Vous êtes sur la page 1sur 3

ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

1.0 PENGENALAN Biografi merupakan kisah atau keterangan tentang kehidupan seseorang. Biografi juga adalah lebih kompleks bukan sekadar tarikh lahir atau data-data pekerjaan tetapi juga menceritakan tentang rentetan hidup seseorang. Dalam biografi dijelaskan secara lengkap kehidupam seseorang tokoh sejak kecil sehingga tua bahkan sehingga meninggal dunia. Semua sumbangan dan kejayaan tokoh dijelaskan di dalam biografi. (http://id.wikipedia.org/wiki/Biografi). Kepimpinan didefinisikan sebagai proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi (Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon). Kesimpulannya, biografi kepimpinan adalah penulisan yang menceritakan tentang kepimpinan seseorang tokoh dalam mengetuai sesuatu organisasi. Seperti contoh di dalam sebuah sekolah, untuk menceritakan tentang kepimpinan seorang guru dalam biografi haruslah menceritakan bagaimana seseorang guru itu memimpin murid-muridnya, seorang Guru Besar atau pihak pentadbiran memimpin guru-guru dan stafnya dalam untuk mencapai misi dan visi sekolah yang telah ditetapkan.

2.0 AKAUNTABILITI Merujuk buku Siri Pendidikan Guru, akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan,

keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan. Maka akauntabiliti berkait rapat dengan disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap terhadap sesuatu keputusan atau tindakan yang diambil. Walaupun akauntabiliti berkaitan dengan tanggungjawab namun ia

mempunyai maksud yang berbeza dengan tanggungjawab. Akauntabiliti merupakan tanggungjawab terhadap kerjaya dan profesion keguruannya manakala tanggungjawab pula ialah sikap dan layanan guru terhadap muridnya. Seperti contoh, memberikan didikan dan peluang pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan minat murid merupakan akauntabiliti seorang guru manakala memberikan layanan, memastikan murid sering hadir ke sekolah dan mengetahui segala masalah murid pula merupakan tanggungjawab seorang guru.

Kesimpulannya, guru haruslah mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya dan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruannya. Seseorang guru itu akan benar-benar menjadi seorang guru yang berkesan sekiranya berpegang dengan akauntabiliti keguruannya serta menjalankan tanggungjawab dan tugastugasnya dengan penuh komitmen. 3.0 ASAS KEPIMPINAN Terdapat tiga asas penting dalam kepimpinan. Antaranya ialah kepimpinan mesti melibatkan pihak lain, para pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan dan pemimpin mempengaruhi pekerja melalui arahan. Kepimpinan melibatkan pihak lain ialah pemimpin melibatkan orang lain sama ada pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan dan mempengaruhi pekerja melalui arahan ialah pekerja tidak boleh membantah aktiviti-aktiviti yang diarah oleh ketua mereka serta harus melakukan segala tugas yang diarah oleh ketuanya. 4.0 JENIS-JENIS KEPIMPINAN Terdapat banyak jenis-jenis kepimpinan yang boleh diamalkan oleh seseorang pengurus dalam mengendalikan organisasi di bawah petadbirannya. Salah satu gaya kepimpinan yang boleh diamalkan ialah gaya kepimpinan kontigensi. Kepimpinan ini boleh dilihat apabila seseorang guru menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan atau keperluan yang wujud. (Amir Hasan Dawi, 2006). Kepimpinan kontigensi adalah apabila seseorang guru itu dapat membuat kepuusan atau bertindak seelah melihat keperluan dan keadaan murid. Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan ini juga menggunakan kuasanya untuk memberikan ganjaran atau hukuman kepada orang yang dipimpinan. Ini menunjukkan gaya kepimpinan ini berpusatkan ketua dan pekerja. 5.0 KESIMPULAN Pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di dalam organisasi untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Guru perlulah sentiasa meningkatkan kemahiran memimpin serta bersiap sedia dengan segala ilmu kepemimpinan sesuai dengan situasi yang mungkin akan dihadapi kelak.

Vous aimerez peut-être aussi