Vous êtes sur la page 1sur 24

1.

0 PENDAHULUAN

Setelah lebih 50 tahun merdeka (1957-2012), Malaysia telah berjaya keluar dari senarai Negara mundur dan memasuki senarai Negara sedang membangun. Ketika ini, Malaysia sedang berusaha untuk bergerak menuju ke arah status negara maju seperti yang telah dinyatakan dalam Wawasan 2020. Pergerakan dari status Negara mundur kepada Negara yang sedang membangun berlaku dalam tempoh lima puluh tahun merupakan satu jangka masa yang amat singkat menurut ukuran dunia. Peristiwa rusuhan etnik pada 13 Mei 1963 merupakan pencetus kepada proses transformasi sosioekonomi yang luar biasa dan membuka mata banyak pihak yang menyedari bahawa walaupun Malaysia telah merdeka dan hidup selesa dengan ekonomi yang membangun namun terdapat kepincangan dari aspek hubungan etnik.

Pengalaman pahit tersebut telah menyedarkan pemimpin dan rakyat bahawa kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai tanpa kestabilan politik. Oleh itu, kestabilan politik dan kemajuan ekonomi perlu berjalan seiring dan agihan kekayaan yang sama rata serta perkongsian kuasa yang matang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik antara etnik.

Malaysia sebagai masyarakat majmuk memerlukan usaha yang berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Sekiranya, usaha-usaha menghindarkan berlakunya konflik etnik tidak dilakukan dengan segera, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang telah dinikmati oleh rakyat selama ini akan terguguat. Hubungan etnik merupakan ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia dan seterusnya mewarnai kehidupan harian semua rakyat Malaysia.

2.0 DEFINISI KONSEP-KONSEP

Konsep Masyarakat Menurut Rocek dan Warren (1979), masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad.

Mayarakat menurut definisi Kamus dewan (2005) ialah kumpulan manusia hyang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.

Melalui pergaulan ini, terbina poila hubungan social yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, berkumpul untuk menyambut kedatangan pembesar, menghadiri kenduri majlis perkhawinan, membantu mereka yang ditimpa mapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai unit sosial.

Ciri-ciri utama masyarakat : 1. Berkelompok 2. Berbudaya 3. Mengalami perubahan 4. Berinteraksi 5. Mempunyai kepimpinan 6. Mempunyai aturan social

Berdasarkan pemahaman mengenai masyarakat yang dihuraikan tadi, ternyata bahawa Malaysia ialah seubah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik dan

budaya. Dari segi sejarahnya, masyarakat Malaysia juga telah terbukti mempunyai asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.

Konsep Bangsa / Nasion

Bangsa atau Nasion mempunyai maksud yang lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan rasa tau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasa sesame mereka berbanding dengan rumpun yang lain. Lazimnya, ia terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah an agama. Bangsa Malaysia sebagai bangsa idaman yang kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan hubungan etnik yang harmonis.

Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme

Etnik didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa member penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006).

Etnik telah dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan cirri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik, iaitu menganggap cirri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daraipada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu iaitu budaya yang menyatukan anggotanya. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri..

Konsep Ras dan Rasisme

Pada dasarnya, ras boleh dikatkan sebagai sebuah kelompok social yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Warna kulit adalah cirri yang paling utama untuk membezakan kumpulan manusia.

Rasisme pula ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasikan melalui diskriminasi erasaskan warna kulit dan cirri-ciri fizikal-biologikal yang lain.

Konsep Masyarakat Majmuk

Menurut J.S. Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah system politik yang sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan, interaksi social dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras.

Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah.

Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan atau kelemahan azam social bersama (common social will) yang merupakan satu set nilai yang dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan member panduan kepada tingkah laku sosial.

Konsep Perpaduan dan Integrasi Nasional

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. manakala intergrasi pula merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identity nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987).

Unsur intergrasi terdiri daripada intergrasi wilayah, intergrasi ekonomi, intergrasi kebudayaan, intergrasi social, intergrasi pendidikan dan intergrasi politik.

Proses mencapai sesebuah masyarakat intergrasi bukanlah sesuatu yang mudah. menurut Ting Chew Peh (1987), intergrasi ialah suatu proses yang amat kompleks. tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebiih rapat antara wilayah dapat mewujudkan intergrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.

