Vous êtes sur la page 1sur 7

ANALISIS SWOT Tarikh Masa Tempat 22 Jun 2013, Sabtu 8.00 pagi 11.

.00 pagi Kawasan Persekitaran SK Sungai Duri i. Taman Sains dan padang iv. Sekitar bangunan baru v. Sekitar bangunan lama

ii. Setor Sukan iii. Bilik Kemahiran Hidup Aktiviti Khidmat Masyarakat

Gotong-royong Perdana Kelab & Persatuan SKSD Kekuatan Semangat kerjasama dapat dipupuk di kalangan murid-murid sepanjang Kelemahan Penglibatan para guru dan muridmurid tidak berada dalam bilangan yang seperti Menyemai sikap mengutamakan maksimum. ini Gotong-royong melibatkan

perjalanan program gotong-royong ini.

sepatutnya

semua guru dan murid - murid sekolah berkenaan.

kebersihan dan kesihatan dalam diri murid. Dapat membentuk keyakinan dan

Peruntukan masa hanya selama 3 jam tidak cukup untuk melaksanakan

kepimpinan dalam diri murid.

program gotong-royong ini dengan sempurna.

Mempunyai

peruntukan

dan Perancangan untuk melakukan aktiviti gotong-royong ini dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa akibat dari

kemudahan yang lengkap bagi murid menjalankan program gotong-royong.

Menjadikan

kawasan

persekitaran

kekangan masa dengan aktiviti yang sedang dilaksanakan di sekolah.

sekolah bersih

dan sesuai untuk

aktiviti pembelajaran. Peluang 1 Ancaman

Dapat menyemai sikap menyayangi sekolah sendiri di kalangan murid sesuai dengan kempen Sayangilah Sekolah Rumahku. Kita dan Sekolahku

Berlaku kecederaan akibat daripada aktiviti yang dilakukan dan bahaya binatang berbisa.

Kerosakan

pada

peralatan

dan

barangan sekolah. Menjadikan bilik-bilik khas di sekolah lebih teratur dan tersusun untuk aktiviti pembelajaran. Kekurangan murid menyebabkan kerja pembersihan tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Menjadikan kawasan persekitaran

sekolah bersih dan cantik.

Mendapat

pengalaman

dan

pengetahuan dalam mengendalikan aktiviti seperti ini.

Mendapat sokongan dan kerjasama daripada guru-guru lain yang bukan murid BIG.

Berbincang dengan pihak pentadbir untuk menguruskan sesuatu program seperti ini. Penambahbaikan

Mewajibkan penglibatkan semua guru dan murid supaya kerja gotong-royong seperti ini dapat dilakukan di seluruh persekitaran sekolah.

Memilih masa yang sesuai dan menumpukan lebih masa untuk aktiviti gotongroyong. 2

REFLEKSI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Alhamdulillah, maka dengan terlaksananya program khidmat masyarakat ini maka akhirnya lengkaplah sudah Program BIG Fasa 2 bagi tahun 2013 ini. Program khidmat masyarakat yang kami lakukan pada kali ini adalah Gotong-royong Perdana Kelab dan Persatuan SKSD. Program ini dilakukan dengan kerjasama kami berlima pelajar PPG IPGK Pulau Pinang yang juga merupakan warga SK Sungai Duri. Program khidmat masyarakat ini telah berjaya dilaksanakan pada Sabtu, 22 Jun 2013 yang lalu. Ia disertai oleh seramai 90 orang murid dari kalangan 12 kelab dan persatuan yang terdapat di SK Sungai Duri. Program ini juga dirancang untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti tahunan seluruh kelab dan persatuan di sekolah ini. Ia dirancang dan dilakukan kerana belum ada program yang seumpama dengannya dijalankan di SK Sungai Duri pada tahun ini. Malahan sudah dua tahun program gotong-royong serupa ini tidak dilaksanakan di SK Sungai Duri. Pemilihan program gotong-royong juga dilakukan atas dasar keperluan kerana terdapat beberapa bilik khas yang memerlukan kerja pembersihan dan penyusunan semula seperti Bilik Kemahiran Hidup dan Setor Sukan kerana keadaannya yang tidak teratur.

