Vous êtes sur la page 1sur 19

KEBURUKAN SIFAT MAZMUMAH

DISEDIAKAN OLEH: NASHITAH BINTI AB. KADIR NURHIDAYAH BINTI ROSLI NOOR AISAH BINTI DIN SITI NURFATIMAH BT AZIK SITI NURSYIFAA BINTI OSMAN

MUNAFIK
PENGERTIAN Bahasa: orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar. Syarak: Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan carmenyembunyikan di dalam hati.

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK


orang munafik bersifat talam dua muka dengan berpura-pura menerima serta mengikut segala ajaran Islam namun sebenarnya di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran Islam yang suci ini. - Ertinya segala amal perbuatan yang dikerjakan itu bukan ditegakkan di atas dasar keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah - hanya didasarkan pada perasaan dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari nama, pengaruh,pangkat, dan penampilan.

- Segala perbuatan baiknya itu hanya dijadikan tempat berlindung untuk menutupi segala keburukan Itikad dan niatnya. - Orang munafik termasuk golongan orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk daripada Allah.

Berdusta apabila berkata, menyalahi janji dan khianat (pecah amanah). - Maksud Hadis: Tanda-tanda orang munafik itu ada 3 macam, apabila berkata suka berdusta,apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khinat [Hr muslim dan bukhari]

Lebih suka memilih orang kafir sebagai pemimpinnya. Maksud Firman Allah : ..(iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah [Qs An Nisa :139]

Malas menegakkan solat, namun jikalau solat, suka menunjuk-nunjuk (riyak)dan kurang berzikir. Sering meninggalkan Solat Berjemaah. Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur yang dibenarkan syarak, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.

KEBURUKAN SIFAT MUNAFIK


Mematahkan semangat juang umat Islam. Memporak-perandakan kekuatan Islam. Memadamkan cahaya Allah ditengah-tengah orang Islam Selalu melakukan kerosakan dan kekacauan dimana-mana sahaja mereka berada.

Firman Allah Taala bermaksud : mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian). ( Al-Saf: 8 )

RIAK
PENGERTIAN Bahasa: berasal daripada perkataan ruyah ( melihat ) Syarak: ingin dilihat orang ramai supaya mendapat kedudukan. Bersikap riak dalam ibadah - Melamakan rukuk dan sujud di hadapan orang supaya mereka menyangka bersifat zuhud dan warak.

CIRI-CIRI RIAK
Ali ra berkata, "Orang yang riak itu mempunyai tiga tanda: - Malas apabila ia bersendirian, - Rajin apabila ia berada dikhalayak dan - Ia menambahkan amal apabila ia dipuji dan ia akan kurangkan apabila ia dicela"

KEBURUKAN SIFAT RIAK


Membinasakan martabat dan kemuliaan seseorang insan Orang yang bersifat riak tergolong dalam golongan orang munafik. Ini kerana adanya persamaan iaitu dalam sifat berpura-pura, kerana orang yang munafik juga mempunyai sifat kepura-puraan. Riak juga tergolong dalam syirik kecil yang boleh merosakkan dan menghapuskan amal kebajikan serta melunturkan kemurnian akhlak.

Mendapat kerugian hidup di dunia dan akhirat, seterusnya mengundang laknat Allah. Mengancam kemurnian akidah dan iman serta merosakkan nilai keikhlasan hati, keluhuran akhlak dan sebagainya. Selalu mengikut hawa nafsu. Biasanya nafsu banyak menggoda dan mempengaruhi perasaan dan jiwa manusia untuk melakukan sesuatu kejahatan.

TAKABBUR
Pengertian Bahasa : Kesombongan, keangkuhan, kemegahan dan bangga diri Syarak : satu perasaan bahawa dirinya lebih besar, lebih hebat dan lebih baik daripada orang lain. Akhirnya ia terasa kagum terhadap diri sendiri dan diselubungi keegoan.

CIRI-CIRI TAKABBUR
Orang yang takabbur menganggap dirinya lebih hebat dari orang lain menagih pujian orang mencegah diri dari dinasihati serta orang lain dianggap tidak bernilai .

Jenis-jenis Takabbur
Pengingkaran wujudnya Allah atau tidak mahu melaksanakan firmanNya sebagai hamba. Kadangkala ia dari sudut pengingkaran risalah kenabian atau enggan menerima agama-agama wahyu, kitab-kitab suci dan Syariat. Sekalikali takabbur dapat dilihat dari Sikap seseorang itu yang bangga diri dan merasakan orang lain kecil di matanya. Takabbur ini dapat dilihat dalam perbuatan invidu seperti perbicaraan, pendirian, cara duduk bangun dan jalan serta cara bersosial seorang itu. Allah (swt) tidak menyukai orang yang takabbur:

UJUB

Vous aimerez peut-être aussi