Konsep Akulturasi

Konsep Asimilasi
KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

Konsep Akomodasi

Konsep Amalgamasi

Konsep Segregasi

Konsep Segregasi Merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah Negara Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Konsep Akomodasi Merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.

Konsep Akulturasi Merupakan satu proses penerimaan unsure kebuadayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsure dari satu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsure kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan dioleh dalam kebudayaan sendiri. Proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identity asal masyarakat penerima.

Konsep Asimilasi Merupakan satu proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi sesuatu tempoh yang lama.

Konsep Amalgamasi Merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menetukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara golongan etnik.

2.1 MASYARAKAT PLURALITI

Pluraliti merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah(Eropah) yang tebentuk melalui proses semulajadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan disebaliknya. Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama disuatu tempat pada suatu masa secara semulajadi, contohnya masyarakat Baba-Nyonya dan Mamak.

Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan pluraliti sosial dan alam sekitar. Pluraliti sosial dapat dilihat berdasarkan realiti kehidupan masyarakat yang ada. Pluraliti alam sekitar merujuk kepada keadaan alam sekitar dan muka bumi alam melayu yang begitu

mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia, contohnya bunga raya yang dibawa dari kepulauan Pasifik dan getah yang dibawa dari Brazil.

Masyarakat pluraliti berlaku hasil penghijrahan dari dalam wilayah (dalam kalangan etnik melayu sendiri) dan juga dari luar yang melibatkan etnik lain seperti Cina, Arab, India dan berlaku asimilasi. Mereka menetap di kepualauan melayu atau nusantara dan berpindah randah dari satu pulau ke pulau yang lain dengan bebasnya untuk berniaga, berperang, berkahwin dan sebagainya. Lantaran itu, unsur akomodasi telah wujud dalam kehidupan bermasyarakat. Manakala dari segi diplomatik, berlakulah hubungan peradaban antara alam Melayu dan Cina serta India. Pluraliti alam Melayu telah sampai ke zaman kemuncaknya pada waktu pemerintahan kesultanan Melayu Melaka. Contohnya, pengislaman Melaka menarik pedagang Islam datang berniaga dan Melaka di anggap The Venice Of The East dan pelabuhan Melaka merupakan Pusat Pengumpulan rempah ratus. Masyarakat Pluraliti yang wujud dapat hidup dengan aman dan damai, hasil dari system pemerintahan yang adil contohnya pelaksanaan hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan Islam.

Menurut al-Attas, dari segi keagamaan terdapat pengaruh Hindu-Buddha tetapi tidaklah begitu mendominasi masyarakat di alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh ajaran Islam. Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab-kitab klasik mereka yang membincangkan secara meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah, metafizik, system sosial dan sebagainya. Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya agak jelas, seperti dalam aspek kesusasteraan dan pemerintahan.

Dari segi Ilmu dan pemikiran pula, berlaku perubahan konsep ilmu (epistemologi). Sebelum penjajahan, ia hanya berasaskan metafizik (ilmu bersumberkan alam ghaib, di luar pengalaman pancaindera manusia-bomoh, dukun, jampi dan lain-lain). Penjajhan British membawa konsep ilmu berteraskan konsep rasional dan saintifik (boleh dibuktikan menerusi pancaindera manusia-statistik, peta dan lain-lain).

Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua hala antara Cina dan India. Alam melayu telah menjadi tempat utama persinggahan bagi kedua-dua pihak. Keadaan ini tanpa disengajakan telah mewujudkan pluraliti di alam Melayu. Kemuncaknya, alam Melayu pada abad ke 7 Masihi telah menjadi Pusat Pengajian dan perkembangan ilmu pengetahuan.

2.2 MASYARAKAT PLURAL

Masyarakat plural terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama (masyarakat majmuk). Oleh itu, penjajahan Barat menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan masyarakat Plural.

