Vous êtes sur la page 1sur 12

BAB 9 :: KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN MONDAY, 21 NOVEMBER 2011 Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum a) Penubuhan Jawatankuasa

Hubungan Antara Kaum b) Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum c) Pendidikan Alat Perpaduan d) Kerjasama Kaum Ke Arah Berkerajaan Sendiri e) Sistem Ahli f) Syarat Kerakyatan g) Perlu Perikatan h) Pilihanraya 1. Bagi kestabilan politik,ekonomi, dan keharmonian masyarakat maka British telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika tanah Melayu ingin mendapat kemerdekaan a) Penubuhan Jawatankuasa hubungan antara kaum.(CLC). - keanggotaan i) Umno - diketuai oleh Dato Onn Jaafar ii) MCA - diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock iii) Seorang wakil kaum India,Ceylon,Serani dan Eropah. iv) Pemgerusi ialah Dato E>E>C Thuraisingam dan penasihat Sir Malcolm Mac Donald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara) - Rundingan i) Hasil daripada kompromi sebagai tolak ansur antara UMNO-CLC maka beberapa perkara penting telah dipersetujui ii) Hasil rundingan - kelonggaran syarat kerakyatan - Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang melayu. - pilihanraya akan diadakan - pembentukan sistem pendidikan

b) Parti-parti politik kearah perpaduan kaum - UMNO Dato Onn Jaafar i) membuka keahlian kepada bukan melayu ii) syarat kerakyatan Persekutuan dan negeri dilonggarkan. iii) mencadangkan sistem ahli - Tunku Abdul Rahman i) menubuh parti perikatan - MIC K.L Deraser i) menyokong kerjasama kaum dalam sebuah parti

ii) menganggotai parti perikatan pada tahun 1955 - MCA Tun Tan Cheng Lock i) menyokong kerjasama kaum dalam sebuah parti (IMP) ii) menyokong pembentukan parti perikatan. - IMP Dato Onn Jaafar i) konsep kerjasama kaum dalam satu parti ii) membuka keahlian kepada semua kaum - PAS Hj. Ahmad Fuad i) keahlian parti kepada semua orang Islam tanpa mengira kaum ii) menyertai konvensi Nasional tajaan UMNO (1954) - Parti Negara Dato Onn Jaafar i) terbuka kepada semua kaum ii) menerima kenyataan Jus Soli dengan syarat ibu atau bapa telah menjadi warganegara Tanah Melayu iii) konsep semua kaum dalam parti. c) Pendidikan alat perpaduan - sistem pendidikan yang sama dapat menyatukan rakyat Tanah Melayu dan melahirkan perasaan taat setia yang tidak berbelah bagi. - cadangan laporan pelajaran Tanah Melayu - Laporan Barne 1951. i) wajib bagi pendidikan sekolah rendah ii) bahasa penghantar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris iii) bahasa penghantar Bahasa Inggeris bagi Sekolah Menengah. - Laporan Fenn-Wu 1951 i) menolak Laporan Barnes kerana ingin mengekalkan sistem pendidikan Vernakular Cina. - Ordinan Pelajaran 1952 i) Pendidikan sekolah rendah wajib ii) Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar Sekolah Rendah iv) Bahasa penghantar Bahasa Inggeris bagi Sekolah Menengah.

- Laporan Razak 1956 i) Sistem sekolah umum menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar bagi sekolah rendah dan menengah ii) Sekolah jenis umum menggunakan bahasa Cina,Tamil dan Inggeris sebagai bahasa Penghantar

iii) Pendidikan rendah adalah wajib iv) Bahasa Ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon. v) Sekolah pelajaran,sistem peperiksaan,latihan perguruan dan sistem Nazir yang sama.

