Vous êtes sur la page 1sur 24

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

<FAKULTI >

<SEMESTER / TAHUN >

<KOD KURSUS> <TAJUK KURSUS>

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

<NO MATRIKULASI> <NO. KAD PENGENALAN> <TELEFON> <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PUSAT PEMBELAJARAN>

HBEF3103

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT

1.0 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 3.0 3.1 3.2 3.3 4.0 4.1 4.2 5.0

Pengenalan Matapelajaran: Sains Tahun 3 Topik: Electricity Elektrik Objektif Pembelajaran bagi Matapelajaran yang dipilih Kandungan Pembelajaran Masalah-masalah berkaitan topik Pemilihan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) Perisian 1 Perisian 2 Faktor faktor Pemilihan PBK Rekabentuk Media dan Visual PBK Sains Tahun 3 Perisian 1 Perisian 2 Borang Penilaian Kualiti Perisian Perisian 1 Perisian 2

2 3 3 3 3 4

5 7 9 10 10 11

12 15 17 17 19 21 22

6.0 6.1 7.0 8.0

Huraian dan Perbandingan Perisian Aspek Perbandingan Rasional Pemilihan Perisian 2 Kesimpulan

Rujukan

HBEF3103

1.0

Pengenalan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) banyak membawa perubahan kepada

budaya hidup sesuatu masyarakat. Transisi kepada masyarakat bermaklumat berubah dengan pantas akibat perkembangan teknologi yang pesat. komputer dan rangkaian telekomunikasi telah Perkembangan menyebabkan kemunculan

Internet, integrasi teknologi komunikasi, perubahan peraturan dan anjakan isu sosial yang membawa kepada kerjaya yang mencabar pada masa hadapan. Perkembangan ICT yang pesat ini memberi kesan menjadi sekolah kepada perubahan kurikulum pendidikan Malaysia. Penggunaan teknologi multimedia dalam pendidikan amat penting untuk bestari yang dapat berhadapan dengan era teknologi maklumat. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhasrat untuk melihat semua sekolah di Malaysia menjadi bestari (Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, 1999). Dalam bidang pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi merupakan alat pengupaya yang membolehkan pendidik memperolehi dan berkongsi maklumat, berkomunikasi dengan pantas tanpa batasan serta mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kerjaya sebagai seorang guru pada zaman digital ini telah berubah mengikut keperluan semasa di mana teknologi maklumat dan komunikasi diintegrasikan dalam program latihan perguruan dan juga institusiinstitusi pendidikan. Teknologi komputer digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan komunikasi dalam kalangan guru. Komunikasi elektronik memungkinkan melalui rangkaian guru-guru berkongsi maklumat dan berbincang untuk

meningkatkan profesionalisme guru. Guru-guru tidak perlu berhubung secara talian terus (online) pada masa yang sama untuk menerima maklumat yang dihantar oleh rakan sekerja. Hal ini merupakan kelebihan di mana guru-guru boleh berkomunikasi secara selesa pada masa lapang. Hargreaves dan Fullan (1992) menegaskan bahawa perkembangan budaya kolaboratif dalam kalangan guru sekolah berkait rapat dengan kejayaan implementasi perubahan pendidikan, kemajuan, amalan yang baik dalam perkembangan profesionalisme dan pencapaian yang baik dalam kalangan pelajar.

HBEF3103

2.0 2.1

Matapelajaran: Sains Tahun 3 Topik: Electricity - Elektrik Elektrik di Sekeliling Kita Rujukan (HSP Sains Tahun 3 2003)

2.2

Objektif Pembelajaran bagi Matapelajaran yang dipilih Di akhir pengajaran dan pembelajaran dalam topik ini, murid-murid dapat: o mencadangkan cara untuk menjadikan mentol dalam litar lebih cerah. o merekabentuk litar yang akan menjadikan mentol lebih cerah. o menerangkan litar. o melukis litar. o merekabentuk litar yang menjadikan mentol malap. o meneka bahan mana yang boleh mengalirkan elektrik. o membina litar untuk menguji bahan yang boleh mengalirkan elektrik. o merekodkan hasil dalam jadual. o membina kesimpulan berdasarkan hasil yang didapati. o membina litar yang membenarkan mentol ditutup dan dibuka suisnya. o menerangkan bagaimana litar boleh ditutup dan dibuka. o menyatakan bahawa suis digunakan untuk melengkap atau memutuskan litar. o mencipta suis mudah.

