Vous êtes sur la page 1sur 9

NAMA : ROSNANI BT AWANG HITAM MATA PELAJARAN : SCE 3102

NO.K/PENGENALAN : 690213065432 KUMPULAN : PPG SN 1

TUGASAN PROJEK

TUGASAN 1 Secara individu, temubual seorang guru sekolah rendah atau menengah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan kanak-kanak mempelajari sains dan jenis-jenis pengalaman sains yang harus diwujudkan dalam bilik darjah. Saya telah menemubual seorang guru matapelajaran sains yang sedang mengajar SK Convent Kota, Taiping. Di bawah adalah hasil temubual saya.

Pn Rosnani : Assalamualaikum Pn Napisah ?. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual pada hari ini. Pn Napisah : Waalaikummussalam., itu tidak jadi masalah . Saya cuba memberi kerjasama sebaik yang mungkin. Pn Rosnani : Terima kasih..jika tidak menjadi masalah bolehkah cikgu ceritakan serba sedikit tentang diri cikgu. Pn Napisah : Saya Napisah bt Ismail, dilahir dan di besarkan di Sungai Petani, Kedah. Kini bertugas di SK Convent Kota dan mengajar matapelajaran sains selama 16 tahun. Saya mengajar sains untuk tahun enam dan tahun lima. Pn Rosnani : Sepanjang cikgu mengajar, apakah perkara yang paling gembira dan membanggakan cikgu? Pn Napisah : Banyak perkara yang mengembirakan dan membanggakan, diantaranya ialah apabila murid-murid saya memberi perhatian dan faham apa yang saya sampaikan semasa proses pembelajaran dan pengajaran dan mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
6

NAMA : ROSNANI BT AWANG HITAM MATA PELAJARAN : SCE 3102

NO.K/PENGENALAN : 690213065432 KUMPULAN : PPG SN 1

Pn Rosnani : Untuk menjadikan murid faham dan lulus dengan cemerlang tentu ada faktor-faktor yang mendorong mereka ke arah itu. Sepanjang 16 tahun cikgu mengajar mata pelajaran sains, apakah faktor-faktor yang difikirkan dapat mempengaruhi kemampuan kanak-kanak mempelajari sains Pn Napisah : Apabila kita memahami Teori Konstruktisme, kita akan dapati banyak faktorfaktor yang boleh mempengaruhi kanak-kanak mempelajari sains antaranya pengetahuan sedia ada murid. Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak. Pn Rosnani : Jika tak keberatan boleh cikgu memberi contoh tentang pernyataan diatas. Pn Napisah Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti eksperimen dan penyelidikan seperti mengenalpasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data dan membuat kesimpulan, contohnya semasa menjalankan ujikaji tentang bahan yang boleh menyerap air.Guru menunjukkan bahan seperti kain ,tuala dan plastik, guru bertanya bahan apa yang boleh menyerap air dengan baik. Murid akan menjawab tuala, jawapan murid tersebut adalah tepat kerana mereka telah melalui pengalaman ( pengetahuan sedia ada ) mengelap badan menggunakan tuala selepas mandi, dari sini murid lebih cepat faham sesuatu topik yang diajar kerana mereka menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menjawab soalan guru. Murid akan berasa gembira kerana memberi jawapan yang betul, secara tak langsung mendorong mereka untuk mempelajari sains.
7

NAMA : ROSNANI BT AWANG HITAM MATA PELAJARAN : SCE 3102

NO.K/PENGENALAN : 690213065432 KUMPULAN : PPG SN 1

Pn Rosnani : Murid-murid berkawan diantara satu sama lain, adakah rakan sebaya mereka boleh mempengaruhi untuk meminati matapelajaran sains? Pn Napisah : Rakan sebaya juga memainkan peranan penting . Menurut Teori Konstruktivisme, murid-murid digalak untuk berinteraksi sesama mereka semasa proses pembelajaran dan pengajaran untuk membina pengetahuan mereka. Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan kawankawan dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Pn Rosnani : Bolehkah cikgu huraikan dengan lebih lanjut? Pn Napisah : BolehInteraksi dan pertukaran idea-idea antara rakan sebaya memudahkan pembinaan pengetahuan mereka, menurut Chaille C dan Britain L Dalam buku The Young Child As Scientist menyatakan peranan guru hanyalah sebagai fasilitator, dan murid-murid yang memainkan peranan, guru hanya merangsang pembinaan pengetahuan melalui soalan-soalan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Pn Rosnani : Cikgu, adakah semua murid melibatkan diri secara aktif semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan? Pn Napisah : Tidak juga, sebabnya kita perlu lihat perbezaan individu , murid-murid yang terdapat dalam bilik darjah adalah berbeza dari segi kebolehan, minat dan potensi, terdapat murid-murid yang sering mendapat markah yang tinggi dalam ujian dan ada yang tidak lulus. Ini nyata menunjukkan adanya perbezaan individu. Pn Rosnani : Boleh cikgu jelaskan apa yang dimaksudkan dengan perbezaan individu? Pn Napisah : Sebenarnya perbezaan individu merujuk kepada ketidaksamaan dikalangan individu sama ada dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, bakat dan minat. Pelbagai faktor memainkan dalam perbezaan individu, kesemua faktor dapat
8