2. Kerjasama Kaum Kearah Berkerajaan Sendiri Kerjasama kaum menjadi prasyarat bagi PTM untuk berkerajaan sendiri. a)Sistem ahli. - Idea penubuhan oleh Dato Onn Jaafar Diperkenalkan untuk melatih orang melayu dan kaum lain dalam pentadbiaran Tanah Melayu dilaksanakan April 1951-Jun 1955 - Ciri-ciri sistem Ahli. i) Sistem kabinet bayangan ii) Anggota dikenali sebagai ahli iii) Pelantikan oleh pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu iv) Ahli di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British v) Ahli seramai 9 orang - 5 penduduk Tanah Melayu - 4 pegawai British. b)Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan. - Persekutuan i) secara kuatkuasa undang-undang ii) secara permohonan iii) Secara naturalisasi iv) RIDA ditubuhkan sebagai tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan negeri pada tahun 1951 - Tujuan RIDA adalah membantu meningkatkan taraf sosioekonomi orang melayu - Tukar ganti menunjukkan kerjasama erat antara orang melayu dengan kaum lai n demi merialisasikan perpaduan kaum c)Parti perikatan - Penubuhannya melahirkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum - Kerjasama tersebut dapat mewujudkan suasana politik yang stabil dan kepentingan ekonomi terjamin. - Kerjasama ini juga dapat melemahkan pengaruh Parti Komunis Malaya

d)Pilihanraya - pilihanraya diadakan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang boleh memerintah. i) Majlis Bandaran - ahli-ahli majlis Bandaran dipilih melalui pilihanraya oleh penduduk bandar berkenaaan - 1951 - Di Georgetown,Pulau Pinang - 1952 - Di Kuala Lumpur ii) Pilihanraya Negeri - kemenangan parti perikatan UMNO-MCA menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kerjasama antara kaum dalam politik tanah air - konsep kerjasama mengukuh keyakinan rakyat kepada Parti Perikatan iii) Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan - British telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya 1954 - Peruntukan jumlah keseluruhan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) ialah sebanyak 100 kerusi. - Jawatankuasa mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.Parti Perikatan menentang dan menuntut tiga perlima akhirnya dipilih. - Tunku Abdul Rahman telah ke London untuk menuntut kerusi dalam pilihanraya tetapi gagal. d)Pilihanraya - pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan i) Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diadakan pada 27 Julai 1955. ii) Parti Perikatan telah mengeluarkan Manifesto yang pertama dalam Pilihanraya. - dalam tempoh 4 tahun kemerdekaan akan dicapai - pendidikan rendah diwajibkan - melindungi hak-hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan - Menamatkan daruat - Menjadikan perkhidmatan awam yang bercorak tempatan iii) Kemenangan Parti Perikatan adalah kerana:- sikap tolak ansur parti dalam pembahagian kerusi pilihanraya - kebijaksanaan pemimpin - kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa dalam politik negara - kesepakatan menentang komunis - semangat untuk mencapai kemerdekaan - Manifesto pilihanraya yang dapat diterima umum Rumusan --Kemenangan Parti Perikatan dalam setiap Pilihanraya telah menunjukkan bahawa dasar kerjasama kaum dan politik merupakan pendekatan terbaik bagi masyarakat

