Vous êtes sur la page 1sur 8

8/13/13

abubakar69.blogspot.com: Makna Ayat - Semantik

Share

More

Next Blog

Create Blog

Sign In

D I HA L A L K A N C O P Y A ND P A S T E. . . . . NO P R O B L EM . . . . . . S EM O G A B ER J A YA . . . .

JU M A A T, 22 JA N U A RI 2010

L ENCA NA FA CEBOOK

Makna Ayat - Semantik


1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantic, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu. Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan. Makna juga sebahagian besarnya ( atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan. 1.2 Objektif kajian Kertas kerja ini disediakan dengan tujuan untuk menerangkan makna ayat. 1.3 Kaedah Kajian Dalam menyiapkan tugasan ini, penulis menggunakan kaedah kepustakaan. Sumber rujukan utama adalah buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja. Di samping itu penulis juga merujuk seperti majalah, jurnal dan bahan dari internet sebagai bahan rujukan tambahan dalam menyiapkan tugasan ini. 1.4 Batasan Kajian Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah membuat batasan
abubakar69.blogspot.com/2010/01/makna-ayat-semantik.html

AreVu Buckcar Buckcar

Reka Lencana Anda

CA RI BL OG INI

Search

RA N DA U RU A I

1/8

8/13/13

abubakar69.blogspot.com: Makna Ayat - Semantik

dengan mmebicarakan makna ayat dalam bahasa Melayu sahaja.

ShoutMix
Live chat software for your website

1.5 Definisi Konsep Pada kebiasaan kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah difahami dalam bentuk ayat. Untuk menjelaskan lebih lanjut tentang definisi konsep makna ayat penulis telah mengambil kira pendapat beberapa tokoh bahasa untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang makna ayat. Menurut Stuart Chase (1938 : 7 ) menerangkan makna secara operasional, iaitu The truth meaning of word is to be found by observing what the man does with it, not what he says about it. Menurut Wittgenstien (1953) menegaskan bahawa makna perkataan adalah penggunaan perkataan dalam bahasa. ( the meaning of words is use in the language ). Menurut Zaba (2000:264 ) apabila kita bercakap atau menulis, kita memakai susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya, serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu. Tiap-tiap sekumpul perkataan yang sempurna maksudnya demikian tetaplah tak dapat tidak ia mencakapkan darihal sesuatu benda dan menyatakan apa hal benda itu. Manakala menurut Kamus Dewan ayat membawa maksud satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa suatu maksud. Ayat adalah suatu ucapan yang mengandungi satu fikiran yang sempurna (Arbak Othman, 1981:222).
A RKIB BL OG
A IRPL A NES

Click here to check it out now! 0.0152s

Rahimah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:183) pula mendefinisikan ayat sebagai kumpulan perkataan yang diucapkan dengan intonasi tertentu dan di dalamnya terkandung satu idea atau pernyataan yang lengkap. 2.0 Makna Ayat Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang
abubakar69.blogspot.com/2010/01/makna-ayat-semantik.html

2011 (9) 2010 (25) Mei (2) Januari (23) TITAS -Teori tentang kedatangan Islam ke Alam Mela... BBM 3101 : SEJARAH RUMPUN DAN BAHASA MELAYU ...
2/8

8/13/13

abubakar69.blogspot.com: Makna Ayat - Semantik

ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurangkurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna. Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut; 2.1 Makna Konotatif ( Tersirat) Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Makna ini lebih mengutamakan nilai komunikatif. Contohnya dalam ujaran Banyak cantik kerja kamu, kata cantik tidaklah membawa maksud lawa atau indah tetapi makna yang sebaliknya. Yang dimaksudkan oleh pengujar dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu bukanlah cantik atau kemas tetapi tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini ditentukan oleh konteks pengguna. Selain daripada itu makna konotatif ( tersirat) juga saling dikaitkan dengan peribahasa. Peribahasa lazimnya ( termasuk simpulan bahasa ) mengandungi hanya satu makna walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan. Dengan kata lain, makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya buah tangan, naik angin, kuah tumpah kenasi, dan harapkan pagar, pagar makan padi.

