks pengajian di universiti, seharusnya ada satu sistem berterusan membina keperibadian pelajar berdasarkan agama.

7|Page

2) KERUNTUHAN AKHLAQ DALAM KALANGAN PELAJAR IPT. 2.1 Punca. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya. Keseronokan rakan-rakan membangkitkan keinginan ingin mengalami situasi yang sama. Culture shock. Terjadi apabila mahasiswa yang berasal dari kampung jauh di pendalaman dan seterusnya berada jauh dari ibu bapa, mudah terhasut dengan kawan-kawan dari bandar. Ingin mencuba sesuatu yang baru. merasakan sesuatu yang baru itu menyeronokkan seterusnya akan terus melakukan perkara tersebut juga menyebabkan mereka ini terlibat dalam gejala sosial. Pendedahan luar. Kedatangan para pelancong dari luar negara dengan membawa budaya mereka akan menyebabkan ada dikalangan mahasiswa terikut-ikut. Pengetahuan dan penghayatan agama yang kurang. Para pelajar tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan apa jua cabaran khususnya yang berkaitan dengan nafsu, emosi, perasaan dan hati. Terlalu leka dengan hiburan duniawi. Sudah larut dengan peredaran zaman yang telah rosak. Keluarga yang bermasalah. Berkawan dan berhibur terus dijadikan alternative untuk menghilangkan stress dan menenangkan fikiran. Kurangnya pemantauan daripada ibu bapa. Apabila ibubapa tidak memainkan peranan mereka sebagai pendidik, maka anak mereka pun lebih mudah untuk terjerumus ke lembah yang tidak elok kerana mereka tidak bimbingan yang betul. Tekanan hidup-banyak masalah. Sekolah, pergaduhan sesame kawan dan keluarga, dan macam-macam lagi. Jadi, kaedah untuk para pelajar menghilangkan beban tersebut adalah dengan melakukan perkara yang tidak elok yang dikatakan jauh lebih menyenangkan daripada beribadat dengan Allah SWT.
8|Page

2.2 Bukti dan siasatan tentang pelajar IPT di luar kampus. Ini adalah antara bukti keruntuhan akhlak para pelajar IPT zaman sekarang,:

Para siswi kian ramai mempelopori bidang pelacuran.

Awang hitam semakin mendapat sambutan

Perempuan berperangai daripada lelaki.

lebih

hodoh

9|Page

Mat rempit semakin berleluasa.

Semakin banyak klip video lucah dilakonkan para pelajar sendiri

Parti-parti liar diadakan, di luar pengetahuan para ibubapa

10 | P a g e

Statistik yang ditunjukkan akhbar berita hari pada 2 tahun lepas,

11 | P a g e

2.3 Kesan dan implikasi buruknya. Islam: Menyebabkan persepsi penganut bukan terhadap Islam menjadi buruk. Menjatuhkan maruah agama Islam sebagai agama yang ad-deen. Dakwah islamiah semakin sukar dilakukan. Kemajuan Islam semakin mundur.

Individu: Menggelapkan masa hadapan. Pelajaran terjejas. Menjauhkan diri daripada limpahan kasih dan rahmat Allah SWT / hilang pegangan agama. Hilang maruah diri. Tidak dihormati dan disenangi orang. Tekanan perasaan. Penyakit berleluasa (AIDS dan sebagainya) Keluarga: Menjejaskan nama baik keluarga. Menjadi kambing hitam dalam keluarga. Contoh yang tidak baik kepada adik-beradik. Keluarga porak-peranda akibat akhlak yang mazmumah. Merisaukan ibu bapa atas akhlak buruk anak yang boleh mengundang pergaduhan dan sebagainya.

Masyarakat: Melahirkan masyarakat yang bergelumang dengan dosa. Pembuangan bayi berleluasa. Anak luar nikah dalam kalangan masyarakat. Emosi anak luar nikah terganggu dan akan dipandang hina.