KE ARAH KEMERDEKAAN
Federation of Malaya Agreement 1948 melahirkan hasrat British untuk memberikan kemerdekaan penuh kepada Persekutuan Tanah Melayu, dan seterusnya kemajuan ke arah demikian hendaklah diteruskan dengan sebaikbaiknya. Berikutuan dengan itu pilihanraya pertama telah diadakan di dalam bulan Julai 1955 bagi mengisi 52 buah kerusi di dalam Federal Legislative Council yang baharu itu. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dan Tengku Abdul Rahman telah dilantik Ketua Menteri Persekutan. 4.01 Persidangan Perlembagaan 6hb Februari 1956 Sebelum Kemerdekaan, suatu Persidangan mengenai Perlembagaan Persekutuan telah diadakan di London mulai 18hb Januari hingga ke 6hb Februari 1956 di antara Kerajaan British dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan diwakili oleh empat orang wakil Raja-Raja Melayu, Ketua Menteri dan tiga orang menteri Kabinet dan juga Persuruhjya Tinggi British. Persidangan itu bersetuju di atas perlantikan Suruhanjaya Bebas bagi mengubalkan Perlembagaan Persekutuan, dan bagi tujuan ini Suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid seterusnya ditubuhkan. 4.02 Apa perlunya wakil Raja-Raja ke persidangan Perlembaggan? (i) Semenanjung Tanah Melayu belum lagi bertaraf merdeka sepenuhnya, oleh itu Raja-Raja Melayu sebagai ketua mutlak negeri masing-masing perlu dilibatkan sebagai suatu pihak kepada Persidangan. (ii) Kedaulatan Raja-Raja Melayu di dalam negeri masing-masing sejak zaman-berzaman dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang diiktiraf oleh British sebagai "sovereign Ruler of an independent State" seperti diputuskan di dalam kes-kes berikut:Mighell v. Sultan of Johore (1894)1.Q.B Duff Development Co. v. Government of Kelantan (1924) A.C. 797 The Pahang Consolidated Co. Ltd v. The State of Pahang (1931) F.M.S.L.R. 390 The Sultan of Johore v. Tengku Abu Bakar and Another (1952) MLJ (iii) Mempastikan bahawa konsep Persekutuan terpelihara dan kedaulatkan serta immunity Raja-Raja Melayu juga terpelihara. (iv) Mempastikan bahawa perkara-perkara pengecualian di bawah Perjanjian 1909 dan 1927 itu diteruskan. (iv) Memberi peluang seluas-luasnya kepada Raja-Raja Melayu untuk memperturunkan syarat-syarat yang mereka kehendaki sebelum menyerahkan sebahagian besar kuasa-kuasa negeri mereka kepada Persekutan menjelang kemerdekaan 1957. Ringkasnya, Perlembagaan Persekutuan adalah Undang-undang tubuh yang diasaskan di atas persetujuan di antara Raja-Raja Melayu, Kerajaan British dan Parti Perikatan. Di atas beberapa pra-syaratlah maka wujudnya Perlembagaan Persekutuan, maka di antara pra-syarat yang dipersetujukan oleh Raja-Raja Melayu itu ialah Perkara-Perkara 71(l), 181, 38(4), 153 dan 74.

Maka tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Perkara-Perkara seperti di atas adalah Perkara-Perkara Kekal dan tidak boleh diubah walau di dalam apa keadaan jua pun, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja 100%.
KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke Sekolah Harapan di Jasin, Melaka - bagi kes remaja hamil luar nikah - tidak perlu bimbang dengan identiti mereka akan terbongkar - kerana segala maklumat adalah dirahsiakan. Menurut Pengerusinya, Datuk Abdul Rahaman Abdul Karim, pihak sekolah juga tidak akan mengeluarkan sebarang pengesahan kepada mana-mana pihak terutamanya selepas pelajar itu keluar bagi mengelakkan mereka daripada diaibkan.

Katanya, pihak Sekolah Harapan hanya akan melepaskan maklumat-maklumat pelajar itu sekiranya diminta oleh pihak polis dan Jabatan Agama Islam Melaka untuk tindakan perundangan sahaja.

Tanggungjawab kami ialah untuk memastikan siibu dapat terus mengikuti pelajaran dan dalam masa yang sama, melahirkan bayi yang dikandung dengan selamat dan sempurna.

Ini bukan sahaja dapat membendung gejala buang dan membunuh bayi yang tidak berdosa malah ia turut memberi harapan baru kepada remaja menjalani kehidupan normal selepas itu,katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, baru-baru ini.

Mengenai pelajar yang tinggal di Sekolah Harapan dan ingin berkahwin dengan pasangannya, Abdul Rahaman menjelaskan, pihaknya sedia membantu selepas bayi tersebut dilahirkan namun ia tertakluk kepada undangundang yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Bagaimanapun, yang menjadi masalah sekarang ialah terdapat kes yang mana kami gagal mengesan pasangan lelaki disebabkan oleh pelbagai faktor.

