Vous êtes sur la page 1sur 10

2.

5 ASAS KEPEGAWAIAN

Kandungan Pasukan

Sesuatu perlawanan dimainkan antara dua pasukan dengan tidak lebih daripada 11 orang pemain bagi setiap pasukan di atas padang pada setiap masa.

Setiap pasukan wajib mempunyai seorang penjaga gol di atas padang sepanjang perlawanan : a. Penjaga gol yang tercedera atau dihukum gantung hendaklah diganti dengan penjaga gol lain atau seorang pemain padang sebagai penjaga gol. b. Sepanjang penggantungan penjaga gol, pasukan yang berkenaan mempunyai seorang pemain padang yang kurang.

Ketua-Ketua Pasukan

Salah seorang pemain harus dilantik sebagai ketua pasukan. Seorang pengganti ketua pasukan harus dilantik apabila ketuanya digantung. Ketua-ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dengan jelas atau sesuatu bahan yang sama jelas pada lengan atau bahu. Ketua-ketua pasukan akan bertanggungjawab terhadap tingkah-laku semua pemain pasukan masing-masingdan memastikan bahawa penggantian pemain-pemainnya dilakukan dengan betul.

Sesuatu penalti peribadi akan dikenakan jika seorang ketua pasukan tidak menjalankan tanggungjawab ini.

TATACARA PERLAWANAN : PENGADIL Dua orang pengadil mengawal perlawanan, menguatkuasakan Peraturanperaturan dan ialah hakim-hakim perlawanan yang adil dan saksama. Setiap pengadil di terutamanya bertanggungjawab padang terhadap keputusansepanjang

keputusan perlawanan.

bahagian

separuh

masing-masing

Setiap pengadil bertanggungjawab terhadap pukulan bebas dalam bulatan, penalti sudut, penalti strok dan jaringan gol dibahagian separuh padang masing-masing.

Pengadil-pengadil bertanggungjawab untuk menyimpan rekod gol-gol yang dijaringkan atau diberikan serta rekod kad-kad amaran atau penggantungan yang digunakan.

Pengadil-pengadil bertanggungjawab untuk memastikan bahawa perlawanan itu dijalankan dengan penuh masa dan menunjukkan tamatnya setiap separuh masa serta tamatnya pengambilan penalti sudut jika masa sesuatu separuh mas itu dipanjangkan.

Pengadil-pengadil meniupkan wisel untuk : a. b. c. d. e. f. memulakan atau menamatkan setiap separuh masa perlawanan. Memulakan sesuatu buli. Menguatkuasakan sesuatu penalti. Memulakan dan menamatkan sesuatu penalti strok. Menandakan sesuatu gol. Menyambungkan perlawanan semula selepas sesuatu gol dijaringkan atau diberikan. g. Menyambungkan perlawanan semula selepas sesuatu penalti strok apabila gol tidak dijaringkan atau diberikan. h. i. Menghentikan perlawanan untuk penggantian penjaga gol. Menghentikan perlawanan atas sebab-sebab lain dan untuk

menyambungkan perlawanan semula. j. Menunjukkan, apabila perlu bahawa keseluruhan bola telah terkeluar padang.

Pengadil-pengadil perlawanan.

seharusnya

tidak

menunjuk

ajar

dalam

sesuatu

Jika bola itu terkena seseorang pengadil, orang yang tidak ada kaitan dalam perlawanan atau sebarang benda yang tercicir di atas padang, perlawanan itu diteruskan.

PENGADILAN
Objektif 1.1 Pengadilan hoki merupakan sesuatu pekerjaan yang mencabar dan juga kaedah yang mendatangkan kepuasan dengan pengllibatan diri dalam permainan.

1.2

Pengadil-pengadil menyumbang kepada permainan dengan : a. Menyumbang meninggikan mutu permainan pada semua peringkat dengan memastikan bahawa pemain-pemain mematuhi peraturanperaturan. b. c. Memastikan setiap perlawanan dijalankan dengan semangat yang betul. Membantu meninggikan keseronokan permainan bagi pemain-pemain, penonton-penonton dan lain-lain.

1.3

Objektif-objektif ini dapat dicapai oleh pengadil-pengadil yang : a. Konsisten : Pengadil-pengadil mengekalkan rasa hormat pemain-pemain daripada sifat konsistennya. b. c. Adil : Keputusan harus dibuat dengan sikap adil dan tinggi integritinya. Bersedia : Tidak kira sejauh mana seseorang pengadil telah mengadili perlawanan, adalah penting betul-betul menyediakan diri untuk setiap perlawanan. d. Fokus : Tumpuan harus dikekalkan sepanjang masa ; tiada apa-apa yang harus mengalih perhatian seseorang pengadil. e. Senang didatangi : Pemahaman Peraturan-peraturan dengan baik harus disertai hubungan yang baik dengan pemain-pemain.

f.

Menuju kecemerlangan : pengadil-pengadil harus bertujuan menjadi bertambah baik bagi perlawanan itu dan juga setiap perlawanan.

g.

Sifat semula jadi : seseorang pengadil harus bersifat diri sendiri dan jangan meniru kelakuan orang lain, pada setiap masa.

