Vous êtes sur la page 1sur 39

SUBJEK TUGASAN

: SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU (BML 3083) : Definisikan dan jelaskan peribahasa dan simpulan bahasa dalam bahasa Melayu. Huraikan makna maksud tersirat dalam peribahasa dan simpulan Bahasa menggunakan sekurang-kurangnya: i. ii. Lima contoh peribahasa (untuk menghuraikan maksud tersirat peribahasa) Lima contoh simpulan bahasa (untuk menghuraikan maksud tersirat simpulan bahasa)

AHLI KUMPULAN
1. NAMA : EMRAN BIN ABU BAKAR NO I/C : 710217-08-5719 NO.MATRIK : PPG/21572/12/USM _____________________________________________________________________ 2. NAMA : NAZARIAH BT. IBRAHIM NO.I/C : 720515-11-5022 NO.MATRIK : PPG/21760 /12/USM _____________________________________________________________________ 3. NAMA : ROZITA BT. YUSUFF NO.I/C : NO. MATRIK : PPG/ /12/USM _____________________________________________________________________ 4. NAMA : SUHAIDA BT ISNI NO.I/C : NO.MATRIK : PPG/ /12/USM _____________________________________________________________________ 5. NAMA : AHMAD SAHARULLAH BIN AWALUDDIN NO. I/C : NO.MATRIK : PPG/ /12/USM _____________________________________________________________________

PERIBAHASA PENGERTIAN PERIBAHASA Menurut Zaba (1934), peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Menurutnya juga peribahasa juga boleh dimaksudkan sebagai segala susunan cakap pendek yang melekat di mulut orang ramai sejak bebeerapa lama oleh sebab sedap dan bijak didengar. Peribahasa boleh dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat. Menurut I.A. Farida (1995) beliau mempunyai pandangan yang sama dengan Zaba. Beliau menyatakan bahawa, peribahasa adalah sebagai sebuah bentuk bahasa yang menggunakan kalimat atau kelompok kata yang memiliki makna kias yang digunakan secara turun temuun dalam bentuk baku. Menurut Zaba dan I.A. Farida lagi, setiap kata yang diwarisi sejak dari dahulu lagi yang berbentuk kata-kata yang pendek, berkias dan sedap didengar boleh dikategorikan sebagai peribahasa. Sekiranya kata-kata pendek itu tidak menunjukkan sebarang sifat seperti sedap didengar atau bijak, maka kata-kata itu tidak boleh dikategorikan sebagai peribahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 :1185) peribahasa sebagai ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidalan, pepatah. Menurut Kamus Dewan (1997 : 375) peribahasa menjelaskan gaya sebagai cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang. Gaya bahasa pula berkenaan cara pemakaian bahasa, iaitu pengetahuan tentang pemilihan, penyusunan, penggunaan sesuatu perkataan dan ayat. Tujuannya untuk menghasilkan bahasa yang persis dan berkesan. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (1990), peribahasa ialah ungkapan atau kalimatkalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup atau aturan tingkah laku. Menurut Wan Abdullah Ali dalam Abdullah Yusof, Alias Mohd. Yatim dan Mohd Rain Shaari (2008:108) menyatakan peribahasa sebagai satu rangkaian atau ikatan perkataan yang menjadikan susunan kata yang pendek, mengandungi segala maksud dan tujuan orang yang bercakap itu dengan luas.

Menurut Ghazali Dunia dalam Mohd. Adnan Mohd. Ariffin (1992) menyatakan bahawa peribahasa ialah bentuk pengucapan yang banyak kita jumpai dalam kesusasteraan lama, sebagai wakil cara berfikir bangsa kita pada zaman lama. Menurut beliau lagi, pada saat alat-alat yang kita jumpai pada abad kedua puluh ini belum dikenal oleh nenek moyang kita, maka unsur dan fenomena alam yang melingkungi kehidupan mereka itulah yang menjadi sumber ilham dan bahan bicara mereka. Pun begitu, menurut G. Soosai dalam Abdullah Yusof, Alias Mohd. Yatim dan Mohd. Rain (2009:108) peribahasa merupakan bahasa halus yang mengandungi kata-kata sindiran tajam yang lekas berkesan ke dalam jiwa. Dengan perkataan lain, dapatlah dijelaskan bahawa peribahasa mengandungi kata-kata sindiran yang bersifat halus dan maksudnya mudah meresap kedalam jiwa seseorang. Justeru itu, peribahasa menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007:318) ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian tertentu. Bidalan dan pepatah ialah peribahasa. Selanjutnya, menurut Drs. Abdul Chaer (1995:77) menyatakan bahawa disebabkan peribahasa bersifat membandingkan atau mengumpamakan, maka lazim juga disebut dengan nama perumpamaan. Contohnya penggunaan kata-kata seperti bak, bagai, laksana dan umpama. Seterusnya, menurut Mohd. Tajuddin bin Haji Abdul Rahman (1984) menyatakan bahawa peribahasa terhasil daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang teliti oleh masyarakat melayu lama. Sekiranya kita meneliti setiap peribahasa yang dihasilkan oleh masyarakat dahulu, pastinya akan terdapat unsure-unsur alam sekeliling sama ada alam sekitar, perkara yang dilakukan seharian, haiwan-haiwan mahupun setiap perkara yang difikirkan sesuai hasil setiap perkara yang mereka lihat dan amati. Edward Djamaris dalam Abdullah Yusof, Alias Mohd. Yatim dan Mohd. Rain Shaari (2009:113) pula mengatakan bahawa untuk menterjemahkan peribahasa, sebaik-baiknya dengan peribahasa itu juga supaya terjemahannya tidak janggal dan mudah difahami. Contohnya peribahasa inggeris yang berbunyi Strike while the iron is hot yang bermaksud membentuk besi selagi panas. Sekiranya kita menterjemahkan terus tanpa merujuk persekitaran dan alam peribahasa melayu, maka sifat peribahasa itu sendiri akan rosak. Contoh peribahasa Inggeris memanglah tidak sesuai dengan konteks peribahasa melayu kerana alam melayu tidak akrab dengan besi, tetapi masyarakat melayu lebih mengenali buluh yang mana seperti kita selalu dengar kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya, yang membawa maksud kalau mendidik anak biarlah bermula dari kecil lagi. Oleh itu, peribahasa bolehlah difahami sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu.