Negara: Kemusnahan Negara kerana para pelapis hancur. Negara yang tiada rahmat. Sumber yang haram seperti rumah judi dan pelacuran berleluasa. Para pemimpin tidak mempunyai akhlak yang terpuji.

12 | P a g e

3.1 Mengapa kita perlu membendung masalah ini? Kepentingan akhlak dalam Islam memang tidak dinafikan lagi malahan banyak ayat al-quran dan hadith Rasulullah menyentuh mengenainya. Akhlak juga mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam. Keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat kita pada hari ini. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu. Adalah fardhu ain untuk kita sebagai umat Islam untuk membantu saudara kita yang masih jahil di luar sana. Menurut firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2, .. dan hendaklah kamu membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). Dengan ayat al-Quran tersebut, maka wajiblah hokum kita untuk bersama-sama membuat kebajikan dan ajak saudara kita untuk bertakwa dengan cara kita berusaha untuk membantu saudara kita yang telah hanyut di telan zaman tersebut. Namun janganlah kita pula yang terjebak dengan perkara negative yang saudara kita lakukan. Harus dijadikan ingatan bahawa perkara lagha, maksiat itu ialah perkara yang sedap dan suka untuk dibuat. Maka dengan itu, sambil kita berdakwah untuk orang lain, kita sendiri juga patut berdakwah untuk diri sendiri.

13 | P a g e

3.2 Kaedah dan langkah untuk membendungnya. o Istiqamahkan solat 5 waktu. Rasulullah s.a.w. bersabda ( maksudnya ) : Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka (menjangkau) sepuluh tahun. o Menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Hal ini adalah kerana maksiat yang sedikit sekalipun boleh membawa kita kepada maksiat yang lebih besar. o Mengekalkan akhlak dan cara kehidupan orang islam. Amalkan sikap prihatin, bertanggungjawab dan menjaga batas dengan yang berlainan jantina. o Meletakkan diri dalam persekitaran orang yang soleh Jika kita berlaku begitu, maka kita akan sedikit sebanyak akan mengikut perbuatan saudara kita yang soleh itu. Ikutlah perumpamaan jika kita sering berdamping dengan peniaga-peniaga minyak wangi, maka wangiannya pun akan terpercik kepada kita. o Cuba mengamalkan sunnah Rasulullah. Kesemua sunnah nabi ialah baik-baik belaka. Sambil berlaku amal yang baik, sunnah-sunnahnya juga boleh memberi pelbagai kesan baik tersendiri. o Menghormati ibu bapa. Kerana ibu bapa adlh pintu kita untuk ke syurga dan doa mereka mampun mencegah kita daripada melakukan perkara sia-sia yang lain. o Mengamalkan "amal makruf, nahi mungkar. Menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak o Membimbing teman-taman yang berada dalam kesusahan. Sedikit sebanyak dapat mengelakkan kita daripada berbuat perkara yang lagha yang lain. o Mengamalkan gaya hidup yang sihat. Contohnya pergi bersukan-berbasikal, berenang, jongging,etc o Mengelakkan pergaulan bebas. Kita kena sentiasa menjauhi perkara yang boleh mendatangkan fitnah dan maksiat. o Sentiasa bina semangat baru untuk maju kehadapan. Fikiran yang positif membolehkan kita untuk sentiasa menambah amal dan menjauhi perkara mungkar.

