Vous êtes sur la page 1sur 29

BAB II

KONTRAKTOR

2.1

Pengenalan

Di Malaysia amnya kontraktor dibahagikan kepada dua iaitu kontraktor kerja binaan dan kontraktor bekalan. Kontraktor kerja binaan dimaksudkan sebagai kontraktor yang melaksanakan dan menguruskan segala kerja seperti mengupah kerja, peralatan kerja binaan, penggunaan bahan binaan serta segala urusan teknikal sehingga sesuatu projek yang dikendalikan itu siap dan diserahkan kepada gunawan. Manakala kontraktor bekalan pula dimaksudkan sebagai kontraktor yang menyediakan segala jenis bekalan yang berbentuk alatan jentera, barangan serta lainlain perkhidmatan. (Tuan Haji Dollah, 1990). Kajian yang dilakukan ini akan membincangkan tentang kontraktor binaan. Menurut Akta 520, Bah I (1994), definisi kontraktor ialah seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan. Pengertian istilah kerja-kerja pembinaan akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah tajuk Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB).

Gerhard, D. (1968) mendefinisikan kontraktor sebagai pihak yang paling berkuasa dan membawa tanggungjawab terakhir, dalam kedua-dua aspek luaran dan dalaman, untuk firma dan modal pelaburannya. Dalam pengertian ini, kontraktor ialah satu badan yang terdiri daripada pengarah syarikat am berhad dan pengurus komersial syarikat persendirian.

2.2

Jenis-jenis Kontraktor

Kontraktor binaan terbahagi kepada dua kategori iaitu kontraktor utama dan sub-kontraktor. Pembahagian ini adalah berdasarkan faktor-faktor tertentu seperti kemampuan dari segi kewangan dan kepakaran. Ia juga disebabkan pengaruh serta penglibatan dalam projek pembinaan.

2.2.1

Kontraktor Utama

Kontraktor utama ialah pihak yang paling berperanan dalam kerja-kerja pembinaan. Kontraktor utama banyak berurusan secara langsung dengan pihak lain seperti klien dan perunding. Hubungan ini adalah dalam aspek seperti proses penawaran dan persetujuan bersama daripada perbincangan. Kontraktor utama adalah ketua yang bertindak mengawal dan mengurus anggota lain di bawahnya supaya segala kerja pembinaan dilaksanakan dengan baik

10

dan sempurna tanpa sebarang masalah. Ini bertepatan dengan tugas utamanya iaitu merealisasikan segala apa yang terdapat pada lukisan pembinaan. Di samping itu, kontraktor utama juga bertanggungjawab melantik dan menjalinkan kontrak dengan sub-kontraktor dan pemborong dalam melaksanakan tugasnya. Kontraktor utama perlu bijak dalam menguruskan aktiviti setiap subkontraktor dan aspek-aspek lain seperti kewangan, masa dan juga kualiti. (Mohd. Nazree, 2002)

2.2.2

Sub-kontraktor

Menurut Mohd. Nazree, (2002) sub-kontraktor ialah kontraktor yang bersaiz kecil dalam kelasnya dan mempunyai bidang yang terhad. Ia merupakan kontraktor yang mempunyai kepakaran dalam bidang khusus dalam kerja pembinaan seperti kerja konkrit, kayu dan sebagainya. Ia berperanan melengkapkan kerja-kerja kontraktor utama dalam sesuatu projek pembinaan. Sub-kontraktor hanya berurusan dengan kontraktor utama sahaja dan dalam hal yang berkaitan dengan kerja, pembayaran dan masalah dalam pembinaan. Biasanya sub-kontraktor tidak tertumpu pada satu projek sahaja. Ia akan beralih kepada projek lain yang memerlukan kemahirannya apabila projek yang dibuatnya siap. Sub-kontraktor ini terbahagi kepada dua jenis; iaitu sub-kontraktor yang dinamakan dan sub-kontraktor domestik. Perbezaan ini adalah dari segi pelantikan dan juga tahap kepakaran masing-masing.

11

2.2.2.1 Sub-Kontraktor yang Dinamakan

Sub-kontraktor yang dinamakan ialah sub-kontraktor yang telah dilantik oleh pihak klien untuk membuat kerja di bawah kontraktor utama. Sub-kontraktor ini biasanya mempunyai kepakaran dalam kerja menyelenggara dan kerja mekanikal dan elektrikal. Juga dikenali sebagai sub-kontraktor yang dilantik; dilantik terus oleh klien tanpa campur tangan kontraktor utama. Sub-kontraktor ini dilantik oleh klien kerana mempunyai hubungan dengan klien dari segi pernah mengendalikan projek klien tersebut atau hubungan persaudaraan. Ia juga mungkin dipilih berdasarkan prestasinya yang baik dalam projek pembinaan.