2.3

Kandungan Pembelajaran Topik ini mengandungi 3 isi utama iaitu: o bagaimana menjadikan mentol dalam litar cerah atau malap o mempelajari bahawa terdapat bahan yang mengalirkan elektrik. o mengetahui bahawa suis boleh melengkap dan memutuskan litar.

HBEF3103

2.4

Masalah-masalah berkaitan topik Topik yang hendak diajar adalah mengenai elektrik. Bahan yang diperlukan

adalah seperti litar, suis dan mentol. Terdapat juga bahan-bahan lain seperti bahan yang boleh menebat elektrik dan bahan yang boleh mengalirkan elektrik. Oleh kerana banyak bahan yang hendak digunakan, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi dalam mengajar topik ini. Antara masalah yang utama adalah memberi kefahaman kepada murid akan bahan yang boleh menebat dan mengalirkan elektrik. Sebagai guru, saya perlu mahir dalam mengendalikan litar sebelum menunjukkannya kepada murid. Murid perlu memahami dengan jelas akan penerangan mengenai litar sebelum mereka menjalankan eksperimen mereka sendiri. Masalah yang dihadapi dalam topik ini ini meliputi masalah pengajaran dan pembelajaran. Dalam topik ini, murid bermasalah untuk menggambarkan dengan jelas akan penerangan guru tanpa gambar/ rajah yang jelas. Kanak-kanak mempunyai idea mereka sendiri tentang objek atau fenomena alam semulajadi. Idea mereka ini terbentuk akibat daripada pengalaman yang mereka alami setiap hari semasa mereka bermain, perbualan, dan kejadian-kejadian yang diperhati dialam semulajadi atau yang disiarkan dalam media. Guru perlu membantu kanak-kanak ini supaya idea-idea mereka tentang konsep sains dapat dibetulkan, dimantapkan atau diubah supaya kefahaman mereka selaras dengan konsep-konsep yang digunakan oleh ahli saintis. Sekiranya saya sebagai guru tidak menggunakan rajah atau gambar untuk ditunjukkan kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran, ia akan menjadi agak kabur bagi murid untuk memahami konsep elektrik dan litar. Justeru itu, penggunaan PBK sebagai bahan bantu mengajar dapat membantu dalam memahamkan murid akan topik yang hendak diajar. Terdapat dua perisian yang agak bersesuaian dan hendak dipilih untuk pengajaran topik elektrik ini. Kedua-dua perisian adalah seperti yang ditunjukkan di bawah. Perisian pertama dipilih dari laman web http://www.khskpt.com/bahan-bantu-mengajar.html manakala perisian kedua dipilih dari laman web http://www.engineeringinteract.org/resources/siliconspies/flash/concepts/electricity.htm. 5

HBEF3103

Kedua-dua perisian ini akan dinilai dari segi kandungan dan kualitinya. 3.0 3.1 Pemilihan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) Perisian 1 (http://www.khskpt.com/bahan-bantu-mengajar.html)

Paparan 1

HBEF3103

Paparan 2

Paparan 3

HBEF3103

Paparan 4 3.2 Perisian 2 http://www.engineeringinteract.org/resources/siliconspies/flash/concepts/electricity.htm