Bahasa Melayu Tinggi - Untuk mengkaji dan memberi ... Bahasa Melayu Klasik- Hikayat Abdullah Maksud Komunikasi, Teori Dan Teori Komunikasi Media massa memainkan peranan penting dalam ... Komujikasi Makna Ayat - Semantik Semantik - Faktor Perubahan Makna 10 Bahasa Arab 1 - ayat pendek mengandungi gan... 10 ayat pendek mengandungi Fiil Madhi Hubungan Etnik - sistem pendidikan semasa zaman pe... Alat Artikulasi Fonetik -Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu fonetik Artikulasi TITAS : Nilai Dalam Tamadun Islam KOB3201 PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF2303: TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN Stalistik Dalam Kesusasteraan Yuna Dan Sebenarnya Cm Bb 2x Cm Oh bulan Bb enggan... 2009 (29)

Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan kata-kata terkadang didalamnya itu kerana, maknanya tidak difahami secara literal tetapi secara kiasan. Contohnya, (1) Puteri lilin (2) Umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak (3) Ibarat mencurah air kedaun keladi
abubakar69.blogspot.com/2010/01/makna-ayat-semantik.html 3/8
RENUNGKA NL A H KEBESA RA NNYA

8/13/13

abubakar69.blogspot.com: Makna Ayat - Semantik

(4) Ibarat balam, mata lepas badan terkurung Dalam ayat (1) kiasan tidak membawa makna puteri yang diperbuat daripada lilin, tetapi ayat ini membawa maksud seorang yang tidak boleh tahan dengan panas . Manakala pada ayat (2) kiasan itu membawa maksud kehidupan manusia umpama jari ditangan, ada yang kaya dan ada yang miskin. Sebagai perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat di beri yang tujuannya ingin menyatakan bahawa hidup manusia ada perbezaannya antara seorang dengan seorang yang lain. Kiasan dalam ayat (3) membayangkan usaha yang sis-sia dalam menasihati seseorang . Sementara itu kiasan dalam ayat (4) mengibaratkan kehidupan seseorang seperti burung balam di dalam sangkar, dimana ia bebas melihat alam sekelilingnya tetapi tidak bebas hendak kemana-mana atau mengecapinya. Seperti Perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat diberi yang tujuannya ingin menyatakan tentang kehidupan manusia. 2.1.1 Leksikal Perkataan leksikal diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Di peringkat leksikal, sememangnya sesuatu perkataan itu membawa makna yang berlainan. Makna perkataan tadi, tari, tali, tahi, tani, misalnya sememangnya berlainan diantara satu sama lain. Jadi ini bermakna, perkataan-perkataan itu berfungsi membawa pengertian yang tersendiri dan makna dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh, makna leksikal buaya ialah sejenis binatang yang buas, yang tinggal di dalam air, tetapi boleh juga naik kedarat. Makna itu nampak jelas dalam ayat berikut. (1) Buaya disungai itu telah ditangkap. (2) Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya. Dalam ayat (2) buaya tidak membawa makna leksikal lagi, tetapi sebaliknya membawa membawa makna seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Dengan kata lain makna leksikal sesuatu perkataan ialah gambaran tentang sesuatu konsep yang dilambangkan oleh perkataan dan secara lansung membawa makna kepada ayat. 2.1.2 Intonasi Di peringkat intonasi ayat pula sekiranya kita mengucapkan perkataan haus dalam intonasi berlainan, ia akan membawa maksud atau makna yang berlainan. Misalnya, ujaran haus! dan haus? membawa maksud yang berlainan.
abubakar69.blogspot.com/2010/01/makna-ayat-semantik.html 4/8
SENA RA I BL OG SA YA B A R V I DE O

pow ered by

Pulakdah!
BUNUH Dan Pamer MAYAT ISTERI Dalam FACEBOOK - 18SG 3 hari yang lalu

sarikei
Kisah pilu Kugiran The Beatles 1966 bila mengingkar 1st Lady Imelda Marcos di Filipina Seminggu yang lalu