2.2.2.2 Sub-Kontraktor Domestik

Sub-kontraktor domestik pula ialah sub-kontraktor yang dilantik oleh kontraktor utama. Sub-kontraktor ini dilantik untuk menyiapkan kerja pembinaan dalam kepakaran tertentu dengan cepat bagi memudahkan kontraktor utama. Kerjasama yang baik perlu wujud pada sub-kontraktor dan kontraktor utama. Peranan sub-kontraktor ini amat penting bagi membantu sesuatu projek itu siap dalam tempoh yang ditetapkan.

12

2.3

Kelas-kelas Kontraktor

Kontraktor di Malaysia dibahagikan kepada beberapa kelas tertentu. Di Malaysia terdapat dua pendekatan untuk mengelaskan kontraktor. Pendekatan itu ditentukan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

2.3.1

Kelas-kelas Kontraktor oleh CIDB

Kelas-kelas kontraktor yang ditetapkan oleh CIDB berdasarkan Jadual 2.1. Jadual 2.1 Kriteria pendaftaran kontraktor yang digariskan oleh CIDB
Gred Keupaya an Menend er (RM) G7 Tiada Had Modal Berbayar*/ Modal Terkumpul ** (RM) 75,000.00 Kelulusan Individu/ Teknikal Yuran Pendaftar an (1 Tahun) RM 1,400.00 Yuran Prosesan

G6

Tidak melebihi 10 juta Tidak melebihi 5 juta

500,000.00

G5

250,000.00

1 kumpulan A dan 1 kumpulan B (kedua-dua minimum 5 tahun pengalaman) atau 2 kumpulan A (salah seorang 5 tahun minimum) 1 kumpulan A dan kumpulan B (salah seorang 3 tahun minimum) 1 kumpulan A dan kumpulan B (Pengalaman minimum 5 tahun)

(1 Tahun) RM 50.00

(1 Tahun) RM 30.00

1,000.00

50.00

30.00

700.00

50.00

30.00

13
G4 Tidak melebihi 3 juta 150,000.00 1 Kumpulan B 350.00 50.00

G3 G2

G1

Tidak melebihi 1 juta Tidak melebihi 500,000. 00 Tidak melebihi 100,000. 00

50,000.00 25,000.00

Sijil Kursus/ pengalaman Sijil Kursus/ pengalaman Sijil Kursus/ pengalaman

150.00 80.00

50.00 50.00

30.00 30.00 30.00

5,000.00

20.00

50.00

30.00

14

2.3.2

Kelas-kelas Kontraktor oleh PKK

Jadual 2.2 menunjukkan kelas-kelas kontraktor yang ditetapkan oleh PKK menurut had kewangan iaitu kos kerja bagi kontraktor kerja awam. Jadual ini terpakai bagi projek-projek yang belum diiklankan/dipelawa. Kontraktor Kelas EX dan BX masing-masing boleh dipertimbangkan untuk melaksanakan projek-projek Kelas E dan B. Jadual 2.2 Had Kewangan (Kos Kerja) Bagi Kontraktor Kerja Awam (Pindaan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 14 Tahun 2002) Kelas
A B C D E F

Had Kewangan (RM)


Melebihi RM 10,000,000 RM 5,000,001 hingga RM 10,000,000 RM 2,000,001 hingga RM 5,000,000 RM 500,001 hingga RM 2,000,000 RM 200,001 hingga RM 500,000 Sehingga RM 200,000

2.4

Pendaftaran Kontraktor

Semua kontraktor di Malaysia yang terlibat dalam sektor pembinaan perlu mendaftarkan syarikatnya di bawah badan tertentu. Pendaftaran ini adalah untuk mendapatkan kelayakan membuat kerja pembinaan. Kementerian Pembangunan dan Usahawan telah melantik CIDB dan PKK untuk menguruskan pendaftaran kontraktor.

15

2.5

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

Pendaftaran kontraktor dituntut oleh undang-undang Malaysia. Ianya seperti yang termaktub dalam Akta 520 Bahagian VI, seksyen 25(1), (1994): Tiada seorang pun boleh mengakujanji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga. Kerja-kerja pembinaan ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan: (a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, tembok, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi; (b) (c) (d) (e) mana-mana jalan, kerja-kerja pelabuhan, landasan keretapi, laluan dan talian kabel, terusan atau padang terbang; apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai; apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau mana-mana jambatan, jejambat, empangan, reservoir, kerja tanah, talian paip, pembetung, akueduk, pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan, dan termasuklah apa-apa kerja yang menjadi bahagian yang penting, atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e), termasuklah pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, meletakkan batu asas, pemulihan dan melanskap tapak. (Akta 520 Bah 1, 1994)