Masyarakat Asia Tenggara secara semulajadinya hidup dalam kepluralitian iaitu tanpa paksaan oleh mana-mana kuasa. Walaupun begitu, kuasa colonial memusnahkan cirri plurality dan keharmonian etnik. Penjajah memperkenalkan system baru yang memperkukuhkan satu komuniti yang dikenali sebagai masyarakat Plural dalam peristilahan Furnivall. Pembentukan masyarakat terjadi secara paksaan dan perbezaan fungsi ekonomi. Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran di bawah British dan menjalankan pertanian sara diri di luar Bandar mengikut keselesaan masyarakat tersebut.

Masyarakat migrant China dan India, dibawa masuk untuk tujuan ekonomi penjajah. pengasingan yang terancang menyebabkan ketiga-tiga masyarakat ini lebih selesa menjalani hidup mengikut adat resam dan tradisi etnik masing-masing.

Perdebatan ilmu di Eropah membawa kepada pemisahan besar antara ilmu dan sains moden. Stephen J. Goul dalam bukunya Rocks Of Ages : Science And Religion Masyarakat terbahagi kepada dua iaitu menyokong agama ddan menyokong sains moden(diterima Eropah). Kedatangan Inggeris ke alam Melayu membawa konsep pemikiran pemisahan Negara dan agama, Negara colonial secular. Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan, manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan.

2.3 ASIMILASI

Asimilasi merupakan satu proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi, asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan social serta budaya yang sama (disebut dalam (Chew Hock Thye, 1975). Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hamper semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlakudalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan dan agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi satu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minority menghilangkan identiti mereka dan menerima identity kumpulan etnik majoriti ; terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik ; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

3.0 SEBAB-SEBAB MASYARAKAT PLURALITI LEBIH MUDAH DIASIMILASIKAN

Masyarakat pluraliti alam Melayu yang telah wujud pada kurun ke 5 Masihi iaitu sebelum penjajahan dan terbentuk melalui proses semulajadi tanpa paksaan lebih mudah diasimilasi berbanding dengan masyarakat plural yang dibawa masuk oleh penjajah British secara paksaan sebagai pekerja atau buruh kasar. Oleh yang demikian, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masyarakat Pluraliti lebih mudah diasimilasi antaranya dari aspek-aspek berikut:

3.1 Faktor Agama Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan Islam di alam Melayu. Islam membawa ideology yang rasional, radikal dan progresif dalam aspek kehidupan, pemerintahan dan pentadbiran di Alam melayu. Setiap kelompok mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa sendiri dan mereka bebas mengamalkannya disamping menghormati agama Islam sebagai Agama Rasmi di alam Melayu.

3.2 Faktor Politik Perlembagaan Melaka berdasarkan ajaran Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Pemerintahan yang diamalkan adalah secara diplomasi dan terbuka. Sultan dan pembesar mempunyai misi dan visi yang hebat. Oleh itu, tidak wujud unsur-unsur terrorisme dalam pemerintahan kerajaan Melaka.

3.3 Faktor Ekonomi Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua hala antara Cina dan India. Keadaan ini tanpa disengaja telah mewujudkan pluraliti di alam Melayu dan berlaku proses asimilasi. Perdagangan rancak hasil sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. keselamatan laut dapat dikawal. Ini memberi suasana yang aman dan selamat kepada para pedagang. Kepulauan melayu terkenal dengan rempah ratus dan dianggap mewah ketika itu. aktiviti perdagangan antarabangsa juga berjalan dengan baik hasil dari sistem urus tadbir berteraskan Islam. Ini memberikan banyak kemudahan kepada masyarakat pluraliti untuk menjalankan kegiatan ekonomi tanpa sebarang gangguan.

3.4 Faktor Pendidikan Pada abad ke 7Masihi, wujud Institusi Pengajian Agama di alam Melayu. Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran Ilmu pengetahuan. Masyarakat plurality di zaman ini bebas memilih pusat-pusat pengajian yang sedia ada dan akur dengan sistem pendidikan yang digunakan.

3.5) Faktor Sosial Masyarakat pluraliti lebih mudah diasimilasikan kerana hubungan sosial mereka bercirikan semulajadi dan tanpa paksaan. Mereka secara sukarela mencari kehidupan dan kekayaan. Oleh itu, wujud interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem pemerintahan. Mereka sanggup berkkahwin dengan penduduk tempatan dan mengamalkan budaya seharian orang Melayu. Manakala amalan dan adat resam pendatang diterima oleh penduduk tempatan. Dengan itu, wujudlah hubungnan beradaban antara alam Melayu dan Cina serta India.