Jomss Layansss!!
Kemenangan Sam, Wawa dan Yana jadi pertikaian 4 b ulan yang lalu

Buaya-Merah
(Gambar) Wajah 3 Orang Melayu Islam Masuk Gereja Untuk Murtad

8/13/13

abubakar69.blogspot.com: Makna Ayat - Semantik

Ujaran haus! lebih merupakan satu penglahiran rasa dahaga yang dialami oleh penutur sendiri. Sementara itu ujaran haus? ( dengan intinasi ayat tanya), bukan lagi merupakan penglahiran rasa penutur tetapi merupakan pertanyaan kepada si pendengar ujaran tersebut. Sekiranya ujaran ini ( haus?) ditujukan kepada A, tentunya si A akan menjawab, mislnya Tidak, saya tidak haus! Atau Ya, saya berasa haus! atau mungkin juga katanya Belum masih boleh di pakai lagi. Dalam keadaan ini, nyata bahawa konteks ujaran benar-benar menentukan makna sesuatu ayat. Sekiranya perkataan haus dimaksudkan kepada dahaga, maka ia memungkinkan jawapan yang berhubung dengannya seperti pada contoh diatas. Makna perkataan ini berbeza sekali sekiranya konteks ujaran itu berhubung dengan keadaan tapak kasut misalnya, dimana disini haus bukan lagi beerti dahaga tetapi kasut yang telah kehilangan bunga. Dari itu dalam menentukan makna sesuatu ayat atau perkataan intonasi juga memainkan peranan. 2.2 Makna Konseptual Makna konseptual merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna yang diucapkan sahaja. Umpamanya apabila disebut sekolah maka akan dibayangkan sebuah bangunan yang digunakan untuk tujuan pendidikan oleh murid-murid dan guru. Disamping itu, makna konseptual seseorang itu mingkin berbeza daripada individu yang lain. Tidak semestinya dua orang itu mempunyai makna konseptual yang sama. Misalnya, katakana seseorang anak kecil yang sentiasa didera oleh ibunya dengan anak kecil yang sentiasa menerima kasih saying secukupnya daripada ibunya. Kedua-dua anak ini akan mempunyai presepsi yang berbeza dengan perkataan ibu. Mungkin bagi anak yang pertama itu, ibu baginya ialah sebagai syaitan kerana pengalaman yang dilaluinya terlalu perit dan tidak berperikemanusiaan. Manakala bagi anak yang berikutnya pula membawa makna seorang dewi kerana amat dikasihi ibunya.
PENGIKUT

Setahun yang lalu

Che Det
DEMONSTRASI 2 tahun yang lalu

Aina & Nani


Pemuda Dan Professor

2 tahun yang lalu

den2020
Rayuan Balotelli ditolak, kekal digantung tiga perlawanan 2 tahun yang lalu

Akademi Fantasia Musim Ke7


Tiara Terbit Konsert Untuk Top 3 AF7 3 tahun yang lalu

Hari Guru 2009


Jackson's Private Viewing 4 tahun yang lalu

Buat Renungan
Untuk k c dak minat ngan ttbhs...kajian teks 4 tahun yang lalu

Sertai tapak ini


dengan Sambung Rakan Google

Ahli (40) Lagi

2.3 Makna Stilistik Makna stilistik lazimnya merujuk kepada penggunaan bahasa dalam situasi sosial yang tertentu. Misalnya untuk mengatakan rasa rendah hati, seseorang yang menjemput kawannya kerumah akan mengatakan ; Jika ada masa lapang, sila dating keteratak saya di Likas. Sebenarnya, orang yang menjemput atau pengujar itu tidak menghuni di sebuah teratak (yakni rumah kecil yang lazimnya dibina di sawah ) tetapi di rumah yang diperbuat daripada batu.
abubakar69.blogspot.com/2010/01/makna-ayat-semantik.html 5/8