16

2.6

Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

Pusat Khidmat Kontraktor ditubuhkan pada 30 Jun 1981 dengan nama Pusat Penyelarasan Khidmat Kontraktor-kontraktor Bumiputera (PUSAKABUMI) diletakkan di bawah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Januari 1987, namanya ditukar kepada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sesuai dengan pertambahan fungsi dan bidang kuasanya. Pada 27 Oktober 1990, PKK dipindahkan ke Kementerian Perusahaan Awam dan seterusnya pada tahun 1995, PKK menjadi sebahagian daripada Kementerian Pembangunan Usahawan. Tugas awalnya adalah untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor-kontraktor Bumiputera.(PKK, 2002) Tugas dan tanggungjawab PKK seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada 11 April 1984 terbahagi kepada empat iaitu : i. ii. iii. iv. Pusat pendaftaran bagi semua kontraktor-kontraktor kerja di peringkat persekutuan dan Negeri dan urusan yang berkaitan. Memberi pengiktirafan Bumiputera kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan. Pusat rujukan perihal kontraktor-kontraktor kerja. Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang melaksanakan kontrak tetapi terhad kepada Jabatan/Agensi Kerajaan yang tiada mempunyai unit khasnya sendiri untuk memberi bantuan kepada mereka.(PKK, 2002)

17

Semua pendaftaran kontraktor kerja untuk urusan tawaran kerja adalah dikendalikan oleh PKK (Arahan perbendaharaan 1984). Semua tender kerja yang dikeluarkan pada atau selepas 1 hb. Januari 1998 hanya dibuka kepada kontraktor yang berdaftar dengan PKK sahaja. Sehingga 31 Mei 2003 sebanyak 38 758 kontraktor kerja awam telah mendaftar dengan PKK seperti di dalam jadual 2.3.

18

Jadual 2.3 Statistik kontraktor Kerja awam mengikut negeri dan kelas sehingga 31 Mei 2003 NEGERI/KELAS
JOHOR KEDAH KELANTAN MELAKA N. SEMBILAN PAHANG PERAK PERLIS P. PINANG SABAH SARAWAK SELANGOR TERENGGANU W.PERSEKUTUAN

A
64 83 75 26 28 60 55 13 70 151 110 288 79 453

B
61 95 148 26 38 60 68 13 72 127 105 273 81 363

BX
61 40 54 25 26 41 44 12 16 46 49 120 42 203

C
108 66 96 24 43 78 77 16 41 38 50 192 75 245

D
523 212 278 150 348 352 324 63 246 404 148 932 294 442

E
70 24 28 14 66 80 73 3 47 66 94 105 59 74

EX
48 7 2 14 30 43 38 0 11 30 78 41 7 38

F
2734 2222 2069 1065 2170 1961 2207 996 1368 2042 894 4463 2067 1581

JUMLAH
3669 2749 2750 1344 2749 2675 2886 1116 1871 2904 1528 6414 2704 3399

JUMLAH

1555 1530 779 1149 4716 803

387 27839

38758

2.7

Bidang Kerja Kontraktor

Kontraktor yang mendaftar dikehendaki menyatakan Kepala dan Sub-kepala yang hendak dipohon. Kepala dan Sub-Kepala yang wujud ini berdasarkan bidang kerja tertentu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.4. Setiap Kepala (tajuk) ini mengandungi sub-kepala (tajuk kecil) kerja-kerja kontraktor kerja awam

19

Jadual 2.4 Kepala dan Sub-Kepala Untuk Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam Kepala Kepala I Kepala II Kepala III Kepala IV Kepala V Kepala VI Kepala VIII Bidang Kerja Kerja Kejuruteraan Awam (Civil Engineering Works) Kerja Bangunan (Building Works) Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembersihan dan Kejuruteraan Air (Mechanical, Sanitary and Water Engineering Works) Lain-lain Kerja Kejuruteraan Awam Spesialis (Other Specialist Civil Engineering Works) Kerja Pecah Batu, Pembekalan Tanah dan Pengangkutan (Quarrying Metal and Earth Supply, Cartage and Transport) Kerja Perhutanan dan Pembangunan Tanah (Forest and Land Development) Kerja Telekomunikasi (Telecommunication Works)

2.8

Pengiktirafan Taraf Bumiputera

2.8.1

Takrif Syarikat Bumiputera

Setakat ini takrif Syarikat Bumiputera oleh Majlis Kewangan Negara adalah seperti mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7/74 sebagaimana berikut: Syarikat yang majoriti (sekurang-kurangnya 51%) daripada hakmilik sahamsaham itu dipunyai oleh orang-orang Bumiputera; serta yang majoriti (sekurang-kurangnya 51%) daripada pekerja-pekerja syarikat itu terdiri daripada Bumiputera;

