Vous êtes sur la page 1sur 5

RPH PENDIDIKAN MORAL Mata Pelajaran Tarikh Kelas Jumlah Pelajar Masa Tajuk Bidang Nilai Nilai Sampingan

Pengetahuan sedia ada Pendidikan Moral 26 Julai 2013 Tahun 5 Al-Munawarrah 30 orang 8.00 - 8.30 pagi (30 minit) Berbakti Amalan Mulia Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri 1.9 Baik Hati Tolong menolong, rajin, kasihan belas Murid telah belajar nilai-nilai moral di peringkat Pra Sekolah

Hasil Pembelajaran

Kognitif : 1. Membincangkan sebab perlu membantu orang yang perlukan bantuan. 2. Menyenaraikan cara untuk membantu Afektif : 1. Memahami perasaan orang yang berada di dalam kesusahan Aktif / Tingkah laku: 1. Membantu orang yang sedang dalam kesusahan. 2. Mengamalkan sikap baik hati setiap masa

Objektif

Di akhir pelajaran pelajar dapat 1. memberikan maksud baik hati 2. Memahami tindakan yang perlu diambil jika ternampak seseorang atau sesuatu di dalam kesusahan Latihan dan aktiviti Pendidikan Seni dan Pendidikan Sivik Gambar-gambar yang berkaitan dengan amalan bantu membantu, buku teks, Gambar untuk diwarna Membuat analisa kefahaman

Teknik Gabungjalin

Sumber P&P KBKK

ISI LANGKAH PELAJARAN Set Induksi (10 minit) Paparan video mengenai baik hati Soalan yang bakal diutarakan guru: 1.Apakah yg boleh dilihat di dalam gambar? 2.Apa yg sedang dilakukan? 3.Kenapa kita amalkan tolong menolong? Maksud Baik Hati: Peka terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

AKTIVITI GURU Murid dipersembahkan dengan paparan mengenai amalan tolong menolong

AKTIVITI MURID Murid menonton video sambil menyatakan nilainilai positif yang terdapat pada paparan yang ditunjukkan

CATATAN BBM: video

Kemahiran verbal lingustik

Guru mengaitkan paparan itu dengan isi pelajaran tentang kebaikan

Murid memahami hubungan paparan skrin tersebut dengan tajuk. Murid mendengar dan mengikut beramai-ramai. BBM Persembah an Power Point

Langkah 1 (5 minit)

Guru membacakan maksud baik hati dengan cara murid ikut beramai-ramai. Guru meminta seorang murid memberikan huraian tentang apa yang difahaminya Guru mendengar dan memperbetulkan sekiranya terdapat kesalahan Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut. Guru meminta murid memberi contoh-contoh amalan yang lain.

Seorang murid menghuraikan

Murid mendengar penerangan guru

Langkah 2 (15 minit)

Gambar-gambar yang berkaitan dengan sikap baik hati. e.g. Gambar murid sekolah membantu guru membuat persediaan menjayakan sukan sekolah mereka.

Murid memberikan jawapan berdasarkan gambar Murid memberi jawapan kepada soalan guru

BBM Paparan gambar situasi yang berkaitan dengan nilai baik hati

1. Apakah yang sedang dilakukan oleh murid-murid dalam gambar itu? 2. Apakah bantuan yang boleh kamu berikan untuk menjayakan sekolah kamu? Langkah 3 (10 minit) Senarai kebaikan yang diketahui: 1. Yang pernah dibuat 2. Yang pernah dilihat 3. Yang diketahui Guru memberikan lembaran kerja berisi peta minda berbentuk tulang ikan Murid-murid diminta melengkapkan peta minda dengan kebaikan seperti yang dipinta Guru membuat rumusan tentang perlunya membantu keluarga, guru, dan juga orang lain. Murid diminta memberikan jawapan yang sesuai Lembaran kerja

Penutup (5 minit)

Rumusan.

Murid mengulang rumusan yang dibuat guru.

Bersoal jawab

Aktiviti mewarna.

Guru mengedarkan poster untuk diwarnakan.

Murid mula mewarnakan gambar tersebut dan menyiapkannya di rumah.

BBM Edaran

Lampiran

Vous aimerez peut-être aussi