Paparan 1

HBEF3103

Paparan 2

Paparan 3

HBEF3103

Paparan 4 3.3 Faktor faktor Pemilihan PBK Perisian 1 Perisian ini adalah perisian yang menyamai CD interaktif yang dihantar oleh Bahagian Teknologi Pendidikan ke sekolah. Perisian ini merupakan perisian yang lebih mudah bagi guru dan murid mengakses melalui internet. Ini kerana penggunaan CD secara kerap akan menyebabkan kerosakan pada CD tersebut. Jika tidak terdapat talian internet di sekolah, guru atau pihak pentadbir boleh memuat naik (upload) CD tersebut ke dalam komputer sekolah supaya murid dapat melayari perisian dengan mudah. Perisian ini mengandungi bahan interaktif yang menarik dan mudah diakses oleh guru dan murid. Perisian yang dimuatnaik dari CD ini menjadi bahan P & P yang menarik dan memudahkan murid memahami dengan lebih jelas akan topik yang diajar. Ia juga memudahkan guru untuk mengajar topik tersebut. Perisian ini merupakan bahan interaktif yang mesra pengguna dimana mudah bagi murid untuk mengendalikannya. Ianya mengandungi butang navigasi atau pengendalian yang mudah untuk dikendalikan oleh murid tanpa perlu banyak memerlukan bantuan guru. Perisian 2 Perisian ini mengandungi banyak gambar dan illustrasi yang menarik. Selain nota yang disediakan, murid dapat menjawab soalan yang diberikan. Soalan yang disediakan adalah berdasarkan 3 aras iaitu mudah, sederhana dan sukar. Perisian ini juga mengandungi permainan dan aktiviti di akhir topik. Ianya dapat menarik minat murid untuk melayarinya. Kesemua soalan 3 aras yang disediakan menepati kehendak objektif pembelajaran.

10

HBEF3103

Perisian ini mengandungi nota yang dapat membantu guru dan murid memahami topik dengan lebih jelas. Guru dapat mengajar dan dalam masa yang sama memilih soalan soalan yang sesuai dengan aras dan kebolehan murid. 4.0 Rekabentuk Media dan Visual PBK Sains Tahun 3 Topik: Electricity - Elektrik Elektrik di Sekeliling Kita Rujukan (HSP Sains Tahun 3 2003) 4.1 Perisian 1 Usaha kerajaan membudayakan TMK dalam kehidupan masyarakat adalah sebahagian besarnya bermula di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) perlu mengaplikasikan PBK seperti penggunaan CD-ROM dan komputer di sekolah. Hal ini selaras dengan program pembestarian sekolah yang merupakan agenda besar Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-9. Bagi memastikan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pelajaran telah memberikan latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru dan menerbitkan Buku Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah dan dibekalkan ke sekolah-sekolah. Anjakan paradigma pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini menuntut perubahan peranan guru sebagai fasilitator dalam membantu pelajar meneroka maklumat dan pelajar perlu membina hipotesis, meneroka, menganalisis serta membuat keputusan terhadap masalah yang diberi. Inisiatif untuk mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu. Melalui integrasi TMK berlaku perubahan pendekatan P & P ke arah berpusatkan pelajar. (Rosnah, 2002). Penggabungan TMK dalam P & P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan TMK terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P & P. Untuk memenuhi kehendak kementerian pelajaran tersebut, maka PBK atau perisian yang digunakan perlulah menepati kehendak dari segi media dan visualnya. Bagi perisian 1, 11

