Vous êtes sur la page 1sur 34

ASAS KEMAHIRAN ROBOTIK

TAKRIF ROBOTIK
Robotik bermaksud pengetahuan tentang robot. Robot pula ditakrifkan secara umum sebagai peralatan mekatronik yang boleh berkendali secara automatik.

KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN ROBOTIK


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kepentingan dan keperluan robotik dalam industri seperti: a) Dapat melakukan tugas untuk menghasilkan pengeluaran yang berkualiti dengan kuantiti yang besar. b) Dapat bekerja dalaam suasana bahaya tanpa perlu mempertimbangkan keselamatan dan keselesaan seperti penghawa dingin,lampu,pakaian keselamatan dan penyedut udara panas.

c) Dapat bekerja secara berterusan tanpa letih,cuti,mengambil alih dan tidak perlukan insuran perubatan, sebaliknya manusia perlu kepada semua perkara ini. d) Dapat melaksanakan tugas berulang kali dengan memberi kejituan yang tinggi ketika dalam kawalan. e) Dapat melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan tepat.

Selain kegunaan dalam industri,robot juga digunakan untuk melakukan pelbagai tugas dalam kehidupan harian kita,contohnya: a) Operasi pengawasan seperti menggunakan kamera untuk mengesan pesalah jalan raya. b) Operasi perubatan seperti melakukan pembedahan pemindahan tulang dan sendi manusia. c) Operasi membantu orang yang tidak upaya seperti mengambil makanan dan sebagainya.

d) Operasi di kawasan berbahaya seperti bekerja di kawasan radioaktif untuk membersihkan dan menyelenggarakan sistem. e) Operasi pembersihan bawah laut seperti membersih tumpahan minyak.

Elemen-elemen asas sistem robotik


Elemen kuasa Elemen kawalan

Elemen gerakan

Elemen deria

Elemen kuasa
Kuasa Pneumatik

Kuasa Hidraulik

Kuasa elektrik

Kuasa elektrik
paling banyak digunakan dalam industri

digunakan untuk membekalkan kuasa ke peralatan pada robot

Pada masa kecemasan, robot dapat dihentikan lebih cepat berbanding penggunaan kuasa hidraulik dan pneumatik

Kuasa hidraulik
Menggunakan cecair bertekanan tinggi sebagai medium pemindahan kuasanya

Sistem kuasa bendalir akan ditukarkan kepada pergerakan mekanikal dengan cara bendalir dialirkan melalui hos ke elemen pergerakan.

Kuasa pneumatik
Menggunakan udara termampat tekanan tinggi untuk operasi robot

Sistem udara termampat akan ditukarkan kepada pergerakan mekanikal dengan cara udara termampat dialirkan melalui hos ke elemen pergerakan

Kawalan pandu terus

Kawalan gerak terus

Kawalan boleh atur cara logik

Elemen kawalan

Kawalan pandu terus


- Digunakan untuk memandu robot bergerak terus ke posisi atau lokasi yang dikehendaki. - Kaedah kawalan yang paling popular dan banyak digunakan dalam industri kerana mudah dan sesuai diprogramkan untuk pelbagai jenis kerja.

Kawalan gerak terus


- Digunakan untuk pengatur cara robotik menulis atau memasukkan program ke komputer. - Kelebihan kawalan ini ialah program boleh disimpan, dipinda, dan operasi robot boleh diulangi, dilajukan atau diperlahankan pada bila-bila masa

Kawalan boleh atur cara logik


- Peranti elektronik yang arahan kawalan sistemnya boleh disimpan dalam memori.

Pergerakan berbentuk silinder

Pergerakan berbentuk pergelangan tangan

Pergerakan berbentuk polar

Elemen pergerakan

Pergerakan berbentuk segi empat tepat

Pergerakan berbentuk skara

Pergerakan berbentuk silinder


~ bentuk lengan robot boleh berputar 360 pada tapak atau bahu. ~ boleh bergerak keluar, masuk, turun, dan naik. ~gabungan gerakan-gerakan robotik terhasilnya berbentuk silinder. ~ sesuai bagi kerja mengambil dan mengangkat bahan dari aras lantai ke aras meja.

Pergerakan berbentuk polar


~ lengan robot boleh berputar 360 pada tapak dan 90 pada satah menegak. ~ lengan robot boleh digerakkan keluar dan masuk. ~ gabungan gerakan-gerakan robotik akan menghasilkan gerakan berbentuk polar. ~ robot yang mempunyai gerakan berbentuk polar sesuai bagi kerja memindahkan benda kerja dari satu tempat yang lain dalam persekitarannya.

Pergerakan berbentuk skara


~ lengan robot boleh digerakkan pada dua paksi: mendatar dan boleh bergerak secara linear turun dan naik. ~ binaan lengannya membolehkan robot mencapai objek pada sekelilingnya tanpa halangan. ~ gerakan berbentuk skara sesuai untuk melakukan kerja pemasangan pada beberapa bahagian produk.

Pergerakan berbentuk segi empat tepat


~ berasaskan tiga paksi utama: x, y dan z. ~ lengan robot boleh bergerak ke depan dan belakang, keluar dan masuk, serta turun dan naik. ~ lengan robot boleh mencapai semua objek dalam semua objek dalam koordinat berbentuk segi empat tepat. ~ kelebihan gerakan berbentuk ini ialah dapat melakukan gerakan yang berulang-ulang dengan tepat.

Pergerakan berbentuk pergelangan tangan


~ disebut sebagai pergerakan berbentuk pergelngan tangan jika tangan robot boleh bergerak pada tiga paksi. ~ pergerakan ini boleh mencapai objek yang berada di atas dan di bawah tanpa halangan. ~ sesuai untuk kerja mengimpal, mengecat, dan memasang badan kereta.

Elemen deria

Suap balik elektronik

Deria sentuhan
Deria penglihatan

Suap balik elektronik


Peralatan elektronik yang digunakan untuk mengesan kehadiran objek yang hampir dengannya tanpa menyentuhnya.

Deria sentuhan
Peralatan mekanikal yang berfungsi untuk menghubungkan bekalan kuasa elektrik dengan unit kawalan.

Deria penglihatan
Digunakan untuk mengenal sesuatu objek. Sistem kamera berkomputer digunakan untuk mengenal pasti objek.

kesimpulan
Robotik merupakan satu peralatan mektronik yang berfungsi secara automatik. Robotik mempunyai 4 elemen, iaitu elemen kuasa, elemen kawalan, elemen gerakan dan elemen deria. Robotik juga penting dalam industri serta kehidupan seharian kita.

Vous aimerez peut-être aussi