Masyarakat pluraliti ini merupakan pola masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi. Mereka datang berdagang secara sukarela bersama-sama ahli keluarga. Keputusan untuk menetap di alam Melayu merupakan keputusan bersama tanpa paksaan yang menjamin ketenangan fikiran dan perasaan mereka. Oleh itu, mereka berjaya

mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman tersebut. Mereka secara sukarela sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan. contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang berkahwin dengan masyarakat tempatan. Disamping itu mereka juga mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu. Selain tiu, amalan dan adat resam yang dibawa masuk oleh mereka juga diterima pakai oleh penduduk tempatan. Contoh, adat bersanding, bungan manggar dan bunga telur dalm majlis perkahwinan ialah asimilasi penduduk tempatan dengan pendatang dari India.

4.0 SEBAB-SEBAB MASYARAKAT PLURAL SUKAR DIASIMILASIKAN

Titik pemisah di antara pluraliti dan masyarakat plural ialah dengan ketibaan penjajah Inggeris ke Asia Tenggara khususnya Tanah Melayu. Inggeris pula menggunakan senjata serampang dua mata di dalam misi-misi kedatangan mereka iaitu penjajahan berbentuk imperialisme dan kolonialisme. Antara sebab-sebab masyarakat plural sukar diasimilasikan adalah seperti berikut :

Faktor Agama

Faktor Sosial

SEBAB-SEBAB MASYARAKAT PLURAL SUKAR DIASIMILASI

Faktor Politik

Faktor Pendidikan

Faktor Ekonomi

4.1 Faktor Agama

Kedatangan Inggeris ke alam Melayu membawa konsep pemikiran pemisahan Negara dan agama.( Negara colonial secular). Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan, manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan. Perdebatan ilmu di Eropah, membawa kepada pemisahan besar antara ilmu dan sains moden. Menurut Stephen Jay Goul dalam bukunya (Rocks Of Ages) : Science And Religion masyarakat terbahagi kepada dua iaitu menyokong agama dan menyokong sains moden. Ini menyukarkan masyarakat plural diasimilasikan.

4.2 Faktor Politik

Pentadbiran Negara dijalankan oleh penjajah manakala hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu diletakkan dibawah sultan. Ini berbeza dengan system di zaman sebelum Inggeris di mana tiada pengasingan kuasa berlaku kerana raja dan sultan mempunyai kuasa mutlak. Inggeris turut memperkenalkan system pentadbiran berasaskan tiga unsure penting, iaitu : kehakiman, eksekutif dan perundangan. Setiap pihak hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh bercampur aduk. Wujudnya sistem Federalisme iaitu dua jenis persekutuan dalam masa yang sama, Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia.

4.3 Faktor Ekonomi

Sistem ekonomi semasa zaman penjajahan berubah dari pertanian sara diri kepada sistem ekonomi perindustrian dan perdagangan (sistem ekonomi Kapitalis). Orangorang Cina dan India terutamanya yang dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris. Mereka didatangkan khas untuk bekerja sebagai buruh. Contohnya, buruh Cina dikerah bekerja di lombong bijih timah dan lombong emas. Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka. Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi, politik Inggeris, maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku. Masing-masing menjalankan kehidupan di dalam kelompok masyarakat masing-masing. Namun ini tidak bermakna tiada kehidupan yang harmoni.

4.4 Faktor Pendidikan

Umat Islam di alam Melayu sebelum penjajahan memandang tinggi terhadap Institusi Pondok dan Madrasah sebagai instrumen penting pembinaan bangsa cemerlang. Untuk menyekat pengaruh tersebut, penjajah telah menyerapkan system secular dalam pendidikan. Contahnya, Al-Quran tidak dibenarkan menjadi subjek dan diajar di luar waktu sekolah dan tenaga pengajar tidak diberi elaun. Kemuncak system sekular dilihat dalam penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1905 di Kuala Kangsar, Perak. British juga turut membina sekolah-sekolah Mubaligh-Mubaligh Kristian. Akibatnya, sekolah beraliran Melayu dipandang rendah berbanding sekolah aliran Inggeris.