HBEF3103

media yang digunakan adalah telah diubahsuai dari CD ROM ke perisian bentuk lain. Bagaimana hendak melakukannya adalah mudah agak mudah caranya. Guru atau pihak sekolah hanya perlu memuat naik (upload) bahan dari CD ROM tersebut ke dalam komputer-komputer yang terdapat di sekolah. Dengan cara sedemikian, murid tidak perlu lagi menggunakan CD setiap kali mereka hendak melayari tajuk tersebut. Mereka hanya perlu mengaksesnya terus dari komputer. Cara kedua yang boleh murid lakukan untuk mengakses topik tersebut adalah melalui talian internet. Murid hanya perlu mengakses ke laman web kementerian pelajaran atau pusat perkembangan teknologi pendidikan untuk melayari topik yang dikehendaki. Cara ini memerlukan talian internet sentiasa berfungsi. Perisian 1 ini didapati agak menarik dari segi visual terutama persembahan gambar dan rajah di dalamnya. Perisian ini juga mengandungi visual yang diperlukan untuk menjadikan bahan interaktif ini lebih menarik. Bagi topik yang dipilih iaitu mengenai elektrik, bahan yang menebat dan mengalirkan elektrik, visual grafik yang ada kurang bersesuaian dengan tahap murid. Perisian ini mengandungi sedikit cerita yang berlatarbelakangkan perbualan beberapa orang sebelum tajuk yang akan diajar diketengahkan. Walaupun visual gambar barangan, elektrik serta litar amat jelas namun ianya mempunyai tahap hyperteks dan cerita yang agak tinggi arasnya untuk murid tahun 3. Namun begitu, grafik seperti butang paparan yang ada dapat membantu murid memahami dan mengakses perisian dengan jelas dan mudah. Dengan cara ini, murid akan lebih memahami topik yang akan diajar. Secara kesimpulannya, pembangunan perisian ini boleh dikatakan agak baik bagi penggunaan guru dan murid dalam membantu murid memahami topik yang akan diajar dengan lebih jelas. 4.2 Perisian 2 Perisian kedua yang dipilih adalah merupakan sebuah perisian interaktif yang terdapat dalam satu laman web. Perisian ini telah dipilih dari begitu banyak bahan perisian lain di internet. Perisian ini telah didapati dari laman web seperti yang berikut: (http://www.engineeringinteract.org/resources/siliconspies/flash/concepts/electricity.htm) Bagi perisian ini, guru mahupun pelajar atau guru boleh menggunakannya secara atas talian. Perisian ini boleh digunakan oleh kesemua murid di seluruh negara melalui komputer dan talian internet yang terdapat disekolah. Jika dibandingkan dengan perisian 12

HBEF3103

1, didapati bahawa rekabentuk visual perisian ini adalah sangat menarik. Dengan menggunakan warna-warna yang terang dan menarik, ia dapat menarik minat murid untuk mempelajari topik tersebut. Grafik yang digunakan adalah bersesuaian dengan tajuk yang hendak dipelajari, iaitu tajuk berkaitan elektrik dimana grafik yang sesuai adalah amat perlu. Selain grafik yang sesuai, perisian ini juga mengandungi nota dan cara penyampaian kandungan yang sangat menarik. Butang paparan yang disediakan bermula dari awal perisian telah memudahkan murid melayari sendiri perisian dengan bantuan yang minimum dari guru. Selain nota yang disediakan amat menarik, soalan-soalan yang menepati objektif juga disediakan. Soalan-soalan yang ada terbahagi kepada 3 aras, iaitu mudah, sederhana dan sukar. Dalam melakukan pemilihan perisian antara perisian 1 dan perisian 2, sebuah borang penilaian perisian yang telah diadaptasi dari Multimedia Mania (http://www.ncsu.edu/mmania/) telah dibina. Dengan melakukan penilaian terhadap kedua-dua perisian tersebut, dapatlah kita mengetahui perisian yang mana satu lebih sesuai digunakan oleh murid.

5.0

Borang Penilaian Kualiti Perisian

Perisian 1 http://www.khskpt.com/bahan-bantu-mengajar.html Rubrik ini boleh digunakan untuk penilaian kendiri atau maklumbalas rakan. Gred projek perisian ini adalah berdasarkan skala penilaian seperti dibawah: 85 markah dan lebih : Cemerlang 65-84 markah: Sederhana Kurang 65 markah: Tidak lengkap

13

HBEF3103

Kriteria Penilaian : Perisian 1 Sains Tahun 3: Topik Elektrik di Sekeliling Kita

Kriteria Mekanikal (30 markah) 10 Teknikal Projek berjalan lancar tanpa ada masalah teknikal atau kesilapan. Pengguna boleh melalui jalan logik untuk mencari maklumat. Kesemua butang paparan dan alat navigasi berfungsi seperti sepatutnya.

Ya

Tidak

Markah

Jumlah

Navigasi

10

Ejaan dan Projek mengikuti kesemua Tatabahasa undang-undang ejaan dan tatabahasa. Lengkap Projek adalah lengkap dan sempurna.

10

Rekabentuk Skrin

Kombinasi elemen multimedia (butang paparan, pautan dan grafik) dan isi kandungan berkongsi idea yang disampaikan dengan jelas.