20

atau Badan-badan atau syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan-kerajaan Negeri dan anak-anak Syarikat Badanbadan atau Syarikat-syarikat itu yang bertujuan menambah Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perusahaan seperti PERNAS, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan anak-anak syarikat mereka, anak-anak syarikat MARA dan sebagainya. (PKK, 2002)

2.8.2

Pengiktirafan Bumiputera

Hanya PKK sahaja yang membahagikan kontraktor kepada kontraktor bumiputera atau bukan bumiputera. Syarikat yang memohon Pengiktirafan Taraf Bumiputera hendaklah memenuhi syarat-syarat yang tercatat dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1974 iaitu : Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada kaum Bumiputera. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Pengurusan terdiri daripada kaum Bumiputera. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada hak milik saham dimiliki oleh kaum Bumiputera. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja-pekerja (perkeranian dan tapak bina) terdiri daripada kaum Bumiputera. Semua kontraktor kelas F adalah bertaraf Bumiputera. Ini bermakna kontraktor kelas F adalah kontraktor Bumiputera dan tidak perlu memohon Pengiktirafan Taraf Bumiputera. (PKK, 2002)

21

22

2.9

Masalah-masalah Kontraktor

Bilangan kerja yang terhad dan dasar kerajaan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor pembinaan akan mewujudkan ketidakseimbangan dari segi penawaran dan permintaan antara peluang pekerjaan dan bilangan kontraktor. Tawaran kerja yang sangat bergantung kepada keadaan ekonomi tentu tidak dapat mengimbangkan antara keperluan kedua-dua faktor tersebut. Kontraktor yang berlebihan dalam pasaran akan bersaing di antara satu sama lain untuk mendapatkan tender dan mereka terpaksa memotong harga tender ke paras yang rendah. Keadaan ini akan memberi kesan dari segi keupayaan kontraktor untuk membesarkan lagi organisasi disebabkan keuntungan yang sedikit di samping meningkatkan pencapaian kontraktor bumiputera.(Tuan Haji Dollah, 1990) PKK (2002) telah mengklasifikasikan masalah -masalah yang sering dihadapi oleh kontraktor kepada dua; iaitu masalah yang berpunca dari kontraktor itu sendiri dan masalah luar. Masalah berpunca dari kontraktor meliputi perkara seperti kelemahan pengurusan, kelemahan teknikal, masalah pengurusan kewangan dan masalah bahan binaan. Masalah luaran pula adalah seperti masalah pembekalan bahan binaan, masalah dengan jabatan/agensi kerajaan, masalah mendapatkan pekerja dan masalah dengan penduduk tempatan. Dalam kajian yang telah dibuat oleh Zulkfly (1997), beberapa masalah yang dikenalpasti ialah tidak mengamalkan sistem pengurusan yang baik dan sistematik, masalah modal dalam menjalankan aktiviti pembinaan, syarat ketat yang dikenakan oleh pihak bank semasa membuat pinjaman, proses bayaran kemajuan yang lambat, masalah mendapatkan bahan binaan secara kredit dan masalah mendapatkan tenaga buruh. Memang tidak dinafikan, kontraktor akan menghadapi pelbagai masalah dalam menjalankan tanggungjawabnya membuat kerja-kerja pembinaan. Atas dasar

23

itulah, kajian ini dilakukan. Namun, masalah yang dikaji di sini hanyalah berkisar tentang masalah pengurusan kontraktor dalam kerja-kerja pembinaan. Ini kerana pengurusan yang baik akan menghasilkan kerja yang baik dan mengelakkan daripada ditimpa pelbagai masalah. Oleh itu, amat penting bagi kontraktor mempunyai pengurusan yang baik dalam membuat sesuatu projek pembinaan.

2.10

Elemen-elemen Pengurusan Pembinaan

Kontraktor yang berkesan ialah kontraktor yang sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Kontraktor yang sentiasa membuat kerja-kerja pembinaan memenuhi spesifikasi yang dikehendaki adalah antara ciri-ciri utama kejayaan kontraktor itu. Ianya meliputi proses dari awal lagi iaitu berdaftar dengan badanbadan yang sah dengan ciri-ciri yang sempurna. Selain daripada itu, kontraktor ini mesti mempunyai ciri-ciri pengurusan yang baik terutama sekali di tapak bina. Pengurusan sumber-sumber di tapak bina ini akan dikupas dengan lanjut pada bab seterusnya. Ianya meliputi pengurusan bahan, buruh, kewangan dan loji/jentera. Bagi sesebuah kontraktor, beberapa kemahiran perlu ada pada syarikat itu, iaitu kemahiran teknikal, kemahiran sumber manusia, kemahiran konsep dan kemahiran pentadbiran. Tiga aspek yang penting dalam keberkesanan sesuatu projek pembinaan ialah masa, kos dan kualiti. Kemudian ditambahkan dengan aspek keselamatan. Kejayaan sesuatu kontraktor diukur dengan beberapa kriteria iaitu produktiviti kerja yang meningkat, mengurangkan pembaziran sumber dan masa,