Proses perancangan bagi program khidmat masyarakat ini tidaklah sesukar program ceramah yang lalu. Walaupun ia dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa, namun pelaksanaannya menjadi lebih mudah kerana dilakukan pada hari cuti malah diperuntukan bantuan kewangan. Kemudahan peralatan untuk program ini juga ada di sekolah seperti penyapu, baldi, mop dan sebagainya. Tambahan pula setelah diberi penerangan dan nasihat daripada pensyarah penasihat Encik Nordin bin Sadali, kami lebih memahami apa yang perlu dilakukan dalam melaksanakan program BIG pada kali ini. Namun terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat kami elakkan dalam melaksanakan program ini. Antaranya harapan kami untuk menjadikan program ini sebagai program wajib sekolah sekali lagi tidak kesampaian. Penglibatan guru juga

tidak sampai bilangan maksimum, tetapi hanya terdapat dua orang sahaja yang secara sukarela membantu kami melicinkan perjalanan program ini.

Pada program kali ini, Cikgu Che Khairi bin Kamaru Zaman tidak melibatkan diri kerana beliau terpaksa menjalankan program khidmat masyarakat di sekolah beliau iaitu di SK Siputeh, Selama Perak atas nasihat Encik Nordin, pada perjumpaan kami dengan beliau yang lalu. Namun begitu beliau pula diganti dengan Cikgu Saifulizam bin Ibrahim juga merupakan pelajar PPG IPGK Pulau Pinang dan warga sekolah ini kerana Cikgu Saifulizam masih belum melakukan program khidmat masyarakat. Untuk program khidmat masyarakat ini Cikgu Saifulizam selaku penyelaras program manakala saya sebagai setiausaha.

Setelah penetapan dibuat mengenai program ini pada mesyuarat Big Fasa 2 pada 10 Jun 2013 yang lalu, kami pun memulakan tugas yang telah diberi. Cikgu Hasimah dan Cikgu Saifulizam dipertanggungjawabkan untuk memilih murid. Murid dipilih dari kalangan murid tahun 4 dan 5 sahaja kerana pihak pentadbir tidak membenarkan kami melibatkan murid tahun 6 yang sudahpun terlibat dalam kelas tambahan bagi menghadapi UPSR. Saya pula selaku setiausaha program menyiapkan kertas kerja untuk memohon peruntukan bagi program ini dari pihak sekolah. Berbekalkan sedikit pengalaman yang saya ada dalam pembikinan kertas kerja, alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan kertas kerja ini dan menyerahkannya kepada Cik Siti Zakiah binti Johari, Penolong Kanan Pentadbiran untuk tujuan semakan dan demi mendapatkan sokongan dari beliau. Kemudian saya menyerahkannya pula kepada Guru Besar untuk mendapatkan kelulusan. Alhamdulillah, segala permohonan peruntukan yang tertera dalam kertas kerja ini mendapat persetujuan dan keizinan daripada Guru Besar. Beliau meminta kami mengedarkan surat kebenaran waris kepada murid-murid berkenaan dan memastikan mereka mendapat kebenaran untuk menyertai program ini.

Sehari sebelum program gotong-royong ini dilaksanakan, kami mengumpul semua murid yang terlibat untuk diberi taklimat. Dalam taklimat ini saya meminta muridmurid memberi perhatian kepada perkara berikut. Pertama murid-murid perlu berpakaian lengkap iaitu pakaian sukan sekolah. Kedua murid yang terlibat diminta membawa sendiri kain buruk manakala bahan cucian akan disediakan oleh pihak sekolah. Ketiga, murid-murid perlu hadir ke sekolah pada seawal jam 8 pagi pada hari gotong-royong dijalankan dan pulang pada jam 11 pagi. Dan keempat, pada waktu pulang, murid diminta pulang ke rumah dahulu serta dalam pengetahuan ibu bapa sebelum pergi ke mana-mana.

Dalam program gotong-royong kali ini hanya terdapat dua orang guru SK Sungai Duri yang bukan murid PPG secara sukarela membantu kami. Mereka ialah Cikgu Nordin bin Othman dan Cikgu Ahmad Hisham bin Mohamed. Jutaan terima kasih diucapkan atas bantuan dan kerjasama mereka. Namun sudah tertentu keadaan menjadi lebih meriah jika semua guru dan murid-murid tahap dua turut sama melibatkan diri.