14

HBEF3103

Elemen Multimedia (20 markah)

10

Kesesuaian Sumber

Kesemua grafik dan audio yang digunakan secara efektif dapat menyampaikan maksud yang dikehendaki.

Struktur Informasi (10 markah)

Organisasi

Susunan maklumat adalah secara logik dan intuitif. Menu dan perjalanan kesemua maklumat adalah terang dan jelas. Projek adalah multimedia sebenar, dan bukannya linear dan mengandungi beberapa pilihan yang boleh diuruskan. Kesemua sumber dinyatakan dengan sempurna dalam projek mengikut bentuk APA. Projek perisian menunjukkan bukti keaslian dan rekabentuk yang asli. Majoriti isi kandungan dan idea adalah segar, asli dan inventif. Bukti jelas bahawa isi kandungan adalah mengikut kurikulum ditetapkan. Pengguna akan dapat belajar dari perisian ini. 15

Pecahan

Dokumentasi (15 markah)

Sumber Dinyatakan

10

Keaslian

Keselarasan Kurikulum

HBEF3103

Kualiti Isi Kandungan (25 markah)

10

Objektif

Bukti jelas menunjukkan bahawa isi kandungan projek perisian menepati objektif yang dinyatakan. Pengetahuan subjek terbukti ada disepanjang projek perisian. Kesemua maklumat adalah jelas, sesuai dan betul.

10

Pengetahuan Subjek

Diadaptasi Daripada: Multimedia Mania (http://www.ncsu.edu/mmania/) Perisian 2 http://www.engineeringinteract.org/resources/siliconspies/flash/concepts/electricity.htm Rubrik ini boleh digunakan untuk penilaian kendiri atau maklumbalas rakan. Gred projek perisian ini adalah berdasarkan skala penilaian seperti dibawah: 85 markah dan lebih : Cemerlang 65-84 markah: Sederhana Kurang 65 markah: Tidak lengkap Kriteria Penilaian : Perisian 2 Sains Tahun 3: Topik Elektrik di Sekeliling Kita

Kriteria Mekanikal (30 markah) 10 Teknikal Projek berjalan lancar tanpa ada masalah teknikal atau kesilapan. Pengguna boleh melalui jalan logik untuk mencari maklumat. Kesemua butang paparan dan alat navigasi berfungsi seperti sepatutnya. 16

Ya

Tidak

Markah

Jumlah

Navigasi

HBEF3103

10

Ejaan dan Projek mengikuti kesemua Tatabahasa undang-undang ejaan dan tatabahasa. Lengkap Projek adalah lengkap dan sempurna.

Elemen Multimedia (20 markah)

10

Rekabentuk Skrin

Kombinasi elemen multimedia (butang paparan, pautan dan grafik) dan isi kandungan berkongsi idea yang disampaikan dengan jelas. Kesemua grafik dan audio yang digunakan secara efektif dapat menyampaikan maksud yang dikehendaki. Susunan maklumat adalah secara logik dan intuitif. Menu dan perjalanan kesemua maklumat adalah terang dan jelas. Projek adalah multimedia sebenar, dan bukannya linear dan mengandungi beberapa pilihan yang boleh diuruskan.

10

Kesesuaian Sumber

Struktur Informasi (10 markah)

Organisasi

Pecahan

17

HBEF3103

Dokumentasi (15 markah)

Sumber Dinyatakan

Kesemua sumber dinyatakan dengan sempurna dalam projek mengikut bentuk APA. Projek perisian menunjukkan bukti keaslian dan rekabentuk yang asli. Majoriti isi kandungan dan idea adalah segar, asli dan inventif.

10

Keaslian

Kualiti Isi Kandungan (25 markah)

Keselarasan Kurikulum

Bukti jelas bahawa isi kandungan adalah mengikut kurikulum ditetapkan. Pengguna akan dapat belajar dari perisian ini. Bukti jelas menunjukkan bahawa isi kandungan projek perisian menepati objektif yang dinyatakan. Pengetahuan subjek terbukti ada disepanjang projek perisian. Kesemua maklumat adalah jelas, sesuai dan betul.

