Vous êtes sur la page 1sur 2

1.

Pengetahuan (Knowledge) Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas. Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension) Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application) Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain. Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

4. Analisis (Analysis) Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi. Contoh: Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis) Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6. Penilaian (Evaluation) Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik. Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Aras Item Soalan Item Aras Pengetahuan Item atau soalan yg menguji kebolehan calon utk mengingat kembali fakta-fakta spesifik, istilah, kaedah atau prosedur, konsep asas dan prinsip Item Aras Kefahaman Item yang menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta, konsep atau prinsip. Item Aras Aplikasi Item ini menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas. Item Aras Analisis Item ini menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea-idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan. Item Aras Sintesis Item ini menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat suatu rumusan. Item Aras Penilaian Item ini menguji kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

Vous aimerez peut-être aussi