4.5 Faktor Sosial

Masyarakat Alam Melayu secara semulajadinya hidup dalam kepluralitian iaitu hidup tanpa paksaan oleh mana-mana kuasa. Kuasa Kolonial memusnahkan ciri-ciri pluraliti dan keharmonian etnik. Penjajah memperkenalkan system baru yang memperkukuhkan satu komuniti yang dikenali sebagai masyarakat plural dalam peristilahan Furnivall. Pembentukan masyarakat terjadi secara paksaan dan perbezaan fungsi ekonomi. Contohnya, Melayu terlibat dalam sector pentadbiran dibawah British dan menjalankan pertanian sara diri di luar Bandar mengikut keselesaan masyarakat tersebut. Masyarakat migran Cina dan India pula dibawa masuk untuk tujuan ekonomi penjajah. Pengasingan yang terancang menyebabkan ketiga-tiga masyarakat ini lebih selesa menjalani hidup mengikut adat resam, berlaku pemisahan petempatan, tiada perpaduan sebalik semangat perkauman, sistem pendidikan yang berbeza dan kekal dalam corak etnik masing-masing.

Usaha-usaha Kerajaan Untuk Memupuk Perpaduan Nasional

Peristiwa 13 mei 1963, memberi pengajaran kepada pemimpin Negara dan rakyat Malaysia yang ternyata merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan harta benda. Oleh itu, kerajaan telah berusaha untuk memupuk perpaduan antara etnik di Malaysia antaranya ialah setiap etnik mempunyai wakildalam bentuk parti politik dan mencapai kesepakatan untuk hidup dalam aman dan damai. Antara usaha-usaha tersebut ialah :

a) Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara pada tahun 1969 yang dipertanggungjawabkan untuk memantapkan intergrasi nasional iaitu dengan merapatkan masyarakat dari semua negeri di Malaysia khususnya antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

b) Memperkenalkan ideology kebangsaan iaitu Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, gabungan partiparti politik berlainan etnik dan intergrasi antara wilayah.

c) Menggalakkan kerjasama dan sumbangan daripada pihak swasta( pemimpin korporat serta pelabur asing), sektor komuniti (badan bukan kerajaan atau NGO) dan semua parti politik supaya berbaik-baik antara kumpulan etnik dan juga kumpulan kelas sosial (antara pekerja dengan ketua, anggota kelas menengah dan yang kaya).

Dasar-dasar Kerajaan yang telah diwujudkan

Dasar-dasar Pembangunan Negara 1. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Bertujuan untuk : i) Memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah. ii) Mempertingkatkan penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. 2. Dasar Pembangunan Nasional (1991 2000) Bertujuan untuk : i) Mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. ii) Mewujudkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.

3. Dasar Wawasan Negara (2001 -2010) Bertujuan untuk : i) Mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur. ii) Meningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi Malaysia.

4. Dasar Pendidikan Kebangsaan Bertujuan untuk : i) Memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya.

Matlamat ini dinyatakan secara umum tetapi untuk melaksanakannya, Kementerian pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman

Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai penyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga pekerja bagi keperlauan ekonomi. Seterusnya bidang tugasnya ditetapkan. Keadaan ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat Negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Contohnya, kerajaan telah memperkenalkan sekolah wawasan yang bertujuan untuk menyediakan satu ruang social yang memberikan kesempatan kepada pelajar pelbagai kaum/kumpulan etnik untuk berinteraksi dan seterusnya menjalin hubungan yang harmonis. Kerajaan juga telah memperkenalkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam kegiatan bersama dari sekolah pelbagai kaum.

Dasar-dasar khas yang telah diwujudkan seperti Dasar Ekonomi Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar kebudayaan kebangsaan secara tidak langsung telah dibincangkan semenjak CLC (Communites Liason Commitiee/Perhubungan antara Kaum) ditubuhkan pada tahun 1948. Perbincangan dasar-dasar tersebut lebih seriu dibincangkan selepas Peristiwa !3 mei 1969. Pembentukan dasar-dasar tersebut telah mengambil kira kepentingan kaum di Negara ini. Dasar Pendidikan Kebangsaan focus kea rah mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan sosio- ekonomi di kalangan masyarakat Malaysia berbilang kaum. Dasar Kebudayaan Kebangsaan pula memfokuskan kea rah pembentukan sikap menghormati dan menghargai setiap budaya. DEB pula bertujuan untuk mengimbangi ekonomi bumiputera dengan etnik lain secara adil. Namun begitu, Dasar-dasar yang telah diperkenalkan ini masih belum dapat mengasimilasikan masyarakat plural secara menyeluruh dan berkesan.