10

Objektif

10

Pengetahuan Subjek

Diadaptasi Daripada: Multimedia Mania (http://www.ncsu.edu/mmania/)

6.0

Huraian dan Perbandingan Perisian Setelah dijalankan perbandingan di antara kedua perisian 1

(http://www.khskpt.com/bahan-bantu-mengajar.html) dan perisian 2 18

HBEF3103

(http://www.engineeringinteract.org/resources/siliconspies/flash/concepts/electricity.htm) melalui borang penilaian perisian, dibawah ini dinyatakan perbandingan diantara kedua perisian berdasarkan aspek-aspek yang terdapat dalam borang penilaian. 6.1 Aspek Perbandingan Setelah dibuat penilaian melalui borang penilaian yang telah disediakan, terdapat beberapa kelebihan di antara salah satu perisian untuk dijadikan pilihan dalam mengajar topik yang dipilih ini. Penilaian bahan multimedia adalah pengujian sama ada sesuatu bahan multimedia memenuhi satu set objektif dan mencadangkan penambahbaikan Penilaian merupakan langkah yang penting dalam proses pembangunan bahan multimedia. Penilaian dapat meningkatkan kualiti produk supaya dapat memenuhi keperluan pengguna bahan multimedia serta mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan. Bagi kedua-dua perisian, terdapat elemen-elemen multimedia yang terdiri dari teks, grafik, audio, video dan animasi. Begitu juga dari segi penggunaan hyperteks bagi tujuan penerokaan aktiviti dan nota. Kedua-dua perisian ini sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar mata pelajaran Sains bagi topik Elektrik. Kedua-dua perisian juga adalah pengajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar boleh belajar topik tersebut dengan bantuan guru yang minimum. Pembelajaran kedua-dua perisian adalah mengikut kemajuan pelajar iaitu pada kadar kendiri dan terarah kendiri. Kedua-dua perisian adalah baik dari segi kandungan. Ini kerana kedua-dua perisian adalah berlandaskan kepada Sukatan Pelajaran Sains Tahun 3. Kandungan perisian juga dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Objektif yang jelas juga dinyatakan dalam kedua-dua perisian. Kedua-dua perisian 1 dan 2 turut mengandungi unsur kemahiran berfikir secara kritis dan keratif, nilai murni dan motivasi. Perisian 2 lebih menyerlah dari segi persembahan, kombinasi elemen seperti butang paparan, pautan dan grafik. Ini merupakan elemen yang amat penting kerana murid lebih berminat untuk melayari perisian yang mesra pengguna. Selain itu, rekabentuk skrin perisian 2 lebih menarik, teks juga jelas dan mudah dibaca. Penggunaan 19 untuk menjadikan bahan multimedia yang berguna kepada pengguna sasaran.

HBEF3103

grafik, animasi, audio adalah menarik dan bersesuaian. Dari segi panduan, kedua-dua perisian memberikan panduan yang jelas. Walaubagaimanapun, perisian 2 lebih padat dari segi panduan. Panduan navigasi dan arahan turut dimonopoli oleh perisian 2. Struktur navigasinya adalah mudah untuk diikuti. Ikon-ikon yang didapati dalam perisian 2 adalah lebih menarik berbanding dengan perisian 1. Pengguna juga boleh keluar program bilabila masa. Bagi perisian 1, terdapat kesukaran bagi murid untuk memahami panduan navigasinya. Penerokaan secara keseluruhan juga dibolehkan bagi kedua-dua perisian. Setelah dibuat penelitian berdasarkan borang penilaian perisian, didapati bahawa perisian 2 lebih menarik dan berkualiti. Ia dapat menarik minat murid untuk mempelajari topik yang diajar. Ianya memepati kehendak guru dan murid dalam mengajar dan mempelajari topik elektrik. Walaupun pada mulanya perisian ini menerangkan tentang bahan-bahan yang menebat dan mengalirkan elektrik, litar dan elektrik di tajuk yang kedua, ianya lebih memudahkan murid memahami asas elektrik di sekeliling mereka. Secara umumnya, perisian 2 lebih sesuai digunakan sebagai perisian untuk mengajar topik elektrik kerana grafik dan nota yang disediakan adalah sesuai dengan tahap kebolehan pelajar iaitu murid Tahun3. Bagi perisian 1, aras pembelajaran yang digunakan adalah agak tinggi. 7.0 Rasional Pemilihan Perisian 2 sebagai media untuk pengajaran dan

pembelajaran topik Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Setelah penilaian dilakukan terhadap kedua-dua perisian, didapati bahawa perisian 2 mendapat lebih peratus dan markah berbanding perisian 1. Berikut merupakan kelebihan perisian 2: Menjimatkan masa pembelajaran dan kos sumber. Sumber sokongan perisian