24

mengurangkan risiko merbahaya, menyediakan sistem keselamatan dan memastikan kualiti kerja menurut kehendak klien. Terdapat dua badan yang telah menggariskan elemen-elemen yang perlu ada bagi sesebuah kontraktor yang berkesan. Ianya dibuat oleh Charted Institute of Building (CIOB) dan juga Construction Industry Training Board (CITB). Jadual 2.5 menunjukkan elemen-elemen pengurusan pembinaan yang efektif menurut CIOB dan CITB (Wan Zulkifli, 2003). Jadual 6.1 Elemen-elemen pengurusan pembinaan efektif menurut CIOB dan CITB. CIOB Memeriksa lukisan pelan Mengorganisasikan dan merancang susun atur tapak Setting Out Keselamatan Operasi loji dan penyenggaraan Memeriksa, melapor dan merekod semua sumber tapak bina Penyimpanan bahan Bayaran kemajuan Pembayaran gaji Memilih jenis operasi Berbincang dengan kesatuan perdagangan Latihan tapak Mengawal kualiti Mengawal kos Mesyuarat tapak Berbincang dengan penasihat klien Program-program umum Persetujuan dengan persiapan kerja CITB Merancang dan mengkoordinasi Mengawasi kerja buruh Mengenal pasti kelemahan Kemajuan kerja pembinaan Mesyuarat tapak Pergerakan kerja Kawalan kualiti Koordinasi dengan sub-kontraktor Pasukan gerak kerja Memeriksa lukisan pelan Menguruskan masa Mengorganisasi tapak Kawalan penggunaan bahan Komunikasi berkesan Rancangan kerja mingguan Setting out/ pemeriksaan Persediaan sistem keselamatan

Daripada kesemua elemen ini, hanya beberapa elemen yang terpenting sahaja akan dibincangkan. Ianya dimulakan dengan perancangan susun atur tapak, perancangan program kerja yang meliputi sebahagian besar elemen penting dalam pengurusan pembinaan, teknik-teknik perancangan kerja dan penyeliaan.

25

26

2.10.1 Perancangan Susunatur Tapak

Bagi sesebuah syarikat kontraktor, aktiviti yang penting selepas proses menender dan kontrak ialah perancangan tapak. Perancangan tapak yang efektif amat mempengaruhi kelancaran perjalanan projek pembinaan. Perancangan tapak meliputi segala aspek-aspek perundangan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan tempatan sebelum sesuatu pembinaan boleh bermula serta susunatur tapak yang merangkumi peletakan stor bahan binaan, tempat bekerja seperti kontena, tempat tinggal para pekerja, loji dan sirkulasi pada kawasan tapak binaan. Pihak kontraktor biasanya akan melakukan lawatan ke tapak sebelum projek pembinaan bermula dan mengkaji keadaan tapak serta melakukan satu perancangan susunatur tapak ke atas penetapan lokasi stor, pejabat tapak, loji, kongsi dan sebagainya. Terdapat beberapa faktor yang amat mempengaruhi perancangan susunatur tapak ini dan antaranya ialah :

a)

Aktiviti Tapak Merupakan faktor utama yang menentukan susunatur di sesebuah tapak.

Bermula dengan penelitian segala aktiviti pembinaan yang kemudian diikuti dengan pembahagian cara penggunaan ruang di tapak dilakukan. Anggaran masa yang diperlukan untuk melakukan aktiviti-aktiviti tapak yang utama boleh dibuat berdasarkan kepada data-data yang digunakan bagi menyediakan kehendak serta keperluan terhadap bahan binaan dan tenaga buruh. Maklumat ini dapat membantu dalam menyediakan keperluan tenaga buruh, bahan binaan dan kawasan kerja yang paling ekonomik selaras dengan program kerja induk yang disediakan. Dalam masa yang sama, susunatur di tapak juga boleh ditetapkan sebaik mungkin berdasarkan urutan aktiviti yang telah diketahui.

