Vous êtes sur la page 1sur 4

Bincangkan sejauh mana sukatan pelajaran (mata pelajaran) yang dipilih tersebut dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan nyatakan cadangan atau pandangan anda sekira ada. 1.0 PENGENALAN

Sistem persekolahan di Malaysia masa kini adalah berlandaskan sejarah persekolahan sejak ia wujud di Tanah Melayu (Malaysia) sama ada sebelum kedatangan penjajah, semasa atau pasca penjajahan. Perubahan pada sistem pendidikan setiap masa dapat dilihat daripada laporan-laporan para cedekiawan, penggubalan akta dan sebagainya.Hal ini bertujuan memastikan sistem persekolahan di Malaysia sentiasa releven dengan keperluan masyarakat dan Negara ini mengikut peredaran zaman. Pada umumnya dasar pendidikan Negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara. Penggubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen, politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa. etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional. Sehubungan itu, pelbagai implikasi positif dan negative diperolehi menerusi penggubalan sistem persekolahan di Malaysia. Segala implikasi yang berlaku akan terus dijadikan panduan untuk penambah baikan dalam membentuk suatu sistem persekolahan yang mantap, dinamik dan efektif.

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Konsep Falsafah Pendidikan Negara Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak

mulia,bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan diatas maka, matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, ia juga bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

Rajah 1.0: Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Terdapat enam faktor dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu faktor yang pertama ialah faktor agama. Agama Islam merupakan agama rasmi Negara Malaysia. Di samping itu, agama kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya bebas dianuti mengikut undang-undang Negara. Faktor kedua ialah politik iaitu sebagaimana yang diketahui umum Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor ketiga ialah faktor ekonomi. Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu Negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupaya memberi sumbangan terhadap kemakmuran Negara. Faktor keempat ialah sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran Negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria penting mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Manakala potensi Individu merupakan faktor kelima dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi, jasmani. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Manakala faktor terakhir ialah faktor sejagat. Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara bertaraf antarabangsa setaraf dengan Negara maju yang lain.

Vous aimerez peut-être aussi