5.0 PENUTUP

Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja tetapi lebih penting dari sudut konseptual. Dalam hal ini, aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan sewajarnya dipelihara kerana kebudayaan kebangsaan berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsure kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsure penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan mengikut acuan Malaysia. Penerimaan unsur kebudayaan lain yang sesuai menunjukkan bahawa kebudayaan kebangsaan itu tidak meminggirkan kebudayaan lain ; sebaliknya, meraikan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia contohnya Sambutan Hari Kemerdekaan.

Masyarakat Plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi beberapa faktor sejarah. Pluraliti budaya terdapat di Alam Melayu sejak sekurang-kurangnya abad ke 5 Masihi. Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad ke 19 dan ke 20 telah mengakibatkan penghijrahan masuk Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Meski pun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan Negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan Perpaduan Nasional dan keharmonian kaum.

Dalam usaha mencapai status Negara moden, Malaysia meletakkan perpaduan nasional sebagai matlamat akhirnya. Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu bangsa Malaysia yang terdiri daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera dan mempunyai identiti nasional yang tersendiri. Proses perpaduan negara di kalangan penduduk Negara yang berbilang etnik diwakili oleh parti politik ettnik masing-masing. Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan orientasi pemikiran masing-masing. Perbezaan inlah dikatakan sebagai penghalang kepada masalah dalam proses penyatuan, proses perpaduan dan

pembinaan bangsa Malaysia. Selain dari itu, kejahilan tentang kumpulan etnik yang lain, proses pemasyarakatan yang terbatas, mengamalkan politik perkauman, perbezaan sosio-ekonomi, perbezaan kebudayaan dan segregasi atau pemisahan fizikal merupakan penyebab utama masyarakat pluiral sukar diasimilasikan.

Dasar yang dimainkan dalam bidang pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah Negara. Dengan perkembangan ekonomi yang cepat menyebabkan keadaan mobility masyarakat terus berubah. Dalam masa yang sama kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. hanya menerusi pendidikan sahaja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah dewasa. oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat Malaysia.

Sesuai dengan perubahan masa , pelbagai dasar yang telah diwujudkan sejak merdeka hingga sekarang. Perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang dirancang dapat melaksanakan proses intergrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan.

Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam system pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan selanjutnya ke peringkat Pusat Pengajian Tinggi. Seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan sahaja berlainan etnik tetapi tidak bersatu padu dan berlainan kefahaman.

Oleh itu, pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi etnik di sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep sekolah wawasan atau sekolah satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara etnik. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah

juga harus relevan dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. seandainya terdapat perubahan yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang upayanya. Hal ini bertujuan supaya rakyat Malaysia yang berbilang etnik/kaum dapat hidup bersatu padu, harmoni dan berjiwa Malaysia.

RUJUKAN

Azmah Abd Manaf. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Cowan CD. (1970). Tanah Melayu Kurun Ke Sembilan Belas, Asal Usul Penguasaan Politik British. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Sanjit Singh. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur Oxford Fajar.

Shamsul Amri Baharuddin. ( 2009). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Universiti Teknologi MARA

Sufean Hussin 1996, Pendidikan Di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

http://www.kita.ukm.my/

http://www.ums.edu.my/

http://www.uitm.edu.my/

http://www.slideshare.net/emkay84/hubunganetnik

http://www.slideshare.net/hubungan-etnik

KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

MUKA SURAT

1.0

Pendahuluan/Pengenalan

2.0

Definisi Konsep-konsep

3.0

Sebab-sebab Masyarakat Pluraliti Lebih Mudah Diasimilasikan 11

4.0

Sebab-sebab Masyarakat Plural Sukar Diasimilasikan Usaha-usaha Kerajaan Dasar-dasar Yang Diwujudkan Oleh Kerajaan

13

5.0

Penutup/Kesimpulan

20

Vous aimerez peut-être aussi