27

28

b)

Keberkesanan Bagi meningkatkan keberkesanan proses pembinaan, segala faktor-faktor

yang akan menjejaskan perkembangan projek perlu dihindari atau dikurangkan, oleh yang demikian, susunatur tapak yang berkesan amat diperlukan. Perancangan yang sistematik terhadap susunatur tapak akan dapat membantu meningkatkan hasil produktiviti dalam kerja pembinaan. Segala perancangan yang telah dibuat harus dituruti supaya segala kerja pembinaan dapat berjalan dengan dengan lancar demi menghasilkan pembinaan yang berkualiti. Masalah-masalah seperti kelewatan dan pembaziran akibat daripada susunatur tapak yang tidak berkesan perlu dihindari supaya pembinaan dapat menuruti tempoh yang telah dirancangkan dengan baik dan efektif.

c)

Sirkulasi Pertimbangan yang sewajarnya dalam perancangan susunatur tapak perlu

diberikan terhadap sirkulasi dalam tapak terutamanya kedudukan jalan masuk ke dalam dan keluar tapak. Kedudukan jalan masuk/keluar ke tapak merupakan aspek yang sangat penting bukan sahaja dalam memastikan kelicinan proses penghantaran bahan binaan, tetapi juga dalam memastikan pergerakan mesin/loji boleh dilakukan dengan lancar dan berkesan. Selain itu, perancangan jalan masuk/keluar yang baik juga boleh mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang mengganggu orang ramai akibat daripada pergerakan keluar/masuk kenderaan berat seperti lori, kren dan sebagainya. Sesetengah perancangan jalan keluar/masuk ke tapak boleh disedia sebegitu rupa sehingga bertindak sebagai satu kawalan supaya orang awam tidak mempunyai memasuki ke dalam kawasan tapak sesuka hati kerana ia merupakan satu jalan alternatif yang bercabang dari jalan utama.

d) Pengawalan

29

Di samping aspek susunatur di tapak bina, aspek kawalan juga perlu diberi perhatian. Memandangkan terdapat pelbagai sumber seperti sumber bahan binaan, loji dan tenaga buruh, maka aktiviti pengawalan terhadap sumber-sumber ini adalah penting kerana tanpa kawalan yang baik, kemajuan pembinaan akan terjejas dan segala perancangan yang telah dibuat terpaksa tertangguh. Pengawalan boleh dilakukan dengan merancang susunatur tapak mengikut cara-cara tertentu. Misalnya peletakan kongsi atau kediaman buruh di kawasan yang sama dan tidak berselerak serta berhampiran dengan pejabat tapak memudahkan hubungan antara buruh dengan majikan. Selain itu, penyediaan kantin di tapak bina dan pada lokasi yang sesuai juga boleh mengelakkan para pekerja bergerak keluar dari tapak untuk membeli makanan dan sudah pasti ini akan memudahkan kawalan ke atas sumber buruh. Pengawalan bahan dan loji juga akan bertambah mudah jika terdapat tempat khas dalam tapak yang diperuntukkan untuk penyimpanan bahan dan loji tersebut. Kerja-kerja pengawasan dan penjagaan ke atas bahan dan loji tersebut sudah pasti lebih mudah dijalankan kerana ia lebih sistematik dan terkumpul berbanding dengan tapak yang tidak mempunyai susunatur yang terancang.

e)

Tempat Kediaman Para Pekerja dan Stor Penyimpanan Bahan Binaan Pihak kontraktor perlu menyediakan tempat tinggal sementara yang cukup

atau setimpal kepada para pekerja yang diupah sepanjang tempoh pembinaan atau menuruti tempoh kontrak yang merangkumi tempat tidur, tandas, dapur, tempat menyidai baju, bilik kecemasan dan sebagainya. Selain itu, tempat kediaman tersebut perlu juga diselenggara dari semasa ke semasa untuk menjaga kebersihan sekeliling dan kesihatan para pekerja. Seperti apa yang telah dibincangkan, penyediaan tempat kediaman ini haruslah dipertimbangkan dan diperuntukkan satu tempat yang

30

bersesuaian supaya keselamatan, kebersihan dan kebajikan pekerja dapat dijamin. Namun begitu, bagi pembinaan ini tempat kediaman tidak disediakan. Dari segi bahan binaan juga, peruntukan tempat khas untuk penyimpanan bahan binaan juga amat mustahak untuk mengurangkan kejadian kecurian, kerosakan serta masalah-masalah lain yang merugikan pihak kontraktor. Semua susunan dan perletakan jalan sementara, bangunan sementara serta lain-lain kemudahan telah dirancang terlebih dahulu bagi memudahkan kerja pihak kontraktor. Setelah perancangan susunatur tapak dilakukan dan dipertimbangkan, penyediaan tapak boleh dijalankan mengikut rancangan yang telah ditetapkan sebelum ini. Segala penyusunan dan perletakan bangunan sementara dan loji bolehlah dijalankan.

