Vous êtes sur la page 1sur 33

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH 2012 NAMA PELAJAR : SITI NOORYAHMILAWATIMAH BT. YAHAYA (701001-08-5184) PPG-PRA B/022/06/11

KOD & MATAPELAJARAN : PJM 3102 PENDIDIKAN JASMANI (PERGERAKAN ASAS)

NAMA PENSYARAH

: TUAN SYED AMEER ALI BIN RAHAMAN

TARIKH HANTAR

: 22 SEPTEMBER 2012

TAJUK TUGASAN

1.1 Anda dikehendaki menyediakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang melibatkan manipulasi alatan.

1.2 Anda dikehendaki melakukan satu rangkaian 20 stesen pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang menggunakan sekurang-kurangnya lima jenis kemahiran manipulasi alatan tangan.

PENGENALAN

Konsep Pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dilakukan. Dengan ini, memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Pakar-pakar dalam pendidikan Jasmani(Gallahue.DL, 1996, Ghabbard, C.Leblanc,B Lowy.S. 1994, Burton, 1997) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan Manipulatif. Pergerakan lokomotor adalah pergerakan yang melibatkan perubahan dari satu titik ke titik yang lain. Pergerakan bukan lokomotor pula adalah pergerakan setempat yang tidak melibatkan perubahan tempat. Kedu-dua aktiviti pergerakan asas ini boleh dilakukan dengan menggunakan alatan disebut manipulasi alatan. Secara amnya, pembelajaran dalam pendidikan pergerakan mengambil dua elemen penting iaitu struktur koordinasi(komposisi/tubuh badan) dan proses pergerakan serta cara melakukannya. Pergerakan-pergerakan asas yang boleh mengembangkan pemikiran, kemahiran, penyelesaian masalah dan pengembangan potensi pilihan. Pergerakan asas adalah pergerakan yang menjadi asas-asas kemahiran yang terdapat dalam sukan dan permainan.

MATLAMAT

Memperkenalkan pelbagai jenis pergerakan asas kepada para pelajar untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kemahiran mereka dalam aktiviti kecergasan, sukan serta permainan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memupuk minat para pelajar dalam aktiviti sukan serta dapat meningkatkan tahap disiplin para pelajar.

OBJEKTIF Diharapkan murid-murid boleh melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul. Menyedari tentang ruang, tempat, keseimbangan dan koordinasi untuk bergerak tanpa membahayakan diri.

Menonjolkan daya kreativiti pelajar dalam membentuk pergerakan asas.

Memberi kekuatan kepada otot-otot badan dalam melakukan kegiatan yang lebih sergas.

Memberi kemahiran asas dalam sukan dan permainan.

MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR

Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat memberipendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakankanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemenelemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.

DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakanyang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari diseut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut.

Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan dan lain-lain lagi.

Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.

CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

1. Melompat

Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak.

2. Lompat Skip

Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan ketingting ialah dengan langkah satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli.

3. Lompat Galop

Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara cepat.

4. Melantun

Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh permainan bola tampar.

5. Melungsur

Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan.

DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu, pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar. Contohnya melambung, membaling, menggolek (seperti menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (seperti menggunakan kompang). Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.

Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi dan sebagainya. Malah terdapat perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Disini Pergerakan Bukan Lokomotor adalah kestabilan iaitu sesuatu kemahiran. Kemahiran ini adalah kemahiran yang melibatkan pergerakan setempat atau tidak bergerak dari suatu tempat ke tempat lain. Seperti membengkok, meregang, mengilas, memusing, menghayun, berbuai buai, rebah, bangkit, menolak, menarik, mendekam dan sebagainya.

CONTOH CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

1.

Menghayun

Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang

2.

Membengkok Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan lahan menegakkan badan.

3.

Memusing

Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.

4.

Mendekam

Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai

5.

Menyokong

Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu

tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya.

6.

Membengkok

Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu.

7.

Meregang

Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat. Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180.

8.

Mengilas

Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah bulatan sahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

9.

Memusing

Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.

10. Menolak dan Menarik

Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

11. Rebah

Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

12. Bangkit

Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

13.

Melantun

Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan.

Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas. Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas antaranya Merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta menarik ke kiri dan kanan.

NILAI-NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mempunyai kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.

1.