CABANG PERIBAHASA Terdapat empat tokoh yang membincangkan tentang cabang peribahasa ini. Antaranya Rubiah Aksah, Md. Said Suleiman dan Zaba. Manakala dua orang tokoh lagi iaitu Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, bersama-sama membincangkan cabang peribahasa yang sama. Rubiah Aksah membahagikan peribahasa kepada lima cabang

PERIBAHASA

PERUMPAMAAN

PEPATAH

BIDALAN

SIMPULAN BAHASA

KATA-KATA HIKMAT

Md. Said Suleiman (1991) menyenaraikan enam cabang peribahasa yang menyatakan sebagai Perian basa

PERIAN BASA

KIASAN BASA

RAGAM BASA

SIMPULAN BASA

LAGAK BASA

KACUKAN BASA

KEELOKAN BASA

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1993), menggolongkan peribahasa kepada empat jenis iaitu

PERIBAHASA

SIMPULAN BAHASA

PERUMPAMAAN

PEPATAH

BIDALAN

Seterusnya Zaba pula membahagikan tatabahasa kepada dua golongan dan beberapa pecahan kecil seperti berikut:

GOLONGAN PERTAMA

PERUMPAMAAN

BIDALAN

PERBILANGAN

PEPATAH

LIDAH PENDETA

GOLONGAN KEDUA KIASAN

TAMSIL

IBARAT

KEPENTINGAN PERIBAHASA Peribahasa menjadi cerminan watak bangsa yang memilikinya. Ini bermaksud peribahasa dapat mencerminkan kehidupan masyarakat pada kala itu. Sebagai contoh kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, membawa maksud masyarakat dahulu hidup dalam keadaan yang sederhana dan kurang berkemampuan. Peribahasa dapat mengupayakan penelitian warisan dan membina keterampilan pengguna bahasa. Ini kerana dalam peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat. Peribahasa membolehkan komunikasi lisan atau tulisan lebih lancar dan berkesan dengan makna tersirat yang cukup mendalam dan tepat.

Dapat membuat ketentuan antara baik dengan buruk serta mencari ketepatan dalam tatacara hidup masyarakat.

Peribahasa mengandungi nilai moral yang tinggi. Lazimnya digunakan oleh masyarakat terdahulu untuk mengkiaskan sesuatu perkara yang difikirkan negatif untuk diperkatakan dengan bahasa biasa. Peribahasa penting sebagai pedoman hidup. Contohnya resmi padi, semakin berisi semakin menunduk, maksudnya jika menjadi orang yang terhormat, janganlah meninggi diri. Peribahasa sebagai cerminan masyarakat. Contohnya harapkan pagar, pagar makan padi, melukut di tepi gantang.

SUMBER-SUMBER PERIBAHASA (Menurut Abdullah Hussain, 2003) Pertama melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa. Kedua melalui penaakulan para bijak pandai. Ketiga menerusi yang didapati daripada kitab-kitab suci.

TUJUAN PERIBAHASA Peribahasa bertujuan untuk menyembunyikan ungkapan atau kata-kata kasar yang tidak sesuai dengan sistem adat masyarakat penuturnya. Contohnya, untuk meluahkan rasa marah terhadap perlakuan seseorang akan diungkapkan peribahasa berikut : Siapa makan lada, dialah yang terasa pedasnya

Untuk mengelak penggunaan kata sebenar secara langsung sebaliknya menggantikannya dengan kata-kata yang lebih halus supaya orang yang dimaksudkan tidak berasa marah dan tidak puas hati. Contohnya Badannya melidi, hidung tinggi dan sebagainya

TUJUAN PERIBAHASA

Mengelakkan penggunaan kata-kata kasar

Menyembunyi penggunaan kata sebenar

CONTOH-CONTOH PERIBAHASA DAN HURAIAN MAKSUD TERSIRAT

PERIBAHASA 1 Ada air adalah ikan

Huraian maksud tersirat Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. Pengertian yang lebih luas di sini bermaksud tidak kira di mana sahaja kita berada ,ditempatkan, sama ada untuk tujuan mencari kerja, belajar atau sebagainya, maka kita tidak perlu bimbang akan rezeki. Ini kerana Allah telah menaburkan rezekinya di mana-mana sahaja seluruh muka buminya. Kita hanya perlu berusaha mencarinya serta perlu mempunyai ilmu di dada.

Contoh ayat Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana sahaja ada air di situ adalah ikan.