NAMA : ROSNANI BT AWANG HITAM MATA PELAJARAN : SCE 3102

NO.K/PENGENALAN : 690213065432 KUMPULAN : PPG SN 1

kita golongkan kepada dua kumpulan, iaitu faktor baka (genetik) dan persekitaran. Pn Rosnani : Adakah perbezaan individu menjejaskan sesi pembelajaran dan pengajaran cikgu? Pn Napisah : Tidak, kerana saya mengamalkan pendekatan yang berpusatkan murid. Pengajaran yang berpusatkan murid adalah satu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran dan bertujuan untuk menggalakkan murid menjadi aktif dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang memberi pendapat,menggalakkan murid menghasilkan idea, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dikalangan murid. Dengan ini dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatkan dalam proses pembelajaran, disamping memberi peluang kepada murid belajar secara individu kumpulan dan kelas. Pn Rosnani : Bagaimana pula dengan kemudahan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah, adakah ia membantu mempengaruhi murid mempelajari sains. Pn Napisah : Sudah tentu, bilik darjah atau kelas amat memainkan peranan. Bilik darjah perlu disediakan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran murid-murid. Bahan pembelajaran akan mencabar dan memudahkan pelajar membina pengetahuan.

Pn Rosnani : Apakah kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang ada disediakan untuk menarik minat murid - murid belajar matapelajaran sains? Pn Napisah : Kemudahan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah atau makmal sains yang ada disekolah saya di antaranya komputer dan internet. Murid-murid dapat
9

NAMA : ROSNANI BT AWANG HITAM MATA PELAJARAN : SCE 3102

NO.K/PENGENALAN : 690213065432 KUMPULAN : PPG SN 1

mencari maklumat dan menerokai sesuatu topik melalui kemudahan internet. Pada hari ini pembelajaran seperti ini amat menarik minat murid. Makmal Sains dan bilik darjah sekolah saya ada dilengkapi dengan LCD projector,Koleksi CDROM yang dibekal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan yang dibeli oelh pihak sekolah. Pn Rosnani : Bagaimana pula dengan suasana bilik darjah atau makmal sains , adakah ia dapat mempengaruhi murid-murid mempelajari sains?. Pn Napisah : Sudah tentu..suasana bilik darjah atau makmal sains yang kondusif dan ceria, serta dilengkapi dengan bahan-bahan pembelajaran seperti carta-carta dan model-model sains. Susunan kerusi meja hendaklah mengikut kesesuaian murid. Sesebuah bilik darjah haruslah mempunyai pintu yang mencukupi untuk membolehkan pengedaran udara secukupnya. Bilik darjah atau makmal sains yang panas dan tidak selesa mendorong murid cepat mengantuk dan gelisah, dengan ini penumpuan terhadap pelajaran mereka akan terganggu. Pn Rosnani : Apakah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang cikgu gunakan dalam bilik darjah?. Pn Napisah : Saya sentiasa mengamalkan Teori Konstruktivisme dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran saya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid, iaitu saya mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid diberi peluang belajar secara individu, kumpulan dan kelas.murid-murid juga bebas membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Saya menganggap kanak-kanak bukan merupakan Tin Kosong untuk diisi tetapi sering berusaha mencari
10

NAMA : ROSNANI BT AWANG HITAM MATA PELAJARAN : SCE 3102

NO.K/PENGENALAN : 690213065432 KUMPULAN : PPG SN 1

pengertian kepada perkara - perkara yang ditemui. Pn Rosnani : Apakah contoh aktiviti yang berkesan untuk menarik minat murid dan seterusnya akan menjadi pengalaman sains bagi mereka. Pn Napisah : Berdasarkan pengalaman saya, aktiviti Hand On dan Mind On amat berkesan. Melalui aktiviti sedemikian baharulah murid-murid akan dapat menguasai dan memahirkan kemahiran saintifik mereka. Aktiviti Hand On dapat meningkatkan pemikiran kritikal di kalangan murid dan membina perasaan ingin tahu terhadap sains. Setiap pelajar di beri peluang untuk membuat pemerhatian, ujikaji, mengumpul dan mentafsir data, membuat inferens dan membuat kesimpulan terhadap sesuatu ujikaji yang mereka lakukan. Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian dengan sendiri membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Pn Rosnani : Bolehkah cikgu berikan contoh-contoh tersebut? Pn Napisah : Sebenarnya, terdapat banyak contohnya, diantaranya aktiviti membuat litar elektrik ringkas, eksperimen tentang konduktor dan Penebat, eksperimen ini untuk mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan elektrik ( konduktor ) dan bahan yang tidak boleh mengalirkan elektrik ( Penebat ) Pn Rosnani : Adakah pendekatan lain yang cikgu gunakan untuk menambahkan pengalaman sains murid-murid? Pn Napisah : Antara kaedah lain yang selalu saya gunakan ialah inkuiri penemuan Pn Rosnani : Bagaimanakah ini boleh mempengaruhi kemampuan murid mempelajari sains dan dapat dijadikan pengalaman sains kepada murid-murid? Pn Napisah : Inkuiri penemuan secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan
11

