Vous êtes sur la page 1sur 1

ATURCARA PERJALANAN UMRAH 12 HARI

Hari 01 KUALA LUMPUR MADINAH

(COMPANY NO : 221899-A / KPL/LN : 2722) TEL : 09-859 8008 FAX : 09-859 7007

Jemaah diminta berhimpun di Lapangan Terbang KLIA sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berangkat. Sampai di lapangan Terbang King Abdul Aziz Madinah, para jemaah akan dibawa terus ke hotel. Sebaik tiba di hotel, para jemaah akan masuk ke bilik masing-masing untuk berehat.
Hari 02 MADINAH Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa menziarahi Maqam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan seterusnya Perkuburan Baqi. MADINAH Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba, Kebun Kurma, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Kilang Percetakan Al-Quran (tertakluk kepada kebenaran) dan seterusnya ke Pasar korma. MADINAH MAKKAH Jemaah diminta mandi sunat ihram di hotel dan Ziarah Wada pada bila-bila masa. Selepas solat Zohor, pakai pakaian ihram di bilik penginapan kemudian berangkat ke Makkah Al-Mukarramah. Dalam perjalanan singgah di Masjid Bir Ali untuk solat sunat ihram dan bermiqat umrah. Sampai di Makkah, masuk ke bilik masing-masing yang dibahagikan dan sejam kemudian jemaah akan dibawa ke BaitulLah untuk menunaikan umrah yang pertama. Bebas Selepas sarapan, para jemaah akan di bawa menziarahi Jabal Thur, Jabal Rahmah, Masjid Namierah, Arafah, Mina, Jamarat, Mudzalifah dan seterusnya bermiqat di Jaranah. Semasa perjalanan pulang jemaah akan di bawa menziarahi Jabal Nur. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa kain ihram semasa ziarah. Selepas sarapan, jemaah akan dibawa menziarahi Ladang Tenusu Unta, Muzium Kaabah (tertakluk pada kebenaran) dan seterusnya bermiqat di Hudaibiyah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dihotel dan memakai ihram di hotel. Selepas sarapan, jemaah akan dibawa menziarahi Perkuburan Maala, dan bermiqat umrah di Tanaim. Selepas sarapan, jemaah akan dibawa bermiqat umrah di Jaranah. Bebas. JEDDAH - KUALA LUMPUR Para jemaah diminta mengerjakan Tawaf Wada dan seterusnya ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah untuk pulang ke tanah air. Tiba di KLIA. *Perubahan tertakluk kepada jumlah hari pakej dan susunan tempat ziarah.

Hari 03

Hari 04

Hari 05 Hari 06

Hari 07

Hari 08 Hari 09 Hari 10 Hari 11

Hari 12

Vous aimerez peut-être aussi