PERIBAHASA 2 Ada gula adalah semut

Huraian maksud tersirat Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan, di situlah ramai orang berkumpul. Tabiat manusia adalah sama sahaja di mana-manapun, kerana tujuan besar kita bekerja adalah untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan. Jika sesuatu tempat itu menjadi lubuk mencari rezeki, maka ramailah orang yang akan datang untuk mencari pekerjaan dan membuka perniagaan.

Contoh ayat Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kekayaan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.

PERIBAHASA 3 Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Huraian maksud tersirat Peribahasa ini menunjukkan falsafah hidup yang cuba disampaikan oleh masyrakat dahulu yang mahukan kita berusaha dan tidak boleh berputus asa, biarlah apa saja yang kita lakukan itu hanya sedikit jumlahnya tetapi hendaklah dilakukan secara berterusan atau beristiqomah sehingga sesuatu usaha yang sedikit tadi terkumpul menjadi banyak.

Contoh ayat Jika kamu ingin berjaya, kamu haruslah teruskan usaha murni ini. Jangan mudah berputus asa dan jangan pandang hasil yang sedikit ini sebagai batu penghalang. Ibarat kata peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

PERIBAHASA 4 Air dicencang tidak akan putus

Huraian maksud tersirat Perselisihan antara adik beradik tidak akan kekal lama dan akhir nanti akan berbaik semula. Walaupun sudah lama terputus hubungan adik beradik dalam keluarga, suatu hari nanti pasti akan bersatu kembali. Air digunakan sebagai satu simbol kesatuan yang tidak terputus walaupun dicencang, begitulah yang hendak digambarkan oleh peribahasa ini.

Contoh ayat Siti Aminah dan kakaknya Shamsiah sudah mula bertegur sapa dan bersalam-salaman setelah sekian lama tidak berbaik, ibarat kata peribahasa air dicencang tidak akan putus.

PERIBAHASA 5 Air pun ada pasang surutnya

Huraian maksud tersirat Untung dan nasib malang seseorang itu saling bertukar ganti. Maksudnya di sini, kehidupan setiap insan di dunia ini tidaklah sentiasa seperti yang dialami atau dilaluinya selama ini berterusan, tetapi akan bertukar pada bila-bila masa saja mengikut sebab musabab yang menimpa. Contohnya seseorang yang biasa hidup dalam kemewahan tibatiba jatuh miskin. Begitulah sebaliknya seseorang yang miskin atau hidup melarat, tiba-tiba mendapat rezeki yang tidak diduga dan menjadi orang kaya.

Contoh ayat Nasib Pak Omar samalah seperti keadaan, air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dia kesusahan.

PERIBAHASA 6 Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Huraian maksud tersirat Sesuatu hasil atau kejayaan yang diperoleh adalah kerana kerjasama yang terjalin. Untuk mencapai sesuatu hasil yang baik atau seperti yang diinginkan, haruslah ada kerjasama dan buah fikiran yang bernas serta saling bertukar fikiran.

Contoh ayat Projek Jambatan Kampung Pauh itu sudah siap seperti yang dijadualkan. Inilah satusatunya hasil yang terbesar oleh penduduk kampung seperti kata peribahasa, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

10

PERIBAHASA 7 Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Huraian maksud tersirat Kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Jika sesuatu usaha itu tidak ada kesungguhan atau pengorbanan, maka apa yang kita cita-citakan tidak mungkin tercapai.

Contoh ayat Airil cuba memahami mata pelajaran yang agak susah dengan membuat banyak latihan dari pelbagai jenis buku latihan kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

PERIBAHASA 8 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Huraian maksud tersirat Jika kita hendak sesuatu, kita akan berusaha mendapatkannya sehingga berjaya. Jika tidak mahu, kita akan mencari pelbagai alasan untuk tidak melakukannya.

Contoh ayat Fazli tidak memaksa adiknya untuk belajar bersungguh-sungguh kerana baginya hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

PERIBAHASA 9 Ukur baju di badan sendiri

Huraian maksud tersirat Melakukan sesuatu mestilah mengikut kemampuan. Sesuatu yang kita hendak lakukan, haruslah diteliti terlebih dahulu sama ada kita berkemampuan untuk lakukan. Jika kita tidak berkemampuan, lebih baik dihindari.

Contoh ayat Salmi sedar dia tidak mungkin dapat menewaskan Rosmah dalam petandingan ratu cantik itu kerana dia sedar ,ukur baju di badan sendiri.

11

PERIBAHASA 10 Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna

Huraian maksud tersirat Sebelum membuat keputusan, fikirlah semasak-masaknya sebelum menyesal. Sesuatu yang hendak kita lakukan hendaklah diselidiki dan bertanya terlebih dahulu sama ada baik atau sebaliknya, supaya kita tidak tertipu atau terpedaya.

Contoh ayat Harun menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya yang melarangnya melabur sesuka hati kerana sekarang dia telah jatuh miskin. Oleh itu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

PERIBAHASA 11 Sambil menyelam sambil minum air

Huraian maksud tersirat Membuat dua pekerjaan dalam satu masa. Bermaksud seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama dengan suatu pekerjaan lain pada masa yang sama.

Contoh ayat Majlis ceramah itu turut mengutip derma untuk mangsa banjir yang melanda penduduk setempat baru-baru ini.

PERIBAHASA 12 Patah tumbuh hilang berganti

Huraian maksud tersirat Sesuatu yang pergi akan ada penggantinya.