1.4

Pengadil-pengadil harus : a. Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Peraturan-peraturan Hoki tetapi ingat bahawa semangat Peraturan dan budi bicara harus menakluki pentafsirannya. b. Menyokong dan menggalakkan permainan yang cekap dan mahir, bertindak terhadap kesalahan-kesalahan serta melaksanakan penalti yang sewajarnya dengan serta merta dan dengan tegasnya. c. d. e. Mewujudkan kawalan dan mengekalkannya sepanjang perlawanan. Gunakan segala kelengkapan yang sedia ada untuk pengawalan. Melaksanakan Peraturan advantej sekerap mungkin untuk membantu aliran sesuatu perlawanan dan perlawanan yang terbuka tetapi sebaliknya tidak menghilangkan kawalan.

KEMAHIRAN PENGADILAN
1 Bidang kemahiran pengadilan utama ialah : a. b. c. d. e. Persediaan perlawanan Kerjasama Mobiliti dan penempatan diri Peniupan wisel Pemberian isyarat-isyarat

Persediaan perlawanan : a. Pengadil-pengadik harus menyediakan diri sengan secukupnya untuk setiap perlawanan dengan ketibaan awal di padang. b. Sebelum perlawanan itu bermula, kedua-dua pengadil itu harus memeriksa tanda-tanda padang, pintu-pintu gol dan jaringnya serta memeriksa peralatan permainan dan kelengkapan padang. c. Kedua-dua orang pengadil itiu harus memakai pakaian yang sama warna tetapi berlainan daripada pakaian kedua-dua pasukan. d. e. Pakaian yang bersesuaian dengan keadaan harus digunakan. Kasut harus bersesuaian dengan keadaan padang dan dapat membantu pergerakan pengadil. f. Kelengkapan pengadil termasuklah senaskah buku Peraturan semasa, wisel yang berbunyi kuat dan jelas, sebuah jam randik dan bahan alat tulis untuk memncatat butir-butir perlawanan.

Kerjasama : a. Kerjasama dan tugas sepasukan yang baik antara kedua-dua pengadil perlu ada. b. Sebelum sesuatu perlawanan, pengadil harus berbincang dan bersetuju tentang cara pengadilan yang akan dijalankan bersama dan cara membantu satu dengan yang lain. Perhubungan melalui mata antara kedua-dua pengadil harus diamalkan dan dikekalkan. c. Pengadil-pengadil harus bertanggungjawab dan bersedia untuk

memberikan bantuan apabila rakan sejawatnya tidak dapat melihat atau dalam kesukaran untuk melihat bahagian-bahagian padang tertentu. Jika

perlu atau mobiliti bagus, pengadil-pengadil harus bersedia untuk menyeberangi garis tengah dan maju sejauh yang patut dalam kawasan separuh padang rakan untuk memberikan bantuan. Ini akan meyakinkan pemain-pemain bahawa keputusan-keputusan pengadil adalah betul. d. Suatu rekod bertulis tentang gol-gol yang dijaringkan dan kad-kad yang dikeluarkan harus disimpan oleh kedua-dua pengadil dan

mengesahkannya pada penghujung perlawanan itu.

Mobiliti dan Penempatan Diri a. Pengadil-pengadil harus mudah bergerak supaya dapat bergerak ke posisi yang sesuai sepanjang perlawanan. b. Pengadil-pengadil yang statik tidak dapat memandang perlawanan sejelas-jelasnya untuk membuat keputusanyang tepat pada setiap masa. c. Pengadil-pengadil yang cergas, mudah bergerak dan berposisi yang baik dapat menambahkan tumpuan kepada pengaliran perlawanan dan kepada keputusan-keputusan yang perlu dibuat. d. Setiap pengadil menjalankan tugas terutamanya di bahagian separuh padang dengan tengah di sebelah kirinya. e. Pada umumnya, posisi yang paling sesuai untuk pengadil-pengadil ialah di hadapan sedikit dan di sebelah kanan pasukan penyerang. f. Untuk perjalanan perlawanan di antara garis tengah dengan kawasan 23 meter, pengadil-pengadil harus bertempat berdekatan dengan garis tepi. g. Apabila berlakunya perlawanan di dalam kawasan 23 meter atau dalam bulatan, pengadil-pengadil harus bergerak lebih ke dalam padang dari garis tepi dan, apabila perlu, ke dalam bulatan itu untuk melihat kesalahan-kesalahan yang penting dan mengadili sama ada rembatan ke arah gol itu sah atau sebaliknya. h. Untuk penalti sudut dan selepas bola itu terkeluar dari padang, pengadilpengadil harus mengambil tempat yang dapat melihat keadaan dengan jelas terhadap semua tindakan yang bakal berlaku. i. Untuk penalti strok, pengadil-pengadil harus mengambil tempat di belakang serta di sebelah kanan pemain yang mengambil strok itiu.

j.

Pengadil-pengadil

seharusnya

tidak

menyebabkan

posisi

dirinya

menggangu pengaliran perlawanan. k. Pengadil-pengadil harus menghadap ke arah pemain-pemain sepanjang masa.