Sudah menjadi ahli? Log masuk

8/13/13

abubakar69.blogspot.com: Makna Ayat - Semantik

2.4 Makna Tersurat Makna tersurat merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna ujaran sahaja, sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul kerana sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan. Jesteru itu binaan ayat atau ujaran seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu. Perhatikan contoh-contoh berikut; (1) Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini. (2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi. (3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik (4) Pekrja-pekerja akan mulakan kerja mereka bila hujan berhenti. (5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu. (6) Ayah menghantar kawat kepada abang saya di Tuaran. (7) Ayah menghadaihkan saya jam tangan. Dalam ayat di atas, berlaku kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Umpamanya , mereka-mereka dalam ayat (1) merupakan kelewahan semantic atau dengan kata lain makna yang berlebihan dimana ianya tidak diperlukan. Demikian juga bagi ayat (2), tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua-dua ibu dan bapanya yang meninggal dunia. Sementara itu dalam ayat (3) , perkataan merasa membawa makna mengalami sesuatu menggunakan indera dan bukannya mengalami sesuatu dengan hati. Perkataan berdukun pada ayat (5) meknanya agak kabur kerana berdukun boleh membawa dua makna, iaitu orang yang berubat atau orang yang mengubati orang lain. Ayat (7) perlu diperbetulkan menjadi Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya atau Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan, kerana dalam ayat ini yang dihadiahkan bukanlah jam tetapi saya.

(8) Ali minum angina. Ayat ini mempunyai angin sebagai penyambut bagi kata kerja minum. Angin tidak boleh diminum, angin hanya boleh dihisap. Tetapi walaubagaimanapun angin dan ais dating dari jenis kata nama. Oleh itu ayat ini cukup syarat dari segi tatabahasa, tetapi tidak memberi makna. Jadi ayat itu menyimpang. Ayat yang sempurna itu mestilah memenuhi kedua-dua syarat, nahu dan makna ( Abdullah Hassan,
abubakar69.blogspot.com/2010/01/makna-ayat-semantik.html 6/8

8/13/13

abubakar69.blogspot.com: Makna Ayat - Semantik

1984:230).

3.0 Kesimpulan Daripada ulasan dan contoh diatas makna adalah penting dalam penggunaan dan pemakaian bahasa. Tanpa makna, ujaran atau bunyibunyi bahasa itu tidak berfungsi. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan atau ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat biasanya yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Dalam setiap bahasa untuk membentuk satu ayat hendaklah disusun dan untuk mendapat makna ayat bergantung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.

Bibliografi

Ahmad Mahmood Musanif (Ph. D) (2005). Modul Pembelajaran : BBM3206 Semantik, Pusat Pendidikan Luar UPM : Pro-office shoppe Sdn. Bhd.

Alias bin Mohamad Yatim (Ph.D) (1992). Mengenali Bahasa Melayu, Kulim : Penerbitan Sarlis, Percetakan Paarai. Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi: Percetakan Ti, Kuala Lumpur Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000). Kuala Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana. S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
abubakar69.blogspot.com/2010/01/makna-ayat-semantik.html 7/8

8/13/13

abubakar69.blogspot.com: Makna Ayat - Semantik

Pustaka, Kuala Lumpur.


DI C A T A T O LEH A B UB A K A R DI 8: 33 P G

TI ADA ULAS AN: CATAT ULAS AN M a s u k k a nu l a s a na n d a . . .

Ulas sebagai: Akaun Google Terbitkan Pratonton

Catatan Terbaru

Laman utama

Catatan Lama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

abubakar69.blogspot.com/2010/01/makna-ayat-semantik.html

8/8

Vous aimerez peut-être aussi