Contoh ayat Cikgu Abdul Muin telah menggantikan Cikgu Munirah yang bertukar ke sekolah lain.

12

PERIBAHASA 13 Berdiri sama tinggi duduk sama rendah

Huraian maksud tersirat Setaraf. Maksudnya kedudukan yang sama apabila dibandingkan kepada kedua dua individu atau pihak.

Contoh ayat Ramli dan Darwish ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah kerana kedua-duanya cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum.

PERIBAHASA 14 Indah khabar dari rupa

Huraian maksud tersirat Suatu keadaan yang tidak sama seperti yang digambarkan. Maksudnya di sini ialah perkara yang sebenar tidak sama seperti yang diceritakan atau digambarkan.

Contoh ayat Keadaan taman itu sangat kotor dan semak, tidak seperti yang digambarkan, seperti indah khabar dari rupa.

PERIBAHASA 15 Harapkan pagar, pagar makan padi

Huraian maksud tesirat Seseorang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu. Maksudnya seseorang yang tidak memegang amanah yang diberikan dan memungkirinya.

Contoh ayat Johan yang baru pulang dari luar negara itu terkejut akan keadaan rumahnya yang dikotori oleh anak jirannya dan beliau teringatkan peribahasa ada menyebut harapkan pagar, pagar makan padi.

13

PERIBAHASA 16 Orang lain makan nangka, orang lain kena getah

Huraian maksud tersirat Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang menanggung akibatnya. Maksudnya ialah sesuatu kesalahan yang telah dilakukan oleh orang lain, malangnya orang lain pula yang menanggung atau menerima kesannya.

Contoh ayat Ahmad dibelasah penduduk kampong yang menyangkanya mencuri di rumah besar itu, ibarat orang lain makan nangka, orang lain kena getah pula.

PERIBAHASA 17 Lembut gigi daripada lidah

Huraian maksud tersirat Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendah diri kerana berhajatkan sesuatu. Maksudnya seseorang yang berhajat akan sesuatu, sanggup berlakon merendahkan diri demi memastikan sesuatu yang dihajatinya tercapai.

Contoh ayat Amin begitu bersopan santun dan menuruti segala permintaan tuannya dengan harapan mendapat habuan atau upah yang lebih seperti kata peribahasa lembut gigi daripada lidah.

PERIBAHASA 18 Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul

Huraian maksud tersirat Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama. Maksudnya sesuatu pekerjaan, tidak kira sukar ataupun senang hendaklah dilakukan bersama-sama.

Contoh ayat Kelas tahun dua melakukan aktiviti gotong royong pada cuti sekolah yang lepas. Mereka saling membantu walaupun dalam kesukaran. Seperti kata peribahasa, Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
14

PERIBAHASA 19 Tak dapat tanduk, telinga dipulas

Huraian maksud tersirat Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat membalas dendam. Seseorang yang nekad untuk membalas dendam walau dengan apa jua cara sekalipun, asalkan tercapai.

Contoh ayat Atirah tetap mencari rakannya yang telah menipunya untuk mencari pekerjaan, walaupun terpaksa berjalan jauh.

PERIBAHASA 20 Nasi sudah menjadi bubur

Huraian maksud tersirat Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat diperbetulkan lagi. Maksudnya sesuatu perkara yang telah terjadi , maka seseorang itu tidak dapat memperbetulkan keadaan yang telah berlaku.

Contohnya ayat Azman sudah melakukan perbuatan yang terkutuk dengan pasangannya dan dia tidak boleh memperbetulkan kembali keadaan, seperti kata peribahasa , nasi sudah menjadi bubur.

PERIBAHASA 21 Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang

Huraian maksud tersirat Seseorang yang bertuah akan mendapat rezeki di mana-mana sahaja. Bermaksud nasib untung seseorang yang mudah mendapat rezeki walaupun dia berada di mana-mana pun.

Contoh ayat Amin baru saja mendapat tawaran pekerjaan di ibu kota, tiba-tiba diumumkan pula sebagai pemenang peraduan yang baru disertainya bulan lalu.

15

PERIBAHASA 22 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

Huraian maksud tersirat Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan, manakala jika sebaliknya pula dia akan mendapat kerugian.

Contoh ayat Nasib anak Pak Ali masih tidak menentu, seperti kata peribahasa , 'untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

PERIBAHASA 23 Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

Huraian maksud tersirat Orang yang mementingkan diri sendiri. Masing-masing mementingkan diri sendiri berbanding dengan kepentingan orang ramai atau organisasi.

Contoh ayat Anak-anak Pak Abu sangat mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan perasaan ibu bapa mereka. Seperti kata peribahasa seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

PERIBAHASA 24 Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat

Huraian maksud tersirat Diam orang yang berilmu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja. Maksudnya ialah seseorang yang berilmu, jika dia berdiam diri sekalipun, dia sebenarnya sedang berfikir, manakala jika seseorang yang bodoh itu mendiamkan diri, tidak membawa apa-apa makna kerana dia tidak berfikir apa-apa.

Contoh ayat Pak Akob memang tidak banyak bercakap sebab dia seorang yang sangat berilmu, seperti kata peribahasa diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat. 16

PERIBAHASA 25 Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

Huraian maksud tersirat Maksudnya bagaimana kelakuan ibu atau bapanya, begitulah kelakuan anaknya. Setiap perlakuan yang menjadi tabiat atau kebiasaan seseorang ibu atau bapa, akan diikuti oleh anak-anak.

Contoh ayat Perangai Salimin tidak tumpah seperti bapanya yang suka membantu orang. Seperti kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

PERIBAHASA 26 Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Huraian maksud tersirat Betapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya. Setiap orang yang sedang menanggung kesusahan akan berasa penderitaan yang sebenar berbanding orang yang hanya melihat.

Contoh ayat Keluarga Gopal yang menderita kesakitan itu sangat menyedihkan apabila dipandang, tetapi mereka sendiri yang berasa lebih sengsara. Seperti kata peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

PERIBAHASA 27 Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Huraian maksud tersirat Seseorang yang membuat salah, semua orang akan terbabit. Maksudnya seorang yang mencari masalah lalu dia melibatkan orang lain pula yang turut menerima kesannya.

Contoh ayat Abu tidak menyiapkan tugasan yang gurunya berikan telah menyebabkan guru kelas memarahi semua murid di dalam kelas tersebut.

17

PERIBAHASA 28 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Huraian maksud tersirat Maksudnya adik beradik yang bergaduh akan berbaik semula. Setiap ahli keluarga yang bersengketa, bermasam muka, berselisih faham, akan bersatu kembali pada suatu hari nanti.

Contoh ayat Siti Rokiah sudah lama tidak bertegur sapa dengan adik beradiknya akibat perselisihan faham pada masa lampau. Tetapi hari ini mereka berbaik semula, seperti kata peribahasa, carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.

PERIBAHASA 29 Alah bisa tegal biasa

Huraian maksud tersirat Maksudnya suatu pekerjaan yang dilakukan secara kerap akan menjadi biasa . Sesuatu pekerjaan yang sudah lama dilakukan oleh seseorang, akan menjadikannya biasa dan cekap.

Contoh ayat Ramona sudah biasa dengan kerja-kerja berat, kerana dia sudah lama melakukannya sejak kecil lagi, seperti kata peribahasa, alah bisa tegal biasa.

PERIBAHASA 30 Jauh panggang dari api

Huraian maksud tersirat Maksudnya jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku. Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan, tidak seperti yang digembar-gemburkan.

Contoh ayat Mereka menyangkakan kerja itu mudah dilakukan, tetapi ia amatlah mencabar. Seperti kata peribahasa jauh panggang dari api.

18

CABANG PERIBAHASA - PERUMPAMAAN PENGERTIAN PERUMPAMAAN Perumpamaan adalah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Kebiasaannya perumpaman didahului dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama. Awang Had Salleh dan Abdul Razak Abu (1990:187) berpandangan bahawa, perumpamaan adalah susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan daripada apa yang diucapkan atau ditulis dalam ayat itu, atau yang membandingkan sesuatu dengan benda lain boleh diertikan juga sebagai perumpaman. Walaupun begitu, Abdullah Hassan perbandingan makna yang sangat jelas. (1993:909) mendefinisikan perumpamaan sebagai

Pun begitu, perumpamaan adalah perbandingan dua perkara yang berbeza tetapi dianggap sama, pandangan ini diutarakan oleh Darwis Harahap. Nik Hassan Basri (207,332) amat menyokong pandangan Darwis Harahap. Hujah beliau, bahasa perumpamaan dalam bahasa Inggeris yang dikenali sebagai simile atau sejenis gaya bahasa perbandingan atau peribahasa yang bersifat perbandingan dua perkara yang sebenarnya berlainan atau perbandingan satu hal denagn sesuatu yang lain tetapi sengaja dianggap sama. Menurutnya juga perumpamaan menggunakan perkataan seperti bagai, bak, ibarat, laksana, umpama dan seperti.

19

CONTOH-CONTOH PERUMPAMAAN PERUMPAMAAN 1 Seperti api dalam sekam

Huraian maksud tersirat Suatu perbuatan jahat yang tersembunyi. Kita tidak tahu selama ini rupa-rupanya ada perbuatan jahat disebalik sesuatu peristiwa yang berlaku.

Contoh ayat - Jauhari mahu musnahkan keluarganya sendiri dalam diam-diam seperti api dalam sekam.

PERUMPAMAAN 2 Laksana pohon kayu tiada berbuah

Huraian maksud tersirat Ilmu yang tidak digunakan atau diamalkan.

Contoh ayat - Zali laksana pohon kayu tidak berbuah kerana dia enggan mengajar adik-adiknya walaupun dia seorang lulusan universiti. PERUMPAMAAN 3 Bagai menatang minyak yang penuh

Huraian maksud tersirat Memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang.

Contoh ayat - Puan Zakiah menjaga anak tunggalnya bagai menatang minyak yang penuh.

20

CABANG PERIBAHASA - BIDALAN PENGERTIAN Sejenis peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya. Ia tidak mempunyai kata-kata yang tertentu seperti perumpamaan. Rubiah Aksah (2005:222), bidalan merupakan sebahagian daripada peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat, peringatan dan sebahagiannya kepada masyarakat disamping mempunyai ilmu, nilai dan mengajaran yang sangat berguna. CONTOH-CONTOH BIDALAN BIDALAN 1 Belum duduk sudah berlunjur

Huraian maksud tersirat Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.

Contoh ayat - Mak Limah sudah membuat persiapan lengkap untuk menyambut kelahiran cucu sulungnya walaupun anaknya baru mengandung dua bulan, perbuatannya seperti belum duduk sudah berlunjur. BIDALAN 2 Biar buruk kain dipakai asal pandai mengambil hati

Huraian maksud tersirat Biarlah miskin asalkan baik hati dan berbudi bahasa.

Contoh ayat - Pak long menerima sahaja menantunya yang miskin itu kerana baginya biar buruk kain dipakai asal pandai mengambil hati.

21

CABANG PERIBAHASA PEPATAH PENGERTIAN Pepatah merupakan jenis peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata. Ia digunakan untuk mengatakan penegasan, pengajaran atau falsafah. Sifatnya sangat ringkas, berkerat-kerat atau berpatah-patah dan mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolaholah seseorang itu sedang membuat perbilangan. Menurut Rubiah Aksah (2005:174), pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada orang tua-tua agar masyarakat kini dapat menjalani kehidupan dan mengamalkan adat resam dengan sempurna. CONTOH-CONTOH PEPATAH PEPATAH 1 Dahulu buah dari bunga

Huraian maksud tersirat Sesuatu tindakan yang diambil secara melulu.

Contoh ayat - Jamal menyesal akan tindakannya yang melulu menuduh anaknya begitu, seperti kata pepatah dahulu buah dari bunga.

PEPATAH 2 Cacing hendak menjadi naga

Huraian maksud tersirat - Seseorang yang pangkatnya rendah tetapi berlagak sombong seperti orang berpangkat tinggi. Contoh ayat Zulkarnain dibenci orang kerana perangainya yang sombong seperti kata pepatah Melayu cacing hendak menjadi naga. 22

CABANG PERIBAHASA - LIDAH PENDETA/KATA-KATA HIKMAT PENGERTIAN Lidah Pendeta atau kata-kata hikmat merupakan jenis peribahasa yang wujud daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta penulisan seseorang yang dihormati dan terbilang. Ia mengandungi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup.

CONTOH LIDAH PENDETA / KATA-KATA HIKMAT 1 Bahasa Jiwa Bangsa

Huraian maksud tersirat Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyarakat.

Contoh ayat - Gunakanlah Bahasa Melayu dengan betul kerana bahasa jiwa bangsa.

CONTOH LIDAH PENDETA / KATA-KATA HIKMAT 2 Ilmu itu Pelita Hati

Huraian maksud tersirat Ilmu merupakan sinar yang memberi panduan pada kehidupan manusia.

Contoh ayat - Orang yang bijak dapat menyelesaikan masalah kerana ilmu itu pelita hati.

23

SIMPULAN BAHASA 1. PENGERTIAN SIMPULAN BAHASA Menurut Kamus Dewan edisi ke 4 (2010:1497) simpulan bahasa merupakan frasa yang terdiri daripada dua pekataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya. Kebiasaannya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Simpulan bahasa juga dikenali sebagai bentuk peribahasa yang paling mudah. CIRI-CIRI SIMPULAN BAHASA

2.

Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya anak buah dan buah tangan

Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya ajak-ajak ayam, buat bodoh Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya besar kepala, bodoh sepat, kecil hati Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya Abu Jahal, Mat Jenin dan Pak Kaduk. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya air pinang, makan bulan Yang berkaitan dengan tubuh badan. Contohnya gigi air, kelapa santan, hati batu Yang berkaitan dengan haiwan. Contohnya akal kancil, ajak-ajak ayam Yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan. Contohnya durian runtuh,sirih kuning, diam ubi Yang tidak termasuk mana mana kategori. Contohnya jadi abu, cincin tanda, putih mata. 24

3. JENIS- JENIS SIMPULAN BAHASA

1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu. ada angin Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri. Orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua anak buah Anak saudara.

Bercakap dengan menggunakan bahasa kasar langgar bahasa

Tingkah laku yang tidak sopan atau melanggar adat.

2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama

muka talam/ muka tembok/ muka tebal.

Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.

tua keladi/ tua kutuk/ tua lengkuas.

Seseorang yang sudah lanjut usia tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.

25

3. Simpulan bahasa yang memaparkan kelakuan dan perangai seseorang

tua keladi

Seorang tua yang berkelakuan miang, suka mengganggu wanita.

berat tulang

Orang yang pemalas

4. Simpulan bahasa jenis aktiviti yang menjnjukkan aktiviti ataupun rancangan seseorang

makan angin

Seseorang yang ingin melancong

5. Simpulan bahasa jenis kebolehan pula digunakan bagi menunjukkan kepandaian dan ketidakpandaian seseorang.

Ayam tambatan Kaki bangku

Seseorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan. Seseorang yang tidak pandai bermain bola.

6. Mengikut adat istiadat

Anak emas

Anak yang disayangi ibu bapa melebihi anak-anak lain.

7. Menurut budaya hidup Ajak-ajak ayam Seseorang yang tidak ikhlas mempelawa orang

26

4. TUJUAN SIMPULAN BAHASA

TUJUAN SIMPULAN BAHASA

Untuk menegur tapi menggunakan bahasa halus dan indah, contohnya beri muka

Ia sinonim yang memperkayakan gaya penulisan. Contohnya anak tunggal menggantikan anak seorang

Ia membungai bahasa penulisan. Contohnya bunting padi, bunga bahasa.

Dapat merumuskan konsep yang rumit . Contohnya, Cina buta, buruk siku dan ganti tikar.

Sebagai pengawal sosial. Masyarakat dulu menegur dengan bahasa kias. Contohnya, berat tulang.

27

FAKTOR TERHASIL SIMPULAN BAHASA Menurut Zaba, simpulan bahasa terhasil daripada perkara-perkara berikut:

Perbandingan atau kiasan dengan cerita yang mahsyur contohnya Mat Jenini, Abu Jahal, Lebai Malang dan lain-lain.

Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya. mata duitan, kutu embun, mandi Kerbau dan sebagainya.

Faktor terhasilnya simpulan bahasa

Daripada kepercayaan orang ramai. Contohnya buruk siku, harimau berantai, dimakan bulan dan lain-lain.

Daripada kebiasaan atau resaman bahasa. Contohnya gila bahasa, ada hati, geli bahasa dan lain-lain

28 CONTOH-CONTOH SIMPULAN BAHASA DAN HURAIAN MAKSUD TERSIRAT

SIMPULAN BAHASA 1 Ada gaya

Huraian maksud tersirat - Seseorang yang mempunyai bakat atau ketokohan. Contoh ayat - Budak itu memang ada gaya sebagai pemimpin.

SIMPULAN BAHASA 2 Ada hati

Huraian maksud tersirat: - Seseorang yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan sesuatu. Contoh ayat - Walaupun suaranya sumbang, dia ada hati hendak jadi penyanyi terkenal.

SIMPULAN BAHASA 3 Alim kucing

Huraian maksud tersirat - Seseorang yang berpura-pura baik di hadapan orang. Contoh ayat - Budak nakal itu pura-pura alim kucing di hadapan ibu bapanya.

29

SIMPULAN BAHASA 4 Asam garam

Huraian maksud tersirat - Seseorang yang mempunyai mengalaman hidup yang pelbagai. Contoh ayat - Ibu lebih faham tentang asam garam kehidupan berbanding saya.

SIMPULAN BAHASA 5 Bangkai bernyawa

Huraian maksud tersirat - Orang yang kurus tidak bermaya akibat penyakit yang dideritainya. Contoh ayat - Keadaan penagih tegar itu seumpama bangkai bernyawa.

SIMPULAN BAHASA 6 Banyak tangan

Huraian maksud tersirat - Banyak orang yang menguruskan atau melakukan sesuatu. Contoh ayat - Model rumah mainan itu rosak akibat banyak tangan yang memegangnya.

30

SIMPULAN BAHASA 7 Cacing kepanasan

Huraian maksud tersirat - Orang yang gelisah dan tidak tenteram. Contoh ayat - Pak Amin seperti cacing kepanasan kerana anaknya belum pulang lagi.

SIMPULAN BAHASA 8 Cangkul angin

Huraian maksud tersirat - Seseorang yang melakukan pekerjaan yang sia-sia. Contoh ayat - Perbuatan merayau ke sana-sini tidak ubah seperti cangkul angin sahaja.

SIMPULAN BAHASA 9 Cukup bulan

Huraian maksud tersirat Genap bulan tertentu.

Contoh ayat - Cukup bulan nanti, Abu akan bayar semua hutangnya.

31 SIMPULAN BAHASA 10 Curi tulang

Huraian maksud tersirat - Seseorang yang berhelah untuk mengelak sesuatu kerja. Contoh ayat - Amin memang begitu perangainya suka curi tulang semasa orang lain sibuk bekerja.

SIMPULAN BAHASA 11 Darah daging

Huraian maksud tersirat - Anak kandung atau kaum kerabat sendiri. Contoh ayat - Walaupun Ramli dipelihara oleh orang lain, dia tetap darah daging saya.

SIMPULAN BAHASA 12 Durian runtuh

Huraian maksud tersirat - Mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka. Contoh ayat - Pekerja itu mendapat durian runtuh apabila mendapat bonus RM10,000 seorang.

32

SIMPULAN BAHASA 13 Ekor mata

Hurian maksud tersirat - Seseorang yang melihat sesuatu atau seseorang dengan hujung mata. Contoh ayat - Pengawal itu memerhati tingkah laku seorang pelanggannya dengan ekor matanya.

SIMPULAN BAHASA 14 Embun jantan

Huraian maksud tersirat - Embun yang turun pada waktu hampir pagi. Contoh ayat - Setelah embun jantan turun, barulah Salwa pulang ke rumahnya.

SIMPULAN BAHASA 15 Gelap mata

Huraian maksud tersirat - Seseorang yang mudah terpengaruh dengan wang. Contoh ayat - Pegawai bank itu gelap mata apabila disogokkan dengan jumlah wang yang begitu banyak.

33 SIMPULAN BAHASA 16 Hidung belang

Huraian maksud tersirat - Lelaki yang suka mengganggu orang perempuan. Contoh ayat - Pemuda hidung belang itu dibelasah orang ramai kerana mengganggu isteri orang.

SIMPULAN BAHASA 17 Ibu susu

Huraian maksud tersirat - Seseorang perempuan yang menyusui anak yang bukan anaknya sendiri. Contoh ayat - Setelah ibunya meninggal, Puan Zakiahlah yan menjadi ibu susu kepada bayi itu.

SIMPULAN BAHASA 18 Ikat perut

Huraian maksud tersirat - Seseorang yang mengurangkan mengambil makanan kerana berjimat cermat. Contoh ayat - Pak Samad terpaksa ikat perut untuk menyekolahkan anaknya.

SIMPULAN BAHASA 19 Sekangkang kera

Huraian maksud tersirat - Tanah atau kawasan yang kecil Contoh ayat - Arwah keluarganya tidak meninggalkan apa-apa kecuali tanah sekangkang kera.

