Vous êtes sur la page 1sur 4

Pegawai-pegawai Olahraga Pegawai yang bertugas dalam sesuatu kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa boleh dibahagikan kepada

empat kumpulan umum. Pembahagiasn ini berdasarkan jenis peranan yang dimainkan oleh kumpulan pegawai berkenaan dalam masa kejohanan yang sedang berjalan. Bahagian Pengurusan Pengurus Kejohanan Pengurus Teknik Setiausaha Kejohanan Juri Rayuan ( bilangan ganjil termasuk setiausaha - 3 atau 5 orang) Pegawai Pertandingan Referi balapan Referi padang Referi acara berjalan kaki Hakim balapan Hakim Padang Hakim berjalan kaki Pengadil balapan Ketua Penjaga masa Penjaga masa Pelepas Penolong pelepas Pelepas panggil balik Pencatat pusingan Penyelia Peserta Pegawai Tambahan Juruacara Juruukur rasmi Penyukat angin Tugas Pegawai Olahraga Pengurus Kejohanan Berkuasa dalam pengendalian keseluruhan majlis kejohanan Bertanggungjawab menentukan kejohanan berjalan lancar Memastikan semua pegawai yang bertugas melapor diri kepadanya dan membuat

pengantian jika perlu Menentukan supaya oang yang berkenaan sahaja berada dalam kawasan pertandingan. Pengurus Teknik Persedian balapan, kawasan lompatan dan balingan Memastikan alatan pertandingan mengikut spesifikasi rasmi Menyediakan borang-borang yang digunakan dalam kejohanan olahraga Setiausaha Kejohanan Menguruskan mesyuarat berkaitan dengan pengelolaan kejohanan Catatan dan penyediaan minit mesyuarat Urusan surat menyurat Penyediaan laporan Juri Rayuan ( 3 atau 5 orang yang berpengalaman dalam hal-hal olahraga) Menyelesaikan semua bantahan atau rayuan yang dibuat secara rasmi Referi Akan bertanggungjawab menentukan bahawa semua peraturan pertandingan dipatuhi. Akan memberi keputusan dalam perkara teknik yang timbul pada masa kejohanan Referi akan menentukan tugas hakim Referi mesti mengawasi pengukuran, memeriksa keputusan-keputusan akhir dan menyelesaikan pertelingkahan jika ada Referi berkuasa memberi amaran(kad kuning) dan menyinkirkan (kad merah) peserta jika didapati tidak bersopan Berkuasa membatalkan/dipertandingkan semula acara, jika perlu. Referi menandatangi semua kad-kad keputusan sebelum diserahkan kepada pencatat dan diumumkan. Hakim Seorang ketua hakim boleh dilantik untuk membantu referi menjalankan tugasnya. Setiap hakim balapan dan padang diketuai oleh Ketua Hakim Hakim balapan menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk tindakan ketua hakim

memerhati dan membuat catatan tentang kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak jauh. Hakim Padang menghakim pertandingan acara padang mengikut peraturan mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh setiap peserta Pengadil balapan Bertugas dibawah seorang ketua pengadil Pengadil akan memerhati bahawa semua peserta yang bertanding dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan ketika berlumba memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing memastikan proses pertukaran baton oleh pelari-pelari dalam acara lari bergantiganti mematuhi peraturan-peraturan pertandingan menunjukkan bendera putih sebagai isyarat tidak berlaku pelanggaran peraturan dan bendera merah jika sebaliknya melaporkan kepada referi semua peristiwa yang berlaku yang melibatkan kesalahan teknik peserta untuk membolehkan referi membuat keputusan Penjaga masa Duduk diluar balapan bertentangan dengan garisan penamat (Mereka duduk di atas pentas bertingkat dan mengadap barisan para hakim balapan) Setiap pencatat masa akan bertindak secara perseorangan tanpa menunjukkan jamnya kepada atau menukar maklumat dengan sesiapa, mencatatkan masa diatas borang rasmi dan setelah menandatanganinya menyerah borang tersebut kepada Ketua Pencatat masa yang mungkin memeriksa jam itu untuk mengesahan. Masa akan diambil dari masa kelihatan kilat/cahaya tembakan pistol sehingga detik di mana bahagian badan (torso) peserta itu sampai ke garisan penamat . Sekiranya dua daripada tiga buah jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga mencatat masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang ditunjukkan oleh dua jam yang sama itu. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan, maka jam yang menunjukkan masa yang ditengah-tengah adalah masa rasmi. Sekiranya hanya dua jam sahaja digunakan dan menunjukkan masa berbeza, maka masa yang lebih lambat diterima sebagai masa rasmi. Pelepas dan Pelepas Penggil Balik Pelepas bertanggungjawab tentang pelepasan semua peserta bagi setiap acara balapan mengikut isyarat-isyarat tertentu. Pelepas mesti memastikan para hakim dan Penjaga Masa telah brsedia sebelum memulakan pelepasan Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol, Pelepas atau/dan Pelepas

Panggil balik boleh melepaskan tembakan sebagai isyarat memanggil balk pesertapeserta yang telah berlepas. Penolong Pelepas Memeriksa dan menentukan bahawa peserta-peserta yang sah sahaja yang bertanding dalam sesuatu perlumbaan atau acara yang tetentu Menentukan peserta-peserta memakai nombor yang betul di bahagian depan dan belakang Menenpatkan peserta-peserta di lorong dan tempat permulaan yang betul Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah Pelepas memberikan isyarat "ke garisan". Jika ada, Penolong Pelepas hendaklah memberitahu kepada Pelepas. Menyediakan baton bagi pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti. Penyelia Peserta Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding dalam sesuatu acara Mencatat maklumat jika ada dalam borang penyelian peserta (misalnya peserta yang menarik diri) untuk makluman dan perhatian penolong pelepas. Menjalankan tugas mengumpulkan pemenang-pemenang hadiah untuk upacara penyampaian hadiah