NAMA : ROSNANI BT AWANG HITAM MATA PELAJARAN : SCE 3102

NO.K/PENGENALAN : 690213065432 KUMPULAN : PPG SN 1

menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.Melalui kaedah inkuiri penemuan yang dijalankan murid -murid lebih memahami sesuatu yang dipelajari kerana murid-murid diberi peluang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui pembelajaran sendiri seterus membangkitkan semangat ingin tahu di kalangan murid-murid. Contohnya ketika menjalani ekperimen untuk menyiasat benda hidup ( Keperluan asas tumbuhan dan haiwan) Perasaan puashati pelajar bagi murid yang berjaya melakukan kajian dan

menghasilkan rumusan dengan baik membangkitkan rasa ingin mencuba lagi dan murid-murid tidak sabar belajar matapelajaran sains. Pn Rosnani : Apakah jenis pendekatan yang dijalankan dalam bilik darjah boleh mendorong dan menjadi faktor kemampuan kanak-kanak mempelajari sains dan boleh mewujudkan pengalaman sains dalam bilik darjah? Pn Napisah : Pendekatan seperti Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau ekperimen. Biasanya saya gunakan kaedah ini semasa hendak memulakan sesuatu pengajaran saya, iaitu langkah set induksi. Melalui aktiviti ini murid - murid merasa seronok dan mendorong untuk mereka meminati pelajaran sains. Selain daripada itu teknik perbincangan selalu saya gunakan, ia merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu topik yang dipelajari. Tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. Semua ini dapat membina pengetahuan dan pengalaman kepada
12

NAMA : ROSNANI BT AWANG HITAM MATA PELAJARAN : SCE 3102

NO.K/PENGENALAN : 690213065432 KUMPULAN : PPG SN 1

murid-murid. Pn Rosnani : Bagaimana jika sesuatu topik yang memerlukan cikgu menunjukkan benda benda hidup contohnya seperti haiwan atau tumbuhan apakah teknik yang cikgu gunakan? Pn.Napisah : Oh.jika topik yang saya ajar memerlukan murid-murid memerhati ciri-ciri haiwan atau tumbuhan selalunya saya menggunakan teknik lawatan, saya akan membawa murid-murid saya melawat Mini Zoo sekolah , Taman Herba dan persekitaran sekolah yang bersesuaian dengan sesuatu topik. Aktiviti ini membolehkan setiap ahli Kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea, murid-murid dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah Pn Rosnani : Bagaimana pula dengan eksperimen, adakah ia menrupakan jenis pengalaman sains? Pn Napisah : Yaeksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen, ia menggunakan kemahiran berfikir,kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Semasa eksperimen dijalankan guru adalah pebimbing, murid diberi peluang menentukan bentuk eksperimen,iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana

menganalisis data serta bagaimana membentang hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bersendirian atau berkumpulan. Pn Rosnani : Pada pandangan cikgu, bagaimanakah sains dapat diaplikasikasikan dalam kehidupan seharian ?.
13

NAMA : ROSNANI BT AWANG HITAM MATA PELAJARAN : SCE 3102

NO.K/PENGENALAN : 690213065432 KUMPULAN : PPG SN 1

Pn Napisah : Sains boleh digunakan untuk memudahkan urusan harian dan boleh memberi peluang kepada manusia meneruskan kehidupan dengan lebih selesa, Antara contohnya ialah, dalam bidang telekomunakasi kita mempunyai kemudahan telefon, telegraf,komputer dan internet dan setelit, dengan adanya kemudahan ini manusia telah berjaya menerokai bulan . Dalam bidang perubatan pula dengan adanya penemuan vaksin-vaksin yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit dan sebagainya. Pn Rosnani : Dengan penjelasan cikgu maka jelaslah terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kemampuan kanak-kanak mempelajari sains, dan jenis- jenis pengalaman sains yang boleh diwujudkan dalam bilik darjah. Di sini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama kepada saya dalam menjayakan temubual mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan kanak-kanak mempelajari saing dan jenis-jenis pengalaman sains yang harus diwujudkan dalam bilik darjah. Pn Napisah : Sama-sama kerana sudi menemubual saya.

14

Vous aimerez peut-être aussi