34

SIMPULAN BAHASA 20 Jinak lalat

Huraian maksud tersirat - Suatu pergaulan yang tidak begitu mesra. Contoh ayat - Persahabatan mereka berdua hanya jinak lalat kerana salah seorang daripadanya agak sombong.

SIMPULAN BAHASA 21 Kata dua

Huraian maksud tersirat - Suatu amaran terakhir yang mesti dipatuhi. Contoh ayat - Guru disiplin itu member kata dua kepada dua orang muridnya supaya tidak bergaduh lagi.

SIMPULAN BAHASA 22 Kucing bertanduk

Huraian maksud tersirat - Suatu perkara yang tidak mungkin berlaku atau tidak munasabah akan berlaku. Contoh ayat - Kalau kamu asyik leka dengan hiburan sahaja, sampai kucing bertanduk pun kamu tidak akan berjaya.

35

SIMPULAN BAHASA 23 Lintah darat

Huraian maksud tersirat - Seseorang atau institusi yang mengenakan faedah atau bunga yang tinggi kepada si peminjam. Contoh ayat - Lintah darat yang paling digeruni oleh peminjam ialah Along.

SIMPULAN BAHASA 24 Kutu embun

Huraian maksud tersirat - Orang yang sukan merayau pada waktu malam tanpa tujuan Contoh ayat - Pada zaman ini, ramai anak muda menjadi kutu embun dan tidak mengendahkan nasihat ibu bapa.

SIMPULAN BAHASA 25 Malu mata

Huraian maksud tersirat - Seseorang yang berasa segan atau hormat kepada seseorang. Contoh ayat - Razin malu mata hendak berjumpa guru besar sekolahnya kerana beliau amat dihormati.

36

SIMPULAN BAHASA 26 Pak Kaduk

Huraian maksud tersirat - Orang yang bernasib malang akibat kebodohan sendiri. Contoh ayat - Awak ini memang Pak Kaduk, dah tahu perahu itu bocor, mengapa didayung juga?

SIMPULAN BAHASA 27 Pekak badak

Huraian maksud tersirat - Orang yang pekak atau sengaja tidak mahu mendengar. Contoh ayat - Sudah berkali-kali anaknya panggil, namun dia buat pekak badak sahaja.

SIMPULAN BAHASA 28 Pisau cukur

Huraian maksud tersirat - Orang perempuan yang suka mengikis harta kaum lelaki. Contoh ayat - Polis telah mengenalpasti motif pembunuhan perempuan pisau cukur itu.

37

KESIMPULAN Peribahasa merupakan suatu lambang keagungan dan ketinggian seni bahasa Melayu. Kedudukan peribahasa sangat tinggi dan nilai khazanahnya sangat berharga. Ketajaman fikiran masyarakat dahulu dalam memikirkan cara yang paling molek untuk menyampaikan sesuatu nasihat, sindiran, amanat, pesanan dan sebagainya amat dikagumi. Apabila kita tinjau, baca dan teliti setiap teori yang dikemukakan oleh para sarjana dan pemikir bahasa, dapat kita perhatikan bahawa peribahasa membawa mesej jelas yang mencerminkan kekayaan adab, budi, bahasa serta budaya orang-orang melayu yang terus menggunakannya hingga hari ini. Walaupun simpulan bahasa hanya terdiri daripada dua patah perkataan, namun kesan yang mendalam kepada penerima atau pendengar yang dituju amatlah dirasai. Penggunaan unsur-unsur alam, unsur-unsur haiwan, benda dan lain-lain, telah menimbulkan serta menyerlahkan keindahan bahasa Melayu. Unsur-unsur lemah lembut dan kadangkala sinis telah menonjolkan jati diri bangsa Melayu dalam berbicara. Menggunakan simpulan bahasa dapat membina minda. Apabila seseorang itu membiasakan diri mengamalkan penggunaan bahasa yang indah, maka ia secara tidak langsung dapat membentuk keperibadian yang unik sebagai refleksi kepada jiwa atau roh bahasa itu. Kita juga harus bangga kerana hampir setiap sekolah kebangsaan di Malaysia menggunakan simpulan bahasa dengan menggantung, menampal di ruang-ruang laluan atau siar kaki bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada murid-murid. Usaha murni ini harus dikekalkan dan ditambah baik dari masa kemasa bagi terus memartabatkan penggunaan simpulan bahasa di kalangan warga sekolah mahupun masyarakat. Justeru, peribahasa dan simpulan bahasa harus diajar secara lebih serius kepada semua peringkat umur pelajar supaya setiap orang bukan sahaja sekadar mengenali, bahkan mengamalkannya sepanjang hayat.

38

RUJUKAN Haji Razali Yahya Teman Pelajar Cemerlang.Selangor Darul Ehsan.Cemerlang Publication Sdn. Bhd. Tay Meng Guat,Hadi M.S.(2003). Simpulan Bahasa dan Perumpamaan.Selangor Darul Ehsan.Penerbit Pinang Sdn. Bhd. Nor Aslina bt. Mamat, Zarina bt. Zamri.(2012).Masteri Memori Melalui Peta Visual.Selangor Darul Ehsan.PNI NEURON (M) SDN. BHD. Modul BML 3083.SEMANTIK DAN PRAGMATIK.UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

39

Vous aimerez peut-être aussi