Pada hari Sabtu, 22 Jun 2013 program gotong-royong pun dijalankan. Pagi itu pada jam 8 pagi, semua murid dan guru-guru berkenaan berkumpul di dataran perhimpunan. Kehadiran murid-murid sangat memuaskan kerana kesemua 90 orang murid hadir pada pagi itu. Setelah kedatangan murid diambil, Cikgu Saifulizam memberi sedikit taklimat berkenaan program gotong-royong. Antara peringatan beliau, beliau menasihati murid supaya berhati-hati ketika menjalankan aktiviti pembersihan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kecederaan serta kerosakan pada barangan dan alatan sekolah serta meminta murid memaklumkan kepada guru sekiranya terserempak dengan binatang berbisa.

Kemudian, setelah membahagikan murid kepada lima kumpulan, kami berlima bersama kumpulan masing-masing beredar ke lokasi program gotong-royong. Pada pukul 8.30 pagi kami pun memulakan kerja gotong-royong. Kami melakukan kerja 5

gotong-royong ini selama 1 jam sebelum berhenti rehat untuk menikmati jamuan makan. Pelbagai kerja dilakukan seperti membersihkan tempat, mengemop lantai, mencuci meja dan tingkap serta menyusun kembali alatan dan barangan sekolah. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kerja-kerja ini menjadi lebih mudah kerana dilakukan secara berkerjasama. Segala arahan yang diberikan kepada murid turut dituruti dengan sebaiknya. Kini keadaan bilik-bilik dan persekitaran yang dibersihkan dapat dilihat perubahannya. Dulunya kelihatan berselerak dan kini kelihatan lebih tersusun dan kemas. Ini menjadikannya lebih selesa untuk digunakan dan sesuai sebagai lokasi pembelajaran murid.

Pada jam 9.30 pagi murid-murid ke kantin untuk jamuan ringan. Setengah jam kemudian kami menyambung kembali kerja gotong-royong. Pada jam 11 pagi semua kerja gotong-royong dihentikan. Murid-murid diminta memastikan segala peralatan sekolah yang digunakan untuk program gotong-royong dipulangkan serta tiada barangan peribadi tertinggal seperti jam dan kasut. Kemudian guru-guru yang terlibat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada muridmurid atas kerjasama yang diberikan.

Pelbagai manfaat dan kebaikan didapati baik kepada perserta PPG maupun murid-murid yang terlibat. Pertama, melalui program ini kami selaku penganjur program belajar cara-cara menguruskan program yang mencabar seperti ini. Pengalaman yang berguna dari program ini dapat kami gunakan kelak sekiranya diberi kepercayaan untuk menjalankannya lagi. Kedua, program ini telah menjadikan kami serta murid-murid sedar akan kepentingan sikap tolong-menolong dan bekerjasama di dalam sesebuah organisasi. Sememangnya permuafakatan dan toleransi di kalangan anggota telah membantu kami dalam melancarkan segala aktiviti yang dilakukan dan menjadikan program ini lebih sempurna. Ketiga, sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong-menolong dan sifat kepimpinan berjaya dipupuk di sepanjang program ini. Keempat, dapat

menyemai sikap menyayangi sekolah sendiri di kalangan murid sesuai dengan kempen Sayangilah Sekolah Kita dan Sekolahku Rumahku. Kelima, dapat menyemai sikap 6

mementingkan kebersihan dan kesihatan dalam diri murid serta juga membentuk keyakinan dan kepimpinan dalam diri murid.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa pembaikan yang dapat dilakukan untuk menjadikan aktiviti seperti ini lebih berkesan. Penglibatan guru-guru dan semua murid secara maksimum adalah diharapkan pada program seumpamanya di masa yang akan datang. Selain itu masa gotong-royong pula hendaklah dipanjangkan, supaya capaian aktiviti seperti ini lebih menyeluruh ke setiap lokasi persekitaran sekolah. Saya juga berharap pihak pentadbiran sekolah dapat memberi kesedaran kepada seluruh warga sekolah betapa pentingnya kebersihan itu, Kebersihan adalah sebahagian daripada iman, Kebersihan juga adalah manafestasi diri yang diluahkan secara rawak, yang membayangkan apa yang ada dalam diri sendiri samada berupa sinar atau noda. Sekian saja, terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi