Vous êtes sur la page 1sur 4

AMALKAN ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL Nota untuk Kursus Etika dan Moral Kursus Dalam perkhidmatan ( schoolbase

) Pada Hari Tempat Fasilitator : 22 Ogos 2013 : Khamis : Pusat Sumber : Cikgu Sigai Kilau ( PK. 1 )

Etika dan moral profesional melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial. Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional. Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah berkaitan etika. Kebolehan mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL Perkataan moral adalah daripada perkataan Greek; more; iaitu satu cara dan bentuk perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan sesuatu kumpulan manusia kerana telah diterima dan dipersetujui bersama oleh kumpulan tersebut manakala etika pula diambil dari perkataan Latin: Ethos, yang bermaksud adat atau keperibadian (custom or character). Terdapat beberapa dimensi etika iaitu; a. bebas. Pentaakulan moral melibatkan pemikiran dan pertimbangan secara

b. Perlakuan moral dikaitkan dengan tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukkan dengan penuh perasaan tanggung jawab, tetapi mengikut kemampuan. c. Perasaan moral ialah emosi dan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, altruistik dan murah hati Membincangkan aspek etika dan moral dalam kitaran hidup manusia, nilai-nilai dan ajaran agama amat signifikan dalam proses membentuk manusia yang syumul dan bermaruah. Konteks maruah ini pula adalah manifestasi perlakuan etika dan moral oleh seseorang dalam haluan mereka untuk menerajui diri ke destinasi yang dituju. Kebelakangan ini, Kerajaan sering melaungkan konsep intergriti, telus, kredibiliti, bertanggungjawab, jujur dan ikhlas dan berbagai nilai-nilai positif

kemanusiaan yang positif dalam perlaksanaan tugas. Hakikatnya, ini adalah satu ekspresi untuk membina personaliti yang bermaruah tinggi, yang akan mendapat kepercayaan dan hormat dari masyarakat sekeliling dan tunggak kepada kredibiliti dan keperibadian yang tulus, ikhlas dan murni sesuai dengan peranan manusia sebagai khalifah di bumi ini. Segala sifat dan perbuatan yang baik dan yang memanfaatkan itu, hendaklah dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan dan bukan untuk mendapat balasan, pujian dan pengiktirafan dari manusia. Oleh itu ada perkaitan seperti berikut: Akhlak, Makhluk dan Khalik Akhlak yang mencakupi segala perbuatan dan tingkahlaku yang baik itu adalah untuk memanfaatkan makhluk dan untuk mendapatkan keredhaan Khalik iaitu Tuhan Pencipta segala makhluk. Oleh itu konsep akhlak yang merupakan dasar kepada pembentukan moral mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan sebagai Pencipta segala makhluk di muka bumi ini. Kemurnian aspek moral dan etika yang tinggi dan terpuji dilihat sebagai satu nilai estetik yang mencerminkan keperibadian seseorang. Nilai-nilai estetik ini yang merupakan satu konsep keindahan seharusnya akan mendapat perhatian dari masyarakat sekeliling. Masyarakat akan meletakkan keyakinan yang tinggi kepada individu yang mempunyai ciri-ciri positif ini. Semua IPT beraspirasi melahirkan bakal pemimpin yang berwibawa dan berkeperibadian tinggi. Dalam hal ini, aspek moral dan etika dilihat sebagai satu unsur yang sangat penting dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Kejayaan bagi seseorang individu adalah lengkap dan holistik sifatnya sekiranya nilai-nilai kemanusiaan ini dipupuk dan dibimbing secara berterusan dalam sistem-sistem pendidikan. Diperingkat sekolah rendah dan menengah, matapelajaran agama bagi pelajar muslim ditekankan sebagai matapelajaran yang dapat membina sahsiah dan keperibadian murid manakala bagi pelajar non-muslim, matapelajaran moral diperkenalkan sebagai satu wadah pembelajaran untuk membentuk manusia yang bermoral dan beretika. Pada awal tahun 90an, isu remaja dan sosial hangat diperkatakan. Program RakanMuda dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Berbagai kegiatan sosial dan budaya diperkenalkan untuk menarik minat golongan remaja dalam program pembangunan moral dan pembentukan warga Malaysia generasi baru yang sihat dan berobjektif. Antara program yang dianjurkan adalah Rakan Wajadiri yang menyediakan wadah pembelajaran seni mempertahankan diri berbilang kaum dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pada tahun itu juga, lagu Mentera Semerah Padi yang diilhamkan oleh M.Nasir menjadi lagu yang sinonim dengan semangat membentuk anak muda yang mempunyai jatidiri yang jitu dan berkeyakinan. Selain dari Rakan Wajadiri, program Rakan Sukan, Rakan Masjid, Rakan Budaya dan Rakan Rekreasi juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Usaha-usaha ini dilihat sebagai satu proses transformasi sosial bagi melahirkan warga negara yang patriotik, berbudaya, berperadaban tinggi dan dapat membantu memakmurkan negara. Pada hari ini, proses transformasi dilakukan di peringkat pendidikan tinggi Malaysia dengan mensasarkan golongan remaja yang bakal akan memimpin negara atau dalam istilah lain, golongan remaja yang berpendidikan tinggi. Melalui Projek Agenda Kritikal ke -16, pembangunan holistik pelajar menekankan salah satu daripada objektif strategiknya iaitu golongan ini hendaklah menguasai dan mempunyai moral dan etika yang terpuji. Penguasaan elemen ini disarankan untuk diterapkan dalam pembelajaran untuk menyediakan bakal graduan yang berhemah tinggi sesuai

dengan kelayakan akademik untuk sesuatu jawatan yang berpaksikan kepada nilai-nilai intelek. Oleh itu, kemahiran-kemahiran yang dikenal pasti oleh KPT adalah sesuai dengan amalan-amalan yang patut dilakukan dalam konteks perlaksanaannya ditahap professional berbanding dengan konsep rakanmuda yang lebih menjurus kepada pengisisan masa lapang untuk mengelakkan remaja dari mengamalkan budaya melepak. Elemen Etika dan moral profesional (EM) melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan profesional dan interaksi sosial. NOTA RINGKAS Etika adalah merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkahlaku individu dan ditetapkan oleh peradaban manusia. Etika professional boleh diamalkan melalui penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupaan seharian. Antara nilai-nilai murni ialah; 1. Adab sopan 2. Peramah 3. Komitmen 4. Bertanggungjawab 5. Berilmu pengetahuan 6. Berfikiran positif Oleh itu, remaja yang professional perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Nilai-nilai murni ini adalah berkaitan dengan keperibadian mulia. Aristotle (384-322 s.m) menyatakan bahawa peribadi mulia dianggap sebagai satu keperluan untuk membolehkan seseorang melaksanakan aktiviti yang rasional secar berkesan. Contohnya aktiviti bekerjasama dapat memberikan kebaikan kepada umum. Tanggungjawab profesional dibahagikan kepada empat kategori iaitu; 1. kebaikan diri sendiri- merupakan asas dan panduan dalam pengalaman autonomi dan tanggungjawab moral. Penekanannya ialah kefahaman dan keprihatinan terhadap prinsip moral. Contohnya memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan. 2. kebaikan untuk masyarakat merupakan kebaikan kepada masyarakat mementingkan kebaikan yang diperoleh oleh klien dan masyarakat umum berikutan sesuatu tindakan. Perkara yang diutamakan ialah keadilan dalam hal menghormati hak seseorang khususnya hak untuk membuat keputusan. 3. kebaikan kepada kumpulan- merupakan aspek penting yang ditekankan iailah semangat kerja berpasukan, bekerjasama, kebolehan komunikasi secara berkesan dan kepimpinan. 4. kebaikan kemahiran adalah berkaitan dengan kecekapan, ketekunan dan kreativiti. Ciri-ciri keperibadian mulia mempunyai kaitan rapat dengan sifat integriti dan menghormati diri-diri.

Faktor-faktor yang mempengaruhi etika professional Tindakan yang dilakukan samada beretika atau tidak beretika adalah disebabkan daripada interaksi antara beberapa unsur yang kompleks antara perkembangan moral dengan pembolehubah lain seperti ciri-ciri individu, bentuk struktur organisasi, budaya organisasi dan tahap kritikal sesuati isu etika itu. Sebagai pelajar yang berjaya, anda perlu mengelakkan diri daripada sikap-sikap negatif. Antara sikap negatif ialah 1. Cepat putus asa 2. Pemarah 3. Malas 4. Sombong 5. Riak Secara kesimpulannya, etika dan moral profesional menekankan sifat-sifat diri yang baik yang perlu ada pada diri seseorang. Pemupukan sifat-sifat yang baik menjadi asas kepada kejayaan pelajar. DEFINISI INTEGRITI INTEGRITI berasal dari istilah bahasa inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus ke arah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut kamus Dwibahasa DBP 1985, ialah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan, keutuhan. Oleh itu, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi nilai-nilai murni seperti keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai.

Vous aimerez peut-être aussi