Vous êtes sur la page 1sur 5

Sejarah Algebra

Perkataan Algebra berasal daripada perkataan aljabar iaitu tajuk sebuah buku yang ditulis oleh al-Khwarizmi ( 780-850 )Al-Jabbr Wa Al-Muqabala. Cabang ilmu matematik yang penting ini diperkenalkan oleh sarjana matematik dan juga ulama terkemuka Islam iaitu al-Khwarizmi. Maksud aljabar ialah kembalikan. Dalam konteks matematik ia merujuk kepada mengembalikan imbangan pada persamaan dengan meletakkan di sebelah persamaan sesuatu yang diambil daripada sebelah lain. Sebagai contoh: Jika kita ambil 4 daripada persamaan x-4 = 8, maka imbangan perlu dilakukan dengan menulis seperti berikut: x = 8 + 4.

Sarjana Islam telah membuat kemajuan yang penting dalam bidang algebra. Persamaan yang melibatkan kuasa dua dan kuasa tiga telah berjaya diselesaikan sebelum pencapaian ahli matematik Renaisance. Penggunaan abjad dalam algebra seperti x, y, a, b dan sebagainya dipelopori oleh Abu al-Hassan Ali Ibn Muhammad al-Qasadi (1412-1487).
Penerokaan bidang algebra oleh al-Khwarizmi merupakan sumbangan yang besar kepada dunia matematik. Algebra bukan sahaja memberi manfaat kepada dunia amnya tetapi juga kepada umat Islam sepertimana yang pernah dijelaskan dengan penuh tawadduk oleh alKhwarizmi iaitu sebagai satu ibadah untuk menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam hukum syariah seperti faraid, perniagaan, pembahagian tanah dan sebagainya. Sesungguhnya penyelidikan matematik oleh sarjana Islam adalah berdasarkan tanggungjwab (fardu kifayah) untuk membantu masyarakat dan bersifat terarah manakala penyelidikan sarjana Eropah lebih kepada minat individu dan kadangkala tidak membawa sebarang manfaat kepada masyarakat.

RUMUS ALGEBRA ( ALGEBRAIC EQUATIONS) : Perkara Rumus Nota 1 . Mengenal Perkara Rumus i. Rumus ialah hubungan yang mengaitkan antara perkara rumus dengan

ii.

iii.

sebutan. Lazimnya perkara rumus di sebelah kiri persamaan dan sebutan di sebelah kanan. Perkara Rumus ialah satu pembolehubah yang diungkapkan dalam sebutan pembolehubah yang lain bagi suatu rumus, manakala sebutan ialah satu sebutan atau satu ungkapan yang melibat satu atau lebih pembolehubah. Pembolehubah yang menjadi perkara rumus tidak boleh diulang dalam ungkapan sebutan.

2 .

Menentukan perkara rumus

Perkara rumus dalam rumus-rumus di atas ialah (luas) L, (perimeter) P dan (jarak) J. Lazimnya perkara rumus ditulis dengan huruf besar. 3 Penukaran Perkara Rumus Tahukah anda bahawa pembolehubah dalam sebutan boleh ditukarkan menjadi perkara rumus? Penukaran perkara rumus boleh dibuat dengan melibatkan satu daripada operasi matematik. Proses penukaran tersebut dibuat dengan menggunakan konsep penyelesaian persamaan linear. Yang penting anda memahami ciri-ciri perkara rumus. Anda perlu menyusun semula pembolehubah-pembolehubah dalam rumus sehingga pembolehubah yang akan dijadikan perkara rumus itu mempunyai ciri-ciri perkara rumus.

Dalam contoh-contoh berikut jadikan b sebagai perkara rumus

Perhatikan dalam baris akhir dalam semua contoh, b telah memenuhi syarat perkara rumus. Dalam kesemua contoh di atas anda hanya menggunakan satu operasi matematik sahaja. Baris akhir dalam semua contoh adalah rumus baru yang dibentuk dengan menukarkan b sebagai perkara rumus. Sekarang, mari kita lihat contoh seterusnya.

Nota: Sekiranya anda telah memahami kesemua contoh di atas bermakna anda telah mencapai objektif pembelajaran (ii).Tentu anda tiada masalah dalam bahagian ini kerana asasnya telah anda pelajari dalam tingkatan 2. Mari kita melangkah lebih jauh lagi dengan meneliti contoh-contoh yang melibatkan gabungan operasi dan penentuan kuasa atau punca. (Anda mestilah menguasai dengan baik kemahiran mencari penyelesaian persamaan linear untuk memudahkan anda memahami contoh-contoh berikut)

Sekiranya anda kurang jelas cuba buat perbandingan contoh di atas dengan persamaan linear berikut. Pasti anda akan dapat melihat bahawa proses penukaran perkara rumus adalah sama seperti proses penyelesaian persamaan.

Sekiranya anda kurang memahami cuba tukarkan baris kedua dengan sebarang nombor kecuali m kerana ia diperlukan sebagai perkara rumus.

Vous aimerez peut-être aussi