Peniupan Wisel : a. Wisel itu merupakan cara utama bagi pengadil-pengadil berhubungan dengan pemain-pemain, satu dengan yang lain, dan orang-orang lain yang terlibat dalam perlawanan itu. b. Wisel itiu harus ditiup dengan tegas dan cukup kuat untuk didengar oleh semua yang terlibat dalam perlawanan itu. Ini tidak bermakna wisel bunyi yang panjang dan kuat pada setiap masa. c. Ton dan panjangnya bunyi wisel itu haruslah berbeza-beza untuk menandakan seriusnya kesalahan itu kepada pemain-pemain.

3.6 a.

Pemberian Isyarat ; Isyarat-isyarat haruslah jelas dan ditunjukkan secukup lamanya untuk memastikan bahawa semua pemain dan rakan pengadil sedar akan keputusan-keputusan itu. b. c. Hanya isyarat-isyarat yang rasmi sahaja harus digunakan. Adalah lebih baik dalam keadaan statik seketika apabila menunjukkan sesuatu isyarat. d. Isyarat-isyarat penunjuk arah seharusnya tidak menyilang tubuh badan sendiri. e. Adalah amalan yang buruk untuk menoleh ke tempat lain daripada pemain-pemain apabila isyarat atau keputusan dibuat : kesalahankesalahan kemudiannya mungkin terlepas, konsentrasi mungkin hilang, atau perbuatan ini boleh menunjukkan kekurangan keyakinan.

ISYARAT-ISYARAT PENGADIL
1 Penentuan masa : a. masa mula : menoleh ke arah rakan pengadil dengan sebelah tangan lurus ke atas. b. Menghentikan masa : menoleh ke arah rakan pengadil dan menyilang sepenuhnya kedua-dua belah tangan pada pergelangan di atas kepala. c. Dua minit baki perlawanan : luruskan kedua-dua tangan dengan penunjukkan jari telunjuk ke atas. d. Seminit baki perlawanan : luruskan sebelah tangan dengan penunjukkan jari telunjuk ke atas. Sebaik salah satu daripada isyarat masa baki perlawanan diakui tiada lagi isyarat masa diperlukan.

Buli : dengan tapak tangan menghadap satu dengan yang lain di hadapan badan, gerakan tangan naik turun berselang-seli.

Bola terkeluar padang : a. Bola terkeluar melalui garis tepi : hulurkan sebelah tangan dengan menunjukkan arah pukulan. b. Bola terkeluar melalui garis belakang oleh seorang pemain penyerang : menghadap ke tengah-tengahpadang dan melepakan kedua-dua belah tangan. c. Bola terkeluar melalui garis belakang oleh seorang pemain pertahanan dengan tidak sengaja : hulurkan sebelah tangan ke arah bendera yang terhampir dengan tempat bola itu melepasi garis belakang.

Gol dijaringkan : luruskan kedua-dua belah tangan secara memndatar ke arah tengah-tengah padang.

Tatatertib Perlawanan : Isyarat untuk kesalahan tatacara perlawanan harus ditunjukkan sekiranya terdapat kekeliruan tantang sebab-sebabnya keputusan tersebut. a. Permainan berbahaya : Letakan sebelah lengan tangan cara bersilang pada dada. b. Salah laklu dan/atau sifat panas baran : hentikan perlawanan dan buat gerakan bertenang dengan mengerakkan kedua-dua belah tangan dengan tapak tangan menghadap ke bawah secara naik turun dengan perlahan-perlahan di hadapan badan. c. Tendangan : naikkan sebelah kaki sedikit dan menyentuhnya atau buku lali dengan tangan. d. Bola dinaikkan : hulurkan kedua-dua tangan dengan tapaknya cara mengufuk menghadap satu dengan lain sejauh lebih kurang 150 mm antaranya. e. Halangan : letakkan kedua-dua belah lengan tangan di hadapan dada cara selang. f. Halangan pihak ketiga atau halangan bayang-bayang : melakukan kedua-dua belah lengan tangan berselang-seli berulang-kali di hadapan dada. g. Halangan kayu : hulurkan sebelah tangan ke bawah di hadapan badan bersudut mendatar lebih dan kurang menegak di ; tengah-tengah sebelah antara lagi

tangan

menyentuh lengannya. h. Jarak 5 meter : luruskan sebelah lengan tangan ke atas dengan menunjukkan semua jarinya yang terlurus.

Penalti-Penalti a. Advantej : hulurkan sebelah lengan tangan lebih tinggi daripada bahu mengikut arah perlawanan pasukan yang sedang bermain. b. Pukulan percuma : tunjukkan arah permainan dengan lengan tangan dinaikkan secara mendatar. c. Pukulan percuma dimajukan 10 meter ke hadapan : hulurkan sebelah lengan tangan ke atas dengan tangan tergenggam. d. Penalti sudut : halakan kedua-dua belah lengan tangan cara mendatar ke arah gol. e. Penalti strok : tunjukkan sebelah lengan tangan ke tanda penalti strok dan angkat sebelah tangan lagi tegak ke atas ; isyarat ini juga menandakan masa dihentikan.

Vous aimerez peut-être aussi