2.10.2 Perancangan Program Kerja

Perancangan program kerja merupakan langkah pertama yang akan dijalankan oleh seseorang kontraktor apabila mendapat sesuatu kontrak. Perancangan program kerja ini merupakan satu teknik penentuan awal terhadap sumber-sumber faktor pengeluaran yang diperlukan bagi setiap aktiviti pembinaan yang bakal dijalankan berdasarkan turutan proses pembinaan. Selalunya ia disediakan dalam bentuk penjadualan kerja oleh seseorang kontraktor. Objektif utama perancangan kerja adalah untuk menghasilkan pengurusan tapak yang lebih efektif dan sempurna. Perancangan dilakukan supaya aktiviti pengawalan terutamanya terhadap masa boleh dijalankan dengan lebih berkesan berpandukan penjadualan induk aktiviti masa yang disediakan terlebih dahulu. Selain

31

itu, jika terdapat sebarang perubahan, penyelarasan boleh dilakukan berdasarkan kesesuaian dan memastikan kerja berjalan mengikut apa yang telah dirancangkan. Perancangan program kerja ialah suatu proses untuk menetapkan aktivitiaktiviti atau tindakan yang sewajarnya dilakukan bagi sesuatu projek pembangunan pada masa akan datang dengan mengambil kira tujuan, fakta dan pertimbangan yang lain. Kesemua perancangan yang dibuat atau disarankan adalah berdasarkan kepada pengalaman perancang tersebut dengan dibantu oleh sejumlah maklumat-maklumat yang diperolehi pada tahap perancangan dibuat. Seorang perancang yang baik mestilah mempunyai keupayaan untuk menggambarkan segala aktiviti yang mungkin dan akan berlaku di atas tapak pembinaan kelak dan perlulah mampu untuk membuat segala keputusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan dengan tepat, bijak dan jitu mengikut jenis dan turutan keperluan. Kefahaman yang mendalam terhadap interaksi antara sumber-sumber pembinaan, buruh, penggunaan loji, penggunaan jentera dan sebagainya juga adalah sangat penting bagi memastikan kejayaan dan kelancaran sesuatu program kerja yang dibuat. Dalam aspek ini, pengalaman kerja amatlah penting bagi memudahkan seseorang perancang program kerja melakukan kesemua ini dengan cepat dan tepat. Oleh itu, perancang program kerja merupakan seorang yang sangat penting dalam memastikan kelancaran sesuatu projek pembinaan dapat berjalan dengan licin dan ianya perlulah diberikan perhatian yang serius dan sepenuhnya. Pengalaman yang diperolehi semasa meramal proses perancangan dapat memastikan sesuatu organisasi terus menyesuaikan diri pada masa hadapan untuk menjamin pencapaian yang paling baik. Dengan itu, ia dapat meningkatkan lagi tahap pemahaman mengenai interaksi penggunaan sumber pembinaan sepanjang proses pembinaan. Keinginan terhadap pulangan yang paling optimum terhadap sebarang kos yang dilaburkan sememangnya menjadi kehendak setiap klien yang melaburkan

32

sejumlah wang yang besar dalam menjayakan sesuatu projek pembangunan. Oleh itu, sebarang masalah yang mungkin timbul yang akan menyebabkan kelewatan yang mungkin akan menjejaskan pulangan terhadap klien patut dihindarkan semampu yang boleh bagi mendapatkan pulangan yang setimpal dengan pelaburan. Persaingan antara kontraktor-kontraktor yang semakin hebat hari ini telah juga mendorong perkembangan ke arah keberkesanan pembinaan sama ada dari segi kawalan kos, kawalan jangka masa dan kualiti pembinaan. Oleh itu, perancangan program kerja adalah perlu bagi menjamin kerja pembinaan yang dilakukan adalah setanding dengan kontraktor-kontraktor lain yang lain malah adalah lebih baik dan berkualiti. 2.10.3 Teknik-teknik Perancangan Kerja

Terdapat banyak cara telah dicipta dalam usaha merancang sesuatu program kerja untuk pembinaan. Cara-cara ini telah diaplikasikan dalam projek-projek pembinaan yang berbeza memandangkan integrasi kumpulan aktiviti yang berlainan. Empat teknik perancangan dikenalpasti dan dua daripadanya merupakan di antara cara yang paling lazim dan kerap digunakan. Kaedah-kaedah tersebut ialah: 1. Carta Bar atau Gantt Chart 2. Critical Path Method (CPM) 3. Carta garisan seimbang 4. Gambar rajah keutamaan Beberapa faktor perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum sebarang teknik dipilih untuk merancang program kerja secara penjadual iaitu: a. Penglibatan Kakitangan Tapak