14 | P a g e

3.3 Impak positif jika kita membendung masalah ini. Kesucian diri terjamin. Dapat mengawal diri daripada perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia. Keharmonian keluarga terjaga. Nama baik keluarga menjadi terjamin atas sifat anak-anak yang baik dan solehah. Membina masyarakat harmoni di IPT. Mewujudkan suasana harmoni, tenang, bekerjasama, dan sekala manakala maksiat dapat dielakkan. Kegiatan jenayah dapat dikurangkan. Penurunan kadar jenayah dan segala perbuatan salah laku seperti kes rogol, sumbang mahram, zina, dan macam-macam lagi kerana para pelajar mempunyai kesedaran dan berkeyakinan tinggi berhubung dengan konsep pahala dan dosa. Menjadi kelompok pelajar yang diberkati. Hal ini adalah kerana satu prasyarat yang mesti dipatuhi dalam membina masyarakat yang diberkati adalah warga yang terdiri dari mereka yang beriman dan bertaqwa. Agama Islam kembali indah di mata para manusia lain. Hal ini adalah kerana persepsi muslim dan juga non-muslim terhadap Islam menjadi semakin baik. Masa depan Negara terjamin. Para pelajar yang merupakan pelapis Negara dapat menjadi pemimpin yang baik pada masa hadapan.

15 | P a g e

KESIMPULAN Semakin hari semakin banyak perlakuan akhlak buruk yang ditunjukkan oleh pelajar IPT. Majority di antara mereka sudah jauh terpaut dengan peredaran zaman yang menjanjikan kehidupan indah di dunia sahaja. Agama dilihat sebagai satu perkara yang tidak penting dan remeh dalam kehidupan. Sebaliknya kehidupan mestilah berasaskan kepada kekuatan kebendaan yang bersesuaian dengan bentuk kecenderungan naluti dan nafsu manusia. Budaya barat sebegitu lah yang banyak menghancurkan umat Islam khususnya para belia yang merupakan pelapis Negara,bangsa dan agama pada masa kini. Kehebatan dan kekaguman barat menjadi keagungan para pelajar dimana budaya songsang menjadi buadaya harian yang dilakukan setiap hari. Pergaulan bebas sesame bukan mahram, program-program hiburan terlampau, dan macam-macam lagi sudah larut dalam sanubari dan mentality para remaja. Oleh itu, masyarakat hari ini haruslah bersatu padu dan menguatkan azam untuk menjauhi budaya buruk sedemikian. Bukan hanya untuk pelajar IPT, tapi untuk semua umat Islam sejagat sekalian. Sesungguhnya Allah akan membantu umatNya yang bersatu-padu meruntuhkan musuh-musuh Islam seperti pihak barat tersebut. Allah telah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 60, dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya,.

16 | P a g e

RUJUKAN: BUKU: 1. PANDUAN MENGURUS REMAJA MODEN, ZAINAL MADON, MOHD. SHARANI AHMAD, 2004, PTS PROFFESIONAL PUBLISHING SDN. BHD, PULAU PINANG.

2. GEJALA SOSIAL DALAM MASYARAKAT ISLAM: PUNCA DAN PENYELESAIANNYA, AHMAD REDZUWAN MOHD. YUNUS, 2003, UTUSAN PUBLICATIONS AND DISTRIBUTORS SDN BHD, SELANGOR

3. SOSIOLOGI: MENYELAMI FENOMENA SOSIAL DALAM MASYARAKAT, BAGJA WALUYA, 2002, PT GRAFINDO MEDIA PRATAMA, JAKARTA

4. SOSIOLOGI: MEMAHAMI DAN MENGKAJI MASYARAKAT, JANU MURDIYATMOKO, 2002, PT GRAFINDO MEDIA PRATAMA, JAKARTA

5. AKHLAK DAN KAUNSELING ISLAM, MOHD NASIR OMAR, 2005, UTUSAN PUBLICATIONS, KUALA LUMPUR

INTERNET: -http://suhaizlah.wordpress.com/2008/02/15/gejala-sosial-di-kalangan-mahasiswa-ipt/ -http://rakan1klik.blogspot.com/2011/08/kesan-dan-cabaran-terhadap-fenomena.html -http://raudhah-halifah.blogspot.com/2009/10/krisis-akhlak-pelajar-ipt.html -http://coret2siswa.blogspot.com/2011/12/keruntuhan-rosaknya-akhlak-dikalangan.html

17 | P a g e

Vous aimerez peut-être aussi