Panduan pengguna yang mudah diikuti disediakan dalam perisian PBK. Perisian dalam bentuk fail pelaksana, boleh dilaksanakan tanpa fail sumber. Panduan untuk melakukan proses installasi lengkap dan mudah diikuti.

Kandungan perisian 20

HBEF3103

Kandungan berlandaskan kepada Sukatan Pelajaran Sains KBSR tahun 3. Kandungan turut disepadukan dengan mata pelajaran lain. Kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar. Menggunakan Bahasa Inggeris. Istilah komputer dikekalkan tetapi disertakan dengan terjemahan untuk mengelakkan kekeliruan. Bebas dari kesilapan ejaan. Mengandungi contoh yang realistik. Matlamat perisian PBK selari dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran Sains. Membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains KBSR. Mengandungi unsur kemahiran mengendalikan perisian yang betul. Mengandungi unsur penerapan nilai murni menghargai sumbangan dan bekerjasama. Mengandungi unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Mengandungi unsur-unsur motivasi. Mengandungi pendekatan pengajaran dan pembelajaran "belajar tentang komputer". Mengandungi pendekatan pengajaran dan pembelajaran "belajar dengan komputer". Mengandungi penilaian yang berkesan. Rekabentuk skrin bagi perisian 2 adalah lebih menarik dan konsisten. Teks jelas dan boleh dibaca dengan mudah. Grafik kelihatan dengan jelas. Penggunaan grafik, animasi dan audio adalah menarik, berkesan dan bersesuaian. Grafik, animasi dan audio yang terdapat dalam perisian dapat membantu pembelajaran. 21

Aspek pendidikan dalam perisian

Gaya persembahan

HBEF3103

Panduan yang diberikan adalah jelas. Panduan (help) boleh dilihat bila-bila masa dan boleh dihindarkan jika tak perlu.

Pendekatan navigasi dan arahan


Struktur navigasi mudah diikuti. Arahan navigasi jelas dan mudah difahami. Ikon mudah difahami dan konsisten. Boleh keluar program bila-bila masa. Boleh mula semula ditempat berhenti. Membenarkan penerokaan keseluruh perisian.

Perisian 2 mengandungi kelebihan dari segi kriteria yang diperlukan oleh guru dan murid dalam mempelajari topik elektrik ini. 8.0 Kesimpulan Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai bahan bantuan pengajaran (PBK) yang dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan

22

HBEF3103

bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahanbahan multimedia diguna dan disebarkan dengan mudah. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan PBK supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju. (3295 patah perkataan)

Rujukan

Bahagian Teknologi Pendidikan. (2004). Panduan Pembestarian Sekolah. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia. Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Tagg (ed), Developinga wholeschool IT policy . m.s. 51 - 71. London: Pitman. Heppell, S. (1993) Teacher Education, Learning and the Information Generation: the progression and evolution of education computing against a background of change, Journal of Information Technology for Teacher Education, 2, pp. 229238. Jonassen, D. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. Gagn, R. M. (1970). The conditions of learning. 2nd edition. New York: Holt, Rinehart and Winston. Rosnah Mansor .(2002. Memahami Faktor-Faktor Penggunaan Media Teknologi 23

HBEF3103

Pendidikan. Abstrak. Di muat turun daripada http://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content http://www.khskpt.com/bahan-bantu-mengajar.html http://www.engineeringinteract.org/resources/siliconspies/flash/concepts/electricity.htm http://www.ncsu.edu/mmania/

24

Vous aimerez peut-être aussi