33

Sebarang teknik yang dipilih perlu memastikan penyertaan setiap individu kakitangan tapak terutama pada peringkat permulaan lagi. b. Pengetahuan Tentang Teknik Yang Diperkenalkan Kakitangan yang terlibat dalam teknik perancangan perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang jenis teknik yang digunakan untuk memastikan keberkesanan integrasi teknik tersebut dalam kerja perancangan. i. Kesesuaian Teknik Teknik yang dipilih perlulah bersesuaian dengan skala projek pembinaan. Contoh bagi projek yang kecil dan sederhana, carta bar merupakan teknik yang sesuai manakala analisis rangkaian pula bersesuaian dengan projek yang besar dan kompleks. ii. Pengawasan Yang Diperlukan Pengawasan yang rapi diperlukan bagi sebarang teknik yang dipilih. Penyelarasan perlu dibuat bagi sebarang kelewatan yang berlaku atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Carta bar atau Gantt Chart merupakan kaedah yang paling kerap digunakan. Ia mudah difahami dan mampu menunjukkan keseluruhan gambaran aktiviti yang berkait dalam sebarang projek binaan dari peringkat awal sehinggalah ke peringkat tamat pembinaan dengan jelas. Setiap kemajuan kerja dapat ditandakan dengan mudah ke dalam bar yang asal. Kekurangan dari segi penggunaan carta bar ialah hubungan antara setiap aktiviti tidak dapat dinyatakan dengan jelas. Kaedah yang kedua iaitu Crital Path Method merupakan satu cara yang digunakan bagi membolehkan suatu projek dikawal dan dirancang berdasarkan rangkaian aktiviti-aktiviti bagi pelaksanaan projek yang disusun melalui urutan yang lojik. Ini bermakna kesan perubahan yang berlaku dalam sesuatu aktiviti terhadap sesuatu aktiviti terhadap keseluruhan projek dapat dikesan dengan lebih mudah berbanding Carta Bar. Namun, kaedah ini jarang digunakan kerana kerumitan dan kesukaran untuk menyediakannya. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengawasi kemajuan keseluruhan projek.

34

Kaedah yang ketiga ialah teknik garisan seimbang. Kaedah ini menunjukkan dengan jelas kadar pekerjaan bagi satu pertukangan berbanding dengan yang lain. Ia juga menghubungkan keperluan sumber tertentu bagi mencapai tarikh siap yang telah dirancangkan. Prinsip perancangan menggunakan kaedah ini mudah difahami di peringkat pengurusan tapak. Jadual kerjanya mudah dikemaskini dan prestasi sebenar boleh dibandingkan dengan keperluan yang dirancangkan pada mana-mana tarikh. Namun demikian, kaedah ini hanya sesuai digunakan untuk bentuk pembinaan yang berulang contohnya rumah dan flat, dan kaedah ini meringkaskan banyak pertimbangan, maka akan menyebabkan ketinggalan butiran dan seterusnya penerangan.

35

2.10.4 Penyeliaan

Pembangunan ekonomi sesuatu projek amat bergantung kepada keberkesanan organisasi di tapak bina dan kualiti kerja diterjemahkan hasil daripada penyeliaan tapak yang berkesan. Penyeliaan yang berkesan berkait dengan kombinasi teknikal, operasi dan kemanusiaan dari aspek kerja pembinaan. Kejayaan penyeliaan bergantung kepada keupayaan dan motivasi yang terdapat pada individu penyelia dan kesempatan yang diberikan kepadanya untuk meningkatkan pengurusan. (Wan Zulkifli, 2003) Van Dersal mencadangkan untuk menjadi penyelia yang berjaya, terdapat beberapa perkara yang perlu dipelajari iaitu bagaimana hendak: Membimbing dan mengarahkan usaha orang di bawah tanggungannya Bekerja dalam organisasi yang mana dia dan kawannya berada Melatih atau mengajar pekerja membuat kerja mereka Bercakap dan menulis dengan jelas dan efektif Menganalisis beban kerja Membuat pelan kerja Penjadualan kerja Memperbaiki keberkesanan operasi

2.11

Kesimpulan

Pada bab ini, merupakan hasil kajian literatur iaitu menghuraikan mengenai kontraktor iaitu dari segi definisi, jenis-jenis, kelas-kelas, pendaftaran, badan-badan

36

kontraktor, bidang kerja kontraktor dan pengiktirafan kontraktor bumiputera. Turut dihuraikan di sini sedikit sebanyak masalah-masalah umum yang dihadapi oleh kontraktor bumiputera. Aspek terpenting ialah mengandungi elemen-elemen penting dalam pengurusan pembinaan di mana inilah objektif pertama kajian dibuat. Dalam membincangkan elemen-elemen pengurusan pembinaan, juga mencangkupi ciri-ciri pengurusan sumber di tapak bina yang akan dihuraikan dengan lebih terperinci pada bab seterusnya. Bab seterusnya akan menjawab objektif kedua dan ketiga secara literatur iaitu ciri-ciri pengurusan sumber di tapak bina dan juga masalah yang timbul daripada sumber-sumber pembinaan ini.

Vous aimerez peut-être aussi