"Jika ini terjadi, ibu bapa pelajar perempuan akan memikul tanggungjawab menjaga anak dan cucu mereka. Kami hanya menjaga dan memberikan pendidikan kepada pelajar sehingga kandungan mereka dilahirkan. Selepas itu, menjadi hak pelajar dan keluarga mereka menentukan kehidupan dengan iltizam baru,'' ujarnya lagi.

Pun begitu, tegas beliau, masyarakat tidak harus meletakkan tanggungjawab menangani isu ini ke atas bahu pihak sekolah semata-mata kerana langkah pencegahan di peringkat awal usia remaja perlu diberikan perhatian oleh setiap lapisan masyarakat.

Rumah serta sekolah ini yang dibuka sejak September tahun lalu kini menempatkan 34 pelajar. Seramai 25 bayi telah dilahirkan sejak itu.

ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Dr Rahmat Ghazali Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman. Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai kontrak sosial antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia. Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi pecah dan perintah. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang they mix but do not combine atau dalam bahasa ibunda, mereka bercampur tetapi tidak bersatu. Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan fungsional daripada hubungan empatetik. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut. Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan empatetik sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita. Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita

perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi). Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di manamana bandar di Malaysia lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153. Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival. Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian. Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan Operasi Lalang, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silangetnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara. Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar keskes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita. Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan sistem amaran konflik perkauman yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan adhoc iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.

Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep melting pot atau acuan pelebur dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep acuan pelebur itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep salad bowl atau mangkuk sayur-mayur yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama. Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu. Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk penjajahan dalaman kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik. Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kirakira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen

ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing. Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional (dipetik daripada Munro-Kua 1996). Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seadaadanya, tanpa mengira kaum dan agama (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival. Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu Bangsa Malaysia tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi. Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa kreol mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan. Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen. Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah

jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran. Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep mangkuk sayur-mayur seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina. Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana dalam situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja. Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses perpaduan kaum yang dicitacitakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan mangkuk sayur-mayur Malaysia? Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai polis bahasa. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPU K SEMANGAT PERPADUAN D ALAM KALANGAN MASYARAKAT LEBIH BERKESAN SEKIRANYA DIMULAKAN DARI RUMAH.
Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak. Cadangan Idea : 1. Ibu bapa menjadi contoh/ "role model"/ idola kepada anak-anak melalui hubungan dengan jiran tetangga. 2. Ibu bapa menjelaskan kepada anak-anak tentang senario masyarakat majmuk di

Malaysia. 3. Ibu bapa mengajak anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga untuk bersama-sama menyambut perayaan kaum dan agama. 4. Ibu bapa memberi dorongan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum - Contoh program PLKN, RIMUP di sekolah. 5. Ibu bapa saling bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anakanak. 6. Ibu bapa menggalakkan anak-anak menonton filem dan drama yang bertema perpaduan antara kaum. Teknik transformasi : Pelajar perlu membiasakan diri untuk menjawab soalan yang sama tetapi mempunyai format berlainan. Contoh : 1. Surat kiriman tak rasmi Rakan di luar negara ingin tahu tentang usaha kerajaan untuk menyatu padukan masyarakat berbilang bangsa. 2. Pidato/ ceramah/ syarahan Menyampaikan syarahan, pidato atau ceramah berkaitan usaha menyatu padukan masyarakat di Malaysia 3. Perbahasan ala parlimen Peranan ibu bapa lebih dominan untuk menyemai konsep perpaduan dalam kalangan masyarakat. 4. Wawancara/ dialog Wawancara dengan tokoh NGO/ Kerajaan berkaitan tajuk perpaduan antara kaum. Nota : Pelajar boleh menggunakan isi yang sama tetapi disesuaikan dengan format yang dipilih.

Vous aimerez peut-être aussi