Kerjasama

Menurut Kamus Pelajar kerjasama bermaksud kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolong-menolong atau gotong-royong. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai kerja atau usaha dan sebagainya dengan bersamasama atau saling membantu antara dua atau beberapa pihak, atau sumbangan pelbagai rupa yang bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain lagi dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama (Kamus Dewan Edisi 3). Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang Ini kerana pendidikan pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Murid-murid akan membuat satu-satu aktiviti itu dengan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk memenangi permainan dan aktiviti tersebut. Maka dari situ secara tidak langsung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.

2.

Keberanian

Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), keberanian bermaksud kegagahan, keperkasaan, ketabahan, kepahlawanan, keteguhan, keperwiraan, kelaki-lakian dan kejantanan. Manakala menurut Kamus Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani. Nilai keberanian sememangnya dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing. Contohnya ialah melalui aktiviti lokomotor seperti melompat dari satu tempat yang tinggi. Murid-murid yang mempunyai sikap berani dalam diri mereka akan cuba untuk melakukan lompatan tersebut dan begitu pula sebaliknya. Apabila mereka berjaya melakukannya secara tidak langsung mereka akan lebih beryakinan dengan kemampuan mereka sendiri malahan sekiranya tidak berjaya, mereka akan berasa rendah diri dan malu dengan kawan-kawan yang lain.

3.

Semangat Berpasukan

Semangat berpasukan boleh ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan (Kamus Dewan Edisi 3). Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat berpasukan juga dapat dipupuk di kalangan murid-murid. Semangat bantu-membantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang dihasilkan. Semangat berpasukan ini dapat disemai apabila murid-murid melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor secara berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini, secara tidak langsung murid akan menunjukkan nilai saling bantu-membantu dan semangat berpasukan antara satu sama lain.

4. Berdisiplin

Merujuk daripada Kamus Pelajar, berdisiplin bermaksud menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undangundang dan lain-lain) atau menurut Kamus Dewan patuh (taat) pada (peraturan dan lain-lain). Dalam melaksanakan aktiviti pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari mengikut cara yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru adalah aktiviti yang mempunyai peraturan dan syarat dalam permainan. Bagi menyempurnakan dan membolehkan permainan tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, maka murid-murid perlu mengetahui dan mengikuti peraturan dalam satu-satu aktiviti. Keadaan ini akan membuatkan murid-murid lebih berdisiplin kerana terpaksa patuh dengan peraturan permainan tersebut. Sikap berdisiplin ini secara tidak langsung akan dipupuk dalam diri murid-murid.

5. Gembira

Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu sahaja malah guru juga boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan menjadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarik. Kanak-kanak khususnya merupakan individu yang gemar dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, mengadakan aktiviti yang memerlukan alatan yang berwarna-warni, mengadakan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas, bermain beramai-ramai dan guru turut serta dalam sesuatu aktiviti serta aktiviti yang melibatkan komunikasi antara satu sama lain. Mereka akan tidak bosan dan berasa gembira serta seronok dengan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara tersebut. Oleh yang demikian, murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok.

PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang menyebabkan kedudukan seseorang akan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong seseorang berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang hanya menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa mengubah kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa beralih arah. Pergerakan ini juga tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan seperti melambung, membaling dan melayang. Pergerakan yang melibatkan dan kebolehan seseorang menggunakan otot -otot atau motor kasar melalui pergerakan seperti melompat dan berlari. Pergerakan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot -otot kecil. Ianya lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka -tutup dan pusing putar.

Pergerakan lokomotor juga merupakan pergerakan yang banyak menggunakan ruang. Hal ini kerana, pergerakan ini memerlukan kedudukan pelaku berubah dan menyebabkan ruang yang digunakan adalah besar. Berbeza dengan pergerakan bukan lokomotor yang kurang memerlukan ruang kerana pelaku hanya kekal di tempat yang sama atau statik sahaja. Walaupun begitu, pergerakan ini memerlukan ruang tetapi hanya sedikit sahaja.

KESIMPULAN

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada kesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapat mengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangan kanak-kanak terutama di prasekolah.

BIBLIOGRAFI

Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-danbukan_05.html

Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html

Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Mac 20, 2010 daripada http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf

Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf

Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html

TARIKH

29 September 2012

MASA

8.00 pg 11.00pg

TEMPAT

IPG KAMPUS PULAU PINANG

KUMPULAN SASARAN

Kanak-kanak Prasekolah berumur 5 6 tahun.

PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI


a) Prosedur pelaksanaan demonstrasi

Jenis-jenis pergerakan

1. Pergerakan bukan lokomotor

Berdiri tangan sentuh tanah :

Berdiri, kaki dibuka seluas bahu Bongkokkan badan ke bawah sehingga hujung jari menyentuh tanah. Selama 10 saat.

2. Pergerakan Lokomotor

Berjalan sisi kaki silang :

Berdiri tegak. Jarak kaki seluas bahu dan tangan di sisi. Kaki melangkah ke sisi sambil bersilang, buka, tutup.

3. Pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan

Melambung dan menyambut bola :

Berdiri tegak dan bola dipegang pada paras pinggang. Bola dilambung ke atas dan tepuk tangan 3 kali sebelum menyambut bola.

4. Pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan

Menggolek gelung maju ke depan

Berdiri sambil memegang gelung Berjalan maju ke depan sambil menggolek gelung.

5. Pergerakan bukan lokomotor

Imbangan perut di atas peti lombol

Meniarap di atas peti lombol Mengangkat dua kaki ke atas, dua tangan ke belakang dan memegang ke dua-dua kaki. Kepala didongakkan.

6. Pergerakan lokomotor

Guling balak :

Baringkan badan di atas tilam. Tegakkan ke dua-dua tangan ke atas. gulingkan badan beberapa kali.

7. Pergerakan bukan lokomotor

Meringkukkan badan

Duduk di atas lantai dan dirikan lutut. Dua tangan memeluk lutut. Masukkan kepala ke dalam.

8. Pergerakan lokomotor

Berlari tendang belakang

Berdiri tegak, tangan diluruskan disisi. Berlari dengan kaki ditendang dan bergerak maju ke hadapan.

9. Pergerakan bukan lokomotor

Berdiri dan meregang tangan

Berdiri tegak. Kilas tangan kiri ke belakang dari bawah dan tangan kanan dari atas. Pegang ke dua-dua tangan di belakang.

10. Pergerakan lokomotor

Berlari sambil melantun bola :

Berlari. sambil melantun bola zig zag keliling skital.

11. Pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan

Memusing gelung di pergelangan tangan

Berdiri tegak, sebelah tangan lurus di sisi. Letakkan gelung di pergelangan tangan. Pusing gelung menggunakan pergelangan tangan.

12. Pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan

Lompat kucing.

Berdiri di atas bangku panjang Buka ke dua dua kaki menghala keluar dan bengkok lutut. Ke dua-dua tangan bengkok ke hadapan seperti menggendong anak. Lompat selangkah demi selangkah.

13. Pergerakan bukan lokomotor

Duduk melunjur

Duduk melunjur, buka luas ke dua-dua kaki. Tangan kanan sentuh ibu jari kaki kiri manakala tangan kiri menyentuh ibu jari kaki kanan selang seli.

14. Pergerakan lokomotor

Lompat ketinting :

Bengkokkan sebelah kaki membentuk 90 darjah. Lonjak badan dan lompat menggunakan sebelah kaki selang seli dua kali kaki kiri dan dua kali kaki kanan sambil maju ke hadapan.

15. Pergerakan bukan lokomotor

Dirian tiga tapak

Membongkokkan badan, dua tangan di atas tanah. Sebelah kaki diangkat ke belakang.

16. Pergerakan lokomotor

Gallop :

Berdiri dengan dua tangan di hadapan seperti memegang tali kuda. Lompat kaki kanan dahulu dan diikuti kaki kiri. Sambil dua tangan seperti menarik tali, badan digoyangkan.

17. Pergerakan bukan lokomotor

Mengimbang bola

Berdiri tegak. Lambung bola dengan sebelah tangan dan sambut bola dengan sebelah tangan juga.

18. Pergerakan lokomotor

Skip

Berdiri tegak dengan tangan di sisi. Skip dengan pergerakan tangan dan kaki diangkat secara berlawanan.

19. Pergerakan lokomotor

Melompat

Memijak papan anjal dengan ke dua-dua kaki. Badan dilonjakkan ke hadapan dan mendarat dengan ke dua-dua kaki.

20. Pergerakan bukan lokomotor

Mengimbang badan :

Setelah berdiri tegak, sebelah kaki dibawa ke belakang. Tangan depa ke sisi.

Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus matapelajaran Pergerakan Asas yang juga menjadi persediaan asas bagi pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian semester dua nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini. Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan secara indvidu, diharapkan guru pelatih mendapat pengetahuan yang maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